Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts

Monday, March 19, 2018

APA JADI JIKA SEMUA ORANG JADI JUTAWAN?

Sumber:Google

Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi
RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.


Bangun pagi ni, kita cek akaun melalui CimbClicks, punyalah terkejut sebab ada
rm10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi Melancong dan Umrah.


Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.
Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan BMW 328i Sport. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke Auto Bavaria. Kita pun call 012-5235574 untuk sewa kereta. "Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."

Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.  

Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan. 

Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.
Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan. 

Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesiav dan Bangla juga sudah jadi jutawan. 

Kite melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali pertama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan. 

Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan. 

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.

Jadi, bagaimana dengan kita?

Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu adil dan sempurna.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki dan pangkat yang lebih, jangan sesekali sombong.

Berlagak dan memandang hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini. 

Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.

Sunday, April 09, 2017

MENGAPAKAH ISTERI ITU ANUGERAH ALLAH YANG PALING BERNILAI BUAT SUAMI?

Sumber:google

"Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya isteri derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?"

Jawapan Ustaz :
"BERDOSA juga lah. Tetapi tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditandai Malaikat sebagai durhaka kepada Allah.SWT."

Hargailah serta sayangilah isteri anda wahai suami..
 
Kerana isteri, rezeki kamu bertambah.

Kerana isteri, maka lahirlah zuriat kamu.

Kerana isteri, makan, pakaian kamu dijaga.

Kerana isteri, tenang hati kamu.

Kerana isteri, lembut pemandangan mata kamu.

Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela kamu yang tersembunyi dari pandangan mata kamu dan masih menerima kamu seadanya.

Janganlah sesekali menyakiti hati isteri, ingatlah setiap pengorbanan isteri, walaupun kecil dimata kamu dan tidak nampak dimata kamu baginya besar untuk dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat kamu.


 Sumber:google

Allah sudah menganugerahkan kepada kamu seorang insan yang bergelar isteri, terimalah isteri kamu seadanya. Jika tidak sempurna, kamu lengkapkan isteri kamu agar ia menjadi seorang yang sempurna dimata kamu.

Maka itu wahai yang bergelar suami.

Renungan sepintas lalu Mengapa WANITA sering menangis?? Jawab Allah :

Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.

AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,

AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
 
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,

AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,

AKU beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh kawan-kawan, walau disakiti oleh orang yang disayangi.

 Sumber:google

WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana AKU beri air mata untuk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

WANITA sangatlah istimewa...

Kirimkan pada WANITA yang kamu sayangi...


Kirimkan juga pada lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tahu bahwa WANITA itu ciptaan Allah yang teristimewa 


 Sumber:google


Wednesday, April 05, 2017

JANGAN SOMBONG DENGAN APA YANG KITA MILIKI

Sumber:google

Seorang wanita berumur 40 tahun..baru saja menjadi Pengarah disebuah syarikat membawa anaknya datang ke pejabat untuk makan.

Selesai makan anaknya membuang plastik bekas makanannya dilantai. Datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan menyapu bersih sampah tadi. Wanita yang baru saja menjadi Pengarah ini hanya melihat nenek ini menyapu.

Wajahnya sudah berkerut bukan pencen, tetapi sebaliknya harus jadi tukang sapu. Kerana itu dengan senyum sinisnya, wanita itu berkata kepada anaknya "Nak sudah besar nanti, jangan jadi seperti dia. Tu sudah tua masih lagi pungut sampah".

 Sumber:google

Anaknya hanya mengangguk kepala kerana masih belum mengerti apa-apa. Nenek ini melihat kesombongan wanita itu lalu dia bertanya. "Mohon maaf, tumpang tanya.. Puan ini siapa?", katanya tenang. Dengan angkuhnya wanita itu menjawab "saya Pengarah baru disini, kenapa?!. "

Nenek ini hanya mengangguk, tidak menjawab. Dari jauh datang seorang lelaki dengan baju rapi menghampiri nenek tua itu. "Puan CEO, silakan masuk ke ruangan puan". Nenek tua ini membuka jaket lesunya, dan terlihat baju dan jas rapi dibalik jaket lesunya. (Ternyata dia adalah pengasas syarikat ini!)

Tanpa mengubah expresinya, dia berkata kepada lelaki itu. "Tolong tarik balik jawatan wanita sombong ini. Kita tidak perlu orang sombong seperti dia di syarikat ini". 

Lelaki itu pun mencatat nombor pekerja wanita itu dan dihari itu juga dia dipecat. Wanita itu tidak mampu menjawab apa -apa,dia hanya diam terpaku.

