Assalamualaikum.
Seperti yang kita tahu,Rukun Islam itu terdiri daripada 5 perkara.Rukun
yang keduanya adalah Solat Lima Waktu.Dan kita tahu,ianya adalah haram
untuk kita meninggalkan solat secara sengaja.[
link]
Tetapi,cuba berlaku jujur,tanya diri anda.Berapa ramaikah orang yang
bangun untuk bersembahyang subuh setiap hari pada zaman ini?Mengikut
pemerhatian saya dari keadaan sekeliling,saya boleh simpulkan hanya 40%
yang bangun subuh pada pagi hari.Ini adalah statistik yang menyedihkan.
Bangun subuh pada pagi hari ini bukan bermaksud sembahyang ganti subuh setelah matahari tegak.Tetapi,ketika waktu
prime-time.Sebelum habisnya waktu untuk bersolat subuh.
Sebenarnya,punca kita sukar bangun subuh mungkin kerana waktu dan cara
tidur kita yang tidak betul.Jadi,di dalam artikel ini,akan saya
kongsikan cara tidur yang betul menurut Islam yang jika dituruti,pasti
akan membolehkan kita bangun subuh setiap hari.
Saya juga akan turut menyenaraikan beberapa perkara tidak bermanfaat
yang anda terpaksa ubah dalam kehidupan seharian untuk mengikuti cara
tidur ini.
Dan terakhirnya,sebelum meneruskan lagi penulisan,elok diingatkan,cara
tidur mengikut Islam ini baik untuk kesihatan.Badan anda pasti segar di
pagi hari setelah mencuba.
Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam
1) Tidur awal.Mungkin dalam pukul 1030 malam,anda sudah boleh masuk
tidur.Jika anda sudah berkahwin,latih anak-anak anda tidur awal juga.
2) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting
seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan
daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum
Isyak.
3) Semasa hendak tidur itu,niatkanlah dengan ayat lebih kurang begini
"Ya Allah,aku tidur ini kerana-Mu ya Allah.Untuk memenuhi fitrah badan
aku.Kerana aku ingin bertahajud pada malam nanti pula.Semoga tidur ini
memberi kebaikan yang sama dengan tahajud aku nanti."
4) Tetapi,niat di atas itu bahasa tidak formal sahaja.Itu saya baca begitu.Bukankah Islam itu mudah?Anda boleh
search di internet untuk niat lebih formal.
5) Kemudian,tidurlah anda.Sebelum tidur itu,berwudhu'lah dahulu
seelok-eloknya.Baca juga ayat Qursi.Baca juga surah Al-Ikhlaas,Al-Falaq
dan An-Naas.Mengucap juga dua kalimah syahadah sebelum tidur.
6) Kemudian,dalam hati,niatkan untuk bangun pada pukul sebagai contoh mari kita letakkan
1.30 AM.Ini kerana waktu itu,kita punya minda belum sampai tahap tidur yang susah bangun.Ini kajian sains pun ada sebut.
7) Kemudian,bangunlah kita.Lakukan solat tahajud.Lakukan solat
sunat.Ketahuilah bahawa solat tahajud itu solat sunat yang amat dituntut
selepas solat fardhu.[
link]
8) Kemudian,jika anda masih mampu,bacalah sedikit
Al-Quran.Tetapi,janganlah lakukannya jika anda mengantuk.Rasulullah
berkata yang bermaksud lebih kurang begini "Janganlah bersolat dalam
keadaan mengantuk kerana kamu akan mencaci diri kamu sendiri nanti".
9) Kemudian,tidurlah kita.Tetapi,setkan
alarm untuk bangun subuh pula.
10) Kiranya kita boleh simpulkan kita bertahajud selama sejam.Iaitu sehingga
2.30 AM.Jadi,kita akan tidur selama 4 jam sehingga jam
6.30 AM. (Anda boleh sesuaikan waktu ini dengan jadual solat kawasan anda)
11) Tetapi,
setkan di dalam minda.Kita hendak bangun
subuh.Berdoalah kepada Allah.Supaya membangunkan kita ketika subuh.Dan
ketika sedar sahaja,pastikan mengucapkan syukur kepada Allah.
12) Lawan perasaan malas anda.Itu hanyalah syaitan.Sains mengatakan kita
perlu tidur 6-8 jam berterusan bukan?Sebenarnya kajian terbaru ada
menunjukkan bahawa kita hanya perlu tidur 3-4 jam berterusan.Dan bangun
malam sebentar itu bagus untuk kesihatan.
13) Dapat membaikkan buah pinggang dan sebagainya.Ini bertepatan apa
diajarkan Rasulullah SAW.Baginda menyeru kita tidur sebentar apabila
kita mengantuk.
14) Nampak?
15) Dan kemudian,apabila sampai ke waktu zuhur (tengahari),berbaringlah anda sebentar.Orang putih kata
take a cat nap.Ianya bagus untuk kesihatan.Niatkan juga untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.Pasti mendapat pahala dan berkat.
16) Jangan tidur selepas asar.Ada bukti sains juga yang mengatakan tidur selepas asar boleh menghilangkan kewarasan (gila).
