Tiba-tiba teringat kata-kata Prof Muhaya “di Malaysia ini sepatutnya dilabelkan
baju/pakaian yang tidak patuh syariah Islam sebagai baju/pakaian for non muslim only” cantik bukan
pernyataan beliau?
Lihatlah ke mana saja kita berada.360
darjah, setiap sudut, dalam lingkungan apa pun, pasti akan terlihat muda mudi
penuh membanjiri ruang lingkup mata dengan fesyen yang pelbagai. Pelbagai jenis
corak, warna dan bentuk tidak kira material apa yang bebas digayakan ke sana
sini. demikianlah yang berlaku saban hari, tanpa mengira situasi apa pun, baik
keramaian, majlis ataupun sekadar ke kedai di depan rumah pasti anggun
berfesyen.
Persoalannya, apakah itu yang
dianjurkan Islam dalam merebut redha Allah, atau sekadar mahu kelihatan menawan
di tumbir mata masyarakat?
Berpakaian itu terlalu subjektif,
baik dari segi pemilihan warna, corak, bentuk, material, harga, saiz,
kesesuaian, dan imej. justeru, memilih pakaian dapatlah diertikan dengan
aktiviti menonjolkan diri. seperti mana akhlak kita menunjukkan diri kita,
berpakaian pula berkait rapat dengan cerminan akhlak. sudah tentu kita
semua mahu kelihatan menawan dan cantik, tapi biarlah mengikut adab dan syariat
yang telah digariskan dan dianjurkan Islam.
Apa yang pasti, setiap perkara yang
indah dan istimewa itu tidak mudah dipamerkan buat tatapan percuma. Seperti
permata yang bernilai tinggi, bukan sewenang-wenang dibiarkan melata secara
biasa. Sudah pastilah aset sebegitu tinggi nilainya dikawal ketat, dijaga rapi,
dan terlindung dari jangkauan jahat manusia.
Begitu ramai yang keliru dengan
kosep membungkus dan menutup aurat. Semakin ramai yang hanya tahu
membungkus daripada menutup aurat. Hasilnya sekarang, fesyen muslimah juga
sudah tidak lagi patuh syariah akibt terlalu dikomersilkan. Sebab itulah Islam
mengariskan panduan, adab dan etika dalam berpakaian.
Ia juga berperanan untuk melindungi
diri dari fitnah, buruk sangka, tohmahan, caci maki, nafsu dan niat yang
dikhuatiri serta dibimbangi ketulusannya. Manusia yang baik pasti berlaku baik
kepada orang di sekelilingnya dan mengelakkan diri dari mencetus sebarang kemungkinan
yang buruk.
Berpakaianlah mengikut apa juga
acuan dan turutan kita, asalkan menutup aurat dengan sempurna. Pakaian yang
baik, sudah pastilah tidak bergantung kepada telekung untuk melakukan
ibadah fardhu kerana telah tertutup dan terpelihara dengan sempurna. kerana
aurat dan solat adalah selari dalam pemahamannya. Begitu, bukan?
Jagalah Allah dan hakNya.
pasti Allah akan menjaga kamu.
pasti Allah akan menjaga kamu.
No comments:
Post a Comment