Pembaca Setia

Friday, August 27, 2010

Konspirasi Dunia - Pope Roman Peter II, Cantus, Benedictine Order ( Part 1 )

"Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda untuk mempercayai sepenuhnya terhadap apa yang ditulis dan tertulis, tetapi ia lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam."


Pernahkah anda mendengar tentang The Last Pope, Pope Roman Peter II, Cantus, Benidictine Order? Di sini saya ingin berkongsi cerita daripada seorang pembaca blog rakan seperjuangan. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita semua mengenai apa sebenarnya sedang terjadi pada masa kini.

Dua minggu lepas semasa saya di New York, terjadi sebuah peristiwa yang telah membuka minda saya ianya telahpun berlaku pada diri saya, ceritanya begini

Semasa saya dan pak cik bersiar siar di kota selepas singgah di sebuah kedai, pak cik telah tercicir barang yang dibeli, saya hanya menunggu di dalam kereta, dijadikan cerita saya pula terasa ingin ke tandas, Sayangnya dikawasan itu tidak terdapat sebuah tandas sekali pun, dijadikan cerita terdapat sebuah tandas yang terletak didalam gereja.

Di dalam gereja saya terlihat mereka mengadakan satu upacara, terdapat orang yang memakai jubah dan topi segitiga, tengok air muka seperti yahudi laknat abaikan sahaja. Bila sampai di rumah pak cik saya, orang yang memakakai jubah itu merupakan jiran. Rumahnya terletak selang dua rumah. Dua minggu saya mengintip pergerakan dan cuba mewujudkan hubungan komunikasi dengan pakcik ini tiada apa-apa pun yang menarik. Kelihatan hidup pakcik ini sama seperti orang biasa. Dijadikan cerita saya memulakan perbualan dengan mengajukan sebuah topik, ikuti perbualan kami:

Aku: saya ada nampak pak cik di gereja hari itu, tidak kelihatan seperti bersembahyang, majlis itu kelihatan seperti majlis konvo pula. Majlis apa, pakcik?

Jiran: Oh!! hari tu, memang majlis konvo pun, ia adalah majlis untuk paderi baru. Yang berjubah putih itu adalah JESUIT PRIEST

Aku: Kelihatan seperti menarik? good looking. Kelihatan terpelajar

(Jiran aku tersenyum hingga ke pipi, bagai nak ketawa tapi tak ketawa pun)

Jiran: Hurmm... orang islam, 1000 ORANG ULAMA baru bersamaan dengan seorang JESUIT PRIEST.

Aku: Kenapa pula pakcik menyatakan hal yang demikian?

jiran: Orang yang terpelejar, hebat, yang nama mereka di depan terdapat professor, doktor dan sebagainya, memiliki kata-kata yang hebat penuh dengan ilmu, fakta dan teori yang dasyat. Hakikatnya perkara itu sebenarnya ADALAH PERBUALAN HARIAN KAMI 700 TAHUN DAHULU. kemudian kami memikirkan bagaimana mahu menghasilkn orang-orang seperti professor, doktor dan sebagainya.KEBIJAKSANAAN MEREKA TIDAK AKAN LARI DARI TUJUAN KAMI, KAMI MENGHASILKAN PELBAGAI JENIS ILMU DAN IA DIKEMBANGKAN, SELUAS MANA PUN DIKEMBANGKAN, IA SEBENARNYA BERADA DI BAWAH RANCANGAN DAN TUJUAN KAMI, CUMA MEREKA MELIHAT IANYA BERUBAH-RUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.

saya akan menyambung perbualan ini sebentar lagi. Tujuan saya menghentikan adalah untuk bertanya kepada kalian semua, jika ada dikalangan anda arif mengenai kata-kata yang di lemparkan oleh jiran saya itu tadi, sila kongsikan ia.

(jiran saya itu sebenarya adalah seorang Bishop Roman Katolik yang mempunyai hubung kait denga organisasi gereja vatican di Rome.)

Mungkin ada pembaca yang masih belum mengetahui apakah itu Jesuit. Jesuit adalah satu aliran keagamaan di dalam Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom. Aliran ini pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian tapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik lebih lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Iblis Laknatullah dan rakan kongsinya Dajjal Laknatullah. Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan plan besar New World Order yang termasuk di dalamnya Freemasonry dan Zionis Antarabangsa. Untuk artikel penuh, sila lihat dan baca artikel-artikel saya yang terdahulu.

Sambungan perbualan.

Aku: Tapikan, bukankah universiti dan gereja adalah suatu institusi yang berasingan, dan berlainan organisasi? lagi pun bagaimana pula paderi-paderi ini boleh menyampaikan ilmu. Belum pernah lagi terlihat seorang paderi bertukar menjadi lecturer di mana-mana universiti di seluruh pelusuk dunia. Di kampung saya sendiri malaysia pun rasanya belum ada lagi. Yang saya tahu paderi di malaysia kerja mereka bersembahyang sahaja.

