Friday, December 24, 2010

Konspirasi Dunia - Pendominasian Surah Al Baqarah 278-281 Bahagian (1)


Saya mulakan artikel dengan mengambil petikan ayat al-quran dari surah al-Baqarah 278-281 mengenai riba`:

"Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu".

"Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),maka bagimu pokok hartamu;kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan."

"Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya." |Qs. Al-Baqarah: 278 - 281|

Mungkin anda pernah terbaca pada artikel-artikel yang lalu mengenai Benedectine Order dan Last Pope serta misi mereka. Kali ini kita akan cuba mengupas mengenai misi mereka mendominasi ayat di atas dan kaitannya dengan riba.

Moga-moga Pengenalan yang ringkas ini dapat memberi gambaran isu riba dalam syariat Islam.
Memahami Riba merupakan asas terpenting dalam kehidupan seorang muslim, kerana isu ini adalah isu besar, jika kita tidak mengetahuinya, bermakna kita cuba meletakkan diri kita dalam mengisyhtiharkan Perang kepada Allah.
Walaupun isu ini sangat penting tetapi tidak diketahui secara betul oleh majoriti umat Islam. Kebanyakan orang mengenali riba hanya sebagai bunga (interest). Sedangkan realitinya riba adalah lebih kompleks. Silap faham ini bukan sahaja kerana silap kiraan tetapi hasil dari pembelajaran dan doktrin palsu yang membawa kepada kejatuhan kuasa politik ummah yakni Khilafah Islamiah dan proses Islamisasi atas pembaharuan yang datang berikutnya.

Riba sangat jauh bertentangan dengan jual beli. Melalui riba, satu pihak akan menindas satu pihak yang lain, sedangkan jual beli memberikan dua-dua pihak keuntungan.

Sebagai permulaan, bagi memahami realiti riba, kita perlu mengetahui takrifan bagi kedua-duanya, mari kita lihat maksud al-bai’ (jual beli) dan riba dalam jual beli.

Dari Kitab Fathul Muin : Albai’(jual beli)

Dari segi bahasa ‘jual beli’ ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut syarak ialah menukar harta dengan harta pada wajah tertentu.

Riba dari segi bahasa bermaksud “ lebihan ”dalam bahasa Arab. Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, didalam Tafsir “Ahkamul Qur’an” mendefinasikan riba sebagai: setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima.

Lebihan ini merujuk kepada dua pekara :

1. setiap lebihan, manfaat hasil dari penambahan yang tidak ketentuan dalam timbangan dan ukuran.

2. setiap lebihan, manfaat dari ketidaktentuan yang datang dari penangguhan.

Jual beli riba ( Bai’ ribawi) : Jual beli riba hanya terjadi pada dua hal :

1. Makanan : spt. gandum, sya’ir, kurma , anggur, garam, beras, jagung , ful

2. Nuqud : Emas dan Perak : Walaupun dalam bentuk bahan seperti perhiasan emas dan perak.

Dua aspek ini membawa ulamak kita mengkategorikan riba kepada dua jenis.

Ibn Rushd berkata: “Fuqahak bersependapat bahawa riba didalam jual beli(perniagaan) ada dua jenis: penangguhan ( nasi’ah ) dan lebihan yang ditetapkan (tafadul)”

Dengan maksud, ada dua jenis riba:

1] Riba al-Fadl (lebihan dalam penambahan )
2] Riba al-Nasiah (lebihan melalui penangguhan)

Riba al-fadl merujuk kepada kuantiti/bilangan/berat.

Riba al-nasiah merujuk kepada masa yakni penangguhan.

1 – RIBA AL-FADL :

Riba al-fadl sangat mudah untuk difahami. Dalam pinjaman, riba al-fadl adalah "interest/bunga" yang dikenakan sebagai lebihan atas pokok. Tetapi secara umumnya ia bermaksud satu pihak meminta penambahan dari nilai yang diberi.

Satu pihak memberi sesuatu dengan nilai 100 bagi pertukaran sesuatu yang bernilai 110.

Ini termasuk juga yang dilarang apabila dua transaksi jual-beli (aqad) dihubungi dengan satu transaksi (aqad) – dikenali sebagai dua jual-beli dalam satu, dimana satu pihak dikehendaki menjual sesuatu pada satu harga dan menjual semula dengan tempoh tertentu dengan harga yang lebih rendah kepada penjual yang mula tadi. Sebenarnya, ini adalah dalih bagi mendapatkan pinjaman dengan bunga/interest atas nama jual beli. Tidak ada sesiapa pun yang perlukan alasan atau dalih untuk mendapatkan pinjaman terus dari Bank hari ini tetapi Perbankan Islam telah kembali kepada muslihat ini bagi memperdayakan pelanggan mereka dengan menyelewengkan makna “ murabaha “.

Contoh dua jual beli dalam satu :

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa

Rasullullah s.a.w. melarang dua jual beli dalam satu jual beli.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa seorang lelaki berkata kepada yang lain,
”Belilah unta ini bagi saya segera supaya saya boleh membeli dia daripada anda secara berhutang.”
Abdullah ibn Umar telah ditanya tentang yang itu dan dia tidak bersetuju dan melarangnya.

Dalam permasalahan kini: Kita meminta Bank membeli rumah untuk kita dari kontraktor secara tunai (satu harga) dan kita akan membeli semula rumah tersebut dengan hutang (satu harga yang lain) dari bank. Ada dua harga yang berlaku disini. Bank hanya akan membeli rumah secara tunai jika kita membelinya semula dengan hutang pada harga yang lain. Jika tidak, jual beli tidak akan berlaku.

Apakah perbezaan antara contoh hadis dan yang sedang dibuat oleh bank-bank yang melabelkan mereka bank Islam atau cawangan islam?

Sesungguhnya, berjayalah mereka yang dapat melihat bagaimana orang islam dilibatkan dalam transaksi riba dan berusaha meninggalkannya.

Contoh Riba al Fadhl:

Penukaran emas dengan emas atau perak dengan perak.

Kitab Al Muwatta’

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said berkata,
"Rasullulah s.a.w, mengarahkan dua Saad untuk menjual becana/bekas yang diperbuat dari salah satu emas atau perak daripada harta rampasan. Mereka sama ada menjual masing-masing tiga unit-unit berat untuk empat unit berat duit syiling atau masing-masing empat unit-unit berat untuk tiga unit berat duit syiling. Rasullulah s.a.w, berkata kepada mereka,‘Kamu telah mengambil riba, jadi kembalikan ia."Penukaran ini melibatkan berat yang tidak sama. Antara becana atau bekas yang diperbuat dengan emas dan perak. Menjualnya dengan tidak setimpal dari segi berat syiling dinar dan dirham adalah riba."
Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Humayd ibn Qays al-Makki yang Mujahid berkata,
“Saya berada bersama Abdullah ibn Umar, dan seorang tukang datang kepadanya dan berkata, ‘Abu Abd ar-Rahman – Saya membentuk emas perhiasan dan kemudian menjual lebih daripada beratnya. Saya mengambil satu jumlah bersamaan kerja tangan saya.’ Abdullah melarang dia melakukan yang demikian , jadi tukang itu mengulangi soalan kepadanya, dan Abdullah terus melarangnya sehingga dia datang ke pintu masjid atau kepada binatang tunggangannya . Kemudian Abdullah ibn Umar berkata, ‘Satu dinar untuk satu dinar, dan satu dirham untuk satu dirham. Tidak boleh menambah antara mereka. Ini merupakan perintah dari Nabi kita untuk kami dan nasihat kami untuk anda.’ "
Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar dari datuknya, Malik ibn Abi Amir yang Uthman ibn Affan menyatakan,
"Rasullulah s.a.w berkata kepada saya, ‘ Jangan kamu jual satu dinar untuk dua dinar atau satu dirham untuk dua dirham"
Apa yang kita faham dari hadis Saidina Uthman bahawa tukaran emas dengan emas dan perak dengan mestilah seimbang. Maknanya bukan menukar 1 dinar syiling emas dengan 1 dinar syiling emas. 1 dinar ialah 1 mithqal iaitu berat emas 4.25 gram tidak kira dalam apa bentuk sekalipun tukarannya mesti sama berat.