Sumber:google

Nenek CEO ini berkata ke anaknya,"aku memecat ibumu dan berharap kamu mengerti, MENJADI ORANG BESAR BUKAN DITENTUKAN DENGAN KEPINTARAN ORANG ITU, TETAPI BAGAIMANA KITA, ORANG BESAR MAMPU MENGHARGAI ORANG-0RANG YANG RENDAH DIBAWAH DAN MEMBANTU MEREKA. 

PENGAJARAN: 
Hidup ini seperti roda. Banyak liku-liku kehidupan orang lain yang tidak kita fahami. Jangan pandang seseorang hanya dari luaran serta fizikalnya semata mata.

Tuesday, April 04, 2017

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH

 Sumber:google

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: 

“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa: 

“10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

 Sumber:google

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

 Sumber:google


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata: 

“Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

 Sumber:google

BERKASIH SAYANGLAH KERANA SETIAP MUSLIM DILARANG SALING MEMBENCI

Sumber:google

Dari Anas Bin Malik, Nabi SAW bersabda:

"Janganlah kalian saling membenci, saling mendengki, saling memusuhi dan jadilah hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal seorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga malam. Jika keduanya bertemu, masing-masing menghindar. Yang terbaik adalah yang memulai salam."

(HR Ahmad No: 12875) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1. Janganlah kita saling membenci antara satu sama lain. Allah jadikan kita sebagai makhluk yang sama taraf. Yang membezakan kita di sisi Allah ialah taqwa.

2. Janganlah kita saling mendengki antara satu sama lain.

3. Janganlah kita saling memusuhi antara satu sama lain dengan sebab kita berbeza dan tidak bersetuju.

4. Jadilah kita hidup saling mengasihi antara sesama Muslim kerana kita dijadikan oleh Allah bersaudara.

 Sumber:google

5. Janganlah kita tidak bertegur sapa sesama muslim melebihi tiga malam.

6. Janganlah apabila bertemu sesama Muslim kita saling menghindar atau menjauhi atau tidak mahu bertegur sapa.

7. Muslim yang terbaik adalah yang memulakan ucapan salam apabila bertemu tanpa mengira siapa mereka.

Allah menjadikan kita berbeza, dari pelbagai kaum dan bangsa untuk saling berkenal mesra bukan saling bermusuh dan berbeza.

 Sumber:google

Monday, March 27, 2017

BERKASIH SAYANGLAH DI DUNIA, NAUNGAN MENANTI MU DI HARI KIAMAT

sumber:google


Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

 "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku." (HR Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1. Setiap kita akan bertemu Allah pada hari akhirat untuk menerima balasan di atas segala amal yang dilakukan semasa di dunia.

2. Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah.

3. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.

Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini. 

 sumber:google

Thursday, March 23, 2017

BERAPAKAH NILAI RM 1 YANG ADA DALAM DIRI MEREKA?

sumber:google

" Mak Cik, 2 ikat 3 riyal sudoh la," kata Leman menawar harga 2 ikat kacang botol yang di jual seorang mak cik tua di kaki lima.

" Ambik lah awe 2 ikat 3 riyal pun," jawab mak cik tua itu perlahan walau hati kurang rela.
Dia risau kalau dia berkeras juga hendak jual RM4 untuk dua ikat kacang botol tu, nanti Leman tak jadi beli. Macam mana dia nak beli beras untuk dibawa balik. Beras kat rumah sudah kehabisan.

" Jap, saya cari duit 5 sen. Rasanya ada ni," kata Leman kepada cashier di butik Polo

Baju Polo yang dia beli berharga RM295.95. Beli kat butik boh. Baru original. Kat butik mana boleh tawar walau 5 sen.

Sedangkan pemilik jenama Polo dan pemilik butik itu dah kaya yang amat. 'Pitih dio liun-liun doh,' kata ore Kelate. 

 sumber:google

Tapi makcik penjual kacang botol itu, tinggalnya di atas tanah orang. Anaknya ramai, suami pula belum pulang dari laut. Bergadai nyawa di lautan luas untuk menyara keluarga.

Tetapi begitulah tabiat orang kita. Menawar pada yang kurang memberi pada yang lebih.
Sepatutnya, kalau seikat kacang botol itu harganya RM2, kita beli dua ikat, kita bayarlah RM5 dan cakap,

" Mok cik. Tok payoh bui nyucur lah. Seriyal lagi tu ambo sedekoh."

Takkan kaya kau simpan RM1 dalam poket. Dan takkan menjadikan kau lebih berharta kalau kau menawar pula harga kacang botol untuk dua ikat. 

 sumber:google

Namun, sedekah RM1 itu mampu memberi senyuman kepada orang tua itu. Mampu membahagiakan dia dan keluarga.

