Pembaca Setia

Thursday, September 30, 2010

Ayat Kursi Dijadikan Tatoo? Adakah Anda Rasa Mereka Sudah Semakin Berani Kerana Kita Semua Sudah Semakin Lemah?


Assalamualaikum... kepada pembaca setia blog Feed Your Soul. Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh umat Islam walau dimana pun anda semua berada. Semoga anda semua terus menerus di limpahi rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Okaylah.. rasanya tidak perlulah untuk saya menulis panjang disini. Apa yang saya inginkan ialah pandangan anda semua serta komen-komen berkaitan artikel dan gambar-gambar yang saya postkan pada artikel ini.

Anda semua boleh memberikan komen dan pendapat berpandukan soalan yang saya utarakan pada tajuk yang saya paparkan untuk artikel ini. Semoga kita semua lebih peka dan sensitif dengan isu-isu yang berkaitan dengan Agama Islam yang maha suci ini. Komen yang paling menarik dan paling berilmiah akan saya hadiahkan dengan top up bernilai RM10. Ayuh sahut cabaran saya ini.. Semoga kita semua mendapat keberkatan di atas kepekaan dan rasa tanggungjawab kita ini.. Amin...

Tuesday, September 28, 2010

Konspirasi Dunia - Pope Roman Peter II, Cantus, Benedictine Order ( Part 4 )

Bahagian Akhir..

Sambungan daripada artikel Konspirasi Dunia - Pope Roman Peter II, Cantus, Benedictine Order ( PART 1, PART 2, PART 3 )

Ini adalah bahagian yang paling menarik perhatian saya dan banyak pertanyaan saya yang sebelum ini kabur-kabur terjawab. Perhatikan kata-kata Bishop tersebut.

TIDAK ADA LAGI KESEMPATAN UNTUK BERUMAH TANGGA APABILA PAUS ROMAN PETER II DILEPASKAN DARI RANTAI YANG MENGIKATNYA SEJAK SEKIAN LAMA. UMAT ISLAM SENDIRI YANG AKAN MEMBUATKAN RANTAI ITU TERPUTUS.

Rantai yang mengikatnya? Tidakkah anda perasan bahawa ada juga makhluk Allah yang telah dirantai sekian lama. DAJAL! Sabda Rasullulah:

"Dajjal itu sudah lama wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”
| Sahih Muslim |

Adakah Pope Roman Peter II ini adalah Dajal? Saya pernah mengadakan perbincangan dengan seorang pengkaji, beliau mengatakan umat Kristian percaya bahawa Pope Peter II inilah yang akan menyelamatkan mereka dari Antichrist/Dajal. Tetapi pada pendapat saya, mungkin Pope Roman Peter II adalah Dajal. Umat Kristian akan terus sesat dan disesatkan oleh Pope Roman Peter II ini. Jika benar Pope Roman Peter II ini adalah Dajal, maka dia akan memerintah dunia melalui Jurusalem sepertimana dalam ceramah Maulana Imran N. Hosein. Jika seseorang itu menjadi Pope, sudah pastilah pusat pemerintahannya akan berpusat di Vatican, bukan Jurusalem. Bagaimana pula yang ini?

Sila tonton video dari siri The Arrival berikut, Imran N. Hosein telah menjelaskan tentang Pemerintahan Dajal akan berpusat di Jurusalem.
Klik Disini.

Sebelum ini saya ada mendengar desas desus yang mengatakan pemerintahan Vatican akan berpindah ke Jurusalem tidak lama lagi, saya tidak tahu apa tujuan pemerintahan Pope dipindahkan ke Jurusalem. Sekarang saya sudah dapat mengetahui kenapa perlu Vatican berpindah ke Jurusalem. Ini kerana masanya sudah hampir dan The Last Pope akan dilantik dan memerintah dari sana! Pope Peter II itu kemungkinan besar adalah Dajal, kerana dia akan memerintah dari Jurusalem dan dirantai sejak sekian lama.

"The Bible apparently indicates that very near the end of time, the Pope will actually quit Rome, and move to Jerusalem, in order to exercise control over the glorious holy mountain of God, which is the explicit stated goal of Satan."



Sumber Petikan Teks Di Atas


Mungkin sesetengah penganut Kristian mengangap Vatican akan menyelamatkan mereka dari Antichrist. Tunggu dulu, perhatikan lambang salib di belakang Pope dalam gambar di bawah. Salib Terbalik yang melambangkan Antichrist itu sendiri!

ini adalah perbualan terakhir antara saya dengan bishop.

Aku: Jika saya tidak silap sebentar tadi pak cik menyatakan bahawah pekerjaan paus benedict xvi dah hampir selesai, aapa yang dia telah lakukan? Kenapa ada orang yang akan menganti dia. Kenapa dia tidak terus memerintah sehingga hari kiamat?

Jiran: PAUS SUDAH TUA, JASAD MANUSIA ADA USIA TETAPI JIWA MANUSIA TIADA USIA, JIWA BOLEH DISERAHKAN PADA JASAD YANG MASIH HIDUP. TIADA MASALAH BAGI MANA-MANA PAUS UNTUK MELAKUKAN IA, JIKA JASAD MEREKA MATI, JIWA MEREKA AKAN DISAMBUNG OLEH PAUS YANG DILANTIK SETERUSNYA.

PAUS-PAUS YANG TERDAHULU TELAH MELAHIRKAN SEORANG HAMBA “ HAMBA YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PAUS KUASA YANG AKAN MENEMUI SESIAPA SAHAJA”

SESEORANG HAMBA YANG AKAN MENEMUI KAMU TANPA JASAD PAUS DI HADAPAN KAMU, HAMBA INI AKAN PERGI KE SETIAP MANUSIA YANG BERNYAWA . YA. BEGITU PANTAS IA DATANG APABILA BAYI-BAYI BARU SAJA KELUAR DARI RAHIM IBUNYA, SELEPAS ITU HAMBA INI AKAN MENGIKUT SEHINGGA SEJAUH MANA USIA BAYI-BAYI ITU DAN HAMBA INI BUTA, IA TIDAK MENPUNYAI RUPA, IA JUGA TIDAK MEMPUNYAI NAMA.


Aku: Siapa hamba yang Paus Pius xii lahirkan itu, Saya kurang mengerti?

Jiran: PAUS PIUS XII PERNAH BERKATA “SIAPAKAH JASAD TANPA JIWA DAN SIAPAKAH JIWA TANPA JASAD”

PEKERJAAN PARA PAUS TELAH MEMBUATKAN LIDAH-LIDAH MANUSIA BERKATA “PECAH DAN PERINTAH” PECAH DAN PERINTAH TELAH DIAJAR KEPADA KAMU DENGAN PERBEZAAN WARNA KULIT, PADAHAL KAMI MENGHASILKAN IANYA DENGAN LEBIH HALUS DAN TERPERINCI LAGI.

PECAH PERINTAH KE ATAS WARNA KULIT KAMU SUDAH DILAKUKAN DENGAN MELETAKKAN SUATU KAUM DI SUATU WILAYAH YANG KAMU GELARKAN IA SEBAGAI “NEGARA”

SELEPAS ITU PECAH DAN PERINTAH KE ATAS HATI –HATI KAMU PULA. SUNGGUH MENAKJUBKAN SEHINGGA HARI INI KAMU MASIH MEMAHAMI IA SEBAGAI PERBEZAAN WARNA KULIT.

SELAIN KAWAN-KAWAN MUHAMAD s.a.w, HANYA KAMI SAHAJA YANG MENGERTI APA ITU “DEMI TUHAN YANG JIWA MUHAMAD s.a.w DI TANGAN-NYA” SEKARANG INI IA TELAH MENJADI “DEMI TUHAN YANG JIWA-JIWA MANUSIA DI TANGAN PAUS”

MUHAMAD s.a.w SUNGGUH BIJAKSANA. MUHAMAD s.a.w HANYA MEMBENARKAN WUJUD HUBUNGAN TUHAN DAN MAKHULKNYA, RASUL DAN UMATNYA, RAJA DAN RAKYATNYA, IBUBAPA DAN ANAKNYA. TIDAK WUJUD HUBUNGAN SELAINNYA.

KAMI TELAH MEWUJUDKAN PELBAGAI HUBUNGAN MANUSIA DENGAN WATAK KEHIDUPAN PALSU CONTOHNYA SEBUAH PERNIAGAAN YANG PERLU ADA ORANG YANG BERNAMA PENGARAH, TIMBALAN, SETIAUSAHA, EKSEKUTIF DAN LAIN-LAIN. PERBEZAAN WATAK INILAH YANG AKAN “PECAH DAN PERINTAH” KEPADA HATI-HATI KAMU.

BODOH BENAR ORANG-ORANG ISLAM KINI, TIDAKKAH MEREKA TERFIKIR MENGAPA WATAK-WATAK INI TIDAK WUJUD SEMASA ZAMAN MUHAMAD s.a.w DAHULU?.

DAN KAMU JUGA DIAJAR SUPAYA MERASA DIRI SEBAGAI KAUM YANG BODOH SEKIRANYA TIDAK WUJUD SEMUA WATAK-WATAK ITU DI DALAM KEHIDUPAN KAMU.


Aku: Sebentar pak cik. adakah ini yang dikatakan “hamba” Paus. Tiada sebarang symbol pun seperti sebelum ini.

Jiran: SUDAH TENTU ADA. PAUS TELAH MENAMAKAN “HAMBA” SEBAGAI “BENEDICTINE ORDER”

YA. BENEDICTINE ORDER. IA SANGAT PERSIS UNTUK MENGETAHUI JIWA-JIWA MANUSIA SAMA ADA MEREKA AKAN MENYEMBAH TUHAN MUHAMAD ATAU MENYEMBAH LUCIFER.


Aku: Owh saya ingatkan ia adalah nama orang. Benedictine order, adakah ia suatu peraturan atau undang-undang?

Jiran: BENEDICTINE ORDER ADALAH SEGALA PERKARA DI DUNIA INI YANG TERTULIS DI ATAS KERTAS, KEMUDIAN KAMU AKAN MENGATAKAN IA SEBAGAI ILMU, MAKA TERJADILAH DIRI KAMU SEPERTI HARI INI. BUKAN MUDAH NAK MEMBUATKAN KAMU MENERIMA IA SEBAGAI IlMU.

Aku: Kenapa pak cik perlu membuatkan kami menerima ia sebagai ilmu?

Jiran: SEBAB ILMU ITU SEBENARNYA ADALAH UNDANG-UNDANG. ILMU ADALAH UNDANG-UNDANG UNTUK JIWA KAMU. UNDANG-UNDANG BERTULIS YANG ADA DI DUNIA INI MASIH LAGI KEKAL SEBAGAI UNDANG-UNDANG TETAPI IANYA ADALAH UNTUK JASAD KAMU.

CONTOHNYA ILMU “SAINS”. KENAPA IA DIAJAR KEPADA KAMU DI DALAM BENTUK ILMU? DAN BUKAN DIAJAR DI DALAM BENTUK UNDANG-UNDANG. SUDAH PASTI KAMU TIDAK MAHU BELAJAR SEBAB KAMU AKAN LIHAT IA SEBAGAI SUATU PAKSAAN.

PARA PAUS TELAH MENGAMANAHKAN “BENEDICTINE ORDER” INI KEPADA UNITED NATION (UN).

Aku: UNITED NATION (UN), PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU. Mengarutlah pakcik. PBB kan selalu buat kebajikan, menolong Negara-negara miskin dan menjadi rujukan mana-mana masalah Negara di dalam dunia ni. Lain kali jika ingin berkata-kata pastikan perkara itu berasas. Jangan mengeluarkan kenyataan yang sembarangan.

Jiran: “BENEDICTINE ORDER IS SYMBOLIZE BY THE OLIVE WHEAT AND GRAIN” DAN KAMU LIHAT UN MENGGUNAKAN SIMBOL BENEDICTINE DAN PARA PAUS TELAH MEMBINA PERJUANGAN YANG AKAN DISELESAIKAN OLEH PAUS YANG AKAN DATANG.