Sebab itulah syiling dinar emas mesti dalam bentuk emas 916 kerana barang kemas majoritinya adalah emas 916. Jika 2 dinar emas 999 ditukar dengan barang kemas 916 yang beratnya 8.5 gram, walaupun sama timbangan beratnya dalam tukaran, kualitinya tidak sama maka akan berlaku riba disitu.

Imam Malik berkata:
"Tiada salah dalam membeli emas dengan perak atau perak dengan emas tanpa berukuran jika ianya bukan dalam bentuk syiling atau barang kemas yang telah diperbuat. Syiling dirham dan dinar yang boleh dikira tidak sepatutnya dibeli tanpa pengiraan sehingga mereka dikenali dan terjumlah. Untuk meninggalkan jumlah dan membeli mereka secara rambang akan menjadi jual beli mengagak-agak (spekulatif). Itu bukan sebahagian daripada urus niaga muamalat bagi umat Islam. Apa – apa bahan dari emas dan perak dalam bentuk bukan syiling dan barang kemas, tidak ada salahnya dalam membeli benda-benda sebegitu tanpa berukuran. Untuk membeli mereka tanpa berukuran adalah seperti membeli gandum , kurma kering, dan barang makanan yang lain, yang dijual tanpa berukuran, walaupun benda-benda seperti mereka adalah diukur "
Benda yang jelas perlu dihitung dalam tukaran ialah syiling dirham perak dengan syiling dinar emas. Ini bagi menjelaskan rate tukaran antara syiling dirham dan syiling dinar.

Ini boleh merujuk kepada zakat keatas syiling dirham dan perak.

Kitab Muwatta’

Imam Malik berkata, jika seorang lelaki telah memiliki seratus dan enam puluh dirham dan kadar pertukaran dalam di kotanya ialah lapan dirham untuk satu dinar, beliau tidak perlu membayar apa-apa zakat. Zakat hanya untuk dibayar jika sampai dua puluh dinar emas atau dua ratus dirham.

Contoh yang melibatkan bahan makanan (ingat bahawa jual beli yang melibatkan makanan yang boleh menjerumuskan kepada riba adalah makanan asasi masyarakat spt. gandum, sya’ir, kurma , anggur, garam, beras, jagung , ful) :

Abu Said alKhudri meriwayatkan bahawa Bilal telah membawa kepada Nabi beberapa kurma Barni (jenis kurma) dan apabila beliau (Bilal) ditanya oleh baginda (Nabi) dari manakah beliau mendapatkannya, Beliau menjawab ” Aku mempunyai kurma yang mempunyai kualiti yang rendah ,kemudian aku menukarkan dua Sa’ (bekas) daripadanya untuk satu Sa’ (bekas) yang ini.

Nabi menjawab: Ah, inilah intipati riba. Intipati dari riba. Jangan kamu lakukan demikian, tapi jika kamu mahukan, jualkan kurma dalam transaksi yang berasingan kemudian kamu beli dengan apa yang kamu dapatkan (dari jual beli kurma tadi).

Lebih mudah jika kita menggunakan contoh beras, kerana beras adalah makanan asasi masyarakat nusantara.

Saya adalah tokey beras basmati.

Awak adalah tokey beras Siam.

Jika saya mahu menukarkan beras Basmati dengan beras Siam, maka syaratnya adalah satu kilogram beras Basmati saya ditukar dengan Satu Kilogram beras Siam awak.

Jika saya mempunyai beras basmati, dan saya mahukan beras Siam untuk dimakan, maka saya tidak boleh menjualkan satu kilogram beras Basmati untuk mendapatkan dua kilogram beras Siam dari awak. Ini adalah riba. Walaupun kita tahu bahawa beras Basmati adalah beras kualiti tinggi, dan beras Siam sedikit rendah kualitinya, tetapi inilah syarat jika kita mahu menukarkan makanan yang sama. Iaitu sama berat.

Jika Saya masih mahukan beras Siam dari satu kilogram beras Basmati kepada dua kilogram beras Siam, saya perlu menjual satu kilogram beras Basmati yang ada ditangannya dan mendapatkan dinar (emas) atau dirham (perak) atau barangan lain, kemudian dari barangan yang beliau dapatkan itu, beliau boleh membeli beras Siam yang diinginkannya.

2 – RIBA AN-NASIAH

Memahami Riba al-nasiah adalah lebih halus dan teliti. Lebihan pada masa secara tidak adil yang ditambah dalam transaksi adalah penangguhan yang tidak adil.

Imam Malik berkata, “Tidak elok pertukaran dalam dua untuk satu daripada satu jenis dengan tertangguh . Tiada merosakkan tukaran dalam mengambil dua daripada satu jenis untuk satu daripada satu jenis lagi dengan tertangguh , jika keduanya dengan jelas berbeza jenis. Jika kedua-duanya menyerupai satu sama lain tetapi nama mereka adalah berlainan , seperti plumbum biasa dan plumbum hitam, loyang biasa dan loyang kuning, saya tidak bersetuju mengambil dua daripada satu jenis untuk satu daripada yang lain secara bertangguh .”

Ada ulama` memperincikan riba kepada riba al yad. Iaitu keadaan dimana salah satu penjual atau pembeli meninggalkan majlis aqad sebelum berlaku serah terima

Ini merujuk kepada pemilikan(‘ayn) dan bukan pemilikan/hutang(dayn) sebagai alat pembayaran (emas, perak dan makanan yang digunakan sebagai wang). ‘Ayn ialah barang yang nyata dan selalu dirujuk sebagai tunai(fizikal). Dayn adalah nota janji untuk membayar atau suatu hutang atau apa barang dimana penghantaran atau pembayaran ditangguh.

Menukar(safr) dayn dengan ‘ayn samalah seperti Riba al-nasiah. Menukar dayn dengan dayn juga dilarang. Didalam penukaran hanya ‘ayn dengan ’ayn diizinkan.

Banyak hadis yang menyokong isu ini.

Riwayat Imam Malik :

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar bahwa al-Qasim ibn Muhammad berkata,
"Umar ibn al-Khattab berkata, `Dinar untuk dinar dan dirham untuk dirham dan sa’ untuk sa’. Suatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu yang ada di tangan."
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa Abu’z-Zinad mendengar Sa’id al-Musayyab berkata,
Riba terdapat hanya dalam emas dan perak atau apapun yang ditimbang dan diukur oleh makanan dan minuman.”
Riba al-nasiah merujuk terutamanya kepada penggunaan dayn dalam petukaran (sarf) barang yang sama jenis. Tetapi larangan ini dilanjutkan dalam jual-beli secara am dimana dayn sebagai matawang sudah melewati batasan kontrak peribadi kepada alat pertukaran (sebagai wang ) yang menggantikan ‘ayn.

Imam Malik, r.a., menunjukan pekara ini didalam ‘Al-Muwatta’:

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.

Zayd ibn Thabit khususnya menyebut riba, resit(dayn)‘ dimana penduduk berjual beli sebelum menerima barang’. Emas, perak atau makanan boleh digunakan sebagai bayaran,tetapi kamu tidak boleh menggunakan nota janji pembayaran. Didalamnya ada penangguhan sebagai tambahan yang tidak dibenarkan. Sekiranya kamu memiliki dayn, kamu haruslah mengambil barang tersebut(‘ayn) dan barulah kamu boleh bertransaksi. Dayn tidak boleh digunakan sebagai matawang.