Dan dengan RM1 yang kau sedekah itu, pasti ada satu doa diutus untukmu dari penjual kacang botol di kaki lima.

Apakah mahal RM1 untuk satu senyuman dan satu doa ikhlas untuk kita? 

Fikirlah sendiri...


Fikir dalam-dalam...


"Ubahlah sikap suka menawar pada yang tiada. Sebaliknya, kita lebihkan untuk mereka.
Marilah kita membudayakan amalan sedekah. Marilah....."


 sumber:google

AYAT-AYAT CINTA DARIPADA SI PENCIPTA KEPADA SEORANG HAMBA



sumber:google

Hidup ini sebenarnya kita kuat kerana mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Kalau kita tau semua yang nak datang ini tak baik. Kita akan jadi lemah.

Yakinlah Sahabat...Yakinlah...


1. Aku adalah seperti sangkaan hamba-Ku terhadap Aku. 


2. Aku bersamanya tatkala dia mengingati-Ku. 


3. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya


4. Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku.


5. Sekiranya dia mengingati-Ku di khalayak ramai


6. Aku akan mengingatinya di hadapan khalayak ramai yang lebih mulia, 


7. iaitu para malaikat dan para nabi. 


8. Sekiranya hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, 


9. Aku akan mendekatinya sehasta. 


10. Sekiranya hamba-Ku sehasta, 


11. Aku akan mendekatinya sedepa. 


12. Sekiranya hamba-Ku mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, 


13. Aku akan mendekati-Nya keadaan berlari.”



(HR. Bukhari dan Muslim)


Cuba baca maksud hadis di atas dengan jiwa dan bukakan pintu hati kita untuk-Nya. Sungguh Menenangkan bukan?


sumber:google

Tuesday, March 21, 2017

MUSIBAH AKAN MENYERLAHKAN WARNA KITA YANG SEBENAR

sumber:google

Musibah akan menyerlahkan warna kita yang sebenar. Kesakitan, kegagalan, kemiskinan, kejian dan perpisahan akan mengeluarkan segala isi hati dan sikap yang selama ini kita sembunyikan. Musibah akan mengoyak topeng seluruh dan sepenuh sikap kepura-puraan dan lakonan kita.

Dan musibah paling getir ialah detik berdepan dengan Sakaratul Maut... pada ketika itulah hakikat diri akan tersingkap namun kita tidak punya kesempatan lagi untuk memperbaiki diri. Justeru wahai diri, berubahlah ketika musibah demi musibah datang dalam hidup mu...

Seriuslah dengan solat, Al Quran, zikir, selawat dan sedekah...sementara masa dan nyawa masih ada.
Sebelum datang Sakaratul Maut yang melenyapkan segala-galanya. Dan kau akan bertemu Tuhan dengan kesedaran bahawa hati dan diri mu masih kotor dan hina!

 sumber:google

Sunday, March 12, 2017

ISTERI YANG KERAP MEMARAHI SUAMI BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN SUAMI

Sumber:google

Al-kisah, Imam Asy-Syafi'i adalah generasi tabi'it tabi'in atau generasi kedua setelah generasi sahabat Rasulullah SAW.

Imam Asy-Syafi'i terkenal sebagai ulama' mujtahid fiqh. Suatu ketika beliau sedang berijtihad, beliau menghadapi masalah utk menentukan ukuran 1 sho' = 4 mud, kerana waktu itu ukuran 1 mud bersamaan dgn 1 cakupan kedua telapak tangan. Ini dirasakan tidak adil kerana cakupan tangan orang yg besar ukuran mud menjadi banyak, sedangkan orang yang cakupan tangannya kecil maka ukuran mud menjadi sedikit.

Kemudian Imam Asy-Syafi'i berinisiatif pergi ke kota Madinah untuk bertemu dgn orang yang paling tua, kerana mungkin orang yang paling tua di sana pernah bertemu (semasa hidupnya) dgn Rasulullah SAW.

Setelah menemui seorang tua, Imam Asy-Syafi'i bertanya, "Pak Cik berumur berapa tahun?
Pak Cik menjawab, "Umurku 75 tahun."

 Sumber:google

Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dengan Rasulullah?"
Pak Cik menjawab, "Oh tidak, cuba kamu bertanya kepada bapaku."

Imam Asy-Syafi'i pun menemui bapanya kemudian bertanya, "Umur Pak Cik berapa tahun?"
Bapa Pak Cik itu menjawab, "Umurku 100 tahun."

