Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,
Allah Maha Penyayang.Tiada siapa yang mampu melebihi
sifat penyayangnya Allah.Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya,maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi
sifat Maha Penyayangnya Allah.
Sifat penyayang Allah lebih hebat dari sifat kasih sayang ibu kepada anaknya.Lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya.
Tanda-tanda kasih sayang Allah itu ada di segenap alam. Lihat bagaimana
seekor burung diberikan rezekinya setiap hari. Lihat bagaimana
seekor buaya mendapat rezekinya. Lihat bagaimana
seekor zirafah mendapat rezekinya. Hari ini kita tidak payah terbang mengembara ke seluruh dunia nak lihat semua tanda-tanda ini, bagaimana
makhluk Allah diberikan rezeki dengan kasih sayang-Nya. Dalam TV ada,dalam
internet ada dalam majalah pun ada. Kita boleh buka
National Geographic dan lihat bagaimana
makhluk-makhluk Allah hidup dan makan
rezeki Allah. Kita boleh lihat bagaimana
seekor harimau yang ganas dan menggerunkan,diberi rezeki oleh
Allah berkat sifat penyayang-Nya. Tanpa
rezeki yang disuapkan
Allah kepada
sang harimau, kita boleh lihat bagaimana
sang harimau melepek kelaparan di
safari-safari Afrika.
Kita boleh lihat bagaimana
Hitler,Stalin atau
Bush makan dengan lahapnya di majlis-majlis makan bersama-sama pegawai mereka.Jika
Allah menahan rezeki mereka, maka melepeklah mereka tak makan dengan wajah murung dan gelisah. Betapa agungnya
kasih sayang Allah melebihi kasih sayang makhluk. Satu makhluk pun tidak dapat meniru
kasih sayang Allah. Satu makhluk pun tidak dapat mengasihi bagaimana
Allah mengasihi.
Kasih sayang Allah pada makhluk adalah berlainan dengan
keredhaan Allah kepada makhluk itu.
Allah beri rezeki kepada semua makhluk tidak kira
kafir dan Islam sebab sifat Kasih Sayang-Nya yang luas. Namun belum tentu
Allah redha dengan makhluk itu.
Allah beri rezeki kepada mendiang
Lim Goh Tong sampai kaya raya dapat bina mahligai atas gunung. Tetapi adakah
Allah redha dengan kekafiran
Lim Goh Tong?
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam. (Ali Imran ayat 19)
Keredhaan Allah terletak kepada
IMAN seseorang. Dari
iman timbullah takwa dan rasa rendah diri kepada
Allah; takut kepada
Allah.
Allah sayangkan makhluknya kerana ia adalah ciptaan-Nya. Namun
keredhaan Allah itu hanya dimenangi oleh siapa
YANG BERIMAN KEPADA-NYA. Orang kafir tak layak memenangi
KEREDHAAN ALLAH.
Orang munafik tidak layak memenangi
KEREDHAAN ALLAH. Mereka hanya layak makan
rezeki Allah atas belas kasihan
Allah sahaja. Contohnya seorang bapa yang mahu
solat. Ketika mahu angkat takbir pertama,si anak merengek-rengek mahu
aiskrim. Si bapa berhenti
solat dan berikan
aiskrim kepada anak. Bila bapa mahu mulakan
solat kembali,si anak merengek lagi. Bapa mula panas hati. Bapa beri
aiskrim dan sambil cuba untuk senyum pada anak. Kali ketiga,bapa mahu angkat takbir,si anak menghentak-hentakkan kakinya.
Namun si bapa beri juga
aiskrim namun dengan wajah yang agak marah dan terganggu.
Jadi adakah pemberian pertama bapa sama dengan pemberian ketiga?
SI BAPA BERI AISKRIM DENGAN REDHA PADA KALI PERTAMA NAMUN DENGAN TERPAKSA DAN EMOSI TERGANGGU PADA KALI KETIGA.
Itulah kiasan makna
'redho' dalam bahasa mudah.
NAMUN ADAKAH SI BAPA BENCIKAN ANAKNYA?ADAKAH SI BAPA TIDAK SAYANG ANAKNYA?
Betapa agungnya
kasih sayang Allah. Alangkah bertuahnya
ORANG BERIMAN yang dapat
kasih sayang Allah malah
Allah redho lagi dengan dirinya makan
rezeki Allah itu. Adakah istilah orang yang makan
rezeki Allah tetapi
Allah tidak redho kepadanya?
Inilah dinamakan
ISTIDRAJ.
Kadangkala
Allah tambahkan lagi harta bendanya,kaya bertambah kaya,makan
rezeki Allah tidak disekat-sekat. Perniagaan makin maju,makin maju. Hidupnya seolah-olah tiada nasib malang
SUPAYA NANTI DIA AKAN JAHANAM DENGAN HARTA BENDANYA. Inilah orang yang
diistidraj oleh Allah.