Secara umumnya, peraturannya ialah kamu tidak boleh menjual sesuatu ada disitu dengan suatu yang tiada. Amalan ini dipanggil Rama’ dan ini adalah Riba. Imam Malik menyambung :

Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinar dari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata
"Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (fizikal). Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya, janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu. Rama’ ialah riba."
Rama’ adalah amalan biasa dalam pasar kita sekarang ini. Matawang dayn(wang kertas,resit) telah mengantikan matawang ‘ayn(dinar,dirham). Inilah yang dimaksud oleh Umar ibn al-Khattab apabila dia berkata saya bimbang Rama’ keatas kamu.

Jual-beli dengan penangguhan tidak terhad atas logam sahaja tetapi termasuk makanan. Kata Malik
"Rasullulah s.a.w melarang makanan dijual sebelum makanan tersebut diserah "
Oleh itu apa yang dilarang didalam riba al-nasiah ialah penambahan palsu yang tidak sepatutnya ada dalam transaksi secara fitrah. Apakah yang dimaksud dengan palsu dan fitrah disini ? Maksudnya setiap transaksi mempunyai keadaan masa dan harga.

Pinjaman melibatkan penangguhan tetapi bukannya lebihan kuantiti. Seorang memberikan sejumlah wang , selepas jangka masa waktu tertentu wang tersebut dipulangkan tanpa sebarang tambahan. Tambahan masa adalah halal tetapi tambahan kuantiti apabila dipulangkan adalah haram.

Ini adalah riba. Pertukaran(as-sarf) tidak boleh melibatkan penangguhan dan tambahan kuantiti. Apabila seorang memberi wang, yang sama diberikan tanpa penangguhan. Penangguhan tidak dibenarkan dalam pertukaran. Jika kamu mahu melambatkan pembayaran, kamu harus jadikan ia sebagai pinjaman, kamu tidak boleh menjadikan pinjaman sebagai sesuatu yang tersembunyi disebalik ‘ Pertukaran yang ditangguhkan ‘. Pertukaran yang ditangguh dipanggil riba al-nasiah.

Sewaan melibatkan penangguhan dan penambahan dan ianya halal. Apabila kamu menyewa sebuah rumah, kamu telah memgambil rumah tersebut untuk tempoh waktu tertentu ( penambahan ) dan sebagai balasannya kamu membayar sewa(penambahan). Penambahan ini dalam masa dan kuantiti dibolehkan dan halal.

Tetapi kamu hanya boleh menyewakan barang yang hanya boleh disewa. Kereta, rumah atau kuda. Wang atau makanan tidak boleh disewa, untuk berpura – pura wang boleh disewa akan merosakkan transaksi jual beli dan menjadikannya riba.

Setiap transaksi melibatkan keadaan yang berkaitan dengan benda itu sendiri. Kita tidak boleh mengambil syarat untuk suatu benda dan dikaitkan dengan syarat pada benda yang lain tanpa merosakkan transaksi tersebut. Dengan menambah syarat atau lebihan akan berlaku riba.

Oleh kerana dayn itu sendiri adalah penangguhan, penggunaan dayn hanya dihadkan penggunaannya secara individu dan dilarang digunakan sebagai medium untuk pembayaran. Dayn adalah halal, menggunakannya sebagai matawang adalah haram.

Dayn adalah kontrak persendirian antara dua individu dan akan terus menjadi kontrak dalam skop persendirian. Perpindahan dayn dari seorang ke seorang yang lain boleh dijalankan, secara Islamnya dengan menyelesaikan dayn yang pertama dan membuat dayn yang baru. Dayn tidak boleh diedarkan diluar batas kontrak individunya dan bebas merata. Pemiliknya mesti mengambil barang sebagimana yang tertera pada dayn dan melupuskan dayn tersebut. Dayn tidak boleh digunakan sebagai alat tukaran dan digunakan sebagai medium pembayaran, oleh itu dayn tidak boleh digunakan untuk membayar zakat.

Hadis yang terkenal yang menyebut tentang “tangan dengan tangan“ dan “seimbang" merujuk pada riba. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam traksaksi. Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan(tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al – nasiah. Ini akan menghalang keadaan dimana emas yang tidak ada(dayn) ditukar dengan emas yang ada(ayn). Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas( bentuk asal wang kertas)

kedua – dua riba al – nasiah dan riba al – fadl dilarang dalam Al Quran, malah riba dalam Al Quran dan Sunnah adalah sama . Sunnah adalah amalan hidup sebagai penafsiran dari Al Quran.

Riba yang dikenali sebagai riba al Jahiliyah mengandungi kedua – duanya riba al-nasiah dan riba al-fadl. Dalam transaksi ini, pembayaran ditangguh ( nasiah ) ditukar dengan penambahan (fadl), tetapi riba al – nasiah melibatkan lebih dari hanya riba al – jahilliyah.

Memahami riba al-nasiah adalah asas kapada pemahaman tentang kedudukan kita keatas duit kertas.

Bersambung...

Friday, December 17, 2010

Jawapan Mudah Yang Boleh Membawa Kepada Syirik


Dari kawan kepada kawan-kawan yang lain
(petikan dari kiriman lanjut e-mail seorang hamba Allah)

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

'Uncle sebelah buat apa tu Abah?'

Dan secara amnya, kita akan menjawab... 'dia org tgh sembahyang atau tengah sembah Tuhan dia' jawapan itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. 'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
tetapi apabila kita memberikan jawapan ... 'Dia tengah sembah Tuhan dia' kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH. Kita memberi gambaran kepada anak kita bahawa, kaum Cina punya satu Tuhan, India satu Tuhan, Kristian satu Tuhan...dan cara mereka menyembah Tuhan mereka lain dari kita...

Sedangkan kita mengucap kalimah kita 'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian 'dia sedang sembah Tuhan dia'?

Sekiranya jawapan ini diteruskan.. ....maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita 'Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH'

Jawaban yang sebenarnya.
'Anak, pertamanya perlu faham. Tuhan kita dengan Tuhan Uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah' ...

Jangan ambil mudah jawapan yang diberikan kepada anak, kerana jawapan yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.

Sekadar mengamalkan 'sampai dan menyampaikan'.

Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik..... 


Dipersilakan untuk berkongsi bersama...

Wednesday, December 15, 2010

Kajian Hadis - Fenomena Amerika

Cuba kita semak dan renungkan hadis akhir zaman berikut:

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
|Riwayat Thabrani|


Daripada Umar bin al-Khtatab ra (dalam sebuah hadis yang panjang):

Kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah saw: Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat. Lalu Nabi Muhammad saw menjawab: Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Maka Jibril lalu berkata: Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya.Maka Nabi Muhammad saw menjawab: Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan. |H.R. Muslim|
Apa yang ingin kita lihat perkaitan hadis tersebut dengan Amerika kini?:

1. Seperti yang kita ketahui Amerika kini berjaya menguasai dunia dan mereka bertindak seperti polis dunia, boleh melakukan sesuka hati pada negara-negara lain.

2. Jika kita lihat presiden Amerika sebelum ini bukankah Luka’ bin Luka’ adalah Bush bin Bush?, yang namanya sama dengan nama bapanya.

3. Bukankah Bush menurut pandangan orang Amerika adalah presiden yang paling bodoh, bahkan diawal pemerintahannya kredebilitinya diperolok-olokan kerana tidak fasih dalam mengeja dan berbicara.

4. Jika kita kaji sejarah penubuhan Amerika. Amerika dibangun dari darah dan air mata hamba?. hamba yang di datangkan semuanya dari benua Afrika, sehingga Afrika dikenali sebagai benua hamba.

5. Bukankah Obama berasal dari Afrika?. Jadi hamba (Afrika) melahirkan pemimpin untuk tuannya (Amerika).

Wallahu a’lam. Allah yang Maha Tahu. Rasul-Nya berbicara tidak dengan nafsu tetapi dengan akal.

Monday, December 06, 2010

Bacalah JIika Anda Ada Masa Untuk Allah


Assalamualaikum saudaraku.