(Benar apa yang dikatakan oleh pakcik tu, saya perasan logo PBB memang terdapat simbol Benedictine. Planet bumi di dalam, diluarnya terdapat simbol mengelilingi bumi seperti padi, bentuk gandum pun ada, bentuk daun zaitun pun ada, ianya terdapat di kedua-dua belah, kanan dan kiri)

SAYA TAHU APABILA KAMU MENDENGAR MENGENAI UNITED NATION MAKA DI FIKIRAN KAMU AKAN TERBAYANG SUATU KUASA BESAR DARI SEBESAR-BESAR UNDANG-UNDANG SEHINGGA SEKECIL-KECIL UNDANG-UNDANG DILAKSANAKAN, PERTAMA KALI BENEDICTINE ORDER DATANG KEPADA KAMU APABILA KAMU LAHIR SAHAJA DIDUNIA KAMU TERPAKSA MENDAFTAR SIJIL LAHIR SEHINGGALAH KAMU MATI PUN PERLU MENDAFTARKAN SIJIL KEMATIAN. BARULAH BENEDICTINE ORDER AKAN TERPISAH DARI KAMU.

TIDAK KIRALAH. UNDANG-UNDANG JENAYAH, UNDANG-UNDANG EKONOMI, UNDANG-UNDANG JALAN RAYA SEKALIPUN. APA SAHAJA DI DUNIA INI YANG NAMANYA UNDANG-UNDANG IA ADALAH BENEDICTINE ORDER


Aku: Mana mungkin pakcik. bukan ke setiap negara ada peruntukan dan menggubal undang-undang sendiri. Macam mana pak cik kata semua undang-undang di dunia ini milik gereja?.

Jiran: SAYA TIDAK MENIPU KAMU. LIHAT SAJA DI MANA-MANA. NEGARA SEKALIPUN, PADA BENDERA, JATA, MAHKAMAH, PERLEMBAGAAN DAN APA SAJA YANG SEUMPAMANYA MEREKA SEMUANYA MEMAKAI SIMBOL BENEDICTINE.

‘CANTUS’ DAN BENEDICTINE SEPERTI ADIK-BERADIK, MEREKA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.


Aku: Kalaulah benedictine order dicipta untuk undang-undang jasad manusia dan mempengaruhi simbol pada jata, bendera, perlembagaan. Bagaimana pula Benedictine order untuk undang-undang jiwa manusia pula?

Jiran: INI ADALAH ANTARA YANG AMAT BERAT SEKALI BAGI KAMU. KATAKAN LAH KEPADA SAYA YANG KAMU TIDAK INGIN MENGETAHUINYA.

Aku: Silakan pakcik saya boleh menerimanya walaupun ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang dan marah.

Jiran; MUHAMAD s.a.w DAN KAWAN-KAWANNYA TIDAK MEMBENARKAN ILMU ATAU SESUATU YANG MEMBERIKAN HARGA KEPADA DIRI SENDIRI. MAKA KAMI HASILKAN PERKARA-PERKARA YANG BERLAWANAN DENGAN MUHAMAD s.a.w DAN KAWAN-KAWANNYA. SETIAP PERKARA YANG KAMU LALUI SEHARI-HARIAN AKAN MEMBENTUK JIWA-JIWA KAMU.

SEMASA KAMU KANAK-KANAK KAMU DIAJAR MENGGUNAKAN PANCAINDERA. KAMU DIAJAR BAGAIMANA SESUATU ILMU ITU AKAN MERESAP KE DALAM OTAK KAMU. KAMU DIAJAR MEMBACA, MENULIS, MENGIRA, MEWARNA, BERMAIN, BERLARI.

SELEPAS ITU KAMU AKAN DITANYA “APAKAH CITA-CITA KAMU BILA DEWASA NANTI? APA CITA-CITA KAMU NANTI?”. KAMU DIAJAR SUPAYA MENJAWAB “BILA SAYA DEWASA NANTI SAYA INGIN MENJADI DOKTOR, CITA-CITA SAYA MENJADI PEGUAM DAN SEBAGAINYA”PERBEZAAN JIWA MASIH BELUM WUJUD TETAPI FUNGSI-FUNGSI WATAK SUDAH KAMU FAHAMI.

SELEPAS ITU KAMU AKAN DIAJAR FUNGSI-FUNGSI ILMU, BAGAIMANA SETIAP ILMU AKAN BERTINDAK MENGIKUT MAKNANYA SENDIRI. KAMU MERASA KAGUM DAN PERCAYA AKAN ILMU ITU.

SELEPAS ITU KAMU AKAN DIPISAHKAN DENGAN ORANG LAIN. KAMU DIAJAR UNTUK MENILAI “PELAJAR PANDAI”
DAN “PELAJAR BODOH”. PELAJAR PANDAI MENDAPAT PUJIAN MANAKALA PELAJAR BODOH AKAN DIMARAHI OLEH IBU BAPA MEREKA. INI ADALAH ASAS UNTUK MEMECAH BELAHKAN KAMU TETAPI KAMU DIAJAR “PERPADUAN ANTARA KAUM” SUPAYA KAMU PERCAYA WARNA KULIT MENYEBABKAN PERPECAHAN. PADAHAL PERBEZAAN ILMU ADALAH SENJATA YANG UTAMA.

ILMU YANG BERBEZA MAKA PERKEJAAN KAMU TURUT AKAN BERBEZA. MAKA BERBEZALAH PENDAPATAN YANG AKAN KAMU PEROLEHI , BERBEZALAH RUMAH KAMU, KEMUDIAN BERBEZALAH BENTUK PERHIASAN YANG KAMU MILIKI, AKHIRNYA BERBEZALAH MARUAH KAMU. SELEPAS ITU KAMU DIAJAR “MISKIN KAYA TIADA BEZA SAMA SAHAJA”. MAKA LUPALAH KAMU BAGAIMANA IANYA BERMULA.

PELBAGAI MASALAH KEHIDUPAN DIREKA,SUPAYA PELBAGAI PENYELESAIAN DAPAT DICIPTA, PELBAGAI PENYELESAIAN DICIPTA SUPAYA PELBAGAI ILMU DAPAT DIADAKAN, PELBAGAI ILMU DIADAKAN SUPAYA PELBAGAI PEKERJAAN DAPAT DILAKUKAN, PELBAGAI PEKERJAAN DILAKUKAN SUPAYA PELBAGAI TARAF KEHIDUPAN DAPAT DIWUJUDKAN,PELBAGAI TARAF KEHIDUPAN DIWUJUDKAN SUPAYA KEPELBAGAIAN JIWA MANUSIA AKAN WUJUD,PELBAGAI JIWA MANUSIA TELAH PUN DIWUJUDKAN SUPAYA PELBAGAI MARUAH TERCIPTA,PELBAGAI MARUAH TERCIPTA SUPAYA PELBAGAI CARA DIRI MEREKA AKAN DIBELI MARUAH YANG AKAN MENGKAFIRKAN SEMUA ORANG ISLAM, MEREKA YANG KAFIR SEMEMANGNYA TELAH KAFIR.


Aku: Amat teliti perkerjaan orang-orang pakcik, persoalannya bagaimana ‘maruah’ boleh mengkafirkan orang-orang islam?. Apa buktinya, bukannya kami tak punya akal yang waras untuk menilai bagaimana sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang boleh mengkafirkan kami.

Jiran: BENEDICTINE ORDER TELAH BERKUASA DAN MENGUASAI HAMPIR KESELURUHAN HIDUP MANUSIA DI DUNIA INI, TIADA SIAPA DAPAT MELARIKAN DIRI. MALAH MANUSIA BEREBUT-REBUT UNTUK MEMILIKINYA.

MEREKA SANGAT MENYAYANGI DIRI SENDIRI, MALAH MEREKA AKAN MEMPERTAHANKAN MARUAH INI DENGAN APA CARA SEKALIPUN. KAMI TIDAK PERLU MELAKUKAN APA-APA PUN. PERCAYALAH. SEPERTI ‘CANTUS’, KAMI JUGA MEMBERIKAN PAKAIAN YANG INDAH-INDAH KEPADA MEREKA INI. MEREKA TERNYATA BENAR-BENAR SUKAKANNYA.

MALAH JIKA PAUS BERKATA KEPADA MEREKA “PAKAIAN INI ADALAH KHIDMAT KAMU KEPADA KU”. MEREKA AKAN MENAFIKANNYA. BAGAIMANAKAH MUHAMAD s.a.a DAPAT MENYELAMATKAN MEREKA SEDANGKAN PAUS SENDIRI SUDAH MENGATAKAN KEBENARAN?.


Aku: Sedangkan Paus sendiri mengakui kebenaran dan mereka telah pun menolaknya secara mentah-mentah, apatah lagi imam mahdi. Saat pengakhiran dunia betul-betul berada dipenghujungnya. Apakah pakaian yang telah mereka kenakan sehingga mereka sebegitu hebat menafikannya?.

Jiran: MEREKA ADALAH GOLONGAN-GOLONGAN YANG MEMAKAI. “TIE”(tali leher). ITULAH SIMBOL “BENEDICTINE ORDER”.

BUKAN ITU SAHAJA MALAH APA SAHAJA “PEKERJAAN MANUSIA YANG DIDATANGKAN DENGAN PAKAIANYA”(uniform) ADALAH BENEDICTINE ORDER.

MEREKA ADALAH GOLONGAN-GOLONGAN YANG KAMU GELARKAN SEBAGAI “GOLONGAN PROFESIONAL”, ”KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU,” PAKAIAN FORMAL DAN PAKAIAN SERAGAM” SEMUANYA BERKHIDMAT UNTUK BENEDICTINE ORDER.

LIHAT SAJA PAKAIAN PELAJAR SEKOLAH, DOKTOR, AHLI PERNIAGAAN. MEREKA SEMUA SAMA SAHAJA.
WALAUPUN PAKAIAN DI ANTARA MEREKA BERBEZA TETAPI FUNGSI MEREKA SAMA SAJA IA ADALAH “BENEDICTINE ORDER”.

MEREKA SEMUANYA TIDAK MENYEDARI BAHAWA MEREKA SENDIRI MENJAYAKAN BENEDICTINE ORDER, KINI MEREKA SEMUA TELAH BENAR-BENAR DIKUASAI OLEH GEREJA.


Aku: Ada benarnya kata-kata pakcik. Apa yang telah berlaku kini hampir kesemua penduduk dunia telah bekhidmat untuk Paus.

Jiran: JIKA TIDAK SILAP SUATU MASA DAHULU DARI KAMPUNG KAMU, MALAYSIA ADA PEMIMPIN KAMU YANG TELAH MEMERINTAH SELAMA 2O TAHUN TELAH DIUNDANG MENEMUI PAUS JOHN PAUL II.

DAN PEMIMPIN KAMU TELAH DITANYA TENTANG PENCAPAIAN BENEDICTINE ORDER DI SANA

PAUS JOHN PAUL II SANGAT GEMBIRA DENGAN PEMIMPIN KAMU YANG SUKAKAN ORANG-ORANG JEPUN. ”DASAR PANDANG KE TIMUR” DIA SELALU MENGULANG-ULANG AYAT INI KEPADA PAUS.

SEBAB ITULAH MENGAPA ORANG-ORANG ISLAM SENGAJA DICABAR DENGAN KEPELBAGAIAN ILMU, KEMUNDURAN DAN KEMAJUAN. ORANG-ORANG KAFIR SEGAJA DIMAJUKAN SUPAYA ORANG ISLAM TERSEPIT KEMUDIAN MEMBUATKAN ORANG-ORANG ISLAM MERASA “BENEDICTINE ORDER” ADALAH SUATU KEPERLUAN DIDALAM HIDUP. MAKA ORANG-ORANG ISLAM TIDAK MENYEDARINYA BAHAWA MEREKA BERSAING HANYALAH UNTUK BENEDICTINE ORDER.

SAYA SEORANG BISHOP SANGATLAH MENGETAHUI KATA-KATA YANG TERKENAL DIKALANGAN KAMU SEPERTI “BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT”, ”MENJADI SEORANG ISLAM YANG CEMERLANG” SEMUA TELAH DIRANCANG SUPAYA IA MEYAKINKAN KAMU SUPAYA KAMU AKAN LUPA KEPADA PERKATAAN-PERKATAN SEPERTI ITU.


