Showing posts with label Kebesaran Ibadat Solat. Show all posts
Showing posts with label Kebesaran Ibadat Solat. Show all posts

Tuesday, April 04, 2017

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH

 Sumber:google

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: 

“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa: 

“10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

 Sumber:google

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

 Sumber:google


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata: 

“Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

 Sumber:google

Tuesday, March 21, 2017

9 PERBUATAN YANG MAKRUH DAN 11 PERBUATAN YANG MEMBATALKAN SOLAT

sumber:google

Bermula semasa kita mengambil wudhuk sehingga tamat solat sama ada solat fardhu atau pun sunat, hendaklah dilakukan dengan sempurna. Ini bagi memastikan solat kita diterima oleh Allah SWT.

Oleh itu, disenaraikan di sini 11 perkara yang boleh membatalkan solat kita iaitu:

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.

2. Berhadas besar atau kecil semasa dalam solat.

3. Terkena najis pada anggota badan, pakaian dan tempat solat.

4. Berkata-kata dengan sengaja walaupun sedikit. Ini juga termasuklah ketawa.

5. Sengaja mendedahkan aurat atau tidak sengaja segera menutupnya kembali apabila auratnya terbuka.

6. Makan dan minum.

7. Bergerak tiga kali berturut-turut seperti bergerak tiga langkah berturut-turut atau memukul tiga kali berturut-turut.

8. Dengan sengaja melebihkan rukun fi’li iaitu perbuatan di dalam solat. Contohnya, menambah rukuk dan sujud.

9. Mengubah niatnya iaitu seperti berniat memutuskan solat ataupun ragu-ragu sama ada hendak memutuskan solat atau tidak.

10. Berpaling daripada menghadap kiblat dengan memusingkan dadanya kekiri atau ke kanan.

11. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.


Kita juga perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang makruh ketika solat. Seeloknya, elakkanlah daripada melakukan perkara-perkara makruh ini:

1. Bercekak pinggang.

2. Melihat ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang.

3. Memberi isyarat dengan tangan, kecuali menunjuk ketika membaca tahiyyat.

4. Meludah.

5. Membiarkan rambut atau pakaian yang kusut dan tidak teratur.

6. Menyapu tempat sujud ketika sujud, kecuali jika terpaksa.

7. Membuka mulut lebar-lebar semasa menguap dalam solat.

8. Menahan lapar dan menahan daripada membuang air sedangkan ia amat mendesak.

9. Kalau bilal sudah iqamat untuk mengerjakan solat fardhu, maka makruh untuk mengerjakan solat yang lain lagi melainkan solat yang fardhu itu sahaja.

 sumber:google

Sunday, March 12, 2017

6 CARA MENJADI MUSLIM YANG SOLEH

Sumber:google


Kita mesti bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi hamba Allah yang soleh, jangan biarkan diri kita hanyut dibawa arus maksiat,carilah jalan menuju Allah,carilah istiqamah dan lihatlah kelemahan diri lalu perbaikilah.

1- Jagalah hubungan baik dengan ibubapa kita kerana disinilah menjadi asbab keredhaan Allah,orang yang derhaka kpd ibubapa amalnya ditolak doanya tidak makbul.

2- Jagalah anggota kita daripada maksiat,jika terjatuh pada maksiat kembalilah segera kpd Allah dan perbanyakkan istighfar agar dosa terampun.

3- Carilah amalan yang hebat di sisi Allah walaupun kecil kemudian lakukan degan istiqamah seperti kekalkan wudhuk setiap masa.

Sumber:google

 4- Luangkan sedikit masamu dengan Allah untuk bertafakur dan berzikir agar lahir dihatimu keinsafan.

5- Berdoalah kepadan Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus untuk beramal soleh yang dengan amal-amal yang diredhai-Nya bukan yang ditolak.

6) Perbanyakkanlah membaca Al Quran kerana ia akan memberi syafaat kepada pembacanya, menjadi cahaya di dalam hati dan menjadi penawar di dalam dada,didampingi Malaikat dan dikasihi ALLAH SWT...


Tuesday, September 06, 2011

Apakah Sebenarnya Makanan Jiwa?