Baca jika anda ada masa untuk Allah
Baca jika anda ada masa untuk Allah
Baca jika anda ada masa untuk Allah

Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini, namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
Allah, bila saya membaca email ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini, lebih-lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.
Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat.
Mungkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGHRIB sahaja?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.
Dan sudah pasti waktu ada kematian.
Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?
Kerana kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka.
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (Nauzubillah)
Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH.
Sebarkan lah seandaianya anda BENAR-BENAR MENGHAYATI!

Ya aku CINTA ALLAH.
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku.
DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari.
Tanpa-NYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.
Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu.
Kongsikan bersama rakan.
Sekarang?
Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?
Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam Masjid tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang email agama tetapi kita bangga menyebarkankan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik.
Tidak perlu bayaran, tetapi ganjaran lumayan.

FIKIRKAN(MUNGKIN TERJADI PADA DIRI KITA SENDIRI):
Tepuk dada tanya selera.
Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman pada ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Tidakkah melucukan bila seseorang berkata AKU BERIMAN PADA ALLAH, TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also believes in ALLAH).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal, tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang berfikir 10 kali untuk berkongsi?
Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.
Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Semoga rakan-rakanku di rahmati ALLAH.

Monday, November 29, 2010

Apa Pandangan Dan Pendapat Anda Mengenai Aurat Anda Sendiri?


Apa kata mereka tentang aurat? adakah anda tergolong orang yg menutup aurat? dan apakah tujuan anda menutup aurat? .....ini hanya sekadar selingan ..Kalau kita adalah salah seorang yang malas membaca, apa salahnya jika kita meluangkan sedikit masa untuk mendapatkan sedikit ilmu dengan menonton video pendek ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari paparan yang tidak seberapa ini Insyaallah...

Friday, November 26, 2010

Baca... Ambil Iktibar... Dan Berlapang Dadalah


Sebenarnya pertentangan antara Wahabbi dengan Ahlul Sunni bukanlah suatu perkara yang baru. Telah bermula sejak tahun 1925 lagi apabila pihak Arab Badwi Saud yakni pengikut kepada fahaman Muhammad bin Abdul Wahab yang berkiblat pada fahaman Ibn Tamiyah telah menumpaskan kerajaan Syarif Hussein yang berfahaman Ahlul Sunni dalam Mazhab Hambali. Syarif Hussein ini dikatakan berketurunan dari Rasululah s.a.w.

Pemimpinnya ketika penyerangan itu adalah Sultan Abdul Aziz bin Abdul Rahman El-Faisal Aali Saud, yang selepas penawanan kedua-dua kota: suci itu memakai gelaran Al-Malik, dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini. Sebab itu Gerakan Wahabi digelar sebagi gerakan tidak sampai usia seratus tahun sempena dengan serangan pada tahun 1925. Dan bukannya bermula dengan tahun kelahiran Muhamad Bin Abdul Wahab apatah lagi dengan kelahiran Ibn Tamiyah pada kurun ke 7 hijrah.

Yang mereka serang adalah Syarif Husain, pendiri Kerajaan Hasyimiah yang berpusat di kota Makkah. Mereka merampas beberapa benda berharga di kedua-dua buah kota suci itu, yang antaranya adalah milik peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda lalu dibawa ke Riyadh, ibu kota dan pusat pemerintahan Bani Saud itu. Mereka juga memusnahkan makam-makam Sahabat RA termasuk yang mati syahid, lalu meratakannya dengan tanah.

Rumah keputeraan Rasulullah SAW juga turut dimusnahkan, dijadikan kandang binatang. Hanya akhir-akhir ini sahaja tempat itu dijadikan sebuah perpustakaan untuk bacaan umum. Pasukan ini juga berjaya menakluk seluruh Hijaz dan meletakkannya di bawah kekuasaan mutlak raja baru di seluruh Hijaz iaitu Bani Saud.

Kejayaan pihak Saud ini adalah dengan bantuan pihak Inggeris dalam usaha untuk menghalang kebangkitan Islam melalui fahaman Ahlul Sunni. Pihak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua untuk memerintah sesebuah negara jika dirasakan boleh menghalang kebangkitan umat Islam.

Seperti sokongan mereka kepada Mustapha Kamal Attaturk. Dengan lenyapnya empayar kerajaan Uthmaniah di Turki, beliau menjadi boneka Inggeris di Turki. Dengan adanya boneka seperti Mustapha kamal Attarturk ini memudahkan penguasaan Inggeris untuk menjajah Umat Islam di Turki dan seterusnya mendirikan kerajaan Israel di bumi Palestin.Pihak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua yang sudi menjadi tali barut mereka. Sesiapa yang menentang akan ditentang habis-habisann oleh pihak penjajah seperti mana yang terjadi pada Saddam Husein.

Jadi kena kaji semula dari segi sejarah dan bukan menyokong mana-mana pihak secara melulu. Persoalannya ialah mengapa pihak Inggeris memilih Bani Saud sebagai peneraju Kota Suci Mekah dan mengapa tidak menyokong Syarif Hussin dalam serangan Bani Saud tersebut?
Dengan kekuatan tentera Inggeris yang ada pada ketika itu , merekalah sebenarnya yang menentukan siapa yang bakal memerintah di Kota suci Mekah. Tanpa sokongan Inggeris dari segi kekuatan tentera dan senjata, Bani Saud sudah tentu tidak mampu untuk menumpaskan Syarif Hussin (Dengan izin Allah s.w.t. jua) .Maknanya pihak Inggeris adalah dalang disebalik pemerintahan Bani Saud di Negara Arab Saudi.

Tentu ada sebabnya mengapa berlakunya sokongan pihak Inggeris pada Bani Saud. Yang utama sekali ialah pegangan agama pemerintah Bani saud tersebut yang berfahaman Wahhabi. Yang dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Fahaman ini asalnya adalah serpihan dari Mazhab Hambali.

Jadi kebangkitan Wahabbi adalah seiring atau sinonim dengan penjajahan minda Barat keatas umat Islam. Kalau sebelum tahun 1925, pergerakan Wahabbi hanya berkisar sekitar tanah Arab seperti Iraq, Mesir dan Kota Suci Mekah, tetapi selepas tahun 1925 ia mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia termasuk kepada Kepulauan Nusantara yang merangkumi Indonesia dan Malaysia yang sebelum ini majoritinya mengamalkan fahaman Ahlul Sunnah termasuk Tokku Paloh, Tok Kenali, Habib Noh di Singapura dan Wali Songo di Indonesia.

Fahaman Wahabi yang mengasingkan fahaman ilmu tasawuf dan ilmu usuludin yang bertentangan sekali dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Untuk pengetahuan umum Fahaman Wahabi adalah sealiran dengan fahaman Ibn Tamiyah dan Fahaman Musyabihah.
Cuma terdapat sedikit perbezaan yang diubah suaikan mengikut peredaran masa dan tempat. Walau pun dari segi fekah, kaum Wahabi di Malaysia mengakui mereka bermazhab pada Imam Syafei, namun pada pokok ilmu ketauhidan amat berbeza kerena kaum Wahabi mengamalkan konsep Rubuhiyah dan Uluhiyah yang bertentangan dengan akidah ahlul sunnah. Dari segi usuludin, fahaman sunni berkiblatkan pada Imam Abu Hassan Al Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi yang kedua-duanya lahir pada tahun ke 3 hijrah. Fahaman ini agak terkenal dengan sifat 20. Iaitu 20 sifat yang wajib bagi Allah dan 20 sifat yang mustahil serta satu sifat yang harus iaitu harus membuat atau tidak. Tidak ada paksaan bagi Allah untuk membuat sebarang pekerjaan. Melalui fahaman inilah Zat dan Sifat Allah sama sekali tidak meyerupai makhluknya baik manusia atau makhluknya yang lain.