Jiran: Adakah kamu sedar ketika pra-kemerdekaan wilayah-wilayah jajahan eropah seperti di negara kamu. Pemimpin-pemimpin kamu yang memperjuangkan kemerdekaan itu telah BELAJAR DENGAN ORANG-ORANG YANG TELAH KAMI AJARKAN. Cuba kamu perhatikan cendekiawan, ahli falsafah, ilmuan yang NAMA MEREKA TERPAHAT DI DINDING-DINDING SEKOLAH apa yang telah guru-guru kamu perkatakan ketika waktu tu?

Aku: Apa ye? yang saya ingat mereka adalah golongan-golongan terpelajar yang bijak, mereka adalah pengasas-pengasas ilmu dan diaorang menjadi seperti itu adalah kerana sikap mereka sehingga mewujudkan perasaan ingin tahu yang sangat mendalam dalam jiwa.

Jiran: SAYA PASTI APA YANG AWAK PERKATAKAN SEBENTAR TADI TERCETAK DIDALAM BUKU-BUKU TEKS SEKOLAH.

Aku: betuL. mana pak cik tau ni?

(Jiranku hanya tersenyum)

Jiran: Pejuang kemerdekaanlah yang membawa nama-nama mereka supaya di perkenalkan kepada kamu semua semenjak dari kanak-kanak lagi, ini bertujuan supaya kamu semua mengagumi ANAK MURID KAMI.

Aku: Kenapa gereja meningikan supaya mereka hormat kepada cendekiawan-cendiakawan barat? bagaimana pula pak cik kan ahli-ahli gereja yang lain, kenapa tidak diletakan sahaja nama pak cik, pak cik juga yang glamour nanti.

Jiran: Tujuan kami melakukan demikan adalah untuk mengaburi mata mereka dan kami tidak mahu mereka tahu ilmu-ilmu yang diajar di sekolah hingga ke universiti itu adalah ilmu kami. KAMI REKA KEADAAN YANG MENAMPAKKAN ILMU ITU MUNCUL SECARA SPONTAN. KAMI MAHU MEREKA RASA ILMU ITU SEOLAH-OLAH BUKAN DATANG DARI KEBIJAKSANAAN AGAMA.

Aku: Betul juga, masa saya di bangku sekolah dahulu pun saya rasa seperti semua orang mampu berjaya, jika wujudnya sifat ingin tahu. Semua ini telah di ajarakan oleh cikgu-cikgu disekolah.

Jiran: Sifat ingin tahu itu sebenarnye tidak wujud dalam diri cendekiawan barat. KAMI YANG MERANCANG SUPAYA ANDA BERFIKIR SEPERTI ITU. Adakah manusia di dunia ini, yang mempunyai pelbagai bilangan suku kaum dan agama mahu belajar di sekolah-sekolah serta universiti jika mereka tahu ia adalah perancangan yang diatur oleh gereja?.

Aku: Bunyinya kelihatan seperti gereja mempunyai kaitan dengan zaman penjajahan eropah ke atas seluruh dunia seperti British, Belanda, Spanyol, Perancis dan sebagainya, betul ke?

Jiran: BETUL.

(Maaf, aku terpaksa merahsiakan nama bishop ini, atas permintaan dia kerana kami dah membuat satu perjanjian. Jika dia sudi mendedahkan kesemua konspirasi yang selama ini aku tidak tahu, aku tidak akan mendedahkan kepada sesiapa pun identiti dia, apa pun ia demi keselamatan aku juga.)

Boleh anda semua menterjemahkan kata-kata jiran saya sebentar tadi.

Sebenarnya apa yang dicakapkan oleh Bishop itu adalah Protocol Of Zion No. 4 dan Protocol Of Zion No. 9

Protocol Of Zion No. 4
It is for this reason that we must undermine faith, eradicate from the minds of the Gentiles the very principles of God and Soul, and replace these conceptions by mathematical calculations and material desires.

Protocol Of Zion No. 9
We have fooled, bemused and corrupted the youth of the 'Gentiles' by rearing them in principles and theories whick are known to us to be false although it is that it is that they have been inculcated.

Contoh yang paling mudah di sini. Mereka telah memperkenalkan Teori Darwin yang bertentangan dengan agama. InsyaAllah saya akan perincikan lagi tentang Protocol Of Zion di masa akan datang.

Sambungan perbualan.

