Sunday, January 30, 2011

Konspirasi Dunia - Mari Berfikir


Mengenai CEO Muka Buku (facebook) iaitu Mark Zukerberg. Saya teringat pada topik perbincangan saya bersama-sama teman semasa bekerja di bidang IT mengenai ledakan Facebook beberapa bulan yang lalu. Perbincangan kami menjadi semakin serius dan topiknya menjadi semakin detail, antara topic yang kami perkaitkan mengenai database Facebook mungkin adalah salah satu cara kerajaan Amerika mengutip informasi kerana Facebook sangat lengkap. Seolah-olah seperti kita mengisi borang membuat My Kad di Jabatan Pendaftaran Negara.


|Disebalik Tabir Perancangan Mereka|



|Mereka Menyimpan Semua Maklumat Kita|

Mungkin bagi segelintir individu yang tidak berkepentingan ia tidak mendatangkan apa-apa masalah, Tetapi bagi yang memiliki kedudukan seperti Perdana Menteri, Ahli Sains atau manusia-manusia yang berkepentingan dan boleh mendatangkan ancaman ia adalah satu peluang yang terbaik dalam mengumpul data dan mengkaji kelemahan-kelemahan individu tersebut. Mereka memberi data peribadi tanpa sedar mungkin sekadar menganggap ia jaringan sosial. Jika kita sedar pengisian “borang” pada laman sosial berkenaan tersusun, bermula dari tarikh lahir, alamat. Poskod, tempat kerja dan bermacam-macam lagi dan yang paling utama adalah cabang keluarga dan rakan yang terhampir.

Mengapa saya berani menyatakan sedemikian rupa? Jika kita sedar sehingga ke saat ini mereka tidak menyediakan cara untuk menghapuskan akaun bagi individu-individu yang ingin menutup akaun pada laman sosial ini. Mengapa? Ia suatu perkara yang tidak mereka jelaskan sehingga kini walaupun didalam ruangan term and condition laman sosial itu.

Setelah dipersetujui kami mengambil langkah inisiatif dengan menyebarkan kepada umum mengenai hasil perbincangan secara terang-terangan atau secara tertutup, mungkin selepas itu pembaca atau sesiapa yang terbaca artikel yang telah disebarkan dengan pantas mereka akan terus merubah segala informasinya di dalam akaun facebook, sayang sekali, ia di tukarkan, mereka pasti telah menyedia mekanisma untuk mencatatkan sejarah dari salinan asal kepada setiap perubahan yang berlaku kepada akaun individu, ianya dapat diketahui oleh mereka dan disimpan secara kekal kedalam database mereka untuk rujukan akan datang jika perlu.

Anda tidak yakin dengan pernyataan saya? Cuba anda imbas kembali awal tahun lalu seorang warganegara Malaysia yang memiliki akaun laman sosial facebook ini ditahan oleh PDRM bagi membantu siasatan berkenaan kenyataannya yang membakar gereja, Jika kita lihat mudah sekali dia dikesan dan diberkas.


“ke nak aku baling bom petrol di sana plak?…harga boleh runding…”


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 10 pagi 10 Januari lalu.

Perbincangan ini tidak habis disini sahaja tetapi kami ajukan kepada yang lebih arif, menurut pakar itu, ledakan ini berlaku apabila ramai individu yang berangapan jika kita tidak mendaftar serta memiliki akaun di laman sosial ini, maka kita adalah golongan yang ketinggalan zaman, saya akan mengulas mengenai FACEBOOK ini dari sudut konspirasi.

Jika kita pernah dengar mengenai term bagi keselamatan ini JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN INFORMASI SEBENAR MENGENAI DIRI ANDA DI ALAM MAYA, disini saya bermaksud bukan untuk melakukan permbohongan tetapi sekadar meletakan maklumat asas. Cukuplah sekadar nama dan umur. Begitu juga apabila mendaftar talian telefon. Mereka tidak akan tahu keaslian data tersebut. Sekali lagi saya bukan mengalakan pembohongan tetapi berbicara mengenai keselamatan individu di alam maya.