Aku: Jadi, benedictine order ini telah berjaya atau pun tidak? jika ianya sudah berjaya mengapa orang –orang islam kini masih lagi mampu melafazkan syahadah?.

Jiran: SEBENARNYA BENEDICTINE ORDER TELAH PUN DIRANCANG 1000 TAHUN DAHULU, SEMASA ZAMAN SEORANG PADERI YANG BERNAMA ST.MALACHY. VATICAN TELAH MERANCANG BAHAWA PAUS YANG KE-111 AKAN MEMIKUL SUATU PEKERJAAN. MAKA KARDINAL JOSEPH RATZINGER SEMASA DITABALKAN SEBAGAI PAUS YANG KE-111, DIA DIBERI NAMA “PAUS BENDICT XVI”. PAUS TERAKHIR YANG AKAN MENGGUNAKAN NAMA “BENEDICT”. DIA PAUS YANG AKAN MERAIKAN KEJAYAAN “BENEDICTINE ORDER”. KEJAYAAN INI DINAMAKAN SEBAGAI “GLORY OF THE OLIVE”. YA, SIMBOL BENEDICTINE.

APA YANG ISLAM SEDANG PERJUANGKAN?. BODOH BENAR ORANG-ORANG ISLAM. SUNGGUH MENAKJUBKAN!. PENGIKUT MUHAMAD s.a.w ADALAH SEBODOH INI.


Aku: Kalau beginilah keadaannya orang-orang kafir lagi bodoh sebab mereka lagi maju. Tapi pasti ada dikalangan orang-orang islam yang akan menentang Benedictine order.

Jiran: MAHUKAH KAMU TAHU MENGAPA MUHAMAD YANG BARU AKAN KELIHATAN SEPERTI ORANG JAHAT BAGAI YANG SAYA KATAKAN SEBELUM INI?.

INI KERANA MUHAMAD YANG BARU INI MENENTANG BENEDICTINE ORDER.

YA, SETELAH UMAT ISLAM SENDIRI MENGAKUI BAHAWA PEKERJAAN MEREKA MENDATANGKAN KESELESAAN HIDUP DAN MEREKA BERKATA “ILMU2 INI DARI CENDEKIAWAN ISLAM DAHULU,DAN LIHATLAH KAWAN-KAWANKU INILAH NIKMAT ISLAM”

SEBAB ITULAH UMAT ISLAM DIUMPAN SUPAYA MEREKA MEMPERTAHANKAN ILMU-ILMU INI DAN MELETAKAN FAKTA BAHAWA SEGALA ILMU-ILMU INI ADALAH LAHIR DARI SARJANA-SARJANA ISLAM.

PADAHAL KAMI TELAH PUN MENGUBAH SUAI ILMU INI SEBELUM PENJAJAH MENGAJARKANNYA KEPADA KAMU.

APABILA PAUS ROMAN PETER II MUNCUL NANTI, UMAT ISLAM AKAN DITUDUH OLEH ORANG-ORANG KAFIR BAHAWA ILMU-ILMU KEPUNYAAN UMAT ISLAM LAH YANG MEMBAWA KEROSAKAN KEPADA DIRI MEREKA. ORANG-ORANG ISLAM AKAN DIBUNUH HABIS-HABISAN OLEH ORANG KAFIR, TANPA GEREJA TIDAK PERLU MELAKUKAN APA PUN.

ADAKAH ORANG-ORANG ISLAM YANG DIKATAKAN “UMAT ISLAM CEMERLANG” AKAN MENINGGALKAN SEMUA “KECEMERLANGAN” MEREKA KETIKA MUHAMAD YANG BARU DATANG UNTUK MENCABUT KECEMERLANGAN PALSU MEREKA. SAYA FIKIR TIDAK!!! MEREKA AKAN MEMPERTAHANKAN “BENEDICTINE ORDER” HABIS-HABISAN.

SAYA IZINKAN UNTUK KAMU CERITA PERKARA INI KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DAN KAMU AKAN LIHAT MEREKA AKAN BERKATA KEPADA KAMU “KESEMUA CERITA-CERITA INI ADALAH KESESATAN DAN TIPU DAYA SEMATA-MATA”


Aku: Siapakan yang akan berkata begitu kepada saya?.


Jiran: MEREKA SEMUANYA.


(cantus dan Benedictine saling berkait mereka seperti adik beradik, mereka tidak boleh dipisahkan, mengapa ia tidak boleh dipisahkah masih belum lagi terjawab. Jika tidak salah satu-satunya pemimpin kita yang pernah bertemu dengan Paus John Paul II adalah M, sebelum dia meletakan jawatan, dasar pandang ke timur,)

Persoalanya disini sanggupkan anda semua membakar sijil, diploma dan ijazah yang dikatakan Benedictine Order, apa bezanya jika anda tidak mengenakan tali leher, seluar slack dan kemeja, ia tetap sama melainkan jika anda tidak bekerja maka tiadalah gaji untuk keluarga anda. “Benedictine Order”

Bahagian ini juga amat menarik. Sekali lagi Bishop tersebut menyebutkan tentang Pope Roman Peter II yang akan muncul selepas 111 Pope iaitu Pope Benedict sekarang dan tentang Benedictine Order.

APABILA PAUS ROMAN PETER II MUNCUL NANTI, UMAT ISLAM AKAN DITUDUH OLEH ORANG-ORANG KAFIR BAHAWA ILMU-ILMU KEPUNYAAN UMAT ISLAM LAH YANG MEMBAWA KEROSAKAN KEPADA DIRI MEREKA. ORANG-ORANG ISLAM AKAN DIBUNUH HABIS-HABISAN OLEH ORANG KAFIR, TANPA GEREJA TIDAK PERLU MELAKUKAN APA PUN.

Jiran: “BENEDICTINE ORDER IS SYMBOLIZE BY THE OLIVE WHEAT AND GRAIN” DAN KAMU LIHAT UN MENGGUNAKAN SIMBOL BENEDICTINE DAN PARA PAUS TELAH MEMBINA PERJUANGAN YANG AKAN DISELESAIKAN OLEH PAUS YANG AKAN DATANG.

Lambang UN itu sendiri adalah Olive Wheat And Grain. Adakah Bishop ini sengaja mereka cerita mengenai UN ini? UN adalah antara pelan mereka untuk mewujudkan One World Government tidak lama lagi. Sila rujuk artikel  saya berikut. Klik Sini

Jiran: JIKA TIDAK SILAP SUATU MASA DAHULU DARI KAMPUNG KAMU, MALAYSIA ADA PEMIMPIN KAMU YANG TELAH MEMERINTAH SELAMA 2O TAHUN TELAH DIUNDANG MENEMUI PAUS JOHN PAUL II.

DAN PEMIMPIN KAMU TELAH DITANYA TENTANG PENCAPAIAN BENEDICTINE ORDER DI SANA

PAUS JOHN PAUL II SANGAT GEMBIRA DENGAN PEMIMPIN KAMU YANG SUKAKAN ORANG-ORANG JEPUN. ”DASAR PANDANG KE TIMUR” DIA SELALU MENGULANG-ULANG AYAT INI KEPADA PAUS.

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan. Ini adalah salah satu tanda kiamat. Keadaan ini bertepatan dengan situasi sekarang, orang menuntut ilmu kerana mahu mengejar pangkat, kedudukan harta. Bertepatan dengan kata-kata Bishop tersebut di bawah:

Jiran: BENEDICTINE ORDER TELAH BERKUASA DAN MENGUASAI HAMPIR KESELURUHAN HIDUP MANUSIA DI DUNIA INI, TIADA SIAPA DAPAT MELARIKAN DIRI. MALAH MANUSIA BEREBUT-REBUT UNTUK MEMILIKINYA.

MEREKA SANGAT MENYAYANGI DIRI SENDIRI, MALAH MEREKA AKAN MEMPERTAHANKAN MARUAH INI DENGAN APA CARA SEKALIPUN. KAMI TIDAK PERLU MELAKUKAN APA-APA PUN. PERCAYALAH. SEPERTI ‘CANTUS’, KAMI JUGA MEMBERIKAN PAKAIAN YANG INDAH-INDAH KEPADA MEREKA INI. MEREKA TERNYATA BENAR-BENAR SUKAKANNYA.

Bishop itu juga tidak menghalang rahsia sebegini disebarkan kerana dia tahu ramai antara kita tidak percaya dengan semua ini. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak percaya, antaranya ialah minda mereka terlalu lama terpenjara oleh Dajal.

SAYA IZINKAN UNTUK KAMU CERITA PERKARA INI KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DAN KAMU AKAN LIHAT MEREKA AKAN BERKATA KEPADA KAMU “KESEMUA CERITA-CERITA INI ADALAH KESESATAN DAN TIPU DAYA SEMATA-MATA”

Sila tinggalkan komen anda tentang perkara ini, samada Bishop itu betul bahawa ramai umat Islam tidak akan percaya ataupun ramai yang sudah berjaya membebaskan minda mereka. Mungkin bagi pembaca baru, agak sukar untuk menelan semua ini secara sekaligus kerana apa yang diceritakan oleh Bishop itu mempunyai maksud yang mendalam dan juga memerlukan pemahaman yang agak tinggi.

Artikel yang disiarkan ini hanyalah bacaan ilmiah dalam genre konspirasi untuk bacaan umat Islam khasnya. Kami tidak pernah memaksa pembaca mempercayainya seratus peratus. Nasihat yang diberi ialah jangan terlalu taksub dengan sesebuah teori, jangan tersesat di rimba konspirasi dan jangan disesatkan oleh kekeliruan sendiri. Sentiasalah merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber rujukan tertinggi. Berfikirlah secara waras mengikut batas-batas Islam tanpa merosakkan akidah dan iman. Di sini hanya untuk pembelajaran dan bagi membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam khasnya umat manusia amnya.

Monday, September 27, 2010

Konspirasi Dunia - One World Government

Salah satu agenda terpenting pada awal penubuhan Illuminati ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu menjadi One World Government (Satu Kerajaan Dunia). Konsep ni adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati.

Semasa menghasut dan memujuk golongan elit untuk menyertai Illuminati, Weishaupt berhujah bahawa seluruh peperangan yang berlaku di dunia hanya boleh dihentikan jika semua kerajaan-kerajaan bersatu di bawah satu payung pentadbiran sahaja.

Payung itu pula hendaklah dikuasai oleh golongan cerdik pandai yang berlatar belakangkan akademik dan profesional atau ahli ekonomi.

Weishaupt juga berhujah bahawa peperangan yang berlaku di dunia adalah berpunca dari sikap tamak golongan pertengahan dan kerabat diraja yang tidak mementingkan rakyat. Hujah Weishaupt ketika itu memang tepat pada masanya kerana Eropah ketika waktu tersebut sedang berada di zaman kegelapan.

Golongan bawahan dan ahli akademik sememangnya ternanti-nantikan sorang hero yang akan membawa revolusi menghapuskan kekejaman golongan pertengahan dan diraja.

Fakta dan idea yang dibina Dajjal untuk digunakan Weishaupt amat tepat ketika itu, maka dalam masa yang singkat ramai golongan elit teruja dengan idea One World Government.

Perbezaan konsep New World Order dan One World Government.

Konsep New World Order (NWO) dan One World Government (OWG) adalah bersumberkan dari pertubuhan yang sama iaitu Illuminati. Perbezaannya hanya dapat dilihat dari segi tarikh pengenalan dan fungsi konsep kedua-dua idea tersebut.

Konsep OWG diperkenalkan selaras dengan penubuhan Illuminati iaitu pada 1776 oleh Adam Weishaupt. Konsep ni diguna pakai oleh Weishaupt untuk dijadikan matlamat penubuhan Illuminati dan objektif kepada gerak kerja masyarakat Yahudi elit.

Konsep
NWO pula mengikut teori konspirasi mula diperkenalkan pada 1782 pada cop mohor kerajaan Amerika iaitu The Great Seal of the United States.

The Great Seal yang mempunyai gambar piramid itu juga mempunyai suatu perkataan latin yang ditulis sebagai Novus Ordo Seclorum atau New World Order.