Assalamualaikum


Sejak kita dilahirkan ke bumi, berapa puluh tahun yang lalu, sudah berapa banyak kita membiarkan hati kita di dominasi Syahwat dan Hawa Nafsu?

Pada dasarnya, Jiwa kita ini seperti juga jasad yang memerlukan makanan, demikian pula dengan Jiwa.

Jasad memerlukan makanan berupa karbohidrat, vitamin, mineral, protein, dan sebagainya. Jiwa juga memerlukan makanan, seperti solat, zikir, puasa, dan sebagainya.

Katakan dalam sehari manusia pada umumnya memerlukan makan 3 kali, dengan kadar karbohidrat, vitamin, mineral, protein tertentu. Apabila ini tidak dipenuhi maka manusia akan sakit dan jika terlalu lama mungkin juga akan mati.

Begitu juga dengan jiwa kita dalam sehari Allah telah menentukan makanan minimanya.Sebagai contoh seperti tertera dibawah:

MAKANAN JUMLAH KADAR
==========================================
Subuh 2 Rakaat 200
Dzuhur 4 Rakaat 400
Ashar 4 Rakaat 400
Maghrib 3 Rakaat 300
Isya 4 Rakaat 400
----------------------------------------------------------------------------
Jumlah 17 Rakaat 1700
==========================================
Dalam sehari Allah meletakkan jumlah minima 1700 nilai (contoh ) bagi makanan jiwa kita.

Namun ketika subuh kita solat sambil mengantuk, mungkin nilainya hanya 50.Dzuhur masih sibuk dengan kerja nilainya mungkin 20. Asar sudah hampir pulang bekerja, nilainya mungkin 40. Maghrib sudah sampai rumah tapi masih keletihan, mungkin nilainya 60. Isya mungkin dapat sedikit konsentrasi nilainya 400.

Namun dalm sehari itu lah jumlah yang dikonsumsi oleh Jiwa ,hanya bernilai 570. Jauh dari nilai minima 1700. Dan selama puluhan tahun, sepanjang hari kita ternyata amat kurang dalam memberikan makanan yang secukupnya pada jiwa kita.

Apa yang akan terjadi? Jiwa kita akan sakit. Nafsu juga akan sakit. Mungkin sekarang ini sudah sampai ke tahap lumpuh, buta, tuli, dan bisu, atau mungkin mati ! Nauzubillah min zalik

Itulah yang dikatakan Allah dalam firmanya yang bermaksud:
Mereka tuli, bisu, dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), (QS. 2:18)

Kita tidak menyedari, bahwa dengan perjalanan hidup kita selama puluh tahun, dengan memberikan makanan yang kurang terhadap Jiwa kita dan membiarkan didominasi oleh Hawa Nafsu dan Syahwat, Jiwa (hati) kita menjadi lumpuh, buta, tuli, bisu, bahkan mungkin akan mati.


Wednesday, February 23, 2011

Sesempurna Manapun Kelihatan Suatu Sistem Manusia Itu,Ia Hanyalah Bersifat Sementara.Ini Kerana Sistem Allah (Islam) Sahajalah Yang Dapat Membawa Kita Kepada Kebenaran Dan Ketenangan Abadi. (Artikel Mesti Baca)

PERHATIAN : Sebelum meneruskan pembacaan,elok diingatkan.Artikel ini akan menceritakan sebuah kisah yang perlu diambil pengajaran.

Apabila disebut kisah yang penuh dengan nilai pengajaran,saya mengharapkan anda membacanya dengan tumpuan.Agar maksud yang hendak disampaikan dapat difahami dengan mendalam.

Dan seperti biasa,kisah ini akan ditulis dengan agak panjang.Jadi,sila baca sehingga tamat untuk mendapatkan mesej sebenar artikel ini.

Selamat Membaca.



Artikel ini saya copy dari blog Pena Maya ia adalah satu artikel yang saya rasa amat baik dan wajip untuk dikongsikan bersama. Mungkin ada yang tidak berkenan dengan cara copy and paste ini. Tapi saya buat dengan satu tujuan iaitu untuk mengajak para pembaca membuka minda dengan lebih luas lagi... Credit pada penulis kerana berupaya menghasilkan artikel yang amat baik seperti ini.. Teruskan bacaan anda...