Allah beri
rezeki atas rahmat kasih sayang-Nya tetapi
Allah tidak redho kepada-Nya.
Jadi fikirkanlah,adakah kita makan
rezeki Allah ini
DALAM KEADAAN DIREDHAI-NYA ATAU DIISTIDRAJ OLEH-NYA?
Tepuk dada tanyalah iman!
Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa
Kadangkala
Allah bagi
rezeki melimpah ruah supaya orang itu makin jauh dari hidayahnya. Adakalanya
Allah bagi
rezeki ala kadar supaya orang itu makin rapat,makin
dekat kepada Allah. Jika orang itu dibiarkan leka,mungkin dia akan lupakan
Allah. Jadi
Allah "pukul-pukul sayang" pada hambanya bagi dia lebih dekat keribaan
Allah. Ibarat si bapa tadi merotan anaknya kerana nakal main di tepi semak belukar. Adakah si bapa pukul anaknya kerana benci? Tidak bukan? Bapa pukul anak kerana bimbangkan anaknya terlalu biasa bermain di kawasan berbahaya takut-takut digigit ular. Begitulah manusia. Tika susah dia ingat
Allah,bila senang sikit,nampak gaya mahu lupakan
Allah,jadi
Allah "rotan" dia supaya
ingat Allah balik.
BERTUAHNYA MANUSIA YANG DIROTAN OLEH ALLAH SUPAYA INGAT PADA-NYA.
Sebab ada manusia yang
Allah tak pedulikan dia.
Allah biarkan dia kaya raya. Malah
Allah campakkan lagi rezeki-nya begitu sahaja tanpa ditahan-tahan. Ibarat
Donald Trump yang sudah kaya,makin kaya. Ibarat
Bill Gates yang sudah kaya,bertambah kaya.
NAMUN ADAKAH PADA DIRI MEREKA TIADA LANGSUNG BERBEKAS KASIH SAYANG-NYA?
Selagi
Donald Trump masih hidup,dia ada peluang dapat
hidayah Allah. Selagi
Bill Gates hidup,dia ada peluang
masuk agama Allah.
INILAH BUKTI KASIH SAYANG ALLAH YANG MAHA LUAS. Sebab belum tentu
Elizabeth Wong tidak layak dapat
hidayah Allah dan masuk
agama Allah di kala
Aishah Bukhari yang lahir dalam
Islam boleh dicabut
hidayah Allah dan menjadi
murtad. Tuan-tuan kenal siapa
Lina JOy?
Jadi bila-bila masa
Allah boleh tarik hidayah,boleh masukkan hidayah ke dalam hati-hati manusia. Bila-bila masa orang yang
lahirnya Islam boleh mati terbongkang dalam kekafiran dan bila-bila masa
Allah boleh buat orang yang lahirnya kafir di depan berhala,boleh tersenyum-senyum meninggal dunia dalam rahmat
IMAN DAN ISLAM.
Rezeki Allah yang beri tetapi rezeki datang bukan dari langit jatuh atas riba kita. Lihat bagaimana
seekor burung dapat rezeki.
Allah tak campak rezeki dalam sarangnya tapi
Allah letak rezeki dia tempat lain. Burung itu kena terbang
cari rezeki yang
Allah letak untuk dia. Sama lah macam kita .Kita tidak boleh duduk goyang kaki harapkan rezeki jatuh berdebuk depan mata kita. Sebab apa ya maulana?
SEBAB ALLAH SURUH KITA YAKIN BAHAWA DIA YANG BAGI REZEKI TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA MALAS MENCARI REZEKI.
Carilah rezeki
Allah sebab
ALLAH PERINTAH KITA CARI REZEKI.
” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.” (Surah Al-Jumu’ah:10)
Jadi
carilah rezeki kita di mana-mana. Di kilang,di pejabat,di warung,di tapak-tapak binaan,di ladang...di mana sahaja. Bukan
duduk di masjid mengharap rezeki jatuh ke riba!
ALLAH PERINTAH KITA BERDOA TAPI ALLAH TAK SURUH KITA DUDUK DIAM DALAM MASJID. ALLAH PERINTAH KITA BERDOA DAN BERTEBARAN CARI REZEKI ALLAH DI MUKA BUMI DAN BERSYUKUR KEPADA-NYA.

Malah jika kita
bersyukur,
Allah tambah lagi nikmat. Kita bersyukur lagi...
tambah lagi nikmat....syukur lagi....
Allah tambah lagi nikmat...tambah lagi nikmat....tambah lagi...tambah lagi...dan lagi...dan lagi...dan lagi dan lagi dan lagi...
MASYA ALLAH!