Pada tahun 1935, kedua-dua cop mohor di atas telah dicetak di bahagian belakang wang kertas 1 dollar Amerika... Kemudian pada 11 September 1991, Presiden George H.W. Bush telah mengumumkan perlaksanaan New World Order di persidangan kongres.
Ringkasnya, NWO adalah perlembagaan tersembunyi bagi pentadbiran One World Government.

PBB ialah One World Government!

Adakah One World Government yang dicanangkan Illuminati sudah tercapai? YA, ia sudah tercapai sebanyak 70 peratus dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Penubuhan amat unik dan sama konsep penubuhannya seperti mana yang dihujahkan oleh Adam Weishaupt apabila ingin menarik orang ramai memasuki Illuminati.

PBB yang ditubuhkan pada 1945 itu diasaskan selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Ianya ditubuh khusus untuk menghentikan peperangan antara negara dan memastikan setiap isu diselesaikan melalui dialog (walaupun Amerika sendiri tidak mempraktikkannya)
PBB sebenarnya adalah objek realisasi yang berasaskan konsep One World Government.Ciri-ciri asas sebuah kerajaan ialah ia mempunyai menteri-menteri yang membantunya di bawah setiap kementerian.

Kerajaan pula asasnya mempunyai peringkat Persekutuan dan Negeri. Di dalam PBB, ia berfungsi sebagai Federal Government dan negara-negara yang menganggotainya adalah State Government.


Manakala setiap kerajaan mempunyai tentera tersendiri dan PBB juga mempunyai tentera pengaman tersendiri. Begitulah PBB jika diperhatikan konsep penubuhannya satu persatu dan dibandingkan pula dengan kehendak One World Government.

Cuma yang terkurang di dalam PBB ialah ia tidak mempunyai Ketua Kerajaan sebagaimana sebuah kerajaan biasa yg diketuai oleh Presiden atau Perdana Menteri.

PBB hanya mempromosikan Setiausaha Agung sebagai orang terpenting di dalamnya, manakala soal dasar ekonomi, polisi luar adalah daripada keputusan majlis keselamatan yang dianggotai oleh negara-negara kuasa "veto".

Kemungkinan kita perlu lihat nanti negara manakah yang akan mencadangkan bahawa PBB perlu seorang Presiden PBB (Ketua One World Government) dan siapa pula yang bakal dilantik untuk menduduki kerusi pertama Presdien PBB.

Wallahu’alam…

Wednesday, September 22, 2010

Konspirasi Dunia - Pope Roman Peter II, Cantus, Benedictine Order ( Part 3 )


Ini adalah sambungan daripada artikel yang bertajuk Konspirasi Dunia - Pope Roman Peter II, Cantus, Benedictine Order ( PART 1 dan PART 2 ) Antara barangan mereka yang telah digunakan oleh umat islam hari ini.

1. Kita diajar didalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan mereka) bahawa jika ingin mendapatkan vitamin B serta ingin menambah darah didalam badan kita, kita perlulah makan hati haiwan dan hati ayam. Akan tetapi sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya dengan memakan hati ayam ia akan melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Maka kepekatan toksin adalah tinggi di dalam hati haiwan.

2. Kita diajar didalam sains bahawa kopi tidak elok untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W , selain susu dan madu. Cuba kita lihat kaum Yahudi, mereka adalah peminum kopi contoh yang sangat jelas adalah Starbuck. Profesor dikebanyakan universiti UK yang berbangsa Yahudi akan memiliki sekurang-kurangnya segelas kopi ditangan mereka.

3. Kita turut diajar bahawa dengan daging kambing memiliki tahap kolestrol yang tinggi, namun kambing juga adalah makanan Nabi Muhammad S.A.W . Propaganda mereka seolah-olah ingin merendahkan dan menidakan cara pemakanan Nabi Muhammad S.A.W. Sebenarnya daging kambing adalah daging yang paling kurang kandungan kolesterol.

4. Mereka mengwar-warkan bahawa McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu Trans.

5. Mereka juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Jika kita mengetahui. Coke sangat beracun, ia juga tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Hari ini apa yang kita lihat Orang Melayu serta umat islam kita amat ketagih akan minuman ini.

6. Untuk pengetahuan, mereka juga telah mengwar-warkan kebaikan pada minuman soya (USA merupakan pengeluar soya terbesar di dunia), namun hakikatnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki serta perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang kerana di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Dia dalam soya juga terdapat phytic acid yang menyebabkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.(nak tahu lebih lanjut lagi,rajin-rajinlah buat kajian yer.. tak pun cari je kat Google)

Secara kesimpulannya mereka telah pun menyusun strategi dari pelbagai sudut untuk diprogramkan dalam melemahkan umat islam. Hanya kita sedar atau pun tidak

Firman Allah s.w.t:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
|Q.s Al-Baqarah:168|

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
|Q.s Al-Maidah:88|

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
|Q.s An-Nahl: 114|

Aku: Apa yang saya perhatikan dari awal perbincangan kita, pak cik hanya menceritakan tentang kehebatan-kehebatan orang pakcik sahaja seolah-olah tiada pun perkara yang merisaukan pak cik. Cuba kita lihat hari ini berapa ramai orang kristian yang memeluk agama islam. Adakah pakcik tidak risau akan fenomena tersebut? Apa tindakan pihak gereja?

Jiran: RISAU? ALANGKAN UMAT ISLAM SENDIRI HILANG ISLAM YANG SEBENAR, INIKAN PULA YANG BARU MEMELUK ISLAM. YA,RAJA KAMI (PAUS) PAPA BENEDICT PERNAH MEMBERI TAHU SAYA BAHAWA KAMI TIDAK AKAN MENEMUKAN MUHAMMAD s.a.w SEBELUM DIA BERJAYA MENEMUKAN KAMI DI KHALAYAK RAMAI.

Aku: Tapi pakcik, orang islam percaya bahawa akan tiba suatu masa nanti, di mana seorang pemuda akan dilantik untuk meneruskan perjuangan dan misi Nabi Muhammad s.a.w. Dia adalah imam mahdi.

Jiran: BAGAIMANA JIKA SAYA KATAKAN BAHAWA DIA SENDIRI TIDAK TAHU SIAPAKAH DIRINYA, DIA HANYA MENGETAHUI KEBENARAN DAN MELAKSANAKANNYA HANYA KERANA PERASAAN TANGGUNGJAWAB, PERLANTIKANYA SEBAGAI MUHAMMAD s.a.w ITU MENANDAKAN USAHANYA TELAH BERHASIL DAN BUKANNYA BARU BERMULA.

Aku: Mengapa pakcik menyatakan bahawa beliau berjuang sebelum dilantik?

Jiran: INILAH YANG AMAT MERISAUKAN KAMI, AL-QURAN DAN MUHAMMAD s.a.w YANG TERDAHULU TIDAK AKAN MENIPU. TETAPI ADA SEDIKIT HELAH YANG DISEMBUNYIKAN DARIPADA KAMI, MANA MUNGKIN DENGAN MUDAH UNTUK BERKATA DIA MUNCUL DAN DILANTIK. JIKA BEGINI MUDAH SAHAJA KAMI MENEMUKANNYA.

PAPA BENEDICT ADA MENYATAKAN BAHAWA MUHAMMAD s.a.w KALI INI BERBEZA DENGAN MUHAMMAD s.a.w TERDAHULU, ULAMA-ULAMA KAMU DIBIARKAN HIDUP KERANA MUHAMMAD s.a.w SEDIKIT PUN TIDAK MENYERUPAI MEREKA.

MUHAMMAD s.a.w AKAN KELIHATAN SEPERTI PENJENAYAH, ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN TETAPI HAKIKATNYA DIALAH YANG MEMBAWA KEBENARAN. SEDANGKAN KAMI PULA SEPERTI ORANG BAIK YANG AKAN MEMPERJUANGKAN NASIB KAMU SEMUA.

YA, KERANA DIA TIDAK MAHU KEBENARAN TERTANGGUNG DI BAHUNYA, KAMU TIDAK AKAN MENEMUI SEBARANG HURUF-HURUF, ABJAD-ABJAD DAN AYAT-AYAT DIDALAM USAHANYA.


Aku: Jika begitu siapa pula yang akan menjadi pengikut imam mahdi, bagaimana mereka boleh mengetahuinya.

Jiran: KALAU KAMU MAHU TAHU. KAMU DATANG KEPADA SESIAPA SAHAJA DAN KEMUDIAN CERITAKAN KEBENARAN KEPADA MEREKA, SELEPAS KAMU MENDAPAT TEMPAT DI HATI MEREKA. MEREKA AKAN MENGATAKAN KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG BAIK-BAIK DAN PERKATAAN KAMU ADALAH PALING BENAR.

OLEH ITU KEBENARAN SUDAH TERTANGGUNG DI BAHU KAMU,MEREKA MELIHAT KAMU DAN NAMA.

KEMUDIAN KAMU BERSIKAP BURUK LALU KAMU PERHATIKAN SAJA RAGAM MEREKA. MEREKA AKAN MENGATAKAN KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG PALING JAHAT DAN KESEMUA KATA-KATA MU ADALAH DUSTA.

MEREKA ADALAH ORANG YANG PALING LEMAH KERANA MEMERLUKAN KEBAIKAN KAMU DEMI MEMBUAT KEPUTUSAN SAMA ADA CERITA YANG KAMU JAJA ITU BENAR ATAU DUSTA.

DAN ORANG YANG GAGAH ADALAH MEREKA YANG TIDAK MEMERLUKAN KEBAIKAN KAMU UNTUK MEMUTUSKAN BAHAWA CERITA KAMU ITU BENAR DAN TIDAK MEMERLUKAN KEJAHATAN KAMU UNTUK MEMUTUSKAN BAHAWA CERITA KAMU ITU DUSTA. MEREKA INI ADALAH ORANG-ORANG YANG AKAN MENYERTAI MUHAMMAD s.a.w. ”PERMATA YANG HILANG DARI TANGAN ORANG MUKMIN” AKAN KEMBALI SEMULA KEPADA TUANYA KERANA MEREKA ORANG YANG SUDI MENERIMANYA TIDAK KIRA BAGAIMANA IA AKAN DATANG DAN MEREKA ADALAH ORANG YANG BENAR-BENAR YAKIN BAHAWA KEBENARAN ITU MILIK TUHAN DAN MUHAMMAD s.a.w HANYALAH SEBAGAI PENYAMPAI YANG DIWAHYUKAN.


(Jadi selepas jiran memberitahu akan perkara tersebut saya cuba menduga akalnya dengan megajukan beberapa pertanyaan untuk mengetahui akan kebenarannya serta mengetahui golongan mana yang dimaksudkan)

Sehebat mana perancangan mereka, hebat lagi perancangan Allah

Jiran: INILAH YANG MERISAUKAN KAMI, AL-QURAN DAN MUHAMMAD s.a.w YANG TERDAHULU TIDAK AKAN MENIPU TETAPI ADA SEDIKIT HELAH YANG DISEMBUNYIKAN DARIPADA KAMI, MANA MUNGKIN DENGAN MUDAH UNTUK BERKATA BAHAWA “DIA” MUNCUL DAN DILANTI JIKA BEGINI MUDAH SAHAJA KAMI MENEMUKANNYA.

...mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
|Qs. Al Anfal: 30|

Aku: Melalui pengamatan saya, pak cik dan yang lain memiliki rupa paras dan wajah yang lebih kurang serupa sahaja. Malah wajah “paus” juga kelihatan seperti wajah pakcik, wajah pak cik sama seperti “paus”. Sekarang ni agak susah untuk saya bezakan antara wajah kaum yahudi dan orang-orang amerika dan eropah ia kelihatanya seperti serupa, mengapa ya wujudnya fenomena begitu?

Jiran: ORANG SEPERTI KAMU APABILA MELIHAT WAJAH MANUSIA, ITULAH YANG AKAN KAMU KATAKAN AKAN TETAPI BERLAINAN PULA PADA KAMI, KAMI MELIHAT WAJAH MANUSIA TEMBUS KE LUBUK HATI MEREKA, APA YANG MEREKA LALUI SEHARI-HARI DAN APA YANG TERDAPAT PADA JIWA MEREKA SEHINGGA MENYEBABKAN WAJAH MEREKA SEPERTI ITU DAN INI.