Assalamualaikum.

Apakah yang dimaksudkan oleh Sistem Manusia? Dan apakah pula yang didefinisikan oleh Sistem Maha Pencipta atau dalam kata lain,Sistem Allah,Tuhan Sekalian Alam?

Sistem dari segi bahasanya bermaksud satu corak yang mewarnai suatu proses. Sebagai contoh,kita boleh ambil Sistem Pelajaran,yang mana bermaksud - corak yang mewarnai proses pembelajaran.

Sebelum meneruskan penulisan,mari mendengar suatu cerita yang baru sahaja berlaku pada hari ini kepada diri saya.

Begini,hari ini merupakan cuti umum. Jadi,saya mengambil kesempatan untuk keluar bersama beberapa orang rakan bersiar-siar di bandaraya.

Semasa kami sedang melalui sederet kedai,kami terserempak dengan seorang wanita yang saya suspek berusia sekitar 80 tahun.Hati saya sungguh kasihan melihat wanita tua itu.Agak sebak juga.



Ya.Saya memang dilahirkan dengan naluri sensitif yang kini apabila meningkat remaja telah ditakdirkan untuk menjadi seorang penulis blog yang agak seg....

Oh,maafkan saya.Fikiran agak melayang semasa menaip.

Baiklah,berbalik kepada cerita saya.Jadi,kami terserempak dengan seorang wanita berusia ini.Untuk pengetahuan anda,beliau ketika itu sedang berdiri di hadapan deretan kedai yang di dalamnya menjual pelbagai barangan yang jumlah kesemua barangan itu mungkin mencecah jutaan ringgit jika dicampurkan.

Dengan pakaiannya yang sudah lusuh,beliau menyapa kami dan menyatakan ayat ini kepada kami "Anak muda,boleh beri Makcik dalam seringgit dua?".

Untuk pengetahuan anda,suhu di luar bangunan pada ketika itu adalah sekitar -11°C dan Makcik itu yang kita boleh gelarkan sebagai Makcik Mah,berdiri di luarnya sepanjang hari.

Mendengarkan permintaan Makcik Mah itu,hati saya menjadi bertambah sayu.Saya melihat mukanya dan mendapati bahawa beliau hanya mempunyai sebelah mata.Sebelah matanya lagi ____ (anda isikan tempat kosong sendiri kerana saya tidak sanggup menulis perkataan itu apabila mengenangkan kembali wajah Makcik Mah).

Saya melihat keadaan sekeliling,dan mendapati tiada seorang pun dari tauke-tauke kedai itu,yang mungkin tersentuh hati melihat Makcik Mah,dan menjemputnya masuk ke dalam kedai.

Dan,nampaknya sangkaan saya tepat.Tiada seorang pun manusia yang menjemputnya ke dalam kedai.Mungkin mereka tidak menyedari kehadiran Makcik Mah.Saya tidak mahu bersangka buruk.

Tetapi,kadangkala dalam bersangka baik kita perlu memikirkan logik.Dan saya rasa tidak mungkin mereka tidak menyedari kewujudan wanita tua itu di hadapan kedai mereka.

Jadi,akibatnya,berdirilah seorang wanita tua yang _____ (sekali lagi,saya minta anda isikan sendiri tempat kosong ini kerana saya tidak sanggup untuk mengisikannya) penglihatan di dalam suhu -11°C meminta ihsan dari orang ramai untuk meneruskan sisa hidupnya di sebuah lagi tempat yang manusia korporat sering laungkan sebagai "syurga" dunia.

Yup.Itu dia.Keluarlah sudah ayat kompleks dari saya untuk anda baca.Tetapi,sekompleks manapun ayat saya,ianya tidak dapat menggambarkan krisis ke-kompleks-dan-tandus-an moral yang kita semua sedang hadapi pada hari ini.

Sambungan dari cerita di atas tadi,oleh kerana sayu dengan nasib wanita ini,saya dan rakan-rakan menghulurkan sedikit bantuan (wang) kepada Makcik Mah.