Namun hari ini ada orang bilang
pejabat bagi rezeki padanya. Ada orang kata
sekolah bagi rezeki padanya. Ada orang ingat
kilang-kilang bagi rezeki padanya.
Restoran bagi rezeki pada dia.
Syarikat bagi rezeki pada dia.
Ada satu orang fikir,
bos bagi dia makan. Ada satu orang fikir
kerajaan bagi dia makan. Ada satu orang fikir
raja bagi dia makan.
Raja bagi dia rezeki.
Tuan Presiden bagi dia rezeki.
Sebab itu ada orang yang
tinggalkan solat semata-mata nak kejar
rezeki. Sebab itu ada orang yang
tidak puasa sebab nak
kejar rezeki. Sebab nak kejar habuan perut. Biarlah aku
tak solat sebab
solat tak penting,
solat tak bagi aku duit,
solat tak bagi aku makan,
solat tak bagi aku kaya. Kerja aku yang penting,
profesion aku yang penting sebab kerja bagi anak bini aku makan,kerja yang bagi aku kaya,bisnes yang bagi aku jutawan.
Padahal maulana-maulana sekalian...
SIAPA YANG BAGI DIA MAKAN?SIAPA YANG BAGI DIA DUIT?SIAPA YANG BAGI DIA HIDUP SENANG?
SIAPA YANG BAGI ANAK BINI DIA MAKAN,SIAPA YANG BAGI ANAK BINI DIA BERTEDUH DAN TIDUR NYENYAK?
Hari ini ada orang yang takutkan
bos dia.
Takut bos dia marah sebab ambil masa nak
solat zohor.
Solat zohor pun tak khusyuk sebab terbayang muka
bos yang garang.
PADAHAL SIAPA YANG BAGI REZEKI KEPADA BOS DIA? SIAPA YANG BAGI BOS DIA MAKAN?
Adakah sebab dia
solat zohor,maka rezeki dia jadi sedikit? Adakah sebab dia
ingat Allah,rezeki dia kena tahan.
Allah kuat kah atau makhluk kuat?
Allah lebih kuasakah atau makhluk lebih kuasa?
Hari ini orang fikir kerja bagi dia makan. Manusia yang bagi dia makan. Sebab itu dia rela jadi
HAMBA MANUSIA. Rela jadi kuli dan pesuruh manusia.
PADAHAL MANUSIA YANG JADI TUAN DIA ITUPUN HAMBA JUGA. Maka nya dia jadi hamba kepada hamba lain.
ADA ORANG YANG JADI HAMBA KEPADA HAMBA.ADA ORANG YANG JADI HAMBA KEPADA RAJA.
Namun ada yang jadi hamba KEPADA RAJA SEGALA RAJA!
Mana lebih tinggi darjatnya,hamba kepada hamba
ATAU HAMBA RAJA?
Oleh itu wahai maulana-maulana sekalian...
Ana mahu bertanya sekali lagi,siapa yang bagi kita makan? Siapa yang bagi kita hidup senang? Siapa yang bagi kita rezeki?
Siapa yang bagi anak bini kita makan sampai kenyang? Siapa yang bagi anak kecil kita makan sampai tidur kekenyangan? Siapa bagi mereka berteduh dari panas hujan?
Kitakah?
Bos kitakah?
Tauke kah?
Guru besarkah?
Ketua pejabatkah?
Pegawaikah?
Rajakah?
Perdana Menterikah?
Presidenkah?
Bush?
Obama?
Yahudi?
Cina kaya?
Orang putih?
ahli korporat?
cakap siapa ya maulana-maulana!
cakap siapa!
SIAPA YANG SUAPKAN REZEKINYA PADA MULUT KITA? MULUT KITA YANG BANYAK MENGUMPAT,MENGUTUK,MAKAN HAK ORANG,BERDUSTA,LAWAN MAK BAPAK,LAWAN ALLAH....
Siapa yang bagi kita makan nasi sampai meleleh air liur kita lihat lauk ayam dan teh ais? Siapa bagi kita kenyang lepas makan nasi? Tidur nyenyak lepas kenyang sampai meleleh pula air liur basi kita.
SIAPA TUAN-TUAN...SIAPA YA MAULANA....?
CAKAP SEKARANG!SIAPA? SIAPA BAGI KITA MAKAN?
SIAPA BAGI KITA REZEKI?
S I A P A?????
ALLAH......
Ya Allah!Engkau bagi aku makan ya Allah.... Engkau bagi aku rezeki ya Allah..... Engkau sayangkan hambamu ini ya Allah....
Tetapi hambamu ini balas dengan maksiat....
hamba mu ini balas pemberianMu dengan kufur nikmat.....
...selalu lupakanMu....
Ampunkan aku ya Allah!! Ampunkan aku!!.....