terkenal sebagai ulama' mujtahid fiqh. Suatu ketika
beliau sedang berijtihad, beliau menghadapi masalah utk menentukan
ukuran 1 sho' = 4 mud, kerana waktu itu ukuran 1 mud bersamaan dgn 1
cakupan kedua telapak tangan. Ini dirasakan tidak adil kerana cakupan
tangan orang yg besar ukura
Kemudian
Imam Asy-Syafi'i berinisiatif pergi ke kota Madinah untuk
bertemu dgn orang yang paling tua, kerana mungkin orang yang paling tua di
sana pernah bertemu (semasa hidupnya) dgn Rasulullah SAW.
Setelah menemui seorang tua,
Imam Asy-Syafi'i bertanya, "Pak Cik berumur berapa tahun?
Pak Cik menjawab, "Umurku 75 tahun."
Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dengan Rasulullah?"
Pak Cik menjawab, "Oh tidak, cuba kamu bertanya kepada bapaku."
Imam Asy-Syafi'i pun menemui bapanya kemudian bertanya, "Umur Pak Cik berapa tahun?"
Bapa Pak Cik itu menjawab, "Umurku 100 tahun."
Lalu
Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?"
Bapa Pak Cik itu menjawab, "Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku."
Lalu
Imam Asy-Syafi'i menemui seorang tua dan beliau bertanya, "Umur datuk berapa tahun?"
Datuk itu menjawab, "Umurku 125 tahun."
Imam Asy-Syafi'i terus bertanya, "Adakah datuk pernah bertemu dgn Rasulullah?"
Datuk itu menjawab, "Ya, aku pernah bertemu dgn Rasulullah SAW." Singkatan cerita, akhirnya
Imam Asy-Syafi'i dapat menyelesaikan masalah
ukuran 1 mud sesuai dengan ukuran Rasulullah selepas mendapatkan
penjelasan orang tua itu sebagaimana yang kita fahami sekarang.
Daripadas
pengembaraan menemui 3 orang tua itu (anak, bapa dan datuk) ada sesuatu
yang mengagumkan. Akhirnya
Imam Asy-Syafi'i memberanikan diri bertanya
kepada orang tua yang pernah bertemu dengan Rasulullah SAW, "Maaf datuk, kenapa
datuk nampak lebih muda dan cergas daripada anak datuk dan kenapa anak datuk
nampak lebih muda dan cergas daripada cucu datuk?"
Orang tua itu dgn
tersenyum menjawab, "Cucuku itu selalu dimarahi oleh isterinya, anakku
terkadang dimarahi oleh isterinya, sedangkan aku tidak pernah dimarahi
oleh isteriku."
Ternyata, isteri menjadi punca mempercepatkan
penuaan suami, bahkan mempercepatkan kematian suaminya. Sebaliknya
isteri yang bersifat lemah lembut membuatkan suami awet muda dan memanjangkan usia suami. Subhanallah..
اللَّهُمَّ إنِّي أّعُوذُ بِكَ من زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ المَشِيبِ
"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung drp-Mu drp pasangan yg menjadikanku tua (beruban) sebelum waktunya."