17) Dan apabila sampai malam,apabila anda mengikuti cara ini,pasti anda
dapat tidur awal.Mula-mula hendak berubah,tentulah susah bukan?Jangan
risau.
18) Dan dengan mengikuti cara ini anda mendapat 3 perkara.Iaitu
keberkatan Allah SWT,kesihatan tubuh badan,dan juga dapat menjalankan
tanggungjawab anda sebagai Hamba Allah SWT.
Perkara Rutin Kehidupan Seharian Yang Perlu Anda Ubah Untuk Mencapai Matlamat Ini
1) Kurangkanlah berhibur.Adakah anda fikir hiburan itu semua dapat
membantu anda di akhirat kelak?Tiada guna menonton rancangan-rancangan
yang tiada nilai kebaikan itu semua.Tiada guna anda duduk depan Facebook
24 jam mengharap akan keluarnya
notification baru.
2) Tekad dan Istiqamah.Lakukanlah untuk mengharapkan keredhaan
Allah.Anda hidup di dunia ini kerana Allah SWT mengizinkannya.Janganlah
lupa kepada-Nya.Jika anda bersolat tahajud dan lengkap solat
fardhu,pasti Allah akan membantu anda dalam hidup di dunia dan akhirat.
3) Jangan fikirkan orang lain punya kritikan.Ya.Hidup di zaman moden.
You know.Malam
masih muda selagi jam masih lagi belum menunjukkan pukul 5
pagi.Walaubagaimanapun,itu bagi mereka yang tiada ilmu.Jika anda masih
mahu mengikut mereka,teruskan.Jika mahu menjadi hamba Allah yang
mendapat berkat-Nya,ubahlah cara hidup.
4) Anda perlu untuk menambah ilmu anda juga.Jika anda tiada ilmu,ibadat
anda itu kosong.Jika anda berilmu,anda akan dapat menghayati perbuatan
anda.Sebagai contoh,jika anda ada ilmu tentang wudhu',anda akan tahu
betapa besarnya kebaikan berwudhu' itu.Jika tidak,anda tidak lebih
sekadar berwudhu' kosong.
Tetapi,Bagaimanakah Jika Saya Duduk Di Hostel?
Mungkin itu persoalan yang melanda anda.Ya.Bagaimana anda mahu tidur awal jika anda menginap di asrama.
Itulah masalah kita pada hari ini.Oleh kerana kita hidup terlampau
berpaksikan nafsu,kita tidur lewat,berjaga malam tanpa berbuat apa-apa
membuang masa.
Itulah pentingnya anda untuk tidak membuat bising di dalam bilik.Ini tidak,hati
roommate tidak pernah dijaga.Bising.Memasang lagu sekuat-kuatnya.
Headphone bukankah ada?
Jadi,jika anda tidur di hostel,anda mungkin boleh pergi tidur di
surau.Atau pergi tidur di bilik orang yang senyap buat beberapa jam
sebelum bangun solat malam.Jangan bimbang.Jika ada kemahuan,di situ ada
jalan.Allah pasti membantu.
Tentang rakan yang membuat bising dalam bilik,bersabar sahajalah dengan
mereka ini.Pelik juga.Mereka ini tidak ada rasa bersalah ke tidak bangun
subuh?
Mungkin sebagai permulaan,anda boleh sebarkan isi artikel saya ini kepada kawan anda?Atau
sharekan
di Facebook.Mana tahu,pihak berkenaan mungkin terasa dan mengubah
sikap.Malah,mungkin beliau dan anda akan turut bersama-sama tidur
awal.Indah bukan?
Kesimpulan
Jika anda mengikuti cara tidur ini,anda pasti boleh bangun subuh dan anda pasti akan merasa sihat.
Saya tidak tipu.Saya sendiri sudah mencuba cara ini selama sebulan.Dan
Alhamdulillah saya sentiasa bangun subuh dalam tempoh sebulan ini.Kalau
dulunya,ada juga
miss.
Dan,saya
gerenti anda juga.Anda tidak akan mengantuk pada siang harinya.Tetapi,anda akan lebih ceria dan segar.
Bukankah Nabi SAW bersabda bahawa tidak elok untuk tidur selepas Subuh?
Setelah saya mencuba cara ini,saya berpendapat bahawa kita tidak elok
untuk tidur selepas Subuh kerana jika kita tidur semula dan bangun
lewat,minda kita tidak akan
fresh.Malah,kita
still perlukan tidur.Dari situ,kita dapat lihat,
hidup berpaksikan nafsu tiada kesudahan.
Dan,jika anda tidak tidur selepas subuh,anda akan
fresh.Anda
boleh memasak sarapan,membaca suratkhabar,tidak mengantuk untuk pergi ke
kerja,membaca Al-Quran,menyiram bunga.Malah anda juga akan gembira dan
riang.
Tidakkah itu menyeronokkan? (Mungkin hanya menyeronokkan bagi orang yang normal).
Itulah dia.Semoga anda semua dapat manfaat dari artikel ini.
Amalkanlah cara ini.Sesungguhnya tiada guna anda membaca artikel tentang
Akhir Zaman dan Dajjal jika Solat Subuh anda tidak sempurna.Kerana
Solat itu merupakan perkara pertama dihisab di Akhirat kelak.
Fikir-fikirkanlah.
Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.