Lalu Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?"
Bapa Pak Cik itu menjawab, "Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku."

Lalu Imam Asy-Syafi'i menemui seorang tua dan beliau bertanya, "Umur datuk berapa tahun?"
Datuk itu menjawab, "Umurku 125 tahun." Imam Asy-Syafi'i terus bertanya, "Adakah datuk pernah bertemu dgn Rasulullah?"

 Sumber:google

Datuk itu menjawab, "Ya, aku pernah bertemu dgn Rasulullah SAW." Singkatan cerita, akhirnya Imam Asy-Syafi'i dapat menyelesaikan masalah ukuran 1 mud sesuai dengan ukuran Rasulullah selepas mendapatkan penjelasan orang tua itu sebagaimana yang kita fahami sekarang.

Daripadas pengembaraan menemui 3 orang tua itu (anak, bapa dan datuk) ada sesuatu yang mengagumkan. Akhirnya Imam Asy-Syafi'i memberanikan diri bertanya kepada orang tua yang pernah bertemu dengan Rasulullah SAW, "Maaf datuk, kenapa datuk nampak lebih muda dan cergas daripada anak datuk dan kenapa anak datuk nampak lebih muda dan cergas daripada cucu datuk?"

Orang tua itu dgn tersenyum menjawab, "Cucuku itu selalu dimarahi oleh isterinya, anakku terkadang dimarahi oleh isterinya, sedangkan aku tidak pernah dimarahi oleh isteriku."

Ternyata, isteri menjadi punca mempercepatkan penuaan suami, bahkan mempercepatkan kematian suaminya. Sebaliknya isteri yang bersifat lemah lembut membuatkan suami awet muda dan memanjangkan usia suami. Subhanallah..

اللَّÙ‡ُÙ…َّ إنِّÙŠ Ø£ّعُوذُ بِÙƒَ من زَÙˆْجٍ تُØ´َÙŠِّبُÙ†ِÙŠ Ù‚َبْÙ„َ المَØ´ِيبِ
"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung drp-Mu drp pasangan yg menjadikanku tua (beruban) sebelum waktunya."

 Sumber:google




Thursday, August 18, 2016

IBU DAN AYAH KITA


Bilamana anak-anak duduk jauh, mak ayah kat kampung makan ala kadar je sebagai alas perut. Bila anak-anak pulang ke kampung, baru lah mereka sibuk nak pergi pasar, nak beli lauk pauk itu ini sebab nak jamu kat anak-anak yg jarang-jarang sekali pulang. Lepastu mak sibuk masak masakan kegemaran anak-anak pula. Kadang kala, buah-buahan dalam kebun pun ayah simpan sebab nak makan bersama anak-anak. Tapi anak-anak di kolej, di universiti setiap minggu pergi ke pawagam, karok, makan Mcd, makan KFC, makan Pizza Hut, belanja pakwe/makwe. Bila duit  tak cukup, kol mak ayah bukan sebab nak tanya khabar, tapi minta masukkan duit.

Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak-anak selamba je cakap "dah muak la lauk ni", "ini je ke?", "nak sikit je mak, kenyang dah", "xsuka la ayam masak merah ni". Bila dengar anak-anak cakap macam tu, air muka mak kita langsung tak berubah. Tapi jauh di lubuk hati mak, sakit dia bagai ditikam dengan buluh runcing. Tapi mak lah satu-satunya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh  anak-anak.

Ayah pula tunggu nak bercakap dengan  anak-anak, tunggu untuk berkumpul beramai-ramai, sebab lama dah tidak kedengaran suara hilai tawa anak-anak. Tapi  anak-anak setiap masa duduk berkurung didalam bilik, bergayut dengan pakwe/makwe, main game. Kalau duduk dengan mak ayah pun, mata dan tangan tertumpu ke arah handphone/tablet 24/7 handphone di tangan. Kadang kal pertanyaan mak ayah  anak-anak jawab acuh tak acuh. Muka mak ayah pun anak-anak tak pandang.


Mak ayah xpernah pun nak marah, sebab  anak-anak semua dah besar panjang. Begitu sekali mak ayah cuba jaga hati  anak-anak. Kadangkala mak ayah sampai tertidur kat ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan  anak-anak. Tapi  anak-anak buat hal masing-masing. Sedangkan balik ke kampung jarang-jarang sekali.

Kadang-kadang, kita jangan cakap yang kawan kita sombong bila kita ajak keluar ramai2 dia xnak, mungkin dia ingat dekat mak ayah dia di kampung. Bila dah keluar, mesti kawan2 akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal-mahal. Sedangkan, saat tu dia ingat yang mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.