Perisikan adalah sebuah pekerjaan bagi mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin, agar dapat digunakan sesuai dengan kepentingan pengunanya, saya juga yakin jika Facebook atau jaringan laman sosial seperti Friendster, Multiply, Blogspot tidak terlepas juga Mel Eletronik dan banyak lagi. Ia merupakan cara dan idea dari golongan elit dalam menjayakan konpirasi sang mata satu iaitu (The luciferian Conspiration) mereka terlibat dalam mengendalikan laman sosial ini dalam mengumpulkan data-data peribadi dengan lebih mudah dan cepat.


|Dan Brown|

Ada baiknya jika kita berpeluang untuk membaca buku yang bertajuk “The Digital Fortress”, walaupun buku ini kelihatan seperti fiksyen sains, tetapi itulah hakikatnya di masa ini. Sebuah lagi buku yang saya syorkan, bertajuk “The Complex: Bagaimana Tentera Amerika Menyerbu Kehidupan Kita sehari-hari” karya Dr. Nick Turse ataupun jika anda seorang yang malas untuk membaca anda dicadangkan untuk menonton sebuah filem arahan Richard Doner yang bertajuk “The Conspiracy Theory” di mana filem ini mengisahkan Seorang lelaki yang bernama Jerry Fletcher yang jatuh cinta dengan seorang wanita dan hanya mengamatinya dari jauh. Wanita ini berkerja dengan kerajaan. Fletcher pula adalah seorang pengkritik keras kerajaan. Dari teori konspirasi kepada kewujudan makhluk asing sehingga kepada pembunuhan politik, dengan mudah semua teori-teorinya dapat dirungkaikan dengan benar dan tepat oleh beliau. Ini menyebabkan beberapa orang penting di dalam kerajaan ingin dia dibunuh dan dihapuskan begitu juga wanita yang dia cintai turut mengiginkan perkara yang sama terjadi.


|Conspiracy Theory - 1997|

Para pejuang di serata dunia atau aktivis kemanusiaan yang menyedari mengenai hal tersebut dan sedang berperang melawan The New World Order, seeloknya dinasihatkan tidak memiliki Kad Kredit, Debit Kad atau apa-apa pun atas namanya, tidak mengisi ruangan di dalam jaringan sosial di internet dengan informasi yang sebenar, serta menjauhi alat-alat komunikasi yang bersifat kekal seperti nombor telefon dan sebagainya. Dengan kata lain Being Like A Ghost, “Datangnya tidak diketahui dan perginya tidak dicari”

Jika semua itu tidak dapat di lakukan maka para pejuang harus berusaha mengantikan nombor telefon dan bertukar-tukar talian (mungkin bulan ini Celcom bulan depan Maxis bulan lusa Digi) lebih selamat jika digantikan sekali dengan telefon-telefonya dalam waktu yang tidak dirancang agar polarnya sukar dibaca. Jika memiliki jaringan sosial(pastikan informasi yang diisi tidak lengkap) Dicadangkan juga agar kita memasukinya laman sosial itu bukan dari tempat yang sama kerana IP address yang terpamer akan mudah dijejaki, selalulah bertukar-tukar alamat mel eletronik dan sebagainya dalam proses melindungi identity dan keselamatan para pejuang.

Sahabat baik saya pernah menghadiri sebuah pertemuan para risikan, lokasi terpaksa dirahsiakan, tetapi situasinya diceritakan seperti berikut, mereka bertemu di bahagian belakang bangunan utama yang berhampiran dengan kolam renang, sepanjang pertemuan diadakan Televisyen berskala besar di hidupkan walaupun tidak ditonton kerana ia akan menghasilkan bunyi yang bising, semua pancuran air kolam renang dan juga air terjun dibiarkan terpasang, semua telefon cellular dan PDA atau pun Smart Phone dimatikan (bahkan kad sim dan bateri turut di cabut). Semua ini dikatakan sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap pencorobohan maklumat oleh pihak luar. Padahal ruangan tersebut sangat tersembunyi dan kedap suara.