Untuk menambahkan kesayuan cerita kita,baru saya teringat,Makcik Mah sebelum kami memberikannya bantuan,hanya meminta dari kami RM 1 sahaja.Bukannya RM 10.Sedangkan,kejadian ini berlaku di salah sebuah bandaraya yang termahal di dunia.Memiliki RM 1 tidak dapat membuatkan anda memiliki apa-apapun.

Oh ya,mungkin kita boleh berkata ramai orang akan memberinya wang.But,come on.Mana rasa kasihan kita.

Okay.Tamat cerita Makcik Mah.Saya doakan beliau dapat membeli sedikit makanan untuk mengalas perut dan pulang ke rumah dengan gembira.Semoga beliau diberikan hidayah oleh Allah.Amin.

Tetapi,bukan itu isu utama yang saya ingin tulis dalam artikel ini.

Tema utama kita pada hari ini,adakah anda dapat lihat apa yang ingin saya sampaikan di sini?

KIta katakan kita pada hari ini telah mencapai kemuncak ketamadunan manusia,kita katakan kita telah berjaya menghantar manusia ke bulan (jika benar,walaupun banyak pihak meragui),kita katakan kita telah berjaya mencipta bla,bla dan bla.


Tetapi,jika direnung,ke manakah itu semua membawa kita?

Jika kita lihat,di sebalik hutan besi yang kita bina pada hari ini,di sebalik pencakar langit yang kita gah-gahkan pada hari ini,di sebalik dunia pemujaan ketaksuban hiburan melampau pada hari ini,di sebalik keamanan yang kita kononnya anjurkan pada hari ini,sebenarnya jika diteliti dengan halus,lebih banyak titik hitam dari putihnya.

Setiap hari,lebih ramai orang yang membuang/menggugurkan anak dari orang menjaga anak dengan kasih sayang,lebih ramai remaja rosak otak (hisap dadah/main betina/main judi,keliru identiti dan sebagainya) dari remaja yang bangkit sebagai pelapis agama,bangsa dan negara,lebih ramai cubaan melakukan maksiat dari cubaan berkahwin awal dan sebagainya lagi yang membuktikan kepada kita semua betapa kroniknya kekoruptan yang sedang melanda masyarakat dunia pada hari ini.

Dan,sebagai tambahan di atas,jangan lupa kisah Makcik Mah.Tidak lupa juga untuk beribu kucing (sebagai contoh) di seluruh dunia yang mati terkorban akibat dilanggar kereta dan sebagainya.

Persoalannya,di manakah hilang rasa kasih sayang kita? Apakah silap kita?

Heh.

Sebenarnya,silap kita yang utama adalah kerana kita mengabaikan Sistem Allah (Islam) dan menjalankan Sistem Manusia.

So?What you'd expect brah?

Mahu lihat apa bukti Sistem Manusia itu sememangnya gagal.Mari kita ambil beberapa contoh yang mudah.

Facebook - Dikatakan sebagai salah satu bukti kemajuan perhubungan.Anda dapat berhubung dengan satu dunia pada bila-bila masa dan di mana-mana juga.

Bukti kelemahan Sistem ini? Mari senaraikan satu persatu.

1) Lahir ramai manusia yang hanya hebat di dunia teknologi.Tanpa dunia teknologi? Mereka adalah seorang manusia yang gagal untuk hidup di dalam dunia sebenar.Tiada sumbangan dapat mereka lakukan untuk manusia.

2) Lahir golongan manusia yang tiada rasa malu. Semua perkara dihebohkan di internet.Padahal berjuta orang menonton perilakunya. Meletakkan gambar-gambar yang dirasakan hot-muncung-bibir-oh-geez-cutenye di dalam Facebook,tetapi di dalam realiti memakai-tudung-litup-konon-pemalu-oh-please-lah.

3) Lahir golongan manusia yang tidak matang,tiada ilmu. Jika hidup mereka 24/7 di dalam dunia maya,bila masa mereka hendak merasai dunia sebenar? Padahal di dalam Al-Quran sendiri kerap kali menyuruh manusia ini mengembara mencari ilmu. Yang jika ditukar ayat lain bermaksud,jangan membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah,sebaliknya manfaatkan hidup dengan pencarian ilmu kerana pencarian ilmu boleh membawa kita kepada mengenal Allah.

