Pembaca Setia

Sunday, October 31, 2010

Kebenaran Islam: Pengakuan Orang-Orang Barat Terhadap Imam Mahdi

Di dalam post kali ini, kita akan lihat pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi.

Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Menjauhkan Umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

Montgomery Watt

seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.

David Ben Gurion

Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata:
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.

Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

The Mahdi by A J Quinnell

A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.

Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Wallahualam.

Monday, October 25, 2010

Masjid Oh Masjid..


Solomon Temple bakal didirikan. Dua masjid di Palestin dikelirukan dengan taktik memberitahu kepada umum bahawa salah satu daripada masjid tersebut adalah al-Aqsa palsu dan satu lagi yang benar. Di tempat lain pula khabar lain yang disebarkan. Kemudian mereka mula meruntuhkan masjid-masjid di sana dengan alasan 'tertembak/terbom' ketika berperang dengan Hamas.

Lalu diruntuhkan salah satu daripada masjid tersebut dan mereka memberitahu kepada umum :
"lihatlah al-Aqsa kamu masih tegak berdiri! Kami hanya meruntuhkan masjid ini untuk kuil kami supaya kamu punyai masjid, dan kami punyai kuil di tanah kerajaan lama Jerusalem. Barulah adil!"
Lalu sebahagian umat Islam membenarkannya kerana alasan yang sebegitu. Persoalannya, kenapa umat Islam lemah sangat, b***h sangat untuk memahami maksud sebenar MASJID! Lindungilah al-Aqsa kerana itu tempat kita mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita lindunginya dengan sebab itu tanah suci kita, tanah bersejarah kita kerana pernah menjadi kiblat kita, mereka juga menaklukinya dengan memberi alasan kepada kita tanah itu juga adalah sejarah mereka.

Lihatlah berapa ramai yang bakal memberikan komen di setiap corong perbincangan menegakkan al-Aqsa berbumbung hijau sedangkan umat Islam di negara lain menegakkan al-Aqsa berbumbung emas. Adakah kamu semua mahu berpecah hanya kerana ini? Tidakkah kamu sedari tindakan ini telah menghina masjid itu sendiri? Masjid adalah tempat dimana kita bersatu sesama saudara dibawah satu bumbung. Tetapi kita yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi sudah pun berpecah.

masjid kubah emas di sebelah kiri, kubah hijau di sebelah kanan. ditengahnya adalah 'tempat suci' yahudi laknat yang dipanggil 'wailing wall/western wall'.

Kita pandai mengatakan tentera panji hitam takkan tertegak selagi masjid tidak dipenuhi. Tapi kita sendiri yang tidak memenuhi masjid. Kita sudah diberi makanan yang merosakkan hati melalui hiburan, sukan dan pelbagai lagi perkara melalaikan. Semua itu tidak salah tetapi kita sendiri terlalu melayankan apa yang disukai. Dimanakah kefahaman kita tentang kepentingan masjid yang menyatukan ummah? Dimanakah pengetahuan kita tentang kepentingan seruan azan yang memanggil?

Kiamat hadir hanya setelah azan sudah tidak didengari. Itu tanda kecilnya. Tidak sedarkah kita perkara itu telah berlaku? Adakah kita mendengari apa azan yang kita dengar? Adakah kita terus mendirikan solat setelah azan dilaungkan? Bulan dan bintang ditegakkan tapi azan tidak ditegakkan. Masjid hanya pada nama! Kita terlalu mementingkan nama al-Aqsa tetapi kita meninggalkan peranan masjid! Kenapa kita sibuk membuat bising mengenai al-Aqsa yang sebenar dengan meninggalkan kepentingan masjid yang satu lagi?!

Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan gerun dengan tentera Islam selagi mereka tidak pergi menunaikan solat subuh seperti mereka pergi menunaikan solat Jumaat. Saya yakin, tiada seorang pun daripada kita yang takkan pergi ke masjid pada waktu subuh selagi kita tidak mengetahui peranan masjid yang menyatukan ummah.

Apa sudah jadi?

WAllahua'lam. Ini adalah pandangan saya. Sila betulkan mana-mana bahagian yang salah.