Aku: Pak cik, dari tadi saya dengar pak cik perkatakan “kami yang rancang itu, kami yang rancang ini” buktikan kepada saya mengenai fakta yang pak cik perkatakan sebentar tadi bahawa semua universiti atau institusi pengajian tinggi adalah milik gereja, jika sekadar berkata-kata semua orang mampu melakukannya.

(Pertanyaan aku sedikit pun tidak mencabar kredibiliti dan perasaan jiranku. Malah raut wajahnya tidak menampakan rasa digugat dan tergugat, tetapi sebaliknya memandang tepat pada wajahku ini dengan seraut perasaan kasihan. Aku pula yang tercabar dengan provokasi ini.)

Jiran: Ada pada satu hari di sebuah dewan dimana terdapat ramai orang yang hadir, dari pemimpin teratas, orang-orang kenamaan hinggalah ibu bapa dan kawan-kawan. Kehadiran mereka semua adalah demi mengucapkan Tahniah, berkongsi kegembiraan, kesyukuran kerana nendapat Segulung ijazah. Mereka bergambar kenang-kenangan, sambil memegang ijazah dan Bunga di dada, melontar topi di awan dengan teriakan puas.

Aku: Jadinya, kenapa?

Jiran: JUBAH YANG MEREKA PAKAI ITU ADALAH PAKAIAN KAMI. Seluruh dunia telah mengenakan jubah kami dengan perasaan mereka begitu syahdu dan penuh rasa bangga. MEREKA TELAH JADI WARIS KAMI TANPA KAMI PERLU WUJUD DI HADAPAN MEREKA. Malah MEREKA BEREBUT-REBUT MELAYAKKAN DIRI KE MAJLIS ITU.

(Jauh di benak hatiku mengakui bahawa kita sedang diperbodoh-bodohkan oleh mereka. Kelihatan design jubah itu memang serupa dengan jubah mereka, hanya terdapat sedikit gubahan pada jubah yang kita kenakan bagi menyesuaikan dengan keadaan dan majlis itu.)

Aku: Jika begitu semasa saya grad nanti, saya tidak akan mengenakan jubah itu.

(walaupun begitu ia masaih tidak akan dapat mengubah apa-apa pun, ia tetap sama kerana kita juga mempelajari ilmu mereka.)

Jiran: Jika mampu, silakan. INI KERANA SETIAP SEORANG YANG MENENTANG PEMAKAIAN JUBAH INI NISBAH AKAN ADA 1000 LAGI YANG AKN MEMAKAI JUBAH NI, MEREKA YANG MENGIDAMKAN MAJLIS INILAH YANG AKAN MEMPERTAHAHANKAN PEMAKAIAN JUBAH ITU SENDIRI. Kami tidak perlu risau dan membuat apa-apa pun.

(Aku cuba menyangkal)

Aku: Gereja juga yang akan rugi kerana akan lahir lebih banyak orang islam yang pandai dan boleh bersaing dengan kamu.

Jiran: SUDAH LAMA KAMI MENANTI ORANG ISLAM BERKATA SEPERTI ITU. BUKAN MUDAH, BERATUS-RATUS TAHUN KAMI MENGUSAHAKAN DAN KINI HASILNYA SEMAKIN RAMAI ORANG ISLAM MEMAKAI JUBAH KAMI DAN SEMAKIN BANYAKLAH TERLUCUTNYA JUBAH MUHAMMAD S.A.W.

Aku: Saya rasa pak cik silap ini kerana semakin banyak institusi pengajian islam diwujudkan di dunia ini, Terdapat berpuluh-puluh universiti islam di kampung saya.

Jiran: Sayangnya awak tertinggal suatu ayat. DAN ISLAM YANG UMATNYA SEMAKIN HANCUR. Saya juga terlupa ingin bertanye kepada awak mengenai suatu perkara?

Aku: Apa dia?

Jiran: SEKIRANYA ILMU YANG KAMI LEPASKAN DARI DIRI KAMI ITU SUATU KEBAIKAN, MENGAPA TIDAK KAMI AJARKAN KEPADA KAUM KAMI SAHAJA DAN MEMBIARKAN KAMU MENTADBIR WILAYAH SENDIRI MENGIKUT KESUKAAN KAMU SELEPAS DIBERIKAN KEMERDEKAAN?

(Beristighfar panjang bila soalan yang membunuh ini diajukan, terkedu buat seketika, aku terdiam seribu bahasa)

Jiran: Soalan itu tidak perlu dijawab kerana LIDAH KAMU DAN HURUF-HURUFNYA TIDAK LAYAK SEBAGAI JAWAPANNYA.