Kadang-kadang bila kita tengok kawan kita selalu je balik kampung, jangan cakap dia homesick, manja, anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tau yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi tu lah kalau boleh dia nak jumpa mak ayah dia, nak bercakap, bersemuka, makan bersama mak ayah.



Kadang kala tidak semua orang sedar akan semua ni, dan anggap semua perkara macam ni adalah perkara kecil. Tapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur. Tersimpan 1001 perasaan yang bercampur baur yang tak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada, baru kita sentap, baru nak menyesal. Tapi sudah jauh, sudah terlambat. Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali, hanya tersimpan sekadar memori.

Betul lah orang cakap, seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak. Apatah lagi untuk jaga kedua2 nya sekali.

P/S: pesanan buat diri sendiri, adik2, dan teman2 sekalian.

Thursday, August 04, 2016

MARAH?



Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.


Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.


Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.


Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Thursday, May 26, 2016

TUTUPLAH AIB ORANG LAIN KERANA ALLAH SEDANG MENUTUP SEGALA AIB MU


                                                               
Pada zaman Nabi Musa as berlaku satu kemarau yang panjang. Nabi Musa bersama umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.

Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah swt. Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt:

"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah swt menjawab:

"Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kepada umatnya:

"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.


Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.Lalu Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt lagi:

"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?"

Lalu, ALLAH swt menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.

Nabi Musa bertanya kepada Allah,

"Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?"

Allah swt menjawab,

"Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?"



Monday, March 31, 2014

OH MANUSIA...DI MANAKAH RASA SYUKURMU?


Assalamualaikum..

Setiap hari manusia dilimpahi nikmat Allah Yang Maha Pemurah.Setiap hari manusia bergelumang dengan pemberian demi pemberian dari Allah Yang Maha Pengasih.Cuba sebutkan nikmat Allah paling hebat pada diri tuan-tuan.Apa dia? Toyota Estima Hybrid? Set Sony DAV-FZ900KW DVD Home Theatre System?iPhone 3GS berkelajuan 833MHz?Motosikal berkuasa tinggi Ducati 1098 S Tricolore? Dua tiket percutian mengelilingi Eropah dan bonus berbulan madu? Isteri secantik Diana Danielle dilengkapi suara semerdu Yuna? Ooo...itu kurang tepat tuan-tuan...Itu juga nikmat pemberian Allah namun nikmat yang paling hebat pada diri saya dan tuan-tuan ialah nafas yang saya dan tuan-tuan sedut tiap-tiap hari.

Dengan nafas yang dipinjam oleh Allah s.w.t itulah tuan-tuan dapat makan nasi goreng USA sambil menonton TV siaran Liga Juara-Juara Eropah dan kemudian tidur di tilam empuk berjenama Dreamland.Dengan nafas yang dipinjam Tuhan itulah tuan-tuan dapat pergi kerja,membeli-belah,melancong,beribadat dan berehat.DEngan nafas yang dipinjam Allah itu juga sesetengah makhluk Tuhan pergi ke disko,minum arak,berpegangan tangan bukan muhrim dan berzina.Dengan nafas yang dipinjam Allah itu juga ada orang gunakan ia untuk makan rasuah,menipu rakyat bawahan,pecah amanah dan menggunakan hasil negara untuk mengisi perut sendiri.

Nikmat Allah tidak terkira banyaknya tuan-tuan...Setiap kali tuan-tuan kelip mata itu juga satu nikmat.Apa akan jadi jika tuan-tuan semua terjegil biji mata 24jam. Seksanya jika tiba-tiba mata kita masuk habuk. Tidak boleh pejam mata. Mahu tidur pun mata terjegil macam burung hantu. Hidung kita pun dicipta Tuhan dalam kedudukan yang penuh nikmat dan rahmat. Apa akan jadi kalau lubang hidung saya dan tuan-tuan ke atas? Aha...jika hujan kelam-kabutlah cari tempat berteduh,kalau tidak lemaslah air masuk hidung kalau tuan-tuan tidak tutup dengan tangan.

Cuba lihat bagaimana hikmahnya Allah cipta diri kita. Kuku kita boleh memanjang. Bulu ketiak kita pun boleh panjang. Tetapi mengapa gigi kita tidak boleh panjang-panjang? Bulu kening kita duduk macam itu saja.Cuba kalau gigi kita memanjang macam kuku kita.Sampai masa,kena potong.Alamat kena cari 'cutter' besilah. Doktor gigi akan kaya raya kerana buat khidmat potong gigi setiap hari. Jika ada yang malas potong gigi,giginya akan panjang macam drakula. Nak makan pun susah. Pontianak Harum Sundal Malam dan Siang pun akan lari ketakutan lihat gigi kita.