Aku: Maka apa kaitan kehidupan seharian dengan jiwa serta wajah. JIka awak menggunakan alat solek nescaya muka mereka turut akan berubah.

Jiran: (PAUS) PAPA BENEDICT PALING ARIF AKAN HAL INI. KAMI GELARKAN DIA SEBAGAI “MILLON SOUL MAN”. YA, TERDAPAT BERJUTA- JUTA JENIS JIWA MANUSIA DIDALAM DUNIA INI, PERBEZAAN JENIS JIWA-JIWA ITU TERAMATLAH KECIL UMPAMA TEBAL KERTAS YANG DIBAHAGI 1000. SESEORANG YANG NAMANYA PAUS, MAMPU MENGHITUNGNYA WALAUPUN DI DEPANNYA ADA JUTAAN MANUSIA. DIA MAMPU MENYEBUT MEREKA SATU PERSATU. INI ADALAH KEMAMPUAN MUHAMMAD s.a.w TERDAHULU DAN KAWAN-KAWANNYA AKAN TETAPI KINI IA MENJADI MILIK KAMI.

PERASAAN KAMU ITU TERHASIL DARI GERAK BALAS TERHADAP “BARANGAN BUATAN KAMI”. PENGGUNAAN DAN PERKARA ITU KAMU LAKUKAN SETIAP HARI, IA SEOLAH-OLAH SEPERTI AIR YANG MENITIS MEJADI LOPAK, BILA LOPAK ITU KELIHATAN IA TELAH MENJADI JIWA. HURUF-HURUF, ABJAD-ABJAD DAN AYAT-AYAT TIDAK LAYAK SEBAGAI BAHASA, MAKA WAJAH KAMU ADALAH SEBAIK BAHASA YANG MAMPU MENERANGKAN APA YANG TERKANDUNG DIDALAM HATI KAMU. CANTIK ATAU HODOH BUKAN PENENTU TAPI TERANG ATAU MALAP CAHAYA DI WAJAH KAMU ITU SEBENARNYA.


Aku: Jika tidak salah sebentar tadi pakcik menyatakan bahawa terdapat berjuta jiwa manusia. Terlalu banyak rasanya, bagaimana ia boleh menjadi begitu. Apa yang saya lihat manusia hanya memiliki 4 jenis jiwa. Jahat, sederhana, baik dan sangat baik. Hairanya gereja mampu melihat berjuta-juta jenis jiwa. Suatu keajaiban pula.

Jiran: SEBAB ITU KAMI MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS AKTIVITI KEHIDUPAN MANUSIA YANG TIADA PADA ZAMAN MUHAMMAD s.a.w DAHULU. SEHINGGA KE HARI INI TERDAPAT PELBAGAI PERANAN MANUSIA YANG PALSU. CUBA KAMU PERAMATI DARI KECIL KAMU KE SEKOLAH, KE UNIVERSTI KEMUDIAN BEKERJA. DI DALAMNYA TERDAPAT BERJUTA - JUTA PEKERJAAN, MAKA BERJUTA-JUTA AKITIVITI TELAH DILAKUKAN OLEH ITU TERHASILAH BERJUTA-JUTA JIWA.

MANUSIA SANGAT BODOH. MEREKA BEGITU MENYAYANGI PEKERJAAN, MALAH KAMI BUATKAN MEREKA TERSEPIT JIKA TIADA KERJAYA. OLEH ITU MEREKA AKAN MENYAYANGINYA. MALAH BEREBUT – BEREBUT PULA UNTUK MEMILIKINYA.


Aku: Untuk apa mereka mewujudkn berjuta-juta jiwa manusia. Apa kepentingannya kepada orang-orang pak cik . Patutlah pakcik kelihatan tidak bekerja, hanya bersembahyang sahaja.

Jiran: TERDAPA PELBAGAI AGAMA DI DALAM DUNIA INI, WAJAH-WAJAH MANUSIA BERGANTUNG KEPADA AGAMA YANG MEREKA ANUTI, WAJAH ORANG-ORANG ISLAM LAIN, WAJAH ORANG KRISTIAN LAIN, WAJAH ORANG YAHUDI PUN BERBEZA DAN BEGITULAH PADA SEMUA AGAMA. PERBEZAAN WAJAH MANUSIA PADA MASA ITU SANGATLAH KETARA KERANA AKTIVITI SEHARIAN MEREKA BERLAINAN, AKTIVITI SEHARIAN MEREKA ADALAH HANYA KEPADA KEAGAMAAN, TIDAK WUJUD PERKARA LAIN.

OLEH SEBAB ITU KAMI BERUSAHA UNTUK MELUCUTKAN WAJAH-WAJAH AGAMA DALAM DIRI MEREKA. MAKA KAMI CIPTAKAN PELBAGAI AKTIVITI KEHIDUPAN YANG KAMU LIHAT PADA HARI INI. MAKA WAJAH MEREKA AKAN KELIHATAN SAMA DAN SERUPA SAHAJA MAKA JIWA MEREKA PASTI SAMA.

MISALNYA BEGINI. CUBA KAMU LIHAT WAJAH ORANG YANG BERUMUR 2O TAHUN PADA HARI INI,DAN KEMUDIAN LIHAT WAJAH ORANG YANG MEMPUNYAI UMUR YANG SAMA,TETAPI HIDUP PADA 30 TAHUN YANG LEPAS MAKA KAMU BANDINGKAN, ADAKAH SAMA?


(ini yang menyukarkan. Maka aku termenung sebentar, akal aku balik ke Malaysia)

Aku: Ada benarnya juga kata-kata pak cik, jika diMalaysia, perbezaan generasi memang jelas ketara. Saya dapat lihat muka orang-orang muda, melayu dah menyerupai cina dan begitulah sebaliknya. Kadang-kadang jika tengok gambar di ruangan-ruangan social seperti facebook, my space, Friendster. Agak sukar untuk menentukan identity banga mereka.

Jiran: MEREKA YANG BERJUTA-JUTA JIWA ITU KAMI GABUNGKAN AKTIVITI KEHIDUPAN MEREKA UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH WAJAH MANUSIA BARU, JIWA MANUSIA BARU, JIWA TANPA AGAMA PADANYA, YANG TIDAK TERDAPAT PADA MANA-MANA ZAMAN SEBELUM INI.

DAN MEREKA ITU ADALAH JIWA KEPADA PEMILIK WAJAH YANG KAMU PANGGIL MEREKA SEBAGAI. ”CUTE”

KAMU LIHATLAH! GOLONGAN SEPERTI MEREKA SEMAKIN MEMBANJIRI SETIAP PELUSUK DUNIA. SEMAKIN MELIMPAH MEMENUHI BANGSA DAN AGAMA SENDIRI. MAKA TAMATLAH RIWAYAT AGAMA SEDUNIA.


Aku: Mereka yang berwajah “cute”? macam bangs saya, melayu. Saya memang perasan perubahan dan persamaan muka mereka, kelihatan tidak seperti melayu, macam orang agama budha pun tidak. Kini ia merupakan suatu fenomena.

Jiran; LIHAT SAHAJA DI ALAM MAYA (internet). MEREKA BENAR-BENAR MENYUKAI WAJAH MEREKA MALAH BERASA BANGGA, PADAHAL MEREKA TIDAK MENYEDARI KEROSAKAN JIWA MEREKA. GOLONGAN INI ADALAH GOLONGAN-GOLONGAN YANG BERPOTENSI UNTUK DIMURTADKAN DAN MENYEBAH KAMI DALAM SEDIKIT MASA LAGI.

Aku: Bagaimanakah orang-orang pakcik menghitung potensi mereka untuk diperlakukan sebegitu?

Jiran: KAMU DATANG KEPADA MEREKA, KEMUDIAN KAMU SURUH MEREKA MEMBENCI WAJAH MEREKA SENDIRI KEMUDIAN LIHATLAH, MEREKA AKAN MEMPERTAHANKAN WAJAH MEREKA DAN MEREKA PULA BERKATA BAHAWA KAMU INI ORANG GILA. INGATLAH BAHAWA TUHAN KEPADA MUHAMAD TELAH MEMBERIKAN KAMI RAMAI PENGIKUT DARI KAUM HAWA.

Aku: Jikalau begitu golongan ini telah dipersiapkan untuk dajjal ke?

Jiran: YA, MEREKA ADALAH GOLONGAN PALING LEMAH, JIWA - JIWAMEREKA BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA “BARANG BUATAN KAMI” DAN MEREKA YANG LAIN JIKA TIDAK SEMPAT DIDATANGI OLEH DAJJAL MAKAN MEREKA AKAN DIURUSKAN OLEH LUCIFER. (syaitan)

LUCIFER AKAN DATANG KETIKA WAKTU AJAL MENJELMA. LUCIFER MEMBISIKKAN KE TELINGA MEREKA AKAN PERTOLONGAN DARI SAKITNYA MAUT DENGAN JANJI-JANJI YANG MENYESATKAN, JIKA MEREKA BERSETUJU TERHADAP JANJI JANJI YANG DITABURKAN MAKA MEREKA AKAN DIHANTAR KE NERAKA BUAT SELAMA-LAMANYA.

FENOMENA INI TELAH PUN BERLAKU.


Aku: ini semua mengarut, jika benar apakah buktinya?

(saya sedikit terkejut apabila jiran saya ketawa tapi dengan cara yang sopan )

Jiran: BARU- BARU INI PENJAGA MAKAM MUHAMMAD s.a.w, DIA MEMBACA AL-QURAN DISISI MAKAM DAN TERTIDUR, KEMUDIAN DIA BERMIMPI BAHAWA MUHAMMAD s.a.w DATANG KEPADANYA DAN MENGATAKAN BAHAWA DIA TELAH MENGUNJUNGI UMATNYA DAN MENDAPATI BAHAWA DALAM 60,000 ORANG ISLAM YANG KEMBALI KEPADA TUHANNYA, TIADA SEORANG PUN YANG BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA TUHAN.

DAN KAMU TAHUKAN BAHAWA LUCIFER TIDAK DIIZINKAN UNTUK MENYAMAR SEBAGAI MUHAMMAD s.a.w


(Hebat, sedikit kegentaran timbul didalam jiwa, bagaimana mereka mampu melakukan survey hingga sebegini sekali kemudian mencipta suatu kelahiran bangsa yang kita lihat dan gelar sebagai golongan yang “cute”. Rasanya golongan seperti ini telah menjadi perhatian pihak gereja, mereka lebih mengetahui yang sebenar-benarnya dari kita, terdapat banyak maksud “cute”)

Apabila membaca petikan di atas saya terfikir, Bishop ini tahu juga bahawa Iblis/ Lucifer tidak diizinkan menyerupai Rasullulah s.a.w. Saya ingatkan hanya umat Islam yang tahu tentang perkara ini.

Apabila membaca perenggan ini, saya teringat pengalaman seorang sahabat saya. Beliau terpaksa mengikut bosnya untuk masuk ke dalam gereja kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke dalam gereja, Paderi di dalam gereja terus menghalau beliau keluar kerana Paderi itu tahu dia ialah seorang Islam. Sedangkan mukanya mirip-mirip Cina dan beliau terus keluar. Bagaimana Paderi itu tahu sahabat saya itu adalah seorang Islam? Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Bishop itu. "wajah manusia bergantung kepada agama yang mereka anuti".

Bersambung...

Sunday, September 12, 2010

Kerana Kau Adalah Cinta Pertama Ku


Hari ini genaplah 3 tahun Allahyarhamah ibu ku pergi meninggalkan aku dan adik-beradikku semua.. 12.9.2007 adalah tarikh yang tidak mungkin dapat aku lupakan, tarikh yang amat hampir dengan tarikh dimana aku dilahirkan ke dunia yang penuh dengan tipu daya ini. Terasa seperti baru sebentar tadi aku mengucup tangan mulia ibuku itu... Bagiku segala memori bersama insan teristimewa ini adalah cukup indah.. amat indah.. dari sinilah bermulanya perkenalan aku dengan makna disebalik perkataan B.E.R.D.I.KA.R.I. yang selama ini tidak pernah aku ambil peduli. Terima kasih Mak... Semoga rohmu tenang disisi-Nya dan di tempatkan dikalangan Hamba-hamba-Nya yang beriman.. Amin.. Aku yakin.. Amat yakin! di situlah tempatmu insan yang terbaik di sisi anak-anak dan juga pencipta.