(Jiranku hanya tersenyum sambil mengurut-ngurut bahuku, agar aku bertenang.)


|Bishop ini hidupnya sangat sederhana, kelihatan seperti orang kampung dan tidak ternama akan tetapi dia sebenarnya memegang banyak rahsia. Amat berbeza pula dengan golongan freemason dan illuminati yang hidup berkuasa serta mewah. Adakah penampilan berkuasa dan mewah ini bertujuan mengaburi mata kita semua, agar kita semua tidak akan menyangka bahawa paderi-paderi jesuit ini sebenarnya perancang?. Manakala Bishop sebagai penasihat dan ketua? Sebuah persoalan yang aku pendamkan demi keselamatan diri. Ada sesiapa yang mampu memperjelaskan kebanyakan kata-kata jiranku ini yang sering berkias-kias?|

Jesuit Priest



 
Jubah Graduasi


Pernahkah kita terfikir tentang semua ini? Atau kita hanya mengikut sahaja yang dilakukan oleh orang lain tanpa sedikitpun menyedarinya. Rasullulah S.A.W. pernah bersabda:

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan).

EnsyaAllah akan bersambung di bahagian ke dua..

Tuesday, August 24, 2010

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
Aku berwasiat kepadamu enam perkara :
Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”

Mencari Ilmu,Berfikir Dan Berubah (Waktu Muda Perlu Diisi Dengan Pencarian Ilmu,Bukan Penambahan Dosa)


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]


Ayat Al-Quran di atas menunjukkan kepada kita bahawa manusia ini sentiasa berada dalam kerugian jika mereka tidak mencari kebenaran.

Ini kerana manusia itu telah diciptakan supaya mudah lalai.Itulah sebabnya dikatakan bahawa "manusia perlu ditazkirah setiap hari" . Ini kerana,jika tidak diingatkan begitu,kita akan kembali terjerumus kepada kesesatan dan kegelapan.

Contohnya: Selepas mendengar ceramah agama atau membaca buku-buku yang membawa kebaikan,seseorang pasti insaf dalam tempoh beberapa hari.Kemudian kita akan dapati bahawa beliau akan kembali menjalani hidup beliau yang melekakan dahulu.

Pada pendapat saya,untuk menjadi manusia yang cemerlang sahsiah dan akhlaknya seperti di atas,kita tidak boleh membiarkan diri kita lena dengan gaya hidup hiburan kita setiap hari.Kita mesti bangkit berubah.

Kita mestilah sentiasa mencari ilmu-ilmu positif yang dapat menginsafkan kita setiap hari dan berterusan.Kita tidak boleh mendengar satu ceramah atau membaca satu buku sahaja untuk berubah ke arah kebaikan.Ianya mengambil masa sepanjang hayat.Ini kerana dunia ini penuh dengan pelbagai dugaan.Kita pasti leka juga akhirnya jika tidak sentiasa bermusahabah diri.

Ayat Surah Al-'Asr yang pertama di atas yang bermaksud "Demi Masa!" itu juga ada maksud tersirat di situ.

Ayat itu bermaksud Allah menyuruh kita untuk menghargai setiap detik hidup kita dengan melakukan kebaikan dan mencari ilmu.Kerana dengan ilmu kita dapat menjadi insan bertakwa.Orang yang banyak berhibur itu rugi kerana telah mensia-siakan hidup mereka.Bolehlah diibaratkan seperti "Baju Sendat,Otak Ketat" .

Hari ini kita disumbatkan dengan tema "Live Your Life To The Fullest" yang ramai orang tersilap menafsirkan ayat itu dengan mengatakan "Hidup ini singkat.Mesti Enjoy!" . Lantas ayat ini telah membawa kita kepada hiburan melampau dan semakin menjauhkan kita dari mencari kebenaran dan ilmu.

Lantas,rugilah kita.Kerana masa tidak akan kembali.Kita patut berubah dari sekarang.

Selalu kita dengar orang berkata "Masa muda lah nak enjoy.Dah tua takleh dah."

Sebenarnya,melentur buluh itu biarlah dari rebungnya.Kita hendak menjadi orang yang cemerlang sahsiah rohani dan batin,mestilah bermula ketika kita muda.Ketika mental kita masih berupaya menerima perubahan dan masih bersemangat.

Jika umur 20-30 sudah menghabiskan masa dengan clubbing dan menyimpan hasrat akan bertaubat pada umur 60,minta maaflah.

Kerana pada umur 60 itu jika kita ini sudah terlalu lama bergelumang dengan kegelapan,secara logiknya,payah sungguh untuk berubah.Maka,akan teruslah kita menjadi gelap.Tidak mampu berubah.Ketahanan diri dan mental untuk berubah sudah lemah.Tidak seperti di hari muda.

Sama jugalah halnya dengan menutup aurat.Kita mesti melatih anak-anak kita menutup auratnya sejak awal lagi.Melatih anak-anak sembahyang dari kecil.