Apa akan jadi kalau bulu kening kita memanjang macam janggut atau bulu ketiak kita? Alamat bertambah tugas kita. Kalau malas potong bulu kening,bulu kening akan panjang sehingga tutup mata. Pereka fesyen dari Paris dan Tokyo akan membuat pelbagai fesyen bulu kening yang pelik-pelik. Remaja-remaja Jepun akan menggayakan trend-trend terbaru bulu kening yang di'punk'kan atau diwarnakan di sana-sini. Lisa Surihani akan mendandan bulu keningnya untuk dimuatkan dalam majalah Mangga. Kan haru namanya itu ya maulana sekalian.



Cuba lihat diri tuan-tuan,betapa sempurna diri tuan-tuan Allah ciptakan.Cukup sifat.Ada orang yang lahir-lahir buta matanya.Ada yang cacat tiada tangan dan kaki.Ada yang lahir-lahir dua kepala satu badan.Ada bayi lahir sebelah buah pinggang mati.Ada yang terpaksa minta derma hati.

Nikmat Allah itu tuan-tuan... kalau dikumpulkan seluruh air laut di dunia ini untuk dijadikan dakwat,tidak cukup untuk menuliskan semuanya.Kalau dikumpulkan semua pokok-pokok di dunia ini supaya dijadikan batang pena bagi menuliskan segala nikmat Allah itu nescaya habis semuanya sebelum sempat menuliskan semua nikmat Allah itu.Subhanallahhh...
Allah jadikan diri kita sebaik-baik ciptaan...tuan-tuan.

Firman AllahSWT dalam surah at-Tin ayat 4:
 
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

Namun ada orang yang tidak puas dengan dirinya.Dia rasa Tuhan tidak cukup bagus ciptakan dirinya.Jadi dia buat tatu dan lukis macam-macam gambar pada tubuh badannya.Ada yang tindik muka,tangan,perut dan macam-macam lagi tabiat pelik manusia yang tidak puas hati dengan dirinya yang sebaik-baik ciptaan.Ada yang sambung rambut.Ada yang suntik silikon,suntik botox sampai hampir-hampir jadi mutan macam dalam filem X-Men.

Ada yang tukar jantina.Yang lelaki jadi perempuan,yang perempuan jadi lelaki.Yang tidak sepatutnya digincu,digincu.Yang tak sepatutnya dicat,dicat sampai berwarna-warni macam badut sarkas.Padahal,semua itu yang dihias sedemikian rupa bakal menjadi santapan istimewa segala cacing dan ulat di dalam kubur.Jika tidak ulat dan cacing,pasti segala bakteria di bumi Allah ini akan melupuskan daging-daging mereka.Tidak bersisa.Yang perlu di'tatu' dan dicantikkan bukan tubuh badan wahai maulana semua...




Yang perlu diperelokkan,ditacap-tacap dan dicantikkan ialah AKHLAK dan IMAN kita.
Apa doa melihat cermin ya maulana sekalian? Siapa tahu angkat kaki!
Ya..ya.. 

"Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku, Maka Baguskanlah Akhlaqku"

Inilah yang perlu ditacap-tacap tuan-tuan. Mitsubishi Evo tuan-tuan tak payah tacap pun tidak mengapa.Ini AKHLAK tuan-tuan yang perlu diperelokkan,bikin baik punya! Bagi Allah sayang pada kita.Bagi Allah redha pada kita.Baru kelass gitu.. 

Iman tuan-tuan kalau tak cantik,lembu dan kambing pun menggelengkan kepala.Kenapa tuan-tuan? Kita makan,kambing pun makan.Kita minum,kambing pun minum.Kita tidur,kambing pun tidur.Tapi bila azan maghrib,kita masih mengunyah lagi,masih selamba dek lagi macam kambing.Kambing pun naik hairan.Apa beza aku dengan manusia?

Sebab itu kita kena tahu bersyukur tuan-tuan...sebab bab bersyukur ini kalau nak huraikan kelebihannya tidak cukup 44 malam tuan-tuan.Bersyukur inilah antara asbab punca rezeki yang amat ampuh tuan-tuan.Bersyukur ini kalau nak tahu adalah kunci kekayaan dan hidup mewah.Kenape? Tak percayeee?

