"Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya isteri derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?"
Jawapan Ustaz :
"BERDOSA juga lah. Tetapi tidak ada istilah suami derhaka pada isteri,
tapi suami akan ditandai Malaikat sebagai durhaka kepada Allah.SWT."
Hargailah serta sayangilah isteri anda wahai suami..
Kerana isteri, rezeki kamu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriat kamu.
Kerana isteri, makan, pakaian kamu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati kamu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata kamu.
Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela
kamu yang tersembunyi dari pandangan mata kamu dan masih menerima kamu
seadanya.
Janganlah sesekali menyakiti hati isteri, ingatlah setiap
pengorbanan isteri, walaupun kecil dimata kamu dan tidak nampak dimata
kamu baginya besar untuk dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang
dikerja untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak-anak
dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat kamu.
Allah sudah menganugerahkan kepada kamu seorang insan yang bergelar isteri, terimalah isteri kamu seadanya. Jika
tidak sempurna, kamu lengkapkan isteri kamu agar ia menjadi seorang yang sempurna
dimata kamu.
Maka itu wahai yang bergelar suami.
Renungan sepintas lalu Mengapa WANITA sering menangis?? Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
AKU beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh kawan-kawan, walau disakiti oleh orang yang disayangi.
WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana AKU
beri air mata untuk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
WANITA sangatlah istimewa...
Kirimkan pada WANITA yang kamu sayangi...
Kirimkan juga pada lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tahu bahwa WANITA itu ciptaan Allah yang teristimewa
Seorang wanita berumur 40 tahun..baru saja menjadi Pengarah disebuah syarikat membawa anaknya datang ke pejabat untuk makan.
Selesai makan anaknya membuang plastik bekas makanannya dilantai.
Datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan menyapu bersih sampah
tadi. Wanita yang baru saja menjadi Pengarah ini hanya melihat nenek ini
menyapu.
Wajahnya sudah berkerut bukan pencen, tetapi sebaliknya harus
jadi tukang sapu. Kerana itu dengan senyum sinisnya,
wanita itu berkata kepada anaknya "Nak sudah besar nanti, jangan jadi
seperti dia. Tu sudah tua masih lagi pungut sampah".
Anaknya hanya
mengangguk kepala kerana masih belum mengerti apa-apa. Nenek ini melihat
kesombongan wanita itu lalu dia bertanya. "Mohon maaf, tumpang tanya..
Puan ini siapa?", katanya tenang. Dengan angkuhnya wanita itu menjawab
"saya Pengarah baru disini, kenapa?!. "
Nenek ini hanya mengangguk, tidak menjawab. Dari jauh datang seorang
lelaki dengan baju rapi menghampiri nenek tua itu. "Puan CEO, silakan
masuk ke ruangan puan". Nenek tua ini membuka jaket lesunya, dan
terlihat baju dan jas rapi dibalik jaket lesunya. (Ternyata dia adalah
pengasas syarikat ini!)
Tanpa mengubah expresinya, dia berkata
kepada lelaki itu. "Tolong tarik balik jawatan wanita sombong ini. Kita
tidak perlu orang sombong seperti dia di syarikat ini".
Lelaki
itu pun mencatat nombor pekerja wanita itu dan dihari itu juga dia
dipecat. Wanita itu tidak mampu menjawab apa -apa,dia hanya diam terpaku.
Nenek CEO ini
berkata ke anaknya,"aku memecat ibumu dan berharap kamu mengerti,
MENJADI ORANG BESAR BUKAN DITENTUKAN DENGAN KEPINTARAN ORANG ITU, TETAPI
BAGAIMANA KITA, ORANG BESAR MAMPU MENGHARGAI ORANG-0RANG YANG RENDAH
DIBAWAH DAN MEMBANTU MEREKA.
PENGAJARAN:
Hidup ini seperti roda.
Banyak liku-liku kehidupan orang lain yang tidak kita fahami. Jangan
pandang seseorang hanya dari luaran serta fizikalnya semata mata.
Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa
yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi
cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat
baginya.”(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa:
“10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Barang siapa yang solatnya itu
tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan
jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata:
“Kalau solat kamu itu
tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka
sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada
hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”