Itu contoh mudah - Facebook.

Apakah contoh lain dan keburukan-keburukannya yang dapat diceritakan secara ringkas?

Makanan segera ciptaan manusia - Mencipta lebih banyak penyakit.
Pergaulan bebas/Fahaman Seks Liberal - "Heh,apa lagi.AIDS la bai"
Materialisme - Hidup Bertuhankan Nafsu menjadi maksud hidup yang baru.
Politik Ciptaan Barat - "Sendiri mau buka mata la bai".

dan sebagainya.


Sebenarnya,banyak lagi.Tetapi,saya seru anda untuk membuka mata dan melihat keadaan di sekeliling anda sendiri.Apa yang akan (dan telah) berlaku jika kita mengikut Sistem Manusia sendiri (yang berpaksikan nafsu),dan melanggar Sistem (Peraturan) Allah.

Sistem Manusia di sini bukannya Sistem yang membabitkan perkara-perkara ke arah kebaikan.Sebaliknya,lebih kepada Sistem Hiburan.Oh.Tidak perlu berfalsafah di dalam perkara mudah sebegini.Tidak membawa kita ke mana-mana pun.

Sebenarnya,perkara ini tidak akan terjadi jika kita menghayati Sistem Islam itu dengan berkesan.

Mari kita ambil kes Facebook sebagai contoh.

Islam menyeru umatnya untuk mengejar ilmu.Malah,wahyu pertama yang disampaikan kepada Rasulullah SAW bermaksud "BACALAH!" .

Dan,sebagai mana yang kita (orang yang berakal) tahu,jika seseorang itu berilmu,dia tidak akan mudah membuang masa.Jadi,insya-Allah tidak akan terpengaruh dengan hiburan-hiburan songsang 24/7 Facebook ini (yang sebenarnya kita perlu rujuk kembali kesesuaian penggunaan istilah hiburan itu kerana ianya telah berlebihan had).

Adakah seseorang yang sentiasa berusaha mencari ilmu dan membersihkan jiwa (membaca Al-Quran dan tafsirnya/menghadiri ceramah agama) akan bermain Facebook bagai nak rak? Common senselah,bro.

Kemudian,mari kita lihat konteks makanan segera.

Cuba lihat cara pemakanan Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya,untuk pengetahuan anda,cara pemakanan Nabi Muhammad SAW adalah amat berbeza dengan apa yang kita amalkan pada hari ini.Sedangkan cara pemakanan Baginda SAW diakui sains adalah cara pemakanan terbaik.

Mari kita ambil contoh mudah.Baginda SAW menyeru kita untuk "makan semasa lapar,berhenti sebelum kenyang".

Cuba renung.Adakah kita mengikutinya? Jauh panggang dari api lah bai.

Sebaliknya apa yang kita buat? Kita makan mengikut prinsip Barat yang mana berbunyi "makanlah selagi perut tak meletup". Di mana ada buffet,kitalah juaranya.Ibu bapa berbangga memberikan anak-anak mereka suapan ayam KFC yang penuh kolestrol menjelang hari jadi kedua anak mereka.

Kemudian,bila keluar statistik yang mendedahkan bahawa rakyat Malaysia adalah yang teramai di dalam dunia yang menghidap kencing manis,barulah masing-masing nak menggelabah.

Dah terlambatlah Pakcik.

Cuba fikir,adakah semua masalah kecil ini akan terjadi jika kita mengikuti pedoman dan pengajaran Rasulullah SAW?

Saya serahkan kepada anda untuk menjawab persoalan itu.

Oh.Sudah panjang saya menulis artikel ini.Untuk point-point lain di atas,saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya.Ini kerana saya sudah agak penat.Maafkan saya.

Tetapi,apa yang ingin disampaikan,adalah sehebat manapun Sistem Manusia yang kita bangga-banggakan ini,ingatlah bahawa hanya Sistem Allah (Islam) itulah yang mampu membawa kita kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ya.Sistem Islam yang kita tinggalkan itu.Sistem yang boleh sebenarnya kita jumpa di dalam Al-Quran dan rasional sepanjang zaman itu,tetapi kita tidak mengetahuinya.Haha (izinkan saya gelakkan diri saya dan anda semua sebentar).