Begitu juga dengan pengajian Tasawuf yang terdapat dalam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Banyak berkiblat pada Imam Ghazali, Imam Syeikh Qadir Al Jalani, Imam Ahmad Sayuti serta mereka yang mengamalkan ajaran bertarekat. Ajaran tasawuf sebenarnya terasing dari fahaman Wahabi. Sehingga dikatakan sesiapa yang mengamalkan ajaran bertareqat adalah diangap sesat! Kalau begitu bagaimana dengan kedudukan wali-wali Allah seperti Tok Kenali dan Tokku Paloh yang juga mengamalkan ajaran bertareqat? Sesatkah mereka? Sila gunakan minda anda yang sihat untuk berfikir di sini.

Kerana puak Wahabi berpandu pada Al-Quran dan hadis sahaja.Pihak kerajaan Arab Saudi telah mengharamkan kitab Ehya Ulumudin dari diterbitkan di Negara Arab Saudi.Pengajian Wahabi mula berkembang bukan sahaja di Arab Saudi tetapi dengan sokongan British ia telah dijadikan kurikulum di semua sekolah termasuk Universiti. Hatta suatu ketika dahulu untuk mendapatkan Phd dalam pengajian Islam terpaksa berguru pada bukan Islam samada di Universiti Barat atau tempatan dengan berpandukan sukatan Wahabi!

Ajaran Ahlul Sunnah yang pada mulanya bermula dari peringkat remaja yang berteraskan pengajian Imam Ghazali dalam Kitab Ehya Ulumudin dan Imam Abu Hassan Asyaari serta Imam Abu Mansur Al Maturidi dalam bidang Usuludin tidak dikembangkan keperingkat Universiti. Pengajian Ahlul Sunnah banyak dalam bentuk bertarekat sebagai satu cara kaedah menyucikan diri. Seperti Tarekat Nasybandi, Qadiriyah,Ahmadiyah dan yang terbaru tarekat Muhamadiyah yang telah diharamkan oleh Pemerintah Malaysia pada tahun 1994 atas nasihat Majlis fatwa Malaysia yang rata-ratanya berpandukan kepada ajaran Wahabi.

Tetapi rata-rata ajaran tarekat adalah berguru dari Imam Mursyid yang 100 % dari Al-Quran. Kecuali ajaran tarekat yang menyeleweng. Tetapi jika 100% kandungan bertarekat berdasarkan dari Al-Quran, masakan boleh menyeleweng? Dimana perbezaannya antara amalan tasawuf Ahlul Sunni dengan amalan tasawuf Wahabbi?

Jawapannya ialah kesinambungan dari lidah guru yang bersambung dari satu generasi dari zaman Rasulullah sehingga ke genarasi yang ada sekarang. Ajaran Wahhabi sebenarnya sudah terputus kesinambungan dari lidah guru mursyid kerana ajaran Ibn Tamiyah sudah terkeluar dari Mazhab Hambali yang sebenar. Setakat berdasarkan pada fahaman dari Al-Quran dan hadis belum cukup untuk mana-mana individu menemui pada jalan yang benar. Beliau memerlukan guru mursyid untuk membimbingnya. Kalau tak berjumpa dengan guru mursyid, syaitan lah yang menjadi gurunya.

Yang kedua ialah fahaman Usuludin atau ilmu ketuhanan puak wahabi tidak berteraskan pada Imam yang diiktiraf oleh Ahlul Sunni seperti Imam Abu Hassan Al Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Memang benar pada zaman Rasullulah , mereka belum lahir lagi,tetapi pada ketika itu setiap permasalahan agama jika timbul sebarang masalah boleh terus bertanya pada Rasulullah atau sahabat baginda. Tetapi selepas kewafatan Rasulullah, banyak cabang dan aliran agama dalam bentuk ilmu ketuhanan yang wujud. Sepeti fahaman muktazilah, khawarij , syiah dan banyak lagi.

Untuk mengatasi akan bahaya akan penyelewengan akidah umat Islam dari segi fahaman yang menyeleweng ini, maka muncullah fahaman Imam Abu Hassan Al Syaari. Beliau pada mulanya adalah berfahaman Muktazilah. Tetapi bila beliau mengkaji kembali akan ajaran tersebut, maka dengan taufik dan hidayah yang Allah beri ,maka beliau mengaku keluar dari fahaman Muktazillah dan menerbitkan beberapa buah kitab mengenai sifat 20. Beliau dibantu oleh rakannya Imam Abu Mansur Al Maturidi.

Tetapi ajaran Wahabi menyuruh umat Islam bertaklid pada Al-Quran dan Hadis sahaja. Tak mungkin orang awam pada akhir zaman dapat menghayati isi kandungan Al-Quran tanpa berguru mursyid! Kalau dilakukan juga selama itulah umat Islam akan sesat sesesatnya . Seperti penolakan ziarah kubur, bermarhabban, berzanji, bermaulid, beryaqazah, amalan bertawasul pada yang hidup atau mati sebenarnya semua itu ada dalam ajaran Islam.


Cuma puak Wahabbi yang tidak menjumpai nas atau dalil tersebut! Suatu perkara yang mendukacitakan pada akhir zaman ini ialah sukatan pengajian Islam terutama pada peringkat menengah dan universiti telah diserang dengan fahaman Wahabbi ini. Jika suatu ketika dahulu umat Islam rata-rata menerima pendidikan Ahlul Sunnah melalui sistem pendidikan pondok, tetapi bila mereka belajar di luar negeri dengan menyambung pengajian peringkat master atau phd, sukatan pengajiannya hampir berkisar kepada fahaman Wahabbi.Mengikut sukatan penjajah (cuba anda fikirkan sejenak)

Masakan pihak Inggeris dan Yahudi yang menyediakan sukatan tersebut akan memberi roh Islam pada pelajarnya? Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Merekalah yang menentang kegiatan dakwah Islam di Malaysia seperti mana yang kita saksikan pada tahun 1980an dan pada tahun 1990an. Sehingga membawa kepada pengharaman sebuah pertubuhan agama yang berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah! Atas dakwaan membawa ajaran sesat!
Sebab itu bila para pelajar ini pulang ke Malaysia ,dengan kelulusan yang mereka ada pada peringkat phd, mereka memegang berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan seperti pensyarah,Ketua Pertubuhan Dakwah, Ahli Mufti, panel jawatankuasa Fatwa dan sebagainya. Dengan fahaman yang dibajai dan dipupuk oleh penjajah Inggeris dan Yahudi, mereka telah menyesatkan banyak amalan-amalan yang diwarisi dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Namun syukur, Alhamdulillah kebanyakkan bekas pelajar dan anak didik penjajah Inggeris ini sedar kembali akan pokok pangkalnya akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan bahaya fahaman Wahabbi ini. semoga kesedaran ini akan mengiatkan lagi kegiatan agama dan berkembang syiar Islam dari penindasan fahaman Wahabi. Sama-samalah kita nantikan perkembangan seterusnya.

Tuesday, November 09, 2010

Berbahagialah Kiranya: Sebuah Melodrama Di Pentas Angkasa

SENARIO 1: MELODRAMA DUNIA

Satu hamparan bernama BUMI diadakan-Nya  ia adalah pentas bagi sebuah melodrama - pentas itu dihiasi permainan bernama tumbuhan : binatang : emas : sungai: gunung : angin : padang pasir : dan pelbagai lagi menambah cantiknya backdrope sebuah PEMENTASAN pelakonnya di kalangan makhluk yang digelar jin dan manusia yang berada di dua watak sama ada baik atau buruk Azazil dan syaitan mewarnai lakonlayar dengan peranan jahatnya.