Thursday, October 21, 2010

Kisah Benar di Shah Alam, Selangor.... Kena baca!


Seorang ahli perniagaan terkemuka di Shah Alam yang mempunyai seorang anak gadis yang cantik dan berpendidikan tinggi telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang hanya bekerja sebagai pencuci tandas awam majlis perbandaran.


Apabila ayah gadis tersebut mendapat tahu tentang perhubungan cinta mereka, beliau tidak suka dan tidak merestui sama sekali hubungan tersebut.

Maka terjadilah pertengkaran diantara si ayah dan anak gadis yang bersama teman lelakinya. Pasangan kekasih telah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah dan mencari masa depan yang lebih bahagia di tempat lain.

Selepas pasangan kekasih itu melarikan diri. Ayah si gadis telah mencari mereka dimerata-rata tempat tetapi tidak berjaya sehinggalah beliau terpaksa membuat iklan di Utusan Malaysia.

Akhirnya ayah si gadis itu terpaksa akur dan menerima cinta mereka dan meminta supaya mereka pulang segera ke pangkuan keluarga masing melalui akhbar dengan menyatakan:

"Sekiranya kamu berdua pulang, aku akan membenarkan kamu untuk berkahwin. Aku akan menerima kamu bahawa kamu benar-benar saling cinta mencintai."

Selepas membaca iklan di akhbar utusan, barulah pasangan itu balik dan maka berjayalah rancangan mereka untuk berkahwin.

Keesokkan harinya, pasangan tersebut telah pergi ke bandar Shah Alam untuk membeli-belah baju pengantin bagi persiapan perkahwinan mereka. Si lelaki yang memakai baju kemeja putih pada hari itu. Sementara dia berada di persimpangan jalan untuk menyeberang bagi mendapatkan minuman untuk tunangannya, tiba-tiba telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Beliau telah mati ditempat kejadian.   


Gadis itu terkejut setelah melihat tunangnya yang mati dilanggar terus pengsan hingga hilang ingatan beberapa hari dan hanya sedar selepas pengebumian jenazah tunangnya yang telah meninggal dunia dalam keadaan yang amat mengerikan.

Selang dua malam kemudian, ibu si gadis mendapat satu mimpi di mana beliau melihat seorang wanita tua menyuruh beliau mencuci baju gaun pengantin berwarna putih yang terkena darah si lelaki itu secepat mungkin. Tapi ibunya mengabaikan mimpi tersebut.

Malam berikutnya juga si ayah mendapat mimpi yang sama, ia juga mengabaikannya.

Malam seterusnya yang berikutnya si gadis itu juga bermimpi yang sama,  ia terbangun dalam keadaan ketakutan dan memberitahu ibunya tentang mimpinya. Ibunya menyuruh beliau mencuci segera pakaian pengantin yang mempunyai kesan darah tunangnya.

Beliau  mencuci kesan darah tapi masih tetap ada. Pada malam berikut. Beliau kembali mengalami mimpi yang sama lagi. Keesokan hari juga beliau cuba sekali lagi mencuci kesan darah tetapi tetap masih ada.

Tiga malam selepas mengalami mimpi itu, ia bermimpi lagi yang sama tetapi kali ini seorang wanita tua telah memberikan amaran terakhir supaya mencuci kesan darah tunangnya, atau sesuatu yang buruk  akan berlaku pada keluarga mereka. Kali ini gadis itu cuba yang terbaik untuk mencuci kesan darah dan hampir terkoyak dan robek baju pengantin tetapi kesan darah tetap masih ada.

Beliau sangat letih dan penat. Pada larut malam hari yang sama ketika dia bersendirian di rumah, kedengaran seseorang  telah mengetuk pintu. Ketika pintu dibuka, beliau terkejut sungguh melihat seorang wanita tua yang sama dalam mimpinya berdiri di hadapan pintu.

Beliau menjadi terlalu takut dan terus pengsan.

Wanita tua terus mengerakkan gadis itu bangun dan memberikan sebuah bekas biru. Gadis itu terkejut dan bertanya pada wanita tua itu "Apa ...ni?"