Ini jika anak sudah 25 tahun,baru hendak suruh memakai tudung,kemungkinan besar anda akan ditipu sahaja.Depan anda mereka pakai,belakang buka.Dan baik tidak payah menutup aurat jika anda memakai baju lengan pendek ketat sehingga ternampak bentuk perhiasan hadapan kaum hawa,atau jika anda mendedahkan aurat ketika tamu bukan mahram datang ke rumah.Sama juga dosanya.

Aurat perlu dijaga tidak mengira tempat.Dosa itu juga dikira setiap masa.Itu yang perlu kita ingat.

Dan jangan lupa untuk menerangkan kepada mereka kenapakah kita menyuruh mereka (anak-anak) melakukan sedemikian.Jangan tidak diterangkan mengapa perlu memakai tudung.Bimbang nanti konsep penutupan aurat itu tidak sampai ke hati mereka .Kita ini beribadat jangan ikut-ikut sahaja cakap orang.Kita mesti faham kenapa disuruh melakukan amalan-amalan ini.Itulah pentingnya ilmu di sini.

Jangan jadi umat pengikut,jadilah umat berfikir yang beribadat dengan memahami konsep ibadat itu.

Tiada istilah buat jahat hari ini,esok kita bertaubat.Kita mesti sentiasa mendekatkan diri kita ke arah kebaikan.Caranya adalah dengan sentiasa mendekatkan diri dengan bahan-bahan bacaan positif dan ilmu-ilmu kebenaran misalnya.

Ini akan sentiasa membuatkan kita sedar dan insaf jika berniat melakukan kejahatan.

Berubahlah sementara masih ada keinginan.Berubahlah sementara masih ada hidayah Allah.Kerana orang yang tidak mendapat hidayah itu,akan kekal berada dalam kegelapan jika Allah mengkehendakinya.Lihat ayat Al-Quran di bawah.

"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)."
[Surah An-Nuur Ayat 40]

Sekian.Harap faham apa yang ingin disampaikan.Baiki minda anda.Banyakkan berfikir.Pasti boleh.

Kerana hidup ini mudah.Allah telah menganugerahkan kita peluang membuat pilihan.Segalanya di tangan anda.

Insya-Allah.

Credit To:Pena Maya

Monday, August 23, 2010

Kebenaran Islam - Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 2 (The Key To Kingdom Of Heaven)




The Keys To Kingdom Of Heaven
 

Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang. Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang telah terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disembunyikan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.



Dua orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota. Ini adalah antara kod-kod rahsia yang ditinggalkan
 

Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam 'secret societies' yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APAKAH YANG INGIN ANDA LAKUKAN JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan dalam menakluk dunia. KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD S.A.W YANG DIGERUNINYA.



Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang




“Every great truth begins as a blasphemy.”
|Bernard Shaw|
 

Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya. Jika tidak, dikhuatiri mereka akan mengetahui dan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s). Jika perkara ini berlaku, mereka beramai-ramai akan mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t iaitu ISLAM. Oleh itu sesiapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi “AntiChrist”. Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar. Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tertinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.



Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar. Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope atas arahan Church of Lucifer agar ia tidak diketahui oleh para pengikut Kristian. Sudah tentu anda ingin mengetahui dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini. Apakah petunjuk-petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang. The Papal Crossed Key yang penuh rahsia. Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel, untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer. Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat "Angels" yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.

Untuk menjejak rahsia The Crossed Key, mari kita sama-sama telusuri apakah yang dimaksudkan dengan di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.

The Secret Beyond The Crossed Key

Lambang ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno, Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah, Simon Peter, Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam'un). Seorang Yahudi Galilee (arab, al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan. Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican, St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dalam 12 sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.



St. Peter Basilica


"Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri" |Surah Ali Imran 3:52|

"Dan (ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada AlHawariyyun,’ Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang2 yang patuh (kepada seruanmu)"
|Al-Maidah 5:111|

Sudah pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam Al Quran itu. Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:



The Twelve Apostles

|Peter|
|Andrew|
|James|
|John|
|Philip|
|Bartholomew|
|Matthew|
|Thomas|
|James|
|Thaddeus|
|Simon the Zealot|
|Judas Iscariot|
 

St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan Nero (Nero's Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya diletakkan di hadapan St. Peter Basilica pada hari ini.




Obelisk Of Vatican City
 

Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya iaitu (Peter)

"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven." - Matthew 16:18-19 |21st Century King James Version|

Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."

Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci utuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter? Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI. Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?


APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?
Untuk menjawab persoalan Ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik. Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican. Dan apakah fungsi Al Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah.

Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.Pada mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu dia ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat para hadirin dan berkata, "Di kalangan kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi itu ingin memanfaatkan keberadaan pemuda dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya adalah untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
|Al-Isra': 12|

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat" |Al-Mulk: 3|

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." |Al-Haqah: 17|

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." |Al-An'am: 160|

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." |Al-Baqarah: 60|

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. "|At-Takwir: 18|

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." |Yusuf:98|

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." |Luqman: 19|

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
|Al-Anbiya': 69|

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."|Yusuf: 28|

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Saudara islamku sekalian!

Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.

Miftahul Jannah. Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yangg tidak dapat menerima kehadiran sorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam:

Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah
|Riwayat Al-Imam Ahmad|

Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga"|HR. Hakim|
Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi. Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.
|Riwayat Al-Imam Ibnu Majah|

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”.|Riwayat Al-Imam Al-Bukhari|

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”.|Riwayat Al-Imam At-Thabrani|

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”.|Riwayat Al-Imam Al-Hakim|

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”.|Riwayat Al-Imam At-Thabrani|

ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya.

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata:
"Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata". |Al-Saff 61:6|

Juga di dalam kisah Nabi Isa:

Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, Nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.

Ketika sedang mengamati batu indah itu, Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau melihatnya?”

“Ya” jawab Isa.

Tiba-tiba batu itu terbuka dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang melakukan solat.

Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu. “Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya Nabi Isa lagi. “Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.“Ya Allah. Sungguh aku tidak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata Nabi Isa dengan suara agak halus.

Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa:
“Sesungguhnya akan datang suatu umat, iaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”

“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata Nabi Isa as.

Terdapat banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain2 rasul atau nabi (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah sahaja agama yang benar.

Sabda Rasullah s.a.w:
Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.
|Riwayat Bukhari|

Firman Allah:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.
|Ali Imran ayat 19|

Friday, August 20, 2010

Kebenaran Islam - Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 1 (The Key To Kingdom Of Heaven)





Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatican, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies).



Setiap Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung' (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatican.


Pope Benedict XVI

Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran" mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.

Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan saya beritahu ini adalah bertaraf 'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).

Para pengikut Freemason sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya 'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.


Juga, para pengikut Kristian juga tidak mengetahui akan Dua Rahsia Terbesar yang disorokkan oleh paderi-paderi besar mereka. Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatican mewujudkan banyak kod, lorong dan bilik rahsia. Segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah (The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ia akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung'.

Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walaupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis?. Ingin saya maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah - Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Skrol Nag Hammadi




Nantikan 2 rahsia terbesar ini. Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.

Thursday, August 19, 2010

Anda Dah Simpan Bekalan Makanan Dan Gali Kubu Bawah Tanah ? Mereka Sudah ..

Tahukah anda kubu apakah yg ada pada gambar di bawah ? Ia di namakan sebagai Doomsday Vault atau
yang sering di sebut dengan kubah kiamat merupakan kubah yang diciptakan untuk menyimpan biji-bijian untuk mencegah kelaparan yang melanda manusia apabila terjadi bencana besar pada tahun 2012  nanti.

Bak kata pepatah masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin yang bertiup ... Orang Barat nampaknya lebih proaktif dan bersiapsedia dalam segala hal. Wujudnya bangunan ini menambahkan banyak persoalan di minda kita ? .. Apakah benar-benar bencana besar itu akan terjadi ? kalau tidak mengapa mereka sanggup berbelanja besar dan bersusah payah melakukan perkara itu ? 

Mereka lebih mengambil iktibar dari sirah nabawi berbanding kita orang Islam.. mereka lebih beriman dan beramal soleh berbanding dengan kita cuma mereka tidak melafadzkan syahadah. Mereka bersusah payah untuk menjaga alam dan memakmurkan iaitu tugas khalifah yang kita memang abaikan!


Sebuah bangunan sangat kuat yang dibangun di Kutub Utara untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia secra rasmi telah berfungsi. Kemudahan itu yang disebut sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) ini dibuat di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norwegia, 1100 kilometer dari kutub utara.

Kubah ini akan berfungsi untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia dan digunakan untuk melindungi plasma nutfah. Harapannya, jika terjadi bencana besar yang melanda dunia, biji-bijian yang disimpan di kubah itu akan boleh menjadi sumber penyelamat manusia sebelum terjadinya kelaparan. Gambar di atas ialah gambar pintu masuk kubah yang penuh diliputi ais beku.
.

Kerana fungsinya yang di katakan sebagai penyelamat manusia, maka kubah itu diberi nama Kubah Kiamat (Doomsday Vault). Kubah tersebut terletak di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norwegia, 1100 kilometer dari Kutub Utara.


Gambar di atas pula ialah sample-sample biji benih yg telah disimpan di dalam sebuah bekas .Dalam pernyataannya, Perdana Menteri Norwegia Jens Stoltenberg menyebut bahwa Svalbard Global Seed Vault merupakan kebijakan penyelamatan kami. “Ini adalah ‘Bahtera Nuh’ untuk melindungi keragaman biologi generasi masa depan,” ujar Jens Stoltenberg dalam upacara perasmian kubah itu.