Bagaimana hendak menjumpainya jika kita tidak pernah membaca dan memahami Al-Quran dari kulit ke kulit?

Oh,malangnya nasib kita.Marilah berubah.

Tentu kita semua sudah bosan berfalsafah.Mari,tukar gaya hidup.Kembali kepada cara hidup Islam. Allah Maha Bijaksana yang menciptakan kita sendiri telah memberikan kita panduan,bagaimanakah kita yang lemah ini boleh mengendahkannya?

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman:"Wahai Adam!Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi,dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"
[2:30-33]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

p/s: di bawah ini disertakan beberapa link yang boleh anda baca sebagai tambahan maklumat untuk artikel ini.


Monday, October 25, 2010

Masjid Oh Masjid..


Solomon Temple bakal didirikan. Dua masjid di Palestin dikelirukan dengan taktik memberitahu kepada umum bahawa salah satu daripada masjid tersebut adalah al-Aqsa palsu dan satu lagi yang benar. Di tempat lain pula khabar lain yang disebarkan. Kemudian mereka mula meruntuhkan masjid-masjid di sana dengan alasan 'tertembak/terbom' ketika berperang dengan Hamas.

Lalu diruntuhkan salah satu daripada masjid tersebut dan mereka memberitahu kepada umum :
"lihatlah al-Aqsa kamu masih tegak berdiri! Kami hanya meruntuhkan masjid ini untuk kuil kami supaya kamu punyai masjid, dan kami punyai kuil di tanah kerajaan lama Jerusalem. Barulah adil!"
Lalu sebahagian umat Islam membenarkannya kerana alasan yang sebegitu. Persoalannya, kenapa umat Islam lemah sangat, b***h sangat untuk memahami maksud sebenar MASJID! Lindungilah al-Aqsa kerana itu tempat kita mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita lindunginya dengan sebab itu tanah suci kita, tanah bersejarah kita kerana pernah menjadi kiblat kita, mereka juga menaklukinya dengan memberi alasan kepada kita tanah itu juga adalah sejarah mereka.

Lihatlah berapa ramai yang bakal memberikan komen di setiap corong perbincangan menegakkan al-Aqsa berbumbung hijau sedangkan umat Islam di negara lain menegakkan al-Aqsa berbumbung emas. Adakah kamu semua mahu berpecah hanya kerana ini? Tidakkah kamu sedari tindakan ini telah menghina masjid itu sendiri? Masjid adalah tempat dimana kita bersatu sesama saudara dibawah satu bumbung. Tetapi kita yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi sudah pun berpecah.

masjid kubah emas di sebelah kiri, kubah hijau di sebelah kanan. ditengahnya adalah 'tempat suci' yahudi laknat yang dipanggil 'wailing wall/western wall'.

Kita pandai mengatakan tentera panji hitam takkan tertegak selagi masjid tidak dipenuhi. Tapi kita sendiri yang tidak memenuhi masjid. Kita sudah diberi makanan yang merosakkan hati melalui hiburan, sukan dan pelbagai lagi perkara melalaikan. Semua itu tidak salah tetapi kita sendiri terlalu melayankan apa yang disukai. Dimanakah kefahaman kita tentang kepentingan masjid yang menyatukan ummah? Dimanakah pengetahuan kita tentang kepentingan seruan azan yang memanggil?

Kiamat hadir hanya setelah azan sudah tidak didengari. Itu tanda kecilnya. Tidak sedarkah kita perkara itu telah berlaku? Adakah kita mendengari apa azan yang kita dengar? Adakah kita terus mendirikan solat setelah azan dilaungkan? Bulan dan bintang ditegakkan tapi azan tidak ditegakkan. Masjid hanya pada nama! Kita terlalu mementingkan nama al-Aqsa tetapi kita meninggalkan peranan masjid! Kenapa kita sibuk membuat bising mengenai al-Aqsa yang sebenar dengan meninggalkan kepentingan masjid yang satu lagi?!

Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan gerun dengan tentera Islam selagi mereka tidak pergi menunaikan solat subuh seperti mereka pergi menunaikan solat Jumaat. Saya yakin, tiada seorang pun daripada kita yang takkan pergi ke masjid pada waktu subuh selagi kita tidak mengetahui peranan masjid yang menyatukan ummah.

Apa sudah jadi?

WAllahua'lam. Ini adalah pandangan saya. Sila betulkan mana-mana bahagian yang salah.

Saturday, October 02, 2010

Penampakkan Tanduk Iblis Di Waktu Senja

img5.imageshack.us/img5/6056/tandukiblis.jpg

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : " sesiapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis "
 
Penerangan : Melengah-lengahkan Solat Asar sehingga hampir masuk waktu Solat Maghrib

Kewajiban Menjaga Waktu Solat

Sembahyang fardhu lima waktu merupakan rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam yang mukallaf. Kewajipan tersebut tidak boleh diabaikan atau dicuaikan. Oleh kerana itu, kita hendaklah melaksanakan ibadat sembahyang dengan baik dan sempurna, termasuklah dalam menjaga waktu sembahyang. Menunaikan sembahyang fardhu itu lebih afdhal dilakukan pada awal waktu walaupun sembahyang Isya’, menurut pendapat yang muktamad.

Diriwayatkan oleh Ummu Farwah, katanya :
Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, apakah amalan-amalan yang paling afdhal ? Baginda menjawab : “Sembahyang pada awal waktunya”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Hadits-hadits lain yang menerangkan kelebihan Sembahyang awal waktu itu, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu katanya :

Maksudnya: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang lebih disukai oleh Allah Ta‘ala ? Sabda Baginda : Sembahyang pada waktunya. Aku (‘Abdullah) bertanya : “Kemudian apa ? Sabda Baginda : “Kemudian berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya: “Kemudian apa ? Baginda bersabda : “Kemudian jihad pada jalan Allah”
(Hadits riwayat Muslim)

Keburukan Melengah-lengahkan Solat

Itulah fadilat dan kelebihan bagi orang-orang yang menunaikan sembahyang pada awal waktu, akan tetapi bagaimana pula hukumnya bagi orang yang melambat-lambatkan sembahyang? Hukum Melambat-lambatkan Sembahyang adalah Makruh! Makruh menangguhkan sembahyang fardhu dari awal waktunya, akan tetapi wajib berazam untuk menunaikan sembahyang itu di dalam waktunya. Walaupun harus menangguhkan sembahyang itu setelah berazam, akan tetapi haram melambat-lambatkannya sehingga ke suatu waktu yang tidak cukup masa untuk memenuhi semua rukun yang fardhu dalam sembahyang.

Hal ini disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Orang-orang yang bersembahyang pada waktunya dan menyempurnakan wudhunya, menyempurnakan (tegak) berdirinya, menyempurnakan khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Sembahyang itupun berkata : “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (memperelokkan kelakuan sembahyang itu)” Tetapi sesiapa yang bersembahyang tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula memperelokkan wudhunya, khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan hitam legam sambil berkata : “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku”. Sehinggakan setelah sembahyang itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, lalu iapun dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak-koyak kemudian dipukulkanlah ke mukanya”.
(Hadis riwayat Al-Thabarani)

Sunday, July 25, 2010

Kenapa Solat Itu Wajib?



SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, daripada takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa. Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat.

" Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Di dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "agama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud:
" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring."

"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun. Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

Solat adalah tanda kesyukuran. Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan.

Sebagaimana satu hadis bermaksud:
"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

" Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

Solat dapat menenteramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus menjadikan kehidupannya lebih ceria. Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

Wednesday, July 21, 2010

Rahsia Bersolat di Saf Depan


Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.

Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.

Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.

Monday, July 19, 2010

Kelebihan Solat Dari Sudut Pandangan Sains


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Hebat bukan kuasa solat? jika kita fikirkan dengan mendalam, kita akan dapati bahawa segala suruhan Allah s.w.t untuk kita umat Islam ini.. terdapat pelbagai hikmah yang kita belum ketahui.. Itulah dia kehebatan agama Allah s.w.t... ALLAH MAHA BESAR!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...