Ibu…
Kau lah bahagia, bagiku…
Kau lah kasihku, bagiku…
Kau lah sayangku, bagiku…
Kau lah jiwaku, bagiku…
Kau lah Ibuku, bagiku…

Mak…
Bila dahaga, yang susukan aku… Mak
Bila lapar, yang suapkan aku… Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku… Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut… Mak
Bila bangun tidur, aku cari… Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang… Mak
Bila nak bermanja, aku dekati… Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah… Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya… Mak
Bila nakal, yang memarahi aku… Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma… Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah… Mak
Bila takut, yang tenangkan aku… Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk… Mak
Aku selalu teringatkan… Mak
Bila sedih, aku mesti telefon… Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu… Mak
Bila bengang.. aku suka luah pada… Mak
Bila takut, aku selalu panggil… “Mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah… Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga… Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu… Mak
Bila ada masalah, yang paling risau… Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni… Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku… Mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk… Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku… Mak
Yang selalu berleter kat aku… Mak
Yang selalu puji aku… Mak
Yang selalu nasihat aku… Mak
Bila aku "Clash" dengan awek... aku menangis di riba... Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Mak


Mak… Mak.. mak lah mak yang terbaik buat saya, mak lah yang telah mengajar saya berbagai-bagai ragam dan rencah hidup di dunia. Mak jugalah yang telah mengajarkan saya ‘alif, ba, ta’, 1 + 1 = 2, ‘a, b, c’. Mak jugalah yang mengajarkan saya mengenal Iqra’, Muqaddam, kemudian mengajar saya mengenal hukum-hukum Tajwid Al-Qur’an. Kerana berkatnya didikan mak untuk saya, sekarang saya sudah dapat mengenal apa itu dunia. Terima Kasih Mak...

Mak! Kau lah bahagia, bagiku!!
Kasih mu, mustahil untuk dicari ganti di dunia ini.
Mak! Terima Kasih atas segalanya yang telah engkau curahkan kepada ku!

Saturday, September 11, 2010

24 Perkara Mengapa Islam Kata Jangan


Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang "jangan" dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Wednesday, September 08, 2010

Jawatan Kosong Dengan Gaji Lumayan!!

Kalau di china ada yang disuruh menikah dengan mayat, di Rusia lain lagi ceritanya. Disini , negara atheis ini ada kilang yang kerjanya menjual organ-organ mayat. Kilang ini menampung mayat untuk dimanfaatkan.
bahagian-bahagian tubuh yang boleh dijual diambil seperti kornea,mata,ginjal dan lain-lain yang laku dijual.
penjualannya pun tak terbatas hanya di dalam negeri sahja,tapi ada juga sampai keluar negara.

img227.imageshack.us/img227/2900/dst20090126070931.png

Seramnya,mayat-mayat bergelimpangan dimana-mana mcm tak ada harga.Padahal manusia walaupun sudah jadi mayat harus dkebumikn atau dismpan dengan elok...Kerana manusia bukan haiwan, manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia. Tapi di Russia memang banyak orang yang tak percaya degan tuhan (walaupun percaya pasti mengingkari).Mereka menganggap apapun boleh dilakukan, sampai mayat pun dijadikan bisnes..

img715.imageshack.us/img715/7905/dst20090126070951.png

Orang-orang yang bekerja tu tak ngeri dan seram ke kerja kat situ? apatah lagi bau mayat-mayat tu.
tengok pekerja tak pakai mask pun.. Mungkin hidungnya sudah kebal, sekebal hatinya yang sudah keras huhu..

img52.imageshack.us/img52/8079/dst20090126070847.png
img514.imageshack.us/img514/3466/dst20090126071018.png

Ada sesiapa yang berminat utk kerja dikilang seperti ini? huhu..

img683.imageshack.us/img683/1379/dst20090126071044.png

Saturday, September 04, 2010

Kita (Umat Islam Di Malaysia) Sebagai Juara Berhibur Antarabangsa & Cadangan Alternatif Bagi Menyelesaikan Masalah Yang Agak Kronik

Assalamualaikum.

Mungkin fakta ini (rujuk tajuk di atas) sudah lama diketahui,tetapi dengan penemuan yang terbaru (tidaklah baru sangat),makin bertambah kuatlah fakta ini.

Dan diingatkan juga,mungkin ada pihak yang apabila selesai membaca (ataupun hanya baca tajuk) akan mengeluarkan hujah-hujah untuk menafikan kenyataan.

Dan sekali lagi diingatkan,fakta ini hanya memeranjatkan anda yang mahu berfikir.

Masih tidak faham?Lihat gambar di bawah.Dan klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas.




Kita ulas satu persatu gambar bagi memudahkan pemahaman anda.

Kita rujuk dahulu gambar yang pertama,Carta Trafik Bagi Facebook 1.

Di bulatan yang pertama (bertanda huruf 1) di dalam gambar,kita dapat lihat di situ dinyatakan Carta Traffik Alexa bagi Facebook peringkat global adalah di tempat kedua di belakang Google yang berada di tempat pertama.

Ini bermaksud,dalam bahasa pasarnya,Facebooklah laman web yang paling ramai dimasuki orang selepas laman web Google.

Itu logiklah.

Kemudian kita lihat bulatan yang kedua (bertanda huruf 2),dinyatakan bahawa pengunjung yang paling ramai mengunjungi Facebook bukanlah berasal dari negara Amerika Syarikat.Ini kerana,pengunjung dari Amerika Syarikat hanya menduduki tempat kedua dalam menyumbang traffik untuk Facebook.

Pelik bukan?Mengikut logik realitinya,sepatutnya Amerika Syarikatlah yang menjuarai Traffik bagi Facebook.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya,negara apakah yang berada di tempat pertama dalam menyumbang Traffik ke Facebook?

Perancis?Jepun?Korea? atau negara apa?

Jawapannya boleh kita lihat dalam gambar kedua,Carta Traffik Bagi Facebook 2.

OMG!

Negara yang menjuarai carta penyumbang Traffik ke Facebook adalah Indonesia,Malaysia,Filipina dan Singapura.

Mereka bersama-sama berkongsi tempat.

Ho yeah!

Itu mungkin reaksi pertama yang direaksikan jika tiada pemerhatian kritikal lanjutan dilakukan selepas itu.

Jika ada pemerhatian kritikal lanjutan yang dilakukan selepas melihat gambar itu,reaksi yang akan dihasilkan akan berbunyi Astaga.

Okay.

Mari kita buat pemerhatian bersama-sama dari kedua-dua gambar ini.

Adalah lebih menarik jika pemerhatian dibuat dalam bentuk point.Mari baca bersama.

1) Dilihat secara mendalam carta ini,kita dapat lihat satu persamaan antara keempat-empat negara ini.

2) Mereka semuanya adalah negara yang jika dicampurkan semua penduduknya,majoritinya adalah masyarakat Melayu.

3) Okay.Itu masih pandangan secara kasar.

4) Kita dalamkan lagi pemerhatian.Boleh dikatakan majoriti dari masyarakat keempat-empat negara ini,beragama Islam jika dijumlahkan kesemuanya.

5) Dan jika difikirkan lagi,takkanlah penduduk minoriti di keempat-empat negara ini boleh menyumbang traffic sebegitu banyak.Pastilah ianya perlu melibatkan penduduk majoriti keempat-empat negara juga bagi membolehkan mereka bersama-sama 'menjuarai' carta Traffik ke Facebook ini.

6) Yang bermakna,tanpa kiraan matematik khusus,bolehlah dikatakan,lebih 50% manusia yang menyumbang kejuaraan ini terdiri daripada mereka yang beragama Islam. (Ingat,jumlah penduduk Indonesia amat ramai dan Indonesia merupakan negara yang paling ramai bilangan umat Islamnya di seluruh dunia).

7) Dan,kita tahu bahawa internet merupakan sumber hiburan penting dalam dunia moden pada hari ini.

8) Menjuarai traffik Facebook yang ranking Alexanya berada di tempat kedua,samalah dengan menjadi Juara Berhibur peringkat Antarabangsa.

9) Ialah.Siapalah yang hendak pergi bukak Google 24/7.

10) Yang menunjukkan,umat Islam Malaysia (kita fokuskan Malaysia pula) memang suka berhibur.Dan kita memang sedang leka.

Inilah buktinya.Lihatlah dunia.Betapa mudah kita dilekakan.

Kita kena ingat,negara kita kecil berbanding dengan Indonesia.Tapi,kita berkongsi tempat dengan mereka.Bayangkanlah betapa agaknya tinggi traffik masuk ke Facebook dari Malaysia.

Dan negara kita lebih 50% penduduknya adalah umat Islam.

Ini semua hanya membuktikan kebenaran artikel ini sahaja.

Apakah yang patut kita lakukan?

Sebenarnya,fakta ini merunsingkan kerana realitinya,70% dari penggunaan Facebook sehari-harian bukannya untuk kebaikan.

Memanglah ada orang yang menggunakan Facebook sebagai medium dakwah.Tetapi,keadaan itu adalah minoriti dalam minoriti.

Pijak pada realiti.

Kita tahu apa yang kebanyakan dari kita buat di Facebook sehari-hari.

Kita membuang masa dan berhibur kosong.

Hendak bercerita tentang keburukan Facebook,banyak sebenarnya.Anda boleh baca di laman web Ustaz Zaharuddin di link ini.

Sedarlah.

Kita sudah diberitahu hakikat agenda konspirasi dan sebagainya.

Tetapi,fakta ini menunjukkan bahawa ramai lagi di antara kita sebenarnya masih tidak sedar.

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”:- (Riwayat Abu Daud )

Fakta ini membuktikan hadis ini.

Astaghfirullahalazim.

Cakap hendak boikot Israel dan sebagainya,tetapi kitalah yang sebenarnya semakin hari semakin dicucuki jarum minda.

Lemah dan pasrah tidak melawan kembali ancaman mereka terhadap minda kita.

Sekadar memetik lagi kata-kata seorang sahabat di blognya,

People tend to think that the end of the world is near, but death is nearer.

Kematian itulah perkara paling dekat dengan kita.

Okay.

Bosan berbicara tentang ini.

You got the point already.

Sebenarnya,ada alternatif lain untuk mengatasi masalah ini.Yalah.Memandangkan kita terlalu suka online,ada baik kita bertukar dari online sambil berhibur kepada online sambil menambah ilmu.

Di bawah ini,saya senaraikan beberapa laman web yang boleh anda lawati selain Facebook.

Ummah's Best
Laman web ini merupakan Digg versi Islamik.Seriously banyak artikel yang membuka minda boleh anda baca di sini.

Peace Tv
Laman web ini merupakan saluran TV internet 24 jam yang memaparkan rancangan-rancangan Islamik.Pelajar di luar negara sepatutnya ambil kesempatan dari internet yang laju untuk melayari laman web ini.Yalah.Pelajar luar negara itu harapan bangsa.Tetapi,jika pelajar di luar negara sendiripun suka khayal membuang masa,hurm sahajalah.

Halal Tube
Ini merupakan Youtube versi Islamik.

Dan sebenarnya banyak lagi laman web yang bagus.

Mahu tidak mahu sahaja.

Semoga dengan pendedahan ini membuatkan anda berfikir.Cukup-cukuplah kita berhibur.Cuba fikirkan.Baik internet,televisyen dan radio,semuanya kita gunakan untuk berhibur.Adakah ini tujuan kita diciptakan?

Ingatlah.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Janganlah kita leka lagi.

Saya akhiri penulisan saya dengan satu lawak jenaka sindiran yang diambil dari blog seorang rakan blogger.

Seorang lelaki mahu membeli organ,dan semua otak berbeza harganya,ada yang mahal,ada yang murah dan ada satu yang paling mahal. Lalu ditanya otak siapa dan mengapa mahal sungguh harganya.