Acara perasmian tersebut juga dihadiri oleh Presiden Komisi Eropa, Jose Manual Barroso, dan penerima Nobel Perdamaian 2004, Wangari Maathai, dari Kenya.


Setelah dirasmikan, kubah yang berada di dalam perut gunung sedalam 127,5 meter ini akan menyimpan segala biji benih tumbuh-tumbuhan dari seluruh dunia. Ruangan di dalamnya dapat memuat 4 hingga 5 juta sampel benih.

Kubah yang pembangunannya memakan biaya US$9,1 juta-hasil kerja sama Global Crop Diversity Trust, lembaga yang ditaja oleh badan PBB untuk FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity Internasional yang berpengkalan di Roma, Itali .Kubah ini diharapkan benar-benar menjadi jalan penyelesaian masa depan demi kelangsungan kehidupan manusia.

Credit to:Tanya Ustaz

Wednesday, August 18, 2010

Muzik Dan Agenda (Artikel Yang Panjang Tidak Semestinya Membosankan)


Assalamualaikum kepada pembaca setia feedyoursoul84 marilah kita mulakan dengan Bismillah .Post yang yang agak simple sebenarnya kali ni .Rasanya remaja hari ini termasuk saya (suatu masa dahulu) dan cukup sebati jiwanya dengan muzik daripada sebati jiwanya dengan agama .Bak kata orang "No music No Life". Tidak dinafikan muzik boleh menjadi sesuatu yang positif dan juga menjadi negatif .Bergantung kepada muzik apa yang diminati .Muzik boleh jadi satu jarum halus yang kita tak nampak cucuk ke dalam jiwa kita .Terutama ...Muzik dari barat .

Yang pasti semua lagu ada maksud tersirat ,tersurat dan ada mesej yang hendak disampaikan .Macam contoh yang tersurat lagu Alejandro Tapi cik Gaga memang saya tak pernah minat .Baru-baru ni saya dengar kembali salah satu lagu yang pernah saya nyanyikan setiap hari dulu dan terdetik nak lihat perkembangan band yang saya minati tu .- 30 Seconds To Mars . Album paling latest "This is War" macam menarik perhatian saya .Sebab saya nak tahu "WAR" apa yang mereka ini maksud kan ..

                                               

Inilah dia cover album "This is War" .Sekali pandang ,tak nafi first impression saya ialah -- Illuminati ke ? Tapi saya bukan jenis yang nak terus jump into conclusion tanpa usul periksa .Segitiga ( piramid ) tu terlampau umum .Boleh jadi banyak maksud .Bukan hanya illuminati .Jadi saya meluangkan sedikit masa saya untuk mengkaji pasal album ni .Dan apa kaitan nya dengan simbol segitiga tu (yang sangat sinonim dengan Illuminati) . Ramai juga fan dari seluruh dunia saya nampak cuba rungkai simbol mereka ini .Dan ada satu statement dari peminat kat facebook .Dia kata yang album This Is War adalah sebagai tanda menentang illuminati .Saya kurang setuju .Sebab kalau secara logik .Pernah ke kita tengok rakyat Palestine mengibarkan bendara yahudi laknat tiu ?? Kalau bakar tu adalah .Tapi yang mereka kibarkan mestilah bendera negara mereka dan kalimah Fisabillillah ..

30 Seconds To Mars - Adakah mereka ingin mengistiharkan perang illuminatist dan mindcontrol kepada umat manusia ?

Palestine Jihad fisabilillah


Yang ini takda apa maksud tersembunyi kerana ia memang membawa maksud 30 Seconds To Mars .Simbol pertama adalah nombor 3 dan 0 bertindih .Yang kedua adalah simbol jam yang melambangkan Seconds .Yang ketiga inverted Roman Numeral of 2 (To). Dan yang ke-empat mewakili planet Marikh dan dua dot tu adalah Phobos and Diemos (dua bulan yang terdapat di planet Marikh) .


Yang dua simbol ini memang ada membawa maksud tersendiri - Yang pertama tu gambar burung Phoenix. Phoenix merupakan burung hebat dan suci, mempunyai penampilan helang, baik dalam bentuk dan saiz. Dalam mitologi Mesir, burung Phoenix adalah mewakili Matahari kerana ia meninggal pada malam hari dan dilahirkan kembali di pagi hari. Burung ni dihormati di Heliopolis (Bandar Matahari) ,Mesir dan dianggap sebagai Tuhan Matahari - RA. Jerad Leto (Vocalist 30STM) menamakan Phoenix ini - Mithra .(Ada disebut dalam interview dengan Jared sendiri). Mithra juga adalah nama Tuhan Matahari yang datang dari bahasa Roman dan Greek .