Wanita tua itu menjawab!!!!




>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
"Cubalah  Dynamo Sabun cecair ... hanya rendam dan semua kekotoran degil akan hilang dan bersih. !l!"



Jadi! gunalah Dynamo untuk mencuci kesan kekotoran yang degil! Hehehe!!!!

Friday, October 15, 2010

Konspirasi Dunia: Lagu Alejandro By Lady Gaga

All Seeing Eye Symbol
Terdetik hasrat dihati untuk menyiasat perkembangan terbaru Lady Gaga yang seperti kita sedia maklum mengenai penglibatannya sebagai penyampai dan perkaitanya dengan pertubuhan rahsia illuminati. Video klip terbarunya yang bertajuk alejandro telah pun berada di segenap alam maya dan telah di siarkan di serata dunia. Terdapat banyak kontroversi mengenai video ini. Di sebabkan terdapat beberapa elemen yang seperti all seeing eye dan tidak kurang juga boleh dikelaskan sebagai video clip yang agak lucah. Oleh kerana niat dihati untuk melakukan kajian saya mainkan juga video ini untuk cuba mencari mesej-mesej yang tersembunyi di sebalik klip video. Seperti yang dijangka. Terdapat banyak perkara yang dapat kita saksikan didalam video yang telah membuktikan bawah lady gaga adalah Illuminati puppet. Rujuk artikel yang lalu mengenai artis-artis illimuniti. KLIK DISINI. Video yang telah mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ini lebih berani dan mengandungi banyak simbolik serta sub conscious message.

Pada videonya kali ini terdapat suatu mesej yang cuba disampaikan oleh lady gaga. Terdapat sub conscious message yang jika hanya sekadar mendengar lagu berkemungkinan tidak banyak perkara yang akan kita tahu. Baiklah kita akan mula membedah dan menganalisa dari permulaan video klip lagu Alejandro oleh Lady Gaga sehingga selesai. Sekadar berkongsi, buka n hanya melihat menggunakan mata tetapi gunakan juga minda dan akal yang diberi oleh Illahi, EnsyaAllah pasti kita akan dapat melihat disebalik penipuan dan kesesatan yang telah diatur oleh musuh-musuh Allah dalam menyesatkan kita semua.

Video dimulakan dengan sekelompok lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa orang dari mereka memakai sarung bagi menutupi kepala. Berkemungkin mengisyaratkan bahawa mereka itu adalah orang-orang tahanan. Salah seorang lelaki-lelaki berada didalam bentuk piramid sementara tahanan yang lain berbaris dalam bentuk hexagram.

"I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas itu diteruskan pula dengan proses pemakaman . Perarakan membawa keranda yang dapat kita lihat dimana terdapat lady gaga berada di hadapan dengan mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) . Apa itu Sacred Heart?. Sacred Heart adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan agama kristian). Kenapa saya katakan Sacred Heart? Cuba anda perhatikan gambar yang dipaparkan. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tetapi jelas kelihatan terdapat paku dan dawai yang dililit (simbolik). Ia tidak jauh beza dari Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus). Untuk mengetahu lebih lanjut sila KLIK DISINI.

"But I just can't be with you like this anymore, Alejandro". Siapakah Alejandro? Adakah Seorang lelaki yang lady gaga tidak dapat hidup bersama? Kemudian dia curang dan mencari Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Pada pengamatan lirik itu terdapat second layer answer. Alejandro bukanlah seorang lelaki. Kalau kita hanya mendengar lagu tanpa menonton video ini pasti kita tidak akan dapat menangkap apa yang di maksudkan. Gambaran video ini jelas menyatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalaulah Alejandro bukan manusia. Apa dan siapa sebenarnya Alejandro?.

Kemudian kita dapat lihat lady Gaga berada didalam kedudukan sebagai seorang ketua yang memiliki kuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Lady Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus ia mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat yang sejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah lagi adegan yang penuh simbolik dimana seorang tentera dipaparkan beraksi seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang yang sedang mengawal dirinya. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, kita gunakan istilah 'mind-control slave' . Apa yang kita lihat tentera tersebut tidak mampu mengawal pergerakan sendiri hanya memegang senjata di kemaluannya. Wajahnya kelihatan tampak kosong, seperti seorang hamba yang bingung dan segala pergerakan di kawal oleh Lady Gaga.

Dalam adegan selanjutnya, Lady Gaga sedang baring dengan memakai red latex suit yang digunakan oleh biarawati(Kristian) dan memegang tasbih . Dalam paparan ini kita dapat melihat lady gaga memandang kelangit sambil menyanyi atau dengan kata lain berseru dengan kata-kata ini: "Stop,please, just let me go, Alejandro". Sebaik saja dia menyebut "Alejandro" Lady Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi kita boleh lihat dengan jelas bahawa Alejandro yang disebut-sebut merujuk kepada tuhan bukannya manusia.

"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, around you."

Maksud lirik ini pula. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger (cincin kawin) bermaksud penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tetapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di "bolsillo" nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.

Selepas sahaja lirik itu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan pun bermula. Kerana Tuhan kelihatan tidak memenuhi keperluan lady Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan melakukan spirituality yang baru dalam mencari agamanya yang baru. Dalam video ini lebih menunjukkan bahawa Lady Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

Saya berani katakan lady gaga menjadi paderi syaitan disebabkan oleh jubah Gaga seperti di atas. Terdapat banyak sekali simbol salib yang terbalik .

Ini menunjukkan bahasa simbol yang jelas tanpa kita ragukan. Seperti yang kita sedia maklum salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross of St. Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti penganut Kristian yang lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila KLIK DISINI.

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan dan ritual memuja dan menyeru syaitan.

“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power, Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed."|Manly P. Hall|

Waktu ini lirik yang dinyanyikan menunjukkan lady gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan. Don’t bother me, Don’t bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name, Don't call my name, Bye Fernando.I'm not you're babe, I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Menjulang seperti mengagungkan Lady Gaga, menyambut kedatangan Lady Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Selepas itu Lady Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya. Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan didalam tradisi Katolik untuk berdoa dan bermeditasi. Didalam Islam sendiri terdapat tasbih. Tasbih juga melambangkan simbolik keagamaan diantara manusia dan penciptanya. Jadi dengan menelan tasbih, Lady Gaga mengambarkan penggabungkan dalam dirinya sebagai simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud memperlihatkan Lady Gaga dalam usaha untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keillahian dengan cara sendiri. Itu adalah prinsip yang dibawa oleh Lucifer .Di sini Jelas menunjukkan bahwa Lady Gaga bukanlah penyembah tuhan tetapi Lucifer.

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Sewaktu menyebut perkataan Fernando, Lady Gaga membuat simbol tangan seperti ini(yang merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Adakah anda merasakan bahawa Lady Gaga membuat simbol itu tanpa ada apa-apa maksud tersendiri. Mari kita sama-sama fikirkan ia.

Didalam keratan Video klip ini anda juga dapat melihat di belakang Lady Gaga terdapat salib, Di sini kita lihat bahawa Lady Gaga telah menghina agama Kristian secara terang-terangan dan kemudianya dia meneruskan nyayian dengan mengulang lirik ini: "Don't call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus)"

Dan di akhir video ini Diperlihatkan Lady Gaga muncul bersama strings. Pada mulanya Lady Gaga mengawal askar dan diakhir video ini menunjukan Lady Gaga pula di-kawal, Persoalannya disini siapakah yang mengawal Lady Gaga. Siapakah dalang disebalik semua ni ?

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan penuh dengan sub conscious. Boleh jadi pelbagai perkara yang mahu disampakan oleh “mereka”. Apapun ia bergantung kepada pengetahuan si pemerhati serta sudut pandangan pada diri masing-masing. Namun demikian, pada pendapat saya rasanya bahagian-bahagian video Alejandro ini mudah untuk di tafsirkan dengan jelas tidak perlu mengkaji terlalu dalam seperti video-videonya yang terdahulu Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang Lady gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Apa yang boleh kita lihat dalam video klip terbarunya lady gaga menolak iman Kristian secara terang-terangan dengan memanipulasikan simbol dan mengetengahkan suatu perkara yang lain iaitu agama penyembah syaitan, mungkin suatu hari dia akan berani Menghina Al-Quran dan Islam?

