Friday, August 20, 2010

Kebenaran Islam - Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 1 (The Key To Kingdom Of Heaven)





Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatican, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies).



Setiap Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung' (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatican.


Pope Benedict XVI

Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran" mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.

Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan saya beritahu ini adalah bertaraf 'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).

Para pengikut Freemason sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya 'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.


Juga, para pengikut Kristian juga tidak mengetahui akan Dua Rahsia Terbesar yang disorokkan oleh paderi-paderi besar mereka. Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatican mewujudkan banyak kod, lorong dan bilik rahsia. Segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah (The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ia akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung'.

Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walaupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis?. Ingin saya maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah - Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Skrol Nag Hammadi




Nantikan 2 rahsia terbesar ini. Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.

Thursday, August 19, 2010

Anda Dah Simpan Bekalan Makanan Dan Gali Kubu Bawah Tanah ? Mereka Sudah ..

Tahukah anda kubu apakah yg ada pada gambar di bawah ? Ia di namakan sebagai Doomsday Vault atau
yang sering di sebut dengan kubah kiamat merupakan kubah yang diciptakan untuk menyimpan biji-bijian untuk mencegah kelaparan yang melanda manusia apabila terjadi bencana besar pada tahun 2012  nanti.

Bak kata pepatah masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin yang bertiup ... Orang Barat nampaknya lebih proaktif dan bersiapsedia dalam segala hal. Wujudnya bangunan ini menambahkan banyak persoalan di minda kita ? .. Apakah benar-benar bencana besar itu akan terjadi ? kalau tidak mengapa mereka sanggup berbelanja besar dan bersusah payah melakukan perkara itu ? 

Mereka lebih mengambil iktibar dari sirah nabawi berbanding kita orang Islam.. mereka lebih beriman dan beramal soleh berbanding dengan kita cuma mereka tidak melafadzkan syahadah. Mereka bersusah payah untuk menjaga alam dan memakmurkan iaitu tugas khalifah yang kita memang abaikan!


Sebuah bangunan sangat kuat yang dibangun di Kutub Utara untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia secra rasmi telah berfungsi. Kemudahan itu yang disebut sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) ini dibuat di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norwegia, 1100 kilometer dari kutub utara.

Kubah ini akan berfungsi untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia dan digunakan untuk melindungi plasma nutfah. Harapannya, jika terjadi bencana besar yang melanda dunia, biji-bijian yang disimpan di kubah itu akan boleh menjadi sumber penyelamat manusia sebelum terjadinya kelaparan. Gambar di atas ialah gambar pintu masuk kubah yang penuh diliputi ais beku.
.

Kerana fungsinya yang di katakan sebagai penyelamat manusia, maka kubah itu diberi nama Kubah Kiamat (Doomsday Vault). Kubah tersebut terletak di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norwegia, 1100 kilometer dari Kutub Utara.


Gambar di atas pula ialah sample-sample biji benih yg telah disimpan di dalam sebuah bekas .Dalam pernyataannya, Perdana Menteri Norwegia Jens Stoltenberg menyebut bahwa Svalbard Global Seed Vault merupakan kebijakan penyelamatan kami. “Ini adalah ‘Bahtera Nuh’ untuk melindungi keragaman biologi generasi masa depan,” ujar Jens Stoltenberg dalam upacara perasmian kubah itu.


Acara perasmian tersebut juga dihadiri oleh Presiden Komisi Eropa, Jose Manual Barroso, dan penerima Nobel Perdamaian 2004, Wangari Maathai, dari Kenya.


Setelah dirasmikan, kubah yang berada di dalam perut gunung sedalam 127,5 meter ini akan menyimpan segala biji benih tumbuh-tumbuhan dari seluruh dunia. Ruangan di dalamnya dapat memuat 4 hingga 5 juta sampel benih.

Kubah yang pembangunannya memakan biaya US$9,1 juta-hasil kerja sama Global Crop Diversity Trust, lembaga yang ditaja oleh badan PBB untuk FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity Internasional yang berpengkalan di Roma, Itali .Kubah ini diharapkan benar-benar menjadi jalan penyelesaian masa depan demi kelangsungan kehidupan manusia.