...three ! two ! one! camera action.... penggambaran bermula  sudut pandang kamera dari gambar 4D ke atas paling canggih mengambil gambar dari multidimensi dari zahir melesit ke batin mutu suara berjuta kali lebih canggih dari sistem suara yang masih dalam peringkat prototype syarikat Sony sekarang jauh menangkap suara hingga menjejak suara batin gelombang dari 28,000 alam diperangkap untuk membentuk mutu audio visual secanggih itu...

Para pelakon dibekalkan DUA KITAB PENGHAYATAN lakonan. Ramai yang menghafal dan jazam isi kandungannya namun seramai itu pula yang melupakan lantas melafazkan kalimah lakonan sesuka hati mereka mereka terus berlakon mengikut budi dan aturan mereka sekelompok kecil dari pelakon masih mengingati skrip asli lalu membawa watak sebaik mungkin...

SENARIO 2: BUMI SEBAGAI PENTAS TERAPUNG

...tuan-tuan tanpa kita sedari sebenarnya kita ini berada di atas pentas lakonan terapung paling besar  Di sini kita merasakan betapa ada 'kesengajaan' yang sangat besar untuk menjadikan bumi ini sebagai panggung drama kehidupan kita.Maka, untuk mendukung terjadinya kehidupan di muka Bumi ini secara sempurna Allah sebagai SANG SUTRADARA menciptakan berbagai KEMUDAHAN kepada manusia.

Mulai dari bentuk Bumi yang bulat, kemiringannya yang 23.5%, atmosfer yang tujuh lapis sebagai pelindung kehidupan, Bumi yang BERPUTAR dengan kecepatan lebih dari 1.600 km per jam.

Demikian pula, air hujan yang terukur kadarnya komposisi udara yang sangat khas, dan jutaan komponen lainnya yang sangat kompleks, terdapat di alam sekitar kita temasuk tanam‑tanaman dan seluruh binatang di permukaan planet ini.Untuk memahaminya, marilah kita lihat beberapa di antaranya.

Bumi, Kendaraan Angkasa yang Sempurna Pernahkah terfikir di benak kita bahawa kita sedang mengenderai sebuah 'pesawat angkasa luar' yang sangat besar. Dimana kendaraan angkasa ini, kita tumpangi bersama dengan bilion manusia,bilion binatang dan tumbuh -tumbuhan. Ya, inilah dia, planet Bumi!


Sesungguhnya di atas pentas lakonan bernama BUMI aka pesawat angkasa gergasi ini kita memperoleh segala yang kita inginkan untuk kelangsungan hidup.Sebuah melodrama yang panjang memerlukan sumber dimulai dari makanan, minuman, berbagai macam sumber tenaga, atmosfera dan segala macam kemudahan yang memungkinkan kita melangsungkan 'lakonan' sehingga menurunkan generasi-generasi selanjutnya, selama ribuan tahun.

Bumi,sebagai pentas lakonan bergerak sekaligus sebagai kenderaan angkasa luar sedang melesit laju di angkasa semesta dengan kecepatan yang sangat tinggi. Tidak ada satu pun pesawat buatan manusia yang mampu menandingi kecepatannya. Sebutlah kendaraan manusia yang tercepat di era modern ini yaitu pesawat ulang alik Challenger, Columbia atau Ariane. Rata-rata kecepatannya barulah sekitar 20.000 km per jam./

Tahukah Anda, berapakah kecepatan 'Pentas' Bumi kita bergerak di angkasa luar? Tak kurang dari 107.000 km perjam! Sebuah kecepatan yang sangat tinggi. Cepat sekali, lebih dari 5 kali kecepatan pesawat ulang alik buatan manusia.

Untuk apa Bumi bergerak dengan kecepatan sedemikian tinggi? Temyata, Bumi. sedang bergerak mengitari Matahari pada jarak sekitar 150.000.000 km. Dengan kecepatan tersebut, Bumi bisa menyelesaikan putarannya terhadap Matahari, sekali putar dalam setahun atau 365 1/4 hari.

SENARIO 3: LAMPU PENTAS DIPADAMKAN

... bila tiba masanya melodrama pasti akan tamat tandanya? bila pelakon mula kehilangan rentak lakonan skrip yang dihafal bukan lagi dari KITAB YANG ASLI tiba masanya nanti PENTAS AKAN DIGULUNGKAN - pelakon terpinga-pinga: sangkanya SANG SUTRADARA akan meneruskan babak tapi kamera sudah "dioffkan" hanya menunggu masa dimainkan kembali di satu padang bernama MAHSYAR!!!!

Friday, November 05, 2010

(kisah benar)Nasihat Iblis kepada Nabi Nuh A.S

 Sekadar Gambar Hiasan

Di antara manusia yang mendapatkan umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran mengatakan bahawa dia pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah agar ditimpakan bencana kepada mereka. Allah mengabulkan permohonannya.

Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar (bahtera) yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. Allah akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak satu pun dari mereka yang kafir akan tertinggal.

Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah. Bersama semua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain Nabi Nuh naik ke atas kapal. Hujan mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalnya.
“Siapa anda?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.
“Aku Iblis,” jawabnya.

Dasar Iblis, dia tahu saja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana saja dia mahu. Bukan kerana dia makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.

“Mengapa engkau mahu ikut kami?” tanya Nabi Nuh lagi.
“Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku,” jawab Iblis terus terang.

Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. Sejak zaman Nabi Adam sampai hari kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana tidak semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.
“Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!” kata Nabi Nuh kepada Iblis.
Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana. Sebelum Nabi Nuh, Allah juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia masih saja membangkang perintah Allah dan terus berusaha menggodaNabi Adam sampai berhasil.

Dia hanya berkata, “Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh mencelakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua lainnya.” Kemudian Allah mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga, tapi dengar saja dua yang lainnya.

“Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku,” jawab Nabi Nuh.

Iblis berkata, “Wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan dijadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari syurga.

Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata pada Nuh, “Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini.”
“Terima kasih dari apa?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.
Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku,” kata Iblis.

“Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah mengantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya.”

Dipetik Dari Buku. 1001 Memori Himpunan Kisah Jin, Iblis & Syaitan ( Suluk Homepage)

Pada hari ini manusia mencelakakan diri mereka dengan sifat iri hati dan memusnahkan perniagaan manusia yang lebih maju darinya.Jangan lah kita terjerumus di golongan laknat ini,,kerana sifat iri hati sememangnya ada pada setiap diri manusia.Hindarkanlah dengan berdoa kepada Allah Subhanallah..

Sunday, October 31, 2010

Kebenaran Islam: Pengakuan Orang-Orang Barat Terhadap Imam Mahdi

Di dalam post kali ini, kita akan lihat pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi.

Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Menjauhkan Umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

Montgomery Watt

seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.

David Ben Gurion

Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata:
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.

Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

The Mahdi by A J Quinnell

A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.

Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Wallahualam.

Monday, October 25, 2010

Masjid Oh Masjid..


Solomon Temple bakal didirikan. Dua masjid di Palestin dikelirukan dengan taktik memberitahu kepada umum bahawa salah satu daripada masjid tersebut adalah al-Aqsa palsu dan satu lagi yang benar. Di tempat lain pula khabar lain yang disebarkan. Kemudian mereka mula meruntuhkan masjid-masjid di sana dengan alasan 'tertembak/terbom' ketika berperang dengan Hamas.

Lalu diruntuhkan salah satu daripada masjid tersebut dan mereka memberitahu kepada umum :
"lihatlah al-Aqsa kamu masih tegak berdiri! Kami hanya meruntuhkan masjid ini untuk kuil kami supaya kamu punyai masjid, dan kami punyai kuil di tanah kerajaan lama Jerusalem. Barulah adil!"
Lalu sebahagian umat Islam membenarkannya kerana alasan yang sebegitu. Persoalannya, kenapa umat Islam lemah sangat, b***h sangat untuk memahami maksud sebenar MASJID! Lindungilah al-Aqsa kerana itu tempat kita mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita lindunginya dengan sebab itu tanah suci kita, tanah bersejarah kita kerana pernah menjadi kiblat kita, mereka juga menaklukinya dengan memberi alasan kepada kita tanah itu juga adalah sejarah mereka.