Saya mengeluarkan artikel ini bukan bertujuan dijadikan sebagai fatwa bagi mengharamkan pengunaan Jaringan Sosial, sekadar memberi peringatan dan sedikit panduan tatacara berinteraksi di alam maya agar keselamatan kita terjamin terutama sekali kepada para pejuang sekalian. Kerana itu, kita harus benar-benar fikirkan akan diri kita dan bertanya apakah kita memang benar-benar memerlukan jaringan sosial atau tidak. Kalau sekadar mengikut trend, saya nasihatkan kurangkan kerana risikonya terlalu besar. Dunia yang kita tinggal dan hidup di dalamnya, bukanlah dunia yang memiliki satu warna. Terdapat dunia lain di sekitar kita yang mungkin tidak pernah kita ketahui. Wallahu'alam bishawab.


|Should Us?, Make a good decision for a better life|
 
 
Sumber Dipetik Dari Blog Sahabat:Saint Guerre

Friday, January 28, 2011

Sentiasalah Jaga Aurat anda - Kerana Ada Makhluk Lain Mengintai Anda...!!!


Ada kisah seorang wanita yang suka memakai baju-baju seksi 'gila' di luar dan di dalam rumah. Satu ketika, wanita ini dikatakan terkena penyakit buatan orang. Puas berubat sana-sini, akhirnya bertemu dengan seorang imam yang pandai mengubat penyakit berkaitan sihir dan saka.

Imam itu memberi satu sahaja pesanan pada wanita itu - tutup aurat dan jaga solat 5 waktu, Insya Allah sihir akan mampu dibenteng. Sambil itu, wanita tadi terus berubat dengan imam tersebut.

Setelah dia cuba mematuhi kata-kata imam, lama-kelamaan dia dapat merasakan ketenangan dalam diri dan terhindar dari gangguan 'penyakit' yang dirasakan sebelum itu. Dia rasa seronok bertudung, walaupun sebelum ini rasa panas dan rimas dengan sehelai selendang nipis.

Solat pun sudah tidak pernah culas lagi. Sebelum ini telekung berlipat kemas dalam almari. Suaminya turut terkesan dengan perubahan isterinya, dan dia pun terdorong untuk berubah. Sudah tidak belengging dengan seluar pendek. Dia tidak halang isterinya menutup aurat. Cuma pesannya, kalau hendak tutup aurat, buat betul-betul. Jangan ikut trend dan belajarlah agama. Pasangan ini mencari guru yang dapat menerangkan hukum syariat supaya tidak bosan beramal.

Di sinilah hikmah Allah mewajibkan semua wanita dan juga lelaki supaya menutup aurat seperti mana yang telah ditetapkan oleh syarak. Kerana apabila menutup aurat dan menjaga amal ibadah, kita akan didampingi oleh malaikat, dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin yang sentiasa mengintai peluang mengacau kita dalam apa jua keadaan.

Walau bersendirian, kita tetap perlu menjaga aurat di antara pusat dan lutut. Kita jangan 'perasan' kita seorang sahaja yang ada di bilik air, tandas, atau dalam bilik tidur, sebab ada makhluk lain yang lebih ramai. Kita tak nampak dengan mata kasar mengelilingi kita iaitu malaikat, jin, syaitan dan iblis.

Malaikat tidak akan mendekati kita apabila kita membuka aurat kerana malaikat sangat pemalu, seperti terbukti dalam satu kisah Nabi SAW didatangi Malaikat Jibril sewaktu baginda sedang bersama dengan Khadijah. Apabila Nabi SAW memberitahu Khadijah mengenai kedatangan Jibril, Khadijah meminta Nabi masuk ke dalam jubahnya (jubah Khadijah).