Jawapannya : Otak ini otak orang Melayu dan ianya mahal kerana sangat sedikit digunakan.

Jika tidak tersindir juga,maaf.Anda perlu lakukan sesuatu.

Sekian dari saya.

Artikel ini ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.Buang yang keruh,ambil yang jernih.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Credit To:Pena Maya

Wednesday, September 01, 2010

Konspirasi Dunia - Pope Roman Peter II, Cantus, Benedictine Order ( Part 2 )


Sambungan perbualan……

Jiran: saya sangat gembira dengan cara orang islam memahami isi kandungan AL-QURAN. Mereka membaca dengan suara yang merdu, kemudian MENDAPAT PENGHARGAAN. Manakala kami tidak pernah pula memberikan pingat kepada PEMBACA INJIL.

Aku: Pak cik, betul ke paderi-paderi Jesuit dan bishop pernah membaca AL-QURAN dan mereka mnghafaznya? Saya ada pernah mendengar bahawa gereja ada mengkaji isi kandungn Al-Quran. Akan tetapi adakah ia sama seperti orang islam kini mengkaji Al-Quran? Mana mungkin sama mesti berbeza.

(jiran hanya senyum dan mengangukan kepala sahaja dan termenung jauh)

Jiran: Pertama kali kami BERKENALAN DENGAN AL-QURAN ADALAH SELEPAS MUHAMAD s.a.w DIAMBIL OLEH TUHANNYA DAN KAMI MEMBACA DENGAN TELINGA, SELEPAS SALEHHUDIN AL-AYUBI MATI KAMI MEMBACA DENGAN MATA, LIDAH, HIDUNG, TANGAN, KAKI DAN KULIT.

KAMI BUKA HALAMAN PERTAMA,KAMI BACA KEMUDIAN KAMI SAMPAIKAN KEPADA DUNIA DAN HASILKANNYA..

KEMUDIAN KAMI BUKA HALAMAN KEDUA, KAMI BACA. KEMUDIAN KAMI BERKATA “OH, MACAM INI RUPANYA KEHIDUPAN MANUSIA DICIPTAKAN TUHAN. KITA PERLU LAKUKAN SESUATU “KAMI SAMPAIKAN KEPADA DUNIA DAN HASILKANYA..

KEMUDIAN KAMI BUKA HALAMAN KETIGA,KAMI BACA. KEMUDIAN KAMI BERKATA “ ALAMAK, TUHAN BUAT BEGINI PULAK!! KITA TIDAK BOLEH MEMBIARKAN IA, KITA MESTI BUAT SESUATU” KAMI SAMPAIKAN KEPADA DUNIA DAN HASILKANYA..

DAN BEGITULAH SEHINGGA HALAMAN TERAKHIR DAN SIAPAKAH KAMU ORANG ISLAM PADA HARI INI?

KAMU MELIHAT DUNIA YANG KAMI HASILKAN TADI KEMUDIAN KAMU DATANG KEPADA AL -QURAN, KEMUDIAN KAMU BERKATA “ APAKAH AYAT YANG AKAN AKU GUNAKAN DAN TAMPAL BILA AKU BERHUJAH DI DEPAN ORANG NANTI? AYAT INI SESUAI KOT”

KAMU DATANG KEPADA DUNIA KEMUDIAN BERKATA “LIHAT DUNIA TELAH BERLAKU SEPERTI INI DAN SEPERTI ITU, CUBA RUJUK AYAT INI, AYAT ITU, HADIS INI DANHADIS ITU..”

KEMUDIAN KAMU DENGAN BANGGA BERKATA “ INILAH JANJI TUHAN YANG AYAT AL-QURAN DIJAMIN TIDAK AKAN BERUBAH”

PADAHAL KAMI SENGAJA MEMBIARKAN TULISAN TULISAN PADA KERTAS ITU KEKAL, KEMUDIAN KAMI BERPURA-PURA HENDAK MENGUBAH TULISAN DAN BERPURA-PURA GAGAL SUPAYA KAMU BERKATA “INILAH JANJI TUHAN YANG AYAT AL-QURAN DIJAMIN TIDAK AKAN BERUBAH”

SUNGGUH BIJAKSANA ORANG ISLAM. JANJI TUHAN DISANGKANYA TULISAN-TULISAN. MEMBUATKAN RAJA MEREKA BERKUASA KE ATAS AGAMA DAN ADAT SAHAJA TELAH MENYEBABKAN RAKYATNYA BERHARAP PADA DAKWAT DAN PENA DAN HARI INI MEREKA BERLAGA, DAKWAT SIAPA LAGI PEKAT, PENA SIAPA LAGI BERKILAT. TERAMAT BESARLAH JASA ZAMAN PENJAJAHAN KEPADA TUANNYA. YANG TERAMAT MULIA PAUS.


Aku: Betul kea pa yang pakcik cakapkan?. Kalau orang-orang pak cik tidak mengubah tulisan pun, orang-orang kami al-hafiz dan al-hafizah sememangya dah menghafaz sepenuhya AL-QURAN dan terjemahanya, bagaimana pula yang ini pun bukan janji TUHAN ke?

Jiran: HAFAZAN MEREKA HANYALAH TULISAN-TULISAN. Apabila kamu bertanya mengenai AL-QURAN kepada mereka, INGATAN MEREKA AKAN KEMBALI MENJADI TULISAN SEMULA.

(jiranku kelihatan hampir ketawa, tetapi dia tutup mulut dengan tangannya, dengusan hidungnya dan matanya berlinang hampir mengugurkan air mata. Ia merasakan kebodohan umat islam betul-betul menggelikan hatinya dan aku terasa sangat malu apabila dia menunjukan reaksi begini)

Jiran: Maafkan saya, tapi kalau kamu mahu lihat kebenaranya. pergilah uji mereka

Aku: Sebenter tadi pak cik ada mengatakan membaca AL-QURAN selepas salahudin al ayubi mati(wafat) dan gaya pak cik bercakap “BERKENALAN DENGAN AL-QURAN selepas MUHAMMAD S.A.W DI AMBIL TUHANNYA” Kelihatannya seolah-olah orang pak cik sangat hampir dengan peristiwa itu. Maaf saya kurang jelas boleh pakcik tolong terangkan?

Jiran: TERAMATLAH SUKAR UNTUK MENGETAHUI RAHSIA AL-QURAN TANPA MUHAMAD s.a.w,KAMI SEMPAT BELAJAR DENGAN MEMERHATIKAN KAWAN-KAWANYA SAHAJA, MEREKA BEGITU SIBUK MENAWAN DUNIA. HAMPIR SUKU BUMI DI BAWAH KAKI ISLAM.

WAKTU ITU KAMI MASIH DI PADANG PASIR, HAMPIR TIADA TANAH LAGI UNTUK KAMI BERDIRI, KERANA TERLALU SIBUK BERPERANG, MEREKA TELAH CUAI, KAMI MEMBAWA DIRI SEHELAI SEPINGGANG MENIGGALKAN TANAH YANG KAMI CINTAI.

LALU KAMI MENEMUI SUATU BUMI YANG TIDAK PERNAH KAMI BAYANGKAN SEBELUM INI, BUMI YANG SUBUR DENGAN TUMBUHAN, SUNGAI YANG MENGALIR DERAS DAN SANGAT SEJUK DAN ADA BENDA PUTIH TURUN DARI LANGIT (SALJI)

KAMI MENEMUI SEBUAH KAUM YANG SAMA KULIT DAN WAJAHNYA SEAKAN-AKAN KAMI DAN KAMI SEPERTI PERNAH MELIHAT MEREKA DULU, TETAPI KAMI TERLUPA DAN ALANGKAH TERKEJUTNYA KAMI KAUM ITU ADALAH KAUM YANG MENYEMBAH ISA!. YA, ISA YG KAMI BUNUH DAHULU!


Aku: Jika begitu apa pula kaitannya dengan salehuddin Al-Ayubi pula?

Jiran: KAMI TELAH MEMBINA KEHIDUPAN DAN BERKELUARGA DI SANA, DAN KAMI TELAH KEMBALI DUDUK DI GEREJA. TETAPI ADA DI ANTARA KAMI, TELAH MELAKUKAN KESILAPAN BESAR. KAMI TIDAK TAHU BAGAIMANA KESATRIA ISLAM MENDAPAT TAHU DE MOLAY SEBENARYA TIDAK MENYEMBAH ISA! JIKA BEGINI SALEHDUDIN AL AYUBI TIDAK AKAN BENARKAN SETITIS PUN AIR MANI KAMI TUMPAH KE ATAS BUMI MAKA HABISLAH TAMAT RIWAYAT KAMI SEMUA! KAMI BERSUSAHA MENYELAMATKAN DIRI BERMATI-MATIAN DARI ATAS SALEHUDDIN AL AYUBI.

Aku: Jika begitu bagaimana pula pakcik menyatakan AL-QURAN dibaca dengan mata, lidah, hidung, tangan, kaki dan kulit bagaimana pula dengan penyataan itu?

(jiran hanya menangukkan kepala dan tersenyum puas. seperti ada sesuatu kejayaan besar)

Jiran: YA, PENYEMBAH ISA TELAH KAMI TAWAN, SALEHUDDIN - AL AYUBI TELAH KAMI TEWASKAN MAKA SEKARANG INI KAMI PERLU BERTINDAK UNTUK MENGURUSKAN AL-QURAN PULA.

KAMI TELAH MELAKSANAKAN PENGUBAHAN AL-QURAN SATU PERSATU MENGIKUT GILIRAN IA DIBERI KEPADA MUHAMMAD s.a.w, DARI SATU AYAT KEPADA AYAT, DARI SATU SURAH KEPADA SURAH YANG SETERUSNYA SEHINGGALAH WAHYU TERAKHIR YANG TURUN KEPADA MUHAMMAD s.a.w.

HAMPIR 500 TAHUN KAMI BERUSAHA UNTUK MENGOLAH AL-QURAN SEHINGGA KEPADA WAHYU KEDUA TERAKHIR. IA TELAH DILAKSANAKAN DENGAN BAIK DAN YANG PALING SUKAR IALAH SEMASA MENGOLAH WAHYU TERAKHIR KAMI TERPAKSA MENGERAH KUDRAT KAMI SEADANYA.


Apa yang saya faham disini mengenai perbualan mereka ialah, mereka mengubah Al-Quran bukan pada isinya kerana janji Allah s.w.t bahawa Dia akan memelihara Al-Quran hingga hari qiamat seperti dalam firmanNya:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
|Qs. Al-Hijr: 9|

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”.
|Qs. Al-Israa`: 88|

Akan tetapi mereka mengubah Al-Quran dengan cara mengeksplotasinya ayat-ayatnya. Contoh yang boleh kita lihat jelas mengenai batasan pergaulan. Hari ini kita lihat sendiri betapa bebasnya muda-mudi kita bergaul tanpa batasan, walhal dalam Al Quran memberi banyak panduan mengenai batasan pergaulan, mereka telah berjaya mendominasi ayat Al-Quran sedikit demi sedikit dan mereka menanti saat kejatuhan umat islam.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
|Qs. An-Nur:31|

Aku: Bagimana boleh ada yang pertama, yang kedua terakhir, kemudian yang terakhir. Mengapa orang-orang pak cik tidak melakukan sekali gus?

Jiran; KEJAYAAN DALAM MENGOLAH SEMUA WAHYU BERGANTUNG KEPADA KEBERHASILAN WAHYU TERAKHIR. JIKA WAHYU TERAKHIR GAGAL MAKA LAHIRLAH SEORANG LAGI MUHAMMAD s.a.w

Aku: Apakah wahyu terakhir itu? sampai orang-orang pak cik rasa ia seolah-olah menentukan, hidup atau mati gereja?