Lady Gaga membawa bersamanya kesemua agenda illuminati dan yang membuatkan saya berasa hairan mengapa kita terpukau dan lagu-lagu dia menjadi nyayian dan siulan kita semua. Namun saya yakin ramai yang dah mula berasa ragu-ragu dan was-was kepada Lady gaga dalam setiap video clip yang dipaparkan. Nasihat yang diberti hentikanlah mendengar lagu Lady Gaga kerana tidak mustahil suatu masa nanti dia akan dan cuba menyelitkan lirik yang akan menghina islam yang kita sayang ini mungkin ada liriknya akan berbunyi La-la-la Allah(Tiada Allah) kerana kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman, mungkin kita turut akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanyalah lagu) dan pada saat itu, apa akan jadi ? Ya Allah, lindungi kami dari tipu daya syaitan dan sekutunya.

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"|Qs. Al-Isra':36|

Tuesday, October 12, 2010

Apakah Kesan Hati Anda Selepas Melihat Gambar Ini?

Adakah, kita besar, tidak!!, bumi lebih besar. Jadi mengapa manusia berjalan dimuka bumi dengan sombongnya?  Masih ada yang lebih besar dari Bumi dan Manusia bukanlah siapa-siapa dan apa-apa.
Kebesaran-Kebesaran
Bumi dan Bulan
Begitu Besar Ciptaan Tuhan bagi kita semua

img64.imageshack.us/img64/4192/69683077.jpg

Namun sedarkah kita masih ada yang lebih besar

img72.imageshack.us/img72/5371/76569966.jpg

Bagaimanakah ukuran bumi saat ini...
Namun Gambar diatas belum sebanding dengan ini

img687.imageshack.us/img687/1575/94307259.jpg

Bumi bagaikan sebuah .... (anda boleh tafsirkn sndiri) tidakkah kita sedar akan keterbatasan kita….
Jupiter mempunyai diameter 11 kali lebih besar dibandingkan bumi

img571.imageshack.us/img571/3832/85808880.jpg

Betapa besar Matahari dengan diameter 1.400.000 KM dibandingkan dengan diamater bumi yang hanya berdiameter 12.750 KM
Masih adakah yang lebih besar dari pada yang diatas?

img198.imageshack.us/img198/4616/84597567.jpg

Bintang berwarna putih kebiru-biruan diatas adalah Sirius, salah satu bintang paling terang jika dilihat dari Bumi, Lalu kemanakah Bumi….. nyaris tidak terlihat.
Adakah Sirius Begitu besar?

img580.imageshack.us/img580/8386/86161468.jpg

Mungkin Pollux ADALAH PENAMATNYA….
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


img266.imageshack.us/img266/613/65490958.jpg

Maha Suci Allah,Bandingkan Pollux dengan Bintang satu ini, lalu kemana Bumi?
Dalam skala ini bumi tidak terlihat …

img690.imageshack.us/img690/685/31576353.jpg

Apakah perasaan anda sekarang?Rasanya adakah galaksi yang besar lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

img801.imageshack.us/img801/1747/51774069.jpg

Maha suci Allah,Maha suci Allah ! Matahari nyaris hampir tidak terlihat, bagaimana dengan Bumi?

img825.imageshack.us/img825/7026/42327591.jpg

Beteleuse bukanlah tandingan dengan Antares

img822.imageshack.us/img822/5172/73588936.jpg

masih ada yang lebih besar…..

img153.imageshack.us/img153/9061/28141554.jpg

Sirius yang nampak begitu besar hampir saja menghilang…….

img27.imageshack.us/img27/4388/75098856.jpg

Inilah bintang-bintang yang paling besar? ternyata tidak!

img708.imageshack.us/img708/9425/57505080.jpg

V354 nampaknya sudah boleh menelan semua galaksi kecil

JADI APAKAH YANG PALING BESAR?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya,Kebesaran Allah lah yang lebih besar! percaya kepada kewujudan zat Allah melalui ciptaannya.