Credit to:Tanya Ustaz

Wednesday, August 18, 2010

Muzik Dan Agenda (Artikel Yang Panjang Tidak Semestinya Membosankan)


Assalamualaikum kepada pembaca setia feedyoursoul84 marilah kita mulakan dengan Bismillah .Post yang yang agak simple sebenarnya kali ni .Rasanya remaja hari ini termasuk saya (suatu masa dahulu) dan cukup sebati jiwanya dengan muzik daripada sebati jiwanya dengan agama .Bak kata orang "No music No Life". Tidak dinafikan muzik boleh menjadi sesuatu yang positif dan juga menjadi negatif .Bergantung kepada muzik apa yang diminati .Muzik boleh jadi satu jarum halus yang kita tak nampak cucuk ke dalam jiwa kita .Terutama ...Muzik dari barat .

Yang pasti semua lagu ada maksud tersirat ,tersurat dan ada mesej yang hendak disampaikan .Macam contoh yang tersurat lagu Alejandro Tapi cik Gaga memang saya tak pernah minat .Baru-baru ni saya dengar kembali salah satu lagu yang pernah saya nyanyikan setiap hari dulu dan terdetik nak lihat perkembangan band yang saya minati tu .- 30 Seconds To Mars . Album paling latest "This is War" macam menarik perhatian saya .Sebab saya nak tahu "WAR" apa yang mereka ini maksud kan ..

                                               

Inilah dia cover album "This is War" .Sekali pandang ,tak nafi first impression saya ialah -- Illuminati ke ? Tapi saya bukan jenis yang nak terus jump into conclusion tanpa usul periksa .Segitiga ( piramid ) tu terlampau umum .Boleh jadi banyak maksud .Bukan hanya illuminati .Jadi saya meluangkan sedikit masa saya untuk mengkaji pasal album ni .Dan apa kaitan nya dengan simbol segitiga tu (yang sangat sinonim dengan Illuminati) . Ramai juga fan dari seluruh dunia saya nampak cuba rungkai simbol mereka ini .Dan ada satu statement dari peminat kat facebook .Dia kata yang album This Is War adalah sebagai tanda menentang illuminati .Saya kurang setuju .Sebab kalau secara logik .Pernah ke kita tengok rakyat Palestine mengibarkan bendara yahudi laknat tiu ?? Kalau bakar tu adalah .Tapi yang mereka kibarkan mestilah bendera negara mereka dan kalimah Fisabillillah ..

30 Seconds To Mars - Adakah mereka ingin mengistiharkan perang illuminatist dan mindcontrol kepada umat manusia ?

Palestine Jihad fisabilillah


Yang ini takda apa maksud tersembunyi kerana ia memang membawa maksud 30 Seconds To Mars .Simbol pertama adalah nombor 3 dan 0 bertindih .Yang kedua adalah simbol jam yang melambangkan Seconds .Yang ketiga inverted Roman Numeral of 2 (To). Dan yang ke-empat mewakili planet Marikh dan dua dot tu adalah Phobos and Diemos (dua bulan yang terdapat di planet Marikh) .


Yang dua simbol ini memang ada membawa maksud tersendiri - Yang pertama tu gambar burung Phoenix. Phoenix merupakan burung hebat dan suci, mempunyai penampilan helang, baik dalam bentuk dan saiz. Dalam mitologi Mesir, burung Phoenix adalah mewakili Matahari kerana ia meninggal pada malam hari dan dilahirkan kembali di pagi hari. Burung ni dihormati di Heliopolis (Bandar Matahari) ,Mesir dan dianggap sebagai Tuhan Matahari - RA. Jerad Leto (Vocalist 30STM) menamakan Phoenix ini - Mithra .(Ada disebut dalam interview dengan Jared sendiri). Mithra juga adalah nama Tuhan Matahari yang datang dari bahasa Roman dan Greek .

Simbol kedua jelas menunjuk kepada - Trinity Masonry (3) -salah satu konsep Freemason jugak .Yang ni sangat complicated untuk di-explain .Akan saya ceritakan di post akan datang ,insya-Allah . Jadi dalam single terbaru mereka, lagu - This Is War .Lirik lagu nya ditulis sendiri oleh Jared Leto (Vocalist band) .Sebahagian lirik nya yang jelas menunjukkan pemujaan matahari!