Lihatlah berapa ramai yang bakal memberikan komen di setiap corong perbincangan menegakkan al-Aqsa berbumbung hijau sedangkan umat Islam di negara lain menegakkan al-Aqsa berbumbung emas. Adakah kamu semua mahu berpecah hanya kerana ini? Tidakkah kamu sedari tindakan ini telah menghina masjid itu sendiri? Masjid adalah tempat dimana kita bersatu sesama saudara dibawah satu bumbung. Tetapi kita yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi sudah pun berpecah.

masjid kubah emas di sebelah kiri, kubah hijau di sebelah kanan. ditengahnya adalah 'tempat suci' yahudi laknat yang dipanggil 'wailing wall/western wall'.

Kita pandai mengatakan tentera panji hitam takkan tertegak selagi masjid tidak dipenuhi. Tapi kita sendiri yang tidak memenuhi masjid. Kita sudah diberi makanan yang merosakkan hati melalui hiburan, sukan dan pelbagai lagi perkara melalaikan. Semua itu tidak salah tetapi kita sendiri terlalu melayankan apa yang disukai. Dimanakah kefahaman kita tentang kepentingan masjid yang menyatukan ummah? Dimanakah pengetahuan kita tentang kepentingan seruan azan yang memanggil?

Kiamat hadir hanya setelah azan sudah tidak didengari. Itu tanda kecilnya. Tidak sedarkah kita perkara itu telah berlaku? Adakah kita mendengari apa azan yang kita dengar? Adakah kita terus mendirikan solat setelah azan dilaungkan? Bulan dan bintang ditegakkan tapi azan tidak ditegakkan. Masjid hanya pada nama! Kita terlalu mementingkan nama al-Aqsa tetapi kita meninggalkan peranan masjid! Kenapa kita sibuk membuat bising mengenai al-Aqsa yang sebenar dengan meninggalkan kepentingan masjid yang satu lagi?!

Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan gerun dengan tentera Islam selagi mereka tidak pergi menunaikan solat subuh seperti mereka pergi menunaikan solat Jumaat. Saya yakin, tiada seorang pun daripada kita yang takkan pergi ke masjid pada waktu subuh selagi kita tidak mengetahui peranan masjid yang menyatukan ummah.

Apa sudah jadi?

WAllahua'lam. Ini adalah pandangan saya. Sila betulkan mana-mana bahagian yang salah.

Thursday, October 21, 2010

Kisah Benar di Shah Alam, Selangor.... Kena baca!


Seorang ahli perniagaan terkemuka di Shah Alam yang mempunyai seorang anak gadis yang cantik dan berpendidikan tinggi telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang hanya bekerja sebagai pencuci tandas awam majlis perbandaran.


Apabila ayah gadis tersebut mendapat tahu tentang perhubungan cinta mereka, beliau tidak suka dan tidak merestui sama sekali hubungan tersebut.

Maka terjadilah pertengkaran diantara si ayah dan anak gadis yang bersama teman lelakinya. Pasangan kekasih telah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah dan mencari masa depan yang lebih bahagia di tempat lain.

Selepas pasangan kekasih itu melarikan diri. Ayah si gadis telah mencari mereka dimerata-rata tempat tetapi tidak berjaya sehinggalah beliau terpaksa membuat iklan di Utusan Malaysia.

Akhirnya ayah si gadis itu terpaksa akur dan menerima cinta mereka dan meminta supaya mereka pulang segera ke pangkuan keluarga masing melalui akhbar dengan menyatakan:

"Sekiranya kamu berdua pulang, aku akan membenarkan kamu untuk berkahwin. Aku akan menerima kamu bahawa kamu benar-benar saling cinta mencintai."

Selepas membaca iklan di akhbar utusan, barulah pasangan itu balik dan maka berjayalah rancangan mereka untuk berkahwin.

Keesokkan harinya, pasangan tersebut telah pergi ke bandar Shah Alam untuk membeli-belah baju pengantin bagi persiapan perkahwinan mereka. Si lelaki yang memakai baju kemeja putih pada hari itu. Sementara dia berada di persimpangan jalan untuk menyeberang bagi mendapatkan minuman untuk tunangannya, tiba-tiba telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Beliau telah mati ditempat kejadian.   


Gadis itu terkejut setelah melihat tunangnya yang mati dilanggar terus pengsan hingga hilang ingatan beberapa hari dan hanya sedar selepas pengebumian jenazah tunangnya yang telah meninggal dunia dalam keadaan yang amat mengerikan.

Selang dua malam kemudian, ibu si gadis mendapat satu mimpi di mana beliau melihat seorang wanita tua menyuruh beliau mencuci baju gaun pengantin berwarna putih yang terkena darah si lelaki itu secepat mungkin. Tapi ibunya mengabaikan mimpi tersebut.

Malam berikutnya juga si ayah mendapat mimpi yang sama, ia juga mengabaikannya.

Malam seterusnya yang berikutnya si gadis itu juga bermimpi yang sama,  ia terbangun dalam keadaan ketakutan dan memberitahu ibunya tentang mimpinya. Ibunya menyuruh beliau mencuci segera pakaian pengantin yang mempunyai kesan darah tunangnya.

Beliau  mencuci kesan darah tapi masih tetap ada. Pada malam berikut. Beliau kembali mengalami mimpi yang sama lagi. Keesokan hari juga beliau cuba sekali lagi mencuci kesan darah tetapi tetap masih ada.

Tiga malam selepas mengalami mimpi itu, ia bermimpi lagi yang sama tetapi kali ini seorang wanita tua telah memberikan amaran terakhir supaya mencuci kesan darah tunangnya, atau sesuatu yang buruk  akan berlaku pada keluarga mereka. Kali ini gadis itu cuba yang terbaik untuk mencuci kesan darah dan hampir terkoyak dan robek baju pengantin tetapi kesan darah tetap masih ada.

Beliau sangat letih dan penat. Pada larut malam hari yang sama ketika dia bersendirian di rumah, kedengaran seseorang  telah mengetuk pintu. Ketika pintu dibuka, beliau terkejut sungguh melihat seorang wanita tua yang sama dalam mimpinya berdiri di hadapan pintu.

Beliau menjadi terlalu takut dan terus pengsan.

Wanita tua terus mengerakkan gadis itu bangun dan memberikan sebuah bekas biru. Gadis itu terkejut dan bertanya pada wanita tua itu "Apa ...ni?"

Wanita tua itu menjawab!!!!




>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
"Cubalah  Dynamo Sabun cecair ... hanya rendam dan semua kekotoran degil akan hilang dan bersih. !l!"



Jadi! gunalah Dynamo untuk mencuci kesan kekotoran yang degil! Hehehe!!!!

Friday, October 15, 2010

Konspirasi Dunia: Lagu Alejandro By Lady Gaga

All Seeing Eye Symbol
Terdetik hasrat dihati untuk menyiasat perkembangan terbaru Lady Gaga yang seperti kita sedia maklum mengenai penglibatannya sebagai penyampai dan perkaitanya dengan pertubuhan rahsia illuminati. Video klip terbarunya yang bertajuk alejandro telah pun berada di segenap alam maya dan telah di siarkan di serata dunia. Terdapat banyak kontroversi mengenai video ini. Di sebabkan terdapat beberapa elemen yang seperti all seeing eye dan tidak kurang juga boleh dikelaskan sebagai video clip yang agak lucah. Oleh kerana niat dihati untuk melakukan kajian saya mainkan juga video ini untuk cuba mencari mesej-mesej yang tersembunyi di sebalik klip video. Seperti yang dijangka. Terdapat banyak perkara yang dapat kita saksikan didalam video yang telah membuktikan bawah lady gaga adalah Illuminati puppet. Rujuk artikel yang lalu mengenai artis-artis illimuniti. KLIK DISINI. Video yang telah mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ini lebih berani dan mengandungi banyak simbolik serta sub conscious message.