img20.imageshack.us/img20/9233/71574849.jpg
img22.imageshack.us/img22/5717/97573766.jpg
img819.imageshack.us/img819/9059/13384382.jpg

Adakah kita selamanya boleh berhibur dan hidup di planet ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

img13.imageshack.us/img13/7856/49873580.jpg

Adakah penciptaan Allah ini memberi kesan kepada anda?Orang Islam yang mengimani Allah secara auto hatinya berdetak takjub dengan kekuasaan Allah,takut kepada Allah.
Jika dibandingkan kita dengan kekuasaan Allah sesungghnya kita kecil,sekali sahaja planet bumi dilanggar tidak tersisa walau setitik debu.. Renung-renungkanlah....

Sunday, October 10, 2010

Lawakkah Cerita ini? Terpulang Pada Anda Untuk Menilainya


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam.. tidak nampak apa-apa melainkan cuma dua biji mata mereka dan membawa machine gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik.

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam itu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka penutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA manusia yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan berjemaah bersama....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas.. Atau anda punya pendapat anda sendiri yang ingin anda kongsikan disini? selain berhibur anda Fikirkanlah...

Saturday, October 02, 2010

Penampakkan Tanduk Iblis Di Waktu Senja

img5.imageshack.us/img5/6056/tandukiblis.jpg

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : " sesiapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis "
 
Penerangan : Melengah-lengahkan Solat Asar sehingga hampir masuk waktu Solat Maghrib

Kewajiban Menjaga Waktu Solat

Sembahyang fardhu lima waktu merupakan rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam yang mukallaf. Kewajipan tersebut tidak boleh diabaikan atau dicuaikan. Oleh kerana itu, kita hendaklah melaksanakan ibadat sembahyang dengan baik dan sempurna, termasuklah dalam menjaga waktu sembahyang. Menunaikan sembahyang fardhu itu lebih afdhal dilakukan pada awal waktu walaupun sembahyang Isya’, menurut pendapat yang muktamad.

Diriwayatkan oleh Ummu Farwah, katanya :
Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, apakah amalan-amalan yang paling afdhal ? Baginda menjawab : “Sembahyang pada awal waktunya”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Hadits-hadits lain yang menerangkan kelebihan Sembahyang awal waktu itu, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu katanya :

Maksudnya: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang lebih disukai oleh Allah Ta‘ala ? Sabda Baginda : Sembahyang pada waktunya. Aku (‘Abdullah) bertanya : “Kemudian apa ? Sabda Baginda : “Kemudian berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya: “Kemudian apa ? Baginda bersabda : “Kemudian jihad pada jalan Allah”
(Hadits riwayat Muslim)

Keburukan Melengah-lengahkan Solat

Itulah fadilat dan kelebihan bagi orang-orang yang menunaikan sembahyang pada awal waktu, akan tetapi bagaimana pula hukumnya bagi orang yang melambat-lambatkan sembahyang? Hukum Melambat-lambatkan Sembahyang adalah Makruh! Makruh menangguhkan sembahyang fardhu dari awal waktunya, akan tetapi wajib berazam untuk menunaikan sembahyang itu di dalam waktunya. Walaupun harus menangguhkan sembahyang itu setelah berazam, akan tetapi haram melambat-lambatkannya sehingga ke suatu waktu yang tidak cukup masa untuk memenuhi semua rukun yang fardhu dalam sembahyang.

Hal ini disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Orang-orang yang bersembahyang pada waktunya dan menyempurnakan wudhunya, menyempurnakan (tegak) berdirinya, menyempurnakan khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Sembahyang itupun berkata : “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (memperelokkan kelakuan sembahyang itu)” Tetapi sesiapa yang bersembahyang tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula memperelokkan wudhunya, khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan hitam legam sambil berkata : “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku”. Sehinggakan setelah sembahyang itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, lalu iapun dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak-koyak kemudian dipukulkanlah ke mukanya”.
(Hadis riwayat Al-Thabarani)