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: 

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Nah...sekarang kita tahu Allah menjamin dalam Al-Quran bahawa dengan bersyukur Allah akan tambah lagi dan lagi dan lagi.Allah akan tambah nikmatnya lagi dengan bersyukur.JIka kita miskin,Allah akan jadikan kita kaya.Kalau kita kaya,Allah bikin kita jadi tambah kaya...tambah kaya...Masya Allah!!


 
Bagaimana?Bagitahu aku macam mana nak jadi kaya dengan bersyukur??Aku bosan hidup miskin.Aku bosan jadi kuli batak orang lain.Aku sendiri pun tak cukup makan,macam mana nak bagi anak bini aku makan.Takkanlah aku nak bagi anak bini aku makan siput babi macam dalam rancangan Bersama mu TV3 tuh.

Sabar...ya maulana.Nak tahu rahsia mesti sabar.Nak kaya pun kena sabar.Sabar itu juga cara untuk jadi kaya.Kekayaan pun tidak datang sekelip atau 2 kelip mata.Berkelip-kelip mata pun tak dapat ya tuan-tuan.

Kau jangan buat loyar buruk.Beritahu aku cepat!

Bagaimana mahu kaya jika sikap tuan tidak mahu sabar? Lihat Bill Gates yang pendapatannya 300juta sebulan.Adakah dia kaya dengan 2-3 kelip mata? Berapa lama Donald Trump bina empayar hartanahnya? Tak payah pergi jauh tuan,lihat Mustapha Kamal tauke MK Land,berapa lama dia bertatih bina kekayaan?

Baiklah aku mahu sabar sekarang.Cuma tolong beritahu aku macam mana nak kaya dengan hanya bersyukur pada Tuhan.Aku cuma bosan makan megi tiap-tiap hari.Sekarang ini pun megi aku sudah kembang.


 
Maggi yang kembang juga adalah nikmat Allah ya sheikh ya maulana. JIka tuan tidak tahu bersyukur dengan sekeping megi,bagaimana tuan mahu bersyukur dengan sepinggan nasi kandar Mamak Deluxe berlaukkan ayam madu,papadom,sayur kobis dengan campuran mayonis,kentang putar yang lazat dan air tembikai susu lemak manis?

Belajar bersyukur pada perkara yang kecil-kecil dahulu tuan,baru kita layak dapat berkat bersyukur pada perkara-perkara yang besar-besar.Sekeping megi itu tuan,jika kita tahu erti bersyukur padanya,Allah akan catitkan kesyukuran kita itu dan kelak Allah akan balas 10 kali ganda malahan berkali-kali ganda ya tuan.Subhanallah!!

Ya..ya..aku bersyukur dapat makan megi kembang.Jangan cakap lagi,beritahu sahaja bagaimana aku mahu bersyukur supaya dapat keluar dari kemiskinan tegar aku ini.
Tuan sudah pun buat tadi.Maknanya jika kita tahu erti syukur walaupun sekecil-kecil nikmat Allah,maka kita layak dapat kelebihan berkat rahmat Allah Yang Maha Kaya.

Bersyukur ini macam main pinball tuan,tidak kira apa jua kita bersyukur pun,tetap dapat markah.Dapat minum air kosong,alhamdulillah...dapat duduk bawah payung masa hujan,alhamdulillah...dapat duduk dalam tren yang sesak,alhamdulillah...tapi jangan pula bila tengok punggung wanita masa dalam LRT kita ucap alhamdulillah...

Kenapa pula?Bukan itu juga rezeki naman ya?

Itu bukan rezeki ya maulana! Masya Allah apa nak jadi dengan maulana ini! Itu bukan rezeki,itu peluang nak dapat dosa!
Bila terpandang perkara-perkara macam itu,alihkan pandangan atau tutup mata sahaja dan beristighfar.Ini juga cara kita bersyukur dengan kedua biji mata kita.Nanti Allah tambah lagi nikmat...lagi dan lagi dan lagi...

Alhamdulillah aku faham sekarang,jadi ada tak cara lain nak bersyukur ini?
Bersyukur ini banyak cara kita boleh buat tuan-tuan.Bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah...jika kita banyak harta,cara paling baik untuk bersyukur dengan harta kita ialah berzakat. Dah tunaikan zakat,kita boleh bersedekah pula.Tahukah tuan-tuan,dengan bersedekah,harta kita akan bertambah dan bertambah? Masya Allah tuan...ini RAHSIA BESAR tuan...bersedekah dapat menambahkan kekayaan. Dalam ilmu metafizik Barat juga mengakui prinsip ini.Apa dia tuan-tuan?