Kemudian dia bertanya Nabi SAW sama ada masih melihat Jibril, Nabi SAW menjawab 'Tidak'. Maka, Khadijah pun yakin yang datang itu malaikat, bukan syaitan, kerana malaikat tidak akan melihat aurat manusia.

Kepada para wanita, bagi melindungi diri dari gangguan iblis, syaitan dan jin dalam apa jua bentuk termasuk sihir, saka dan pelalau, kuatkanlah jiwa dengan iman, jaga amal ibadah yang telah Allah tetapkan, serta perbanyakkanlah amalan sunat dan zikrullah.

Suburkan peribadi dengan sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat baik) seperti selalu bersangka baik dengan apa jua yang berlaku. Jangan mudah hasad dengki, jaga mulut jangan celupar, mata jangan menjeling dan menjegil ketika memandang orang. Akal pula perlu disuburkan dengan pemikiran yang baik-baik kerana semua ini akan mendorong jiwa jadi kuat.

Hati kena benar-benar tulus dan ikhlas, niatkan apa jua kerja kerana Allah dan dimulakan dengan basmalah di samping doa-doa lain. Sesungguhnya jin sangat susah mendekati orang yang ikhlas.

Tegasnya, langkah keselamatan untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan ialah dengan beramal bersungguh-sungguh dengan setiap perintah Allah. Tinggalkan sungguh-sungguh apa yang Allah larang. Sibukkan hati dengan zikrullah dalam aktiviti harian supaya ruang tenang itu tidak dapat dicelah oleh makhluk durjana.

Semoga anda dapat mengambil iktibar.....cerita ini utk menyedarkan kepada lelaki dan wanita....betapa pentingnya menjaga aurat...sekian....

Wednesday, January 26, 2011

Ulama Saudi Larang Nada Dering Azan Dan Ayat Al-Quran


RIYADH, 29 Agustus - Ulama Arab Saudi melarang seruan azan dan bacaan ayat suci al-Quran dijadikan sebagai nada dering HP karena dianggap menjejas kesucian Islam.

Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata perbuatan itu bersifat makruh apalagi jika deringan tersebut terjadi ketika pemiliknya berada dalam tandas atau di tempat hiburan seperti disko.

Ayat suci al-Quran amat tinggi nilainya dan tidak tepat direndahkan tahapnya sebagai nada dering HP. Paling rendah hukumnya adalah makruh,” katanya kepada akhbar Arab, Al-Sharqul Awsat, kelmarin.

Beliau, yang juga pensyarah Akademi Ilmiah Universiti Islam Raja Mohamed Saud, membuat ulasan itu kerana semakin ramai umat Islam menjadikan seruan azan dan bacaan ayat suci al-Quran untuk menggantikan irama muzik moden sebagai nada dering.

Sheikh Saleh berkata larangan menggunakan ayat suci al-Quran dan azan dibuat atas alasan ia memang tidak boleh digunakan berdasarkan banyak sebab, termasuk tempat.

“Contohnya seperti deringan ketika pemilik berada di tempat kotor seperti tandas atau tempat tidak sesuai seperti disko atau majlis apabila ketika itu orang ramai sedang ketawa,” tegasnya.

Apakah pendapat anda semua tentang perkara seperti ini??

Friday, January 21, 2011

Kenapa Bukan Saya?


Kisah benar ini berlaku di US..ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan mempunyai akhlak yang baik. Suatu malam wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak ada satu umat pun yang lalu-lalang disitu. Disebabkan hari sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan takut. Lebih-lebih lagi bila berseorangan.

Tiba-tiba dia ternmpak seorang lelaki (berkulit putih amerika) bersandar di dinding lorong gelap tersebut.
dia merasakan takut dan hati mula terdetik kebimbangan. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah memohon kepada Allah atas keselamatan dirinya. Dia membaca ayat kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantunya disaat itu. Semasa dia melepasi lelaki berkenaan, dia sempat menoleh dan mengecam wajah lelaki tersebut. Lelaki tersebut bersikap endah tak endah dan wanita tadinya selamat sampai dirumah.