Pada videonya kali ini terdapat suatu mesej yang cuba disampaikan oleh lady gaga. Terdapat sub conscious message yang jika hanya sekadar mendengar lagu berkemungkinan tidak banyak perkara yang akan kita tahu. Baiklah kita akan mula membedah dan menganalisa dari permulaan video klip lagu Alejandro oleh Lady Gaga sehingga selesai. Sekadar berkongsi, buka n hanya melihat menggunakan mata tetapi gunakan juga minda dan akal yang diberi oleh Illahi, EnsyaAllah pasti kita akan dapat melihat disebalik penipuan dan kesesatan yang telah diatur oleh musuh-musuh Allah dalam menyesatkan kita semua.

Video dimulakan dengan sekelompok lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa orang dari mereka memakai sarung bagi menutupi kepala. Berkemungkin mengisyaratkan bahawa mereka itu adalah orang-orang tahanan. Salah seorang lelaki-lelaki berada didalam bentuk piramid sementara tahanan yang lain berbaris dalam bentuk hexagram.

"I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas itu diteruskan pula dengan proses pemakaman . Perarakan membawa keranda yang dapat kita lihat dimana terdapat lady gaga berada di hadapan dengan mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) . Apa itu Sacred Heart?. Sacred Heart adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan agama kristian). Kenapa saya katakan Sacred Heart? Cuba anda perhatikan gambar yang dipaparkan. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tetapi jelas kelihatan terdapat paku dan dawai yang dililit (simbolik). Ia tidak jauh beza dari Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus). Untuk mengetahu lebih lanjut sila KLIK DISINI.

"But I just can't be with you like this anymore, Alejandro". Siapakah Alejandro? Adakah Seorang lelaki yang lady gaga tidak dapat hidup bersama? Kemudian dia curang dan mencari Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Pada pengamatan lirik itu terdapat second layer answer. Alejandro bukanlah seorang lelaki. Kalau kita hanya mendengar lagu tanpa menonton video ini pasti kita tidak akan dapat menangkap apa yang di maksudkan. Gambaran video ini jelas menyatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalaulah Alejandro bukan manusia. Apa dan siapa sebenarnya Alejandro?.

Kemudian kita dapat lihat lady Gaga berada didalam kedudukan sebagai seorang ketua yang memiliki kuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Lady Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus ia mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat yang sejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah lagi adegan yang penuh simbolik dimana seorang tentera dipaparkan beraksi seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang yang sedang mengawal dirinya. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, kita gunakan istilah 'mind-control slave' . Apa yang kita lihat tentera tersebut tidak mampu mengawal pergerakan sendiri hanya memegang senjata di kemaluannya. Wajahnya kelihatan tampak kosong, seperti seorang hamba yang bingung dan segala pergerakan di kawal oleh Lady Gaga.

Dalam adegan selanjutnya, Lady Gaga sedang baring dengan memakai red latex suit yang digunakan oleh biarawati(Kristian) dan memegang tasbih . Dalam paparan ini kita dapat melihat lady gaga memandang kelangit sambil menyanyi atau dengan kata lain berseru dengan kata-kata ini: "Stop,please, just let me go, Alejandro". Sebaik saja dia menyebut "Alejandro" Lady Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi kita boleh lihat dengan jelas bahawa Alejandro yang disebut-sebut merujuk kepada tuhan bukannya manusia.

"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, around you."

Maksud lirik ini pula. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger (cincin kawin) bermaksud penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tetapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di "bolsillo" nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.

Selepas sahaja lirik itu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan pun bermula. Kerana Tuhan kelihatan tidak memenuhi keperluan lady Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan melakukan spirituality yang baru dalam mencari agamanya yang baru. Dalam video ini lebih menunjukkan bahawa Lady Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

Saya berani katakan lady gaga menjadi paderi syaitan disebabkan oleh jubah Gaga seperti di atas. Terdapat banyak sekali simbol salib yang terbalik .

Ini menunjukkan bahasa simbol yang jelas tanpa kita ragukan. Seperti yang kita sedia maklum salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross of St. Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti penganut Kristian yang lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila KLIK DISINI.

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan dan ritual memuja dan menyeru syaitan.

“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power, Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed."|Manly P. Hall|

Waktu ini lirik yang dinyanyikan menunjukkan lady gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan. Don’t bother me, Don’t bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name, Don't call my name, Bye Fernando.I'm not you're babe, I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Menjulang seperti mengagungkan Lady Gaga, menyambut kedatangan Lady Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Selepas itu Lady Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya. Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan didalam tradisi Katolik untuk berdoa dan bermeditasi. Didalam Islam sendiri terdapat tasbih. Tasbih juga melambangkan simbolik keagamaan diantara manusia dan penciptanya. Jadi dengan menelan tasbih, Lady Gaga mengambarkan penggabungkan dalam dirinya sebagai simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud memperlihatkan Lady Gaga dalam usaha untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keillahian dengan cara sendiri. Itu adalah prinsip yang dibawa oleh Lucifer .Di sini Jelas menunjukkan bahwa Lady Gaga bukanlah penyembah tuhan tetapi Lucifer.

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Sewaktu menyebut perkataan Fernando, Lady Gaga membuat simbol tangan seperti ini(yang merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Adakah anda merasakan bahawa Lady Gaga membuat simbol itu tanpa ada apa-apa maksud tersendiri. Mari kita sama-sama fikirkan ia.

Didalam keratan Video klip ini anda juga dapat melihat di belakang Lady Gaga terdapat salib, Di sini kita lihat bahawa Lady Gaga telah menghina agama Kristian secara terang-terangan dan kemudianya dia meneruskan nyayian dengan mengulang lirik ini: "Don't call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus)"

Dan di akhir video ini Diperlihatkan Lady Gaga muncul bersama strings. Pada mulanya Lady Gaga mengawal askar dan diakhir video ini menunjukan Lady Gaga pula di-kawal, Persoalannya disini siapakah yang mengawal Lady Gaga. Siapakah dalang disebalik semua ni ?

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan penuh dengan sub conscious. Boleh jadi pelbagai perkara yang mahu disampakan oleh “mereka”. Apapun ia bergantung kepada pengetahuan si pemerhati serta sudut pandangan pada diri masing-masing. Namun demikian, pada pendapat saya rasanya bahagian-bahagian video Alejandro ini mudah untuk di tafsirkan dengan jelas tidak perlu mengkaji terlalu dalam seperti video-videonya yang terdahulu Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang Lady gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Apa yang boleh kita lihat dalam video klip terbarunya lady gaga menolak iman Kristian secara terang-terangan dengan memanipulasikan simbol dan mengetengahkan suatu perkara yang lain iaitu agama penyembah syaitan, mungkin suatu hari dia akan berani Menghina Al-Quran dan Islam?

Lady Gaga membawa bersamanya kesemua agenda illuminati dan yang membuatkan saya berasa hairan mengapa kita terpukau dan lagu-lagu dia menjadi nyayian dan siulan kita semua. Namun saya yakin ramai yang dah mula berasa ragu-ragu dan was-was kepada Lady gaga dalam setiap video clip yang dipaparkan. Nasihat yang diberti hentikanlah mendengar lagu Lady Gaga kerana tidak mustahil suatu masa nanti dia akan dan cuba menyelitkan lirik yang akan menghina islam yang kita sayang ini mungkin ada liriknya akan berbunyi La-la-la Allah(Tiada Allah) kerana kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman, mungkin kita turut akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanyalah lagu) dan pada saat itu, apa akan jadi ? Ya Allah, lindungi kami dari tipu daya syaitan dan sekutunya.

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"|Qs. Al-Isra':36|
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...