"Rahsia menerima ialah dengan memberi"
 



Jadi belajarlah memberi,kata pakar motivasi Barat.Lihat majoriti hartawan Barat.Trend mereka ialah selepas berjaya menjadi jutawan,mereka akan buka yayasan.Mereka akan buat tabung derma,kempen derma.Bill Gates,Rockefeller,Donald Trump dan sebagainya bukan sahaja menjadi hartawan yang berjaya,mereka juga adalah penderma yang budiman.

Ini berbeza dengan orang kita ya maulana...makin kaya makin telan harta orang lain.Makin kaya bukan semakin jadi budiman...jadi semakin pembelit.Itu sebab bisnes semua lingkup.Semua tak jalan.Bengkrapsi.Tambah pula masing-masing ada Phd,lagi haru dibuatnya ya maulana sekalian.

Kenapa bersedekah tidak menjadikan harta kita berkurang malah semakin bertambah dan bertambah?

Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”.

Lihat tuan-tuan Nabi kata sedekah itu tidak langsung mengurangkan harta kita.Kita mungkin nampak berkurang,TETAPI HAKIKATNYA TIDAK.
Allah yang merupakan PEMILIK PERBENDAHARAAN KEKAYAAN juga menjamin orang yang bersedekah:

Al Baqarah ayat 261 :

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Inilah rahsia hukum metafizik Barat "“to give in order to get” .Kata Joe Vitale,seorang pakar motivasi dan 'spiritual marketing',hukum ini adalah sesuatu yang universal dan bertindak dengan cara yang tidak diketahui dan aneh.Memanglah dengan memberi itu membawa kepada pemberian yang mencurah-curah sebab ALLAH SENDIRI YANG MENCIPTA HUKUM ALAM INI.Orang Barat percaya dan mereka berjaya.Kita kurang percaya,maka kita gagal.
DALAM AGAMA ITU ADA KEJAYAAN.YAKINLAH TUAN-TUAN.YAKINLAH SEPENUH HATI.
Tapi dalam poket aku ada 5 ringgit je.Aku orang miskin.Tak payah lah bersedekah.Aku nak cara lain jadi kaya.


Orang miskinlah kena banyak bersedekah ya maulana.Sebab orang miskin kurang harta.Nak dapat banyak kena beri banyak.Nak jadi kaya kena bagi kekayaan.Itu prinsipnya ya maulana.Buat sahaja.Nanti Allah kasi mudah.Misalnya dalam poket ada 5 ringgit,berilah seringgit pada surau atau masjid.4 ringgit boleh beli nasi lemak dan air bungkus sebagai contoh.Kan mudah.Nak bagi semua pun tidak mengapa.Tapi kena tawakal kuatlah.
Bersyukur juga boleh dilakukan dengan menambahkan amal ibadat tuan-tuan.Jika dahulu malas bersolat,kini rajin-rajinlah pergi ke masjid.Jika dahulu malas nak buka AlQuran,kini usahalah baca 2-3 mukasurat sehari.Lagi tambah amal ibadat,lagi Allah sayang.Lagi Allah sayang...nah minta apa saja ya maulana...nak rumah...nak kereta...nak bini cantik...panjatkan saja doa tuan-tuan...pasti Allah kabulkan.

Surah Al-Baqarah ayat 186:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku maka beritahu kepada mereka : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul".



Nah...tuan-tuan,jika kita sahut seruan Allah,pasti Dia akan beri perhatian-Nya pada kita.Sebab apa tuan-tuan? SEbab dengan menyahut perintah Allah maknanya kita sudah bersyukur dengan NAFAS DAN NYAWA yang Allah kurniakan pada kita.Kita hargai nafas kita yang dok sedut tetiap hari.Nyawa yang Allah bagi ini,bukannya untuk tambah maksiat...tapi untuk tambah mendekatkan diri pada Allah Azza Wa Jalla.
Jadi ya maulana sekalian...apa pelajaran kita hari ini?
Bagaimana nak berterima kasih dengan segala pemberian nikmat yang Tuhan bagi ini?
Bagaimana nak tambah keberkatan dalam hidup kita?
Bagaimana nak keluar dari kemiskinan dan menuju kepada kekayaan?
Bagaimana nak jadi kaya...bertambah kaya?
Bagaimana nak bagi semua doa kita dimakbulkan Tuhan?
Iaitu dengan BERSYUKUR KEPADA-NYA

Ya Allah...daku kurang bersyukur kepada MU ya Allah...banyak sungguh nikmat yang Engkau berikan kepadaku.Tapi daku selalu lupakan Engkau...


Segala puji-pujian hanya untukmu Ya Allah...
ALHAMDULILLAH....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...