Gambar Jerad Leto mengangkat tangan ke arah matahari diambil dari muzik video 30 Seconds Of Mars

A warning to the prophet, the liar, the honest
This is war
Oh, to the leader, the pariah, the victor, the messiah
This is war
I do believe in the light
Raise your hands up to the sky
The fight is done, the war is won
Lift your hands toward the sun
Toward the sun Toward the sun Toward the sun
It's a brave new world A brave new world
The war is won
The war is won

Salah satu cara penyembahan matahari boleh dilakukan :
" Show your worship by giving the sun an offering of a poem, prayer, song or anything you wish"


Jadi apa sebenarnya fahaman mereka ?Kenapa selalu berkait dengan matahari? Seperti yang kita tahu Tuhan Matahari dulu nya disembah oleh pagan Mesir Kuno. Dan apa kaitan dengan sekarang? Sekarang para Illuminatist / Freemason juga melakukan perkara sama yang mana bermaksud sama dengan penyembahan Dajjal Al-Masih .Kalau tengok di lambang mereka memang ada lambang One Eyed tu ( Horus / Ra/ atau lebih mudah Dajjal laknatullah ) yang dibelakangnya ada cahaya (matahari) .Cuba tengok gambar kat bawah .

Freemason - Nampak the all seeing eye diatas?


Zaman Mesir Kuno - Tuhan Matahari dan The All Seeing Eye

Biar saya tekan kan lagi sekali. Illuminati dan Freemason adalah satu secret society yang mempunyai agenda untuk mengawal dunia dengan bantuan seseorang yang sudah bertahun-tahun merancang untuk menguasai dan mengawal seluruh dunia .Dia adalah Al-Masih Dajjal . Dia lah yang banyak membantu para penyembahnya dan golongan Illuminati ini merima jaminan bahawa mereka akan memperolehi kuasa untuk menguasai dunia sebaik sahaja kemunculan terakhir Dajjal pada waktu yang telah ditetapkan Allah SWT .
Gambar di atas menunjukkan Madonna dan Jared Leto Kedua-duanya memakai baju simbol piramid Illuminati

Brandon Boyd - Incubus

[ Lirik Lagu 100 Sun - 30 Seconds To Mars ]

Jelas liriknya yang boleh menyebabkan syirik dan terpesongnya akidah .

I believe in nothing
100 suns until we part
I believe in nothing
Not in sin and not in God
I believe in nothing

[ Menggalakkan orang ramai supaya tidak mempunyai sebarang kepercayaan (Atheist) supaya mudah mindanya di jajah ]


Kesimpulannya, jelas sekali disini bukan sahaja cik Lady Gaga seorang yang illuminatist .Dah tak terbilang pun berapa ramai sebenarnya .30STM ini lagi dasyat sebab terang-terangan menulis lirik berunsur ketidakpercaya-an kepada tuhan .Maka itu ,ingatlah supaya hati-hati dengan setiap apa yang kita buat hari ini .Golongan Illuminatist ini bukan berperang secara terang-terangan..tetapi secara senyap , dan mungkin kita tak sedar pun sebenarnya dari lagu pun ,boleh merosakkan diri .

"Percaya lah ,senjata yang digunakan bukan bom .bukan snipper .bukan pedang .tetapi sesuatu yang nampak tak berbahaya iaitu..hiburan - namun hakikatnya .Itulah yang merosakkan Islam hari ini"


"Apakah sama org yang berilmu dengan org yang tidak berilmu?" (Az Zumar:9)
"Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?" ( Ar Ra'd:16).
"Apakah sama kegelapan dengan cahaya?" (Ar Ra'd:16)

Justeru tanamkan dalam diri ' No Islam No Life ' .Persiapkanlah diri kita dengan ilmu dunia dan akhirat sebagai kekuatan untuk melawan mereka yang cuba menjajah pemikiran kita dengan pelbagai jenis cara.. baik hiburan, muzik, kartun,.atau filem-filem serta game dan lain-lain .Seperti firman Allah SWT :

" Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi para musuh dengan pelbagai jenis kekuatan "
(Surah al-Anfal: Ayat 61)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...