Monday, March 27, 2017

BERKASIH SAYANGLAH DI DUNIA, NAUNGAN MENANTI MU DI HARI KIAMAT

sumber:google


Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

 "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku." (HR Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1. Setiap kita akan bertemu Allah pada hari akhirat untuk menerima balasan di atas segala amal yang dilakukan semasa di dunia.

2. Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah.

3. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.

Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini. 

 sumber:google

Thursday, March 23, 2017

BERAPAKAH NILAI RM 1 YANG ADA DALAM DIRI MEREKA?

sumber:google

" Mak Cik, 2 ikat 3 riyal sudoh la," kata Leman menawar harga 2 ikat kacang botol yang di jual seorang mak cik tua di kaki lima.

" Ambik lah awe 2 ikat 3 riyal pun," jawab mak cik tua itu perlahan walau hati kurang rela.
Dia risau kalau dia berkeras juga hendak jual RM4 untuk dua ikat kacang botol tu, nanti Leman tak jadi beli. Macam mana dia nak beli beras untuk dibawa balik. Beras kat rumah sudah kehabisan.

" Jap, saya cari duit 5 sen. Rasanya ada ni," kata Leman kepada cashier di butik Polo

Baju Polo yang dia beli berharga RM295.95. Beli kat butik boh. Baru original. Kat butik mana boleh tawar walau 5 sen.

Sedangkan pemilik jenama Polo dan pemilik butik itu dah kaya yang amat. 'Pitih dio liun-liun doh,' kata ore Kelate. 

 sumber:google

Tapi makcik penjual kacang botol itu, tinggalnya di atas tanah orang. Anaknya ramai, suami pula belum pulang dari laut. Bergadai nyawa di lautan luas untuk menyara keluarga.

Tetapi begitulah tabiat orang kita. Menawar pada yang kurang memberi pada yang lebih.
Sepatutnya, kalau seikat kacang botol itu harganya RM2, kita beli dua ikat, kita bayarlah RM5 dan cakap,

" Mok cik. Tok payoh bui nyucur lah. Seriyal lagi tu ambo sedekoh."

Takkan kaya kau simpan RM1 dalam poket. Dan takkan menjadikan kau lebih berharta kalau kau menawar pula harga kacang botol untuk dua ikat. 

 sumber:google

Namun, sedekah RM1 itu mampu memberi senyuman kepada orang tua itu. Mampu membahagiakan dia dan keluarga.

Dan dengan RM1 yang kau sedekah itu, pasti ada satu doa diutus untukmu dari penjual kacang botol di kaki lima.

Apakah mahal RM1 untuk satu senyuman dan satu doa ikhlas untuk kita? 

Fikirlah sendiri...


Fikir dalam-dalam...


"Ubahlah sikap suka menawar pada yang tiada. Sebaliknya, kita lebihkan untuk mereka.
Marilah kita membudayakan amalan sedekah. Marilah....."


 sumber:google

AYAT-AYAT CINTA DARIPADA SI PENCIPTA KEPADA SEORANG HAMBA



sumber:google

Hidup ini sebenarnya kita kuat kerana mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Kalau kita tau semua yang nak datang ini tak baik. Kita akan jadi lemah.

Yakinlah Sahabat...Yakinlah...


1. Aku adalah seperti sangkaan hamba-Ku terhadap Aku. 


2. Aku bersamanya tatkala dia mengingati-Ku. 


3. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya


4. Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku.


5. Sekiranya dia mengingati-Ku di khalayak ramai


6. Aku akan mengingatinya di hadapan khalayak ramai yang lebih mulia, 


7. iaitu para malaikat dan para nabi. 


8. Sekiranya hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, 


9. Aku akan mendekatinya sehasta. 


10. Sekiranya hamba-Ku sehasta, 


11. Aku akan mendekatinya sedepa. 


12. Sekiranya hamba-Ku mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, 


13. Aku akan mendekati-Nya keadaan berlari.”



(HR. Bukhari dan Muslim)


Cuba baca maksud hadis di atas dengan jiwa dan bukakan pintu hati kita untuk-Nya. Sungguh Menenangkan bukan?


sumber:google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...