Tuesday, August 17, 2010

Konspirasi Dunia - Artis-artis Illuminati



Untuk menjayakan projeknya iaitu New World Order, Dajjal memerlukan satu medium untuk melekakan manusia.Medium itu adalah Hiburan. Sepertimana yang kita semua lihat pada hari ini industri hiburan berkembang pesat dan telah banyak mempengaruhi muda-mudi di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Inilah "New World Order- Lupakan akhirat, lebihkan dunia" Kebanyakan artis-artis Hollywood adalah artis Illuminati. Ini adalah salah satu rancangan dajjal untuk 'brainwash' kita. Mesej-mesej dalam lagu tu ada maksudnya yang tersembunyi.

Jay-Z

Kanye West
 Madonna
Lady Gaga

Ini hanya sebahagian artis Illuminati. Bukan hanya di Hollywood tetapi di seluruh dunia. Ada juga artis yang menentang Illuminati, contoh terbaik Bob Marley. Beliau adalah artis yang menentang Illuminati melalui lirik lagunya. Tetapi beliau akhirnya mati dibunuh oleh konco-konco dajjal. Bagi artis yang menentang Illuminati, mereka akan dibunuh ataupun dijatuhkan reputasi mereka.

 Micheal Jackson juga telah dibunuh oleh "mereka"
 

Monday, August 16, 2010

Jangan Jadi Hamba Hiburan


Assalamualaikum dan selamat menjalakan ibadah puasa bagi pembaca setia blog feedyoursoul84 ini. Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan bahawa saya ini bukanlah berasal dari golongan orasng-orang yang bijak pandai untuk membincangkan isu-isu berat seperti ini. Namun setakat mana yang saya mampu, maka saya akan sampaikan dengan seikhlas dan sebaik mungkin. Kerana setiap dari kita iaitu golongan Muslim, dakwah itu adalah amanah. Jika amanah ini kita tidak lakukan,maka kita akan mendapat title yang kita sedia maklum iaitu "M_ _ _ _ _ K". Oleh itu bacalah artikel ini dan semoga kita semua mendapat manfaat yang elok dari nya nanti Insyaallah..

Saya mengajak para pembaca untuk merenungi penyataan di bawah ini, yang saya ambil dari entri di Cursing Malay yang berkisar tentang Pembangunan Islam di negara kita. Saya amat bersetuju dengan perspektif penulis ini meskipun ia agak kasar sedikit.Sejauh manakah kebenarannya? Ayuh! teruskan bacaan anda.

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang (Secret Society, Freemason, Illuminati, dll) ini kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang (Hukum-hukum Islam diperlekehkan dan budaya-budaya barat yang songsang dijadikan amalan hidup).

Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. 800 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Bullshit!

Kenapalah kita perlu duduk terlopong di depan TV, menyaksikan kehidupan seharian sekumpulan remaja yang kerjanya terkinja-kinja. Kenapa tak disiarkan sekali adengan mereka berak, ataupun tidur berdengkur, sambil mengorek hidung. Dah nama pun rancangan realiti kan?

Kenapalah kita nak tahu sangat bila Artis A berkasih dengan Artis B, bila Janda D keluar dengan Tengku E. Bukanlah kita ada pertalian darah dengan mereka pun. Bukanlah mereka tu bekas rakan sekelas kita pun.

Budaya mengumpat dan memfitnah bagaikan satu norma biasa yang berlaku setiap hari. Pemikiran kita disekat dan dibantutkan dari berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Kita disuapkan dengan dadah hedonisma.(kita menjadi umat yang paling malas berfikir)

Saya percaya bahawa anda tidaklah keterlaluan seperti kes yang disebutkan di atas, kan? Mungkin juga.. Tapi ingat, godaan itu datang dalam bentuk yang sekecil-kecil. Perlahan-lahan ia menghakis sedikit demi sedikit keimanan dalam diri.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil." [Sabda Nabi Muhammad s.a.w]

Ya Allah, semoga teguran ini membawa banyak manfaat kepada diri kita sendiri terutamanya, dan juga orang-orang yang sayangi, serta orang-orang di sekeliling kita Insyaallah...

Friday, August 13, 2010

Amaran! Kisah Benar Jangan Membenci Kucing


Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan yang boleh di katakan aagak bijak untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya Gayah. Maka, bermulalah kisah ini dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, lalu disumbatnya ke dalam karung beras berjenama Mehsuri. Tanpa berlengah dia terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tadi tanpa ada perasaan belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza yang agak famous suatu masa dulu. Tetapi, kegembiraan itu hanyalah sementara sahaja. Apabila tiba di rumah si Tompok dengan sombong dan bongkaknya melanggok di depan pintu rumah Budi. Lagaknya yang kelihatan agak macho semasa ia menyambut kepulangan Budin. Betapa sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan lagi.

Keesokkan harinya, Budin meneruskan lagi rancangan jahatnya itu. Kali ini lebih jauh dibawanya si Tompok, kira-kira 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang Budin menyeluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan Budin. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang si Tompok lagi jauh, tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuhi, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,segala kona-kona maut, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja. Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Berikut adalah perbualan Budin dan Isterinya Gayah melalui telefon Blackberry mereka.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!

Moralnya ialah: Janganlah kita mempunyai sikap seperti Budin kerana ia bukan saja akan menyusahkan kita, bahkan ia menyebabkan minyak motor kapcai kita dibazirkan begitu saja. Minyak pun sekarangkan dah mahal, jadi pandai-pandailah berjimat. Sayangilah haiwan kesayangan Rasulullah ini.

Sekian.. Terima kasih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...