(saya tidak berasa bahawa jiran saya akan sanggup mengucapkan ayat-ayat suci AL-QURAN dengan lidah sendiri, ia bertentangan dengan status dirinya. Akan tetapi jangkaan saya meleset, saya amat terkejut)

Jiran: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)
|Al-Baqarah: 278-281|

MELAKSANAKAN WAHYU TERAKHIR AKAN MENYEBABKAN GEREJA KELIHATAN SANGAT BERKUASA, INI MENYEBABKAN IA AMAT BERBAHAYA JIKA ADA ORANG MENYEDARINYA. OLEH ITU KAMI TELAH MELAHIRKAN SEBUAH KAUM YANG AKAN TUNDUK DIBAWAH GENGGAMAN KAMI. MESYUARAT ITU DIHADIRI BERIBU- RIBU ORANG ANAK MURID KAMI.

KETIKA ITU PAUS TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MENYERAHKAN AMANAH YANG TERAMAT BESAR INI AGAR KAMI BOLEH TIDUR SEHINGGALAH MUHAMMAD s.a.w KEMBALI SEMULA.

DI ANTARA ANAK MURID KAMI YANG TELAH MENYAHUT “SERAHKAN SAJA HAL ITU KEPADA SAYA,DAN SAYA TIDAK PEDULI BAGAIMANA IA AKAN DILAKSANAKAN” KAMI TELAH TURUNKAN KESEMUA ILMU AL-QURAN KEPADA MEREKA.


Aku: Siapakah orang yang berani menyahut amanah itu? mesti mereka adalah bukan calang-calang orang.

Jiran: Ya, dia telah dididik dengan sempurna, dia bernama. MAYOR ROTHSCHILD. KAMI MENYERAHKAN |SURAH AL-BAQARAH : (278-281) |KEPADANYA UNTUK DILAKSANAKAN.

Aku: Apakah kelebihan dia? mengapa lebihnya dia dari anak - anak murid yang lain.

Jiran: BERSAMANYA KAMI MENGARAHKAN JESUIT MEMBERI PEDOMAN. KAMI GELARKAN DIA “THE GUARDIAN OF THE VATICAN TREASURY”. SUDAH HAMPIR 300 TAHUN IA BERLAKU, SEDIKIT TAHUN LAGI UNTUK MERASA KEBERHASILANNYA.

Aku: Saya ingin mengajukan sebuah soalan, tetapi soalan ini akan memperlihatkan pakcik seperti orang bodoh, tak mengapa?

Jiran: Tak mengapa, sila ajukan soalanya kerana dari awal kita berbual, orang islam telah kelihatan bodoh.

Aku; KENAPA PAK CIK BEGITU MUDAH MENCERITAKAN KEPADA SAYA, KALAU PAUS TAHU MACAM MANA, KALAU SAYA MENYEBARKAN MENGENAI PERKARA INI DI SELURUH DUNIA PAKCIK JUGA YANG AKAN MENDAPAT SUSAH NANTI.

Jiran: SAYA TIDAK PERLU UNTUK MENIIPU AWAK. WALAUPUN AWAK MENYEBARKAN KEPADA SELURUH DUNIA SEKALI PUN. UMAT ISLAM TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MELAKUKAN APA-APA PUN. MELAINKAN JIKA AWAK ADALAH KAWAN - KAWAN MUHAMMAD s.a.w, NESCAYA SEKARANG JUGA KAMI AKAN BUNUH.

Sedikit sebanyak perbualan tadi telah membuka minda, Rothschild sebuah nama besar yang disebut-sebutkan oleh jiranku ini bukan calang-calang orang. Mari kita lihat siapakah Rothschild  dan apa perkaitan dengan misi yang dipikul olehnya dalam mengeksplotasi Surah Al-Baqarah Ayat |278-281| ini.

Jika dilihat dari perbualan di atas, mereka telah memilih Rothschild untuk melaksanakan misi mengeksplotasi Surah Al-Baqarah 278-281 bagaimanakah ia dilaksanakan?

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
|Al-Baqarah 278-281|

Jika kita lihat peranan Mayor Rothschild selama ini, ia amat bertepatan dengan ayat di atas yang menerangkan supaya meninggalkan riba. Jika kita ketahui sebenarnya ekonomi dunia dikawal oleh DUA KELUARGA YAHUDI IAITU ROTHSCHILD DAN ROCKEFELLER. Mereka telah menubuhkan The Federal Reserve untuk mengawal ekonomi Amerika Syarikat dan seterusnya ekonomi dunia. KITA TIDAK AKAN TERLEPAS DARIPADA RIBA INI!, Inilah rancangan dan misi jahat mereka tanpa kita sedari yang dieksplotasi dari Surah Al-Baqarah ayata 278 sehingga 281. Inilah konsep Lending Money On Interest!

“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”
Al-Baqarah 275

Lihat video dari Imran Nazar Hosein tentang riba mata wang.



(Di suatu sudut dinding rumah jiran saya terdapat sebuah bendera yang menarik perhatian. Jika mengikut pemerhatianku berdasarkan status pakcik ini. Sudah pastinya bendera dihiasi simbol salib atau patung jesus, akan tetapi apa yang terdapat pada bendera itu adalah topi paus dan 2 kunci bersilang)

Aku: Pak cik, kelihatan kunci itu begitu penting pada bendera itu. Apa yang ada dengan benda bodoh seperti kunci ini. Mengapa tidak diletakan salib sahaja?

Jiran: Oh yang itu. itu adalah BENDERA VATICAN, Simbol kunci bermaksud dua KUNCI DUNIA

SEBELUM MUHAMMAD s.a.w DIAMBIL TUHANNYA, DI SUATU PEMBARINGAN. DIA SEDANG DIUJI DENGAN SUATU YANG AMAT BERAT, TUHANNYA MEMBERI PILIHAN SAMA ADA KEMBALI DISISINYA ATAU DIBERI “KUNCI DUNIA” SERTA HIDUP SEHINGGA SAAT KEROSAKAN UMAT AKHIR ZAMAN..

ALANGKAH BAGUSNYA JIKA MUHAMMAD s.a.w MENGAMBIL “KUNCI DUNIA” ITU DAN KAMI TIDAK PERLU LAKUKAN APA-APA PUN KERANA IA PASTI TERTANGGUNG DI BAHU MUHAMMAD s.a.w, AKAN TETAPI MUHAMMAD s.a.w PANTAS MENGHIDU KALAU IA MENYEBABKAN UMATNYA MENDAPAT KECELAKAAN.

KAMI RAMPAS “KUNCI DUNIA” ITU DAN MEMBUATKAN GIGINYA MENGIKUT KESUKAAN KAMI SUPAYA APABILA MUHAMAD KEMBALI NANTI, KAMI DAPAT BERKATA.

“HAI MUHAMMAD s.a.w INIKAH KUNCI DUNIA YANG TUHAN KAMU MAKSUDKAN, IA TELAH MENDATANGKAN KECELAKAAN KEPADA MEREKA”. SELEPAS ITU MEREKA SEMUA MENINGGALKAN MUHAMMAD s.a.w DAN DATANG KEPADA KAMI.

LALU BAGAIMANAKAH MUHAMMAD s.a.w DAPAT MENUNDING JARI KE ARAH KAMI?

TELAH KAMI SEMATKAN KUNCI DUNIA ITU PADA BENDERA KAMI DAN AKAN KAMI HADIAHKAN KEPADA MUHAMMAD s.a.w NANTI.

Aku: Adakah ini bermaksud “kunci dunia” yang Nabi Muhammad s.a.w tidak ambil tu. Sekarang telah berada di tangan Vatican?

Jiran: YA. BUKANNYA JIWA-JIWA KAMU YANG MEMBENTUK PERSEKITARAN AKAN TETAPI PERSEKITAN DIBINA UNTUK MEMBENTUK JIWA-JIWA KAMU MENGIKUT APA YANG KAMI KEHENDAKI DAN PROGRAMKAN.

Aku: Kalau “kunci dunia” berada di tangan orang-orang pak cik, bagaimana pula kunci dunia ini akan merosakkan kami?

Jiran: MUHAMMAD s.a.w DAN KAWAN-KAWANNYA MEMBINA PERSEKITARANNYA SEPERTI “ZARAH-ZARAH YANG DISUSUN SEBELAH-MENYEBELAH DAN MENGIKAT KUAT ANTARA SATU SAMA LAIN.

LUCIFER(Iblis) TELAH BERPUTUS ASA TERHADAP PERKARA-PERKARA YANG BESAR MAKA MUHAMMAD s.a.w MENGINGATKAN KAWAN-KAWANYA AKAN PERKARA2 YANG KECIL(ZARAH) DAN KEROSAKAN YANG SEKECIL ZARAH TELAH BERLAKU DIDALAM ISLAM SEDIKIT DEMI SEDIKIT SELEPAS MUHAMMAD s.a.w DIAMBIL TUHANNYA.

KERANA TUHAN KEPADA MUHAMMAD s.a.w MENGHITUNG PAHALA DAN DOSA SEKECIL ZARAH DAN IKATAN ZARAH-ZARAH INI BOLEH MENJADI LONGGAR DENGAN DIHENTAM OLEH DAYA SEKECIL ZARAH SECARA BERTERUSAN. MAKA SEKECIL ZARAHLAH KAMI MEMBINA PERKARA-PERKARA DI DUNIA INI DAN SELEBIHYA LUCIFER AKAN MENGURUSKANYA

CUBA LIHAT KESENANGAN DI DUNIA INI YANG TIADA PADA ZAMAN MUHAMMAD s.a.w DAHULU. APA YANG ADA DI DUNIA SEKARANG INILAH YANG MEMBINA HATI-HATI DAN JIWA-JIWA KAMU YANG SEDIKIT PUN KAMI TIDAK AMBIL, PADAHAL KAMI YANG MEMBINANYA HANYA UNTUK KAMU. LIHATLAH MANUSIA DISEKELILING KAMU. KEBAHAGIAAN MEREKA BERGANTUNG KEPADA “BARANGAN BUATAN KAMI”. YA, MEREKA SUDAH TIDAK MENGERTI BAGAIMANA MAHU BAHAGIA DENGAN “BARANGAN BUATAN TUHAN”. MEREKA SEMUA AKAN SUJUD DI KAKI KAMI DAN MENIGGALKAN MUHAMMAD s.a.w

KAMI TIDAK PERLU MEMPERTAHANKAN “BARANGAN BUATAN KAMI” APABILA MUHAMMAD s.a.w INGIN MENGHANCURKANNYA. TETAPI LIHATLAH! MEREKA YANG AKAN MEMPERTAHANKANNYA SENDIRI. MAKA TERCABUTLAH SYAHADAH DARI ROH MEREKA.


(Penyakit hati yang amat berbahaya, cintakan dunia melupakan akhirat)




Bendera Vatican

Mengenai kata-kata pakcik ini mereka telah pun mencipta perkara-perkara yang menjurus kepada duniawi dan ia akan menarik hati-hati kita terutama umat islam untuk lebih cintakan dunia dan melupakan akhirat. Manakala bagi pembaca yang keliru apa itu kunci dunia boleh merujuk pada penulisan yang lalu mengenai kunci dunia bahagian pertama dan kedua.

Lihatlah manusia zaman sekarang. Apa yang dikejar oleh mereka? Kemewahan dan kesoronokan semata-mata! Saya tertarik dengan kata-kata dari Bishop tersebut:

LUCIFER(Iblis) TELAH BERPUTUS ASA TERHADAP PERKARA-PERKARA YANG BESAR MAKA MUHAMMAD s.a.w MENGINGATKAN KAWAN-KAWANYA AKAN PERKARA-PERKARA YANG KECIL(ZARAH) DAN KEROSAKAN YANG SEKECIL ZARAH TELAH BERLAKU DIDALAM ISLAM SEDIKIT DEMI SEDIKIT SELEPAS MUHAMMAD s.a.w DIAMBIL TUHANNYA.

KERANA TUHAN KEPADA MUHAMMAD s.a.w MENGHITUNG PAHALA DAN DOSA SEKECIL ZARAH DAN IKATAN ZARAH-ZARAH INI BOLEH MENJADI LONGGAR DENGAN DIHENTAM OLEH DAYA SEKECIL ZARAH SECARA BERTERUSAN. MAKA SEKECIL ZARAHLAH KAMI MEMBINA PERKARA-PERKARA DI DUNIA INI DAN SELEBIHYA LUCIFER AKAN MENGURUSKANYA

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah S.A.W:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Bersambung..