Simbol kedua jelas menunjuk kepada - Trinity Masonry (3) -salah satu konsep Freemason jugak .Yang ni sangat complicated untuk di-explain .Akan saya ceritakan di post akan datang ,insya-Allah . Jadi dalam single terbaru mereka, lagu - This Is War .Lirik lagu nya ditulis sendiri oleh Jared Leto (Vocalist band) .Sebahagian lirik nya yang jelas menunjukkan pemujaan matahari!

Gambar Jerad Leto mengangkat tangan ke arah matahari diambil dari muzik video 30 Seconds Of Mars

A warning to the prophet, the liar, the honest
This is war
Oh, to the leader, the pariah, the victor, the messiah
This is war
I do believe in the light
Raise your hands up to the sky
The fight is done, the war is won
Lift your hands toward the sun
Toward the sun Toward the sun Toward the sun
It's a brave new world A brave new world
The war is won
The war is won

Salah satu cara penyembahan matahari boleh dilakukan :
" Show your worship by giving the sun an offering of a poem, prayer, song or anything you wish"


Jadi apa sebenarnya fahaman mereka ?Kenapa selalu berkait dengan matahari? Seperti yang kita tahu Tuhan Matahari dulu nya disembah oleh pagan Mesir Kuno. Dan apa kaitan dengan sekarang? Sekarang para Illuminatist / Freemason juga melakukan perkara sama yang mana bermaksud sama dengan penyembahan Dajjal Al-Masih .Kalau tengok di lambang mereka memang ada lambang One Eyed tu ( Horus / Ra/ atau lebih mudah Dajjal laknatullah ) yang dibelakangnya ada cahaya (matahari) .Cuba tengok gambar kat bawah .

Freemason - Nampak the all seeing eye diatas?


Zaman Mesir Kuno - Tuhan Matahari dan The All Seeing Eye

Biar saya tekan kan lagi sekali. Illuminati dan Freemason adalah satu secret society yang mempunyai agenda untuk mengawal dunia dengan bantuan seseorang yang sudah bertahun-tahun merancang untuk menguasai dan mengawal seluruh dunia .Dia adalah Al-Masih Dajjal . Dia lah yang banyak membantu para penyembahnya dan golongan Illuminati ini merima jaminan bahawa mereka akan memperolehi kuasa untuk menguasai dunia sebaik sahaja kemunculan terakhir Dajjal pada waktu yang telah ditetapkan Allah SWT .
Gambar di atas menunjukkan Madonna dan Jared Leto Kedua-duanya memakai baju simbol piramid Illuminati

Brandon Boyd - Incubus

[ Lirik Lagu 100 Sun - 30 Seconds To Mars ]

Jelas liriknya yang boleh menyebabkan syirik dan terpesongnya akidah .

I believe in nothing
100 suns until we part
I believe in nothing
Not in sin and not in God
I believe in nothing

[ Menggalakkan orang ramai supaya tidak mempunyai sebarang kepercayaan (Atheist) supaya mudah mindanya di jajah ]


Kesimpulannya, jelas sekali disini bukan sahaja cik Lady Gaga seorang yang illuminatist .Dah tak terbilang pun berapa ramai sebenarnya .30STM ini lagi dasyat sebab terang-terangan menulis lirik berunsur ketidakpercaya-an kepada tuhan .Maka itu ,ingatlah supaya hati-hati dengan setiap apa yang kita buat hari ini .Golongan Illuminatist ini bukan berperang secara terang-terangan..tetapi secara senyap , dan mungkin kita tak sedar pun sebenarnya dari lagu pun ,boleh merosakkan diri .

"Percaya lah ,senjata yang digunakan bukan bom .bukan snipper .bukan pedang .tetapi sesuatu yang nampak tak berbahaya iaitu..hiburan - namun hakikatnya .Itulah yang merosakkan Islam hari ini"


"Apakah sama org yang berilmu dengan org yang tidak berilmu?" (Az Zumar:9)
"Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?" ( Ar Ra'd:16).
"Apakah sama kegelapan dengan cahaya?" (Ar Ra'd:16)

Justeru tanamkan dalam diri ' No Islam No Life ' .Persiapkanlah diri kita dengan ilmu dunia dan akhirat sebagai kekuatan untuk melawan mereka yang cuba menjajah pemikiran kita dengan pelbagai jenis cara.. baik hiburan, muzik, kartun,.atau filem-filem serta game dan lain-lain .Seperti firman Allah SWT :

" Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi para musuh dengan pelbagai jenis kekuatan "
(Surah al-Anfal: Ayat 61)