Keesokan paginya, wanita ini terbaca didada akhbar tentang seorang wanita telah dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali dilorong yang dilalui olehnya semalam.Kejadian berlaku 10 minit selepas wanita ini melewati lorong tersebut. Wanita solehah ini yakin bahawa lelaki semalam itu adalah pelakunya.

Atas rasa tanggungjawap, dia pergi ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ini dapat mengenali suspek melalui proses pengecaman. Selepas siasatan dijalankan, polis memperolehi bukti kukuh bahawa lelaki tersebut adalah pelakunya.

Tetapi wanita ini hairan kenapa lelaki tersebut tidak menjadikannya sebagai mangsa walhal dia keseorangan pada waktu itu. Sebaliknya memilih wanita yang lalu 10 minit selepasnya. Dia merasa musykil dan meminta kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan pesalah tersebut sebelum dia dikenakan hukuman.

Dia bertanya kepada perogol :
"why don't you do anything to me on that night even though you know me that im alone?"

Perogol itu menjawap :
"no..you are not alone, i saw that you were walking with two men beside you..there are at your right and left side..if you are alone, you might be my victim..not that woman"

Wanita tersebut amat terkejut dengan penjelasan perogol tersebut. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memelihara dia malam itu dan mungkin juga berkat ayat kursi yang dibacanya malam itu.

"Barang siapa yang membaca ayat kursi sebelum tidurnya Allah memerintahkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh menjelma.Barang siapa yang membaca ayat al-kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah memberi pertolongan sepenuhnya".. [dari Abdullah bin 'Amr r.a]

Marilah kita renung-renungkannya wahai saudara-saudaraku.. Moga Allah s.w.t sentiasa ada untuk melindungi para hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lupa pada-Nya serta kekuasaan yang ada pada-Nya....

hatiwanita.files.wordpress.com/2010/03/gadis-pemalu.jpg

Saturday, January 15, 2011

Konspirasi Dunia - Pendominasian Surah Al Baqarah 278-281 (bahagian akhir)


Selepas kita memahami isu asas riba`, maka kita akan melihat bagaimanakah riba ini menjadi asas kepada sistem ekonomi semasa.

Dalam kita memahami isu riba`, ia tidak lari dari kita memahami mengapa riba` menjadi asas kepada sistem ekonomi pada hari ini. Kepelbagaian ideologi ciptaan manusia pada zaman ini bagi menggantikan cara hidup Islam menunjukkan bahawa ideologi-ideologi ini tidak lain melainkan menjadikan Tuhan hanya sebagai satu bahagian dari kehidupan bukan dalam semua cara hidup.

Salah satu ideologi yang terus subur pada hari ini adalah KAPITALISME.

Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Peneraju utama yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.

Sebelum kemunculan bank di zaman kapitalisma kaum pedagang emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat muzium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu, emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas/resit jumlah emas yang tersimpan.

Kertas/resit ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berpuluh-puluh.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Maka keyakinan mereka akan bertambah.

Keyakinan yang bertambah ini menjadikan saudagar-saudagar menggunakan resit/kertas ini dalam urusan jual beli di atas keyakinannya bahawa kertas-kertas/ resit-resit itu adalah bernilai sama dengan emas yang disimpan.

Sebagai contoh penggunaan resit ini seperti berikut:

Pak Ali simpan 10 gram emas pada Tuan Kedai Emas, dan Tuan Kedai Emas mengeluarkan suatu kenyataan bertulis bahawa kertas/resit ini mewakili 10 gram emas milik Pak Ali telah disimpan.

Maka Pak Ali pergi ke kedai Pak Abu, ingin membeli barang(contoh kurma atau apa sahaja barang) tetapi Pak Ali tiada emas di tangan, hanya ada sekeping kertas bertulis Mewakili Nilai 10 gram emas.

Pak Ali memberikan kertas tersebut kepada Pak Abu, dan Pak Abu menyerahkan satu bidang karpet kepada Pak Ali.

Jika kita ingat pengertian RIBA`, riba terjadi apabila berlaku dalam urus niaga yang berkaitan emas/perak atau makanan.

Maka setelah urusan jual beli tersebut selesai, Pak Abu perlu pergi ke kedai emas untuk menukarkan kertas/resit kepada nilai emas yang disimpan.

Di sini berlaku penangguhan yang dilakukan oleh Pak Ali terhadap emas miliknya yang sepatutnya Pak Ali perlu membayar dengar emas, tetapi Pak Ali menangguhkan pembayaran dengan menjanjikan sekeping kertas yang boleh ditebus dengan nilai emas yang tertulis di atasnya.

Ini adalah RIBA` yang jelas. Dari sinilah masyarakat dikaburi dan hidup di atas sistem riba dan yang lebih pasti kini umat islam juga tidak terkecuali.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Minyak. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Minyak. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Minyak bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai. Inilah asal-usul duit kertas atau bank note. Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rahsia dengan alasan untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Penipuan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada orang gaji dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini iaitu 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.

Masyarakat umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank!! Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.

Contoh: Ada sebuah bank yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat mereka melakukakan penipuan yang nyata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan. Ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.

Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini. Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran, amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.Adakah anda semua sudah jelas??

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank ingin mengeluarkan duit maka nescaya huru-hara Bank! Kerana hakikatnya di dalam bank itu sendiri tidak tesimpan sejumlah wang yang pelangan simpan di dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008. ADAKAH ANDA SUDAH SEMAKIN JELAS DI SINI??

Bank Northern Rock di Scotland menjadi huru hara apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka, ia merupakan permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka selamat disimpan didalam bank. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka penipuan yang mereka lakukan terdedah. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang melakukan penipuan kini tidak akan dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk penipuan telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik bank ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak keuntungan.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Sejarah Duit Kertas Zaman Moden

Cuba kita imbas kembali sistem duit kertas ini mula melebar di kalangan negara umat Islam dan mengapa umat Islam berterusan dilihat hidup dalam kehinaan.

Pada tahun 1944, satu perjanjian di Bretton Woods yang diwakili oleh sejumlah 44 buah negara bersetuju menjadikan Dollar Amerika (USD) sebagai matawang antarabangsa menggantikan emas, dan setiap satu USD mewakil 1gram emas yang disimpan di dalam bank di Amerika atau dengan kata lain, setiap satu auns(34 @ 35 gram emas) bernilai 35 USD.

Setiap negara yang mempunyai USD dalam simpanan negara mereka, maka negara tersebut boleh membawa duit USD di negara tersebut ke Amerika, dan boleh ditukarkan dengan emas yang ada.

Syarat ini hanya sah untuk kerajaan, jika rakyat perseorangan ingin menukar USD dengan emas, ini tidak dibenarkan sama sekali.

Maka kita melihat, satu sistem kufar, sistem yang mengisyhtiharkan Perang Terang-terang dengan Allah, mula beroperasi.

Emas yang sepatutnya diniagakan secara tunai tidak lagi dilaksanakan, melainkan ianya ditangguhkan dalam urusan jual beli. Penjual yang sepatutnya mendapat emas, sebaliknya hanya mendapat kertas dan perlu mengambil sendiri emas yang sepatutnya dia dapat dari satu tempat lain.

Mari kita rujuk salah satu hadis yang berkaitan :
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.
Kemudian, pada tahun 1971, Amerika mengisyhtiharkan bahawa US dollar tidak lagi disandarkan dengan nilaian emas, setiap negara yang mempunyai USD tidak lagi boleh menukarkan USD dengan emas.

Maka di sini, kita melihat satu perjanjian yang dibuat dahulu telah dimungkiri, sebilangan besar manusia/negara yang terlibat dalam perjanjian ini telah bulat-bulat ditipu. Maka nilai USD yang ada pada tangan mereka sekarang tiada apa-apa nilai melainkan kertas.

Bermula tahun 1971, nilai kertas terhadap emas semakin meningkat. Sehingga pada hari ini, satu auns (35 gram) bernilai 1280 USD berbanding satu auns pada sebelum 1971 nilainya 35 USD.

Jika seseorang pada tahun 1970 contohnya, dibayar gaji oleh majikannya bergaji RM 900 ringgit(1 USD = RM 3) , maka kita akan dapati nilai emas yang boleh didapati adalah lebih kurang 8.5 auns.

Pada hari ini, seorang amah yang dibayar RM 900, pada hari ini, hanya boleh mendapat sekitar 0.2 atau satu perlima (1/5) auns.

Lihatlah bagaimana manusia dimiskinkan dan ditipu. Nilaian kerja setiap manusia setiap hari dikurangkan sedangkan bebanan kerja yang dihadapi setiap hari ditambah.
Isu Wang kertas boleh disimpulkan dalam 4 perkara tetapi hanya 3 yang akan dijelaskan di sini.

1. Isu Riba dan Hutang.

Ini isu yang sangat jelas apabila kita sudah memahami asas kepada timbulnya wang kertas.

Emas dan Perak tidak boleh diniagakan/ dijual beli secara bertangguh. Maka penangguhan yang dibuat dalam urus niaga emas dan perak menjadikan urusan jual beli tersebut menjadi urusan riba, bukan urusan jual beli.

Kedua-dua pihak yang terlibat, penjual dan pembeli, secara terang mengishtiharkan Perang terhadap Allah dan Rasul.

Selain isu riba, isu hutang juga dikaitkan dengan wang kertas. Apabila seseorang memberikan kertas 10 USD bererti ada nilai sebanyak 10 gram emas di dalam bank.

Bila dia menjadikan kertas 10 USD itu untuk urus niaga, maka 10 USD itu boleh dikatakan sebagai hutang sebanyak 10 gram emas dari pembeli kepada penjual.

Maka urus niaga ini tidak sah. Bahkan apabila kertas ini bertukar-tukar tangan.
Hutang dijadikan bahan niaga.

Ini sesuatu yang jelas melanggar hukum Allah. Kerana hutang, ianya perlu dicatat dan mempunyai saksi, sedangkan urusan perpindahan hutang (kertas) dengan hutang (kertas) ini tidak dicatat langsung semua aturan Allah.

2 . Isu menjadikan ahli kitab sebagai pemegang amanah.

Emas yang kita ada disimpan pada seorang pemegang amanah (bank atau siapa-siapa). Apakah kata-kata Allah, Pencipta Kita terhadap perkara ini? Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.
Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan:Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).|Qs. ali imran: 75|
Dari ayat ini, Allah menjelaskan dari ahli kitab itu, tidak amanah apabila emas kita disimpan dengan mereka.

Berkenaan ayat ini, seorang ulama memberikan penjelasan , Qadi Abu Bakr ibn Al-Arabi di dalam bukunya Ahkamul Quran(hukum-hukum Quran)
”Ia adalah dilarang bagi seseorang muslim untuk memberikan amanah kepada orang kafir di luar Dar Al-Islam(Tanah air/Negara Islam), iaitu ” kecuali engkau selalu menuntutnya”
yang membawa erti ianya dibawah kuasa seorang Muslim yang mempunyai autoriti untuk memaksanya.

Penerangan terhadap keterangan ini ada di dalam ayat itu sendiri
”Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi ”
Yang boleh kita jelaskan, bahawa mereka akan dengan sendiri memungkiri perjanjian yang awal. Disebabkan perkara ini dibuktikan oleh sejarah, maka kita merumuskan bahawa ianya satu perkara yang sangat penting bagi seorang muslim memahaminya.

3. Kehilangan Nilai Wang Kertas.

Jika kita masih ingat, harga seekor kambing pada awal 1990-an, ianya hanya sekitar harga RM 100, tetapi , kini harga seekor kambing bernilai sekitar 600-700 seekor.
Jika kita menyimpan RM 100 dari awal 1990-an, maka jika menggunakannya pada waktu kini, kita tidak berjaya membeli satu bahagian kambing pun.

Begitu juga dengan barangan lain, dan barangan yang paling ketara adalah emas. Proses kehilangan nilai duit kertas ini adalah perompakan secara besar-besaran. Perompakan atau penipuan, dua-dua kita boleh istilahkan kepada sistem kehilangan nilai duit kertas.

Seorang Muslim apatah lagi mukmin, tidak boleh meletakkan dirinya di dalam kebinasaan.

Apatah lagi, meletakkan dirinya sendiri dalam situasi sentiasa ditipu dan dianiaya. Bukankah Nabi pernah menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh terjatuh ke dalam lubang yang sama kali ke dua?(betulkan saya tentang hadis ini)Ingatlah bahawa suatu ketika dahulu peristiwa atau keadaan yang ada pada zaman ini, sudah berlaku tika zaman nabi Syu’aib.

Antara yang Nabi Syuaib a.s dakwahkan, adalah larangan terhadap perangai atau sifat dari kalangan masyarakat yang suka menyebabkan kerugian dan kehilangan nilai harta manusia. Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya;
dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.|Qs. al-a’raf: 85|
Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.|Qs. al-a’raf: 86
| Kisah Nabi Syuaib adalah peringatan yang jelas dari Allah, bahawa antara punca kerosakan bumi adalah penipuan dalam timbangan, dan sifat suka menghilangkan/ merugikan nilai dari dari harta manusia.

Sikap yang ditunjukkan oleh kaum Nabi Syuaib adalah penentangan yang nyata, maka kalian cuba bacakan apakah nasib kaum yang terang-terang memepertahankan sistem itu.

Nasib kita pada hari ini, jika tidak mahu terus berada di dalam kerosakan dan termasuk golongan yang akan dihapuskan Allah, maka berwaspadalah terhadap sistem ekonomi yang ada pada hari ini, fatwa-fatwa ulama berkenaan sistem duit kertas perlu dinilai semula, bahkan ditolak secara terus kerana ianya bertentangan dengan peringatan Allah agar kita menjauhinya.

Fatwa sebilangan kecil ulama di Malaysia yang menghalalkan ASB adalah sangat diragukan dengan alasan ianya untuk maslahah umat islam,sedangkan kaitan ASB dengan riba sangat jelas, sedangkan Allah menghendaki agamaNYA terus lurus, tetapi mereka yang digelar ulama ini, mengambil pendekatan menjauhkan manusia dari agama Allah dan menjadikan agama Allah yang lurus menjadi bengkok.

Kesimpulan Akhir Dari Wang Kertas, Disebabkan majoriti umat Islam dan negara Umat islam menggunakan duit kertas, maka kita melihat kehinaan yang menimpa sebilangan besar umat islam disebabkan kita dengan sendiri Mengistiharkan Perang terhadap Allah, dan kita meninggalkan suruhannya dan mengikut telunjuk manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah dalam urusan kehidupan kita.Jika kita memahami isu duit kertas, maka dari isu ini akan timbul isu perbankan termasuk perbankan islam, takaful, saham, ASB. Jika ada yang mempersoalkan bahawa Ulama sudah berfatwa, maka jawapan pada persoalan ini adalah, ulama bukan Tuhan yang memberikan HUKUM!!

Kesilapan terbesar umat islam pada zaman ini apabila seorang yang dikatakan ilmuwan Islam mengeluarkan fatwanya berkaitan duit kertas, Dr Yusuf AlQaradawi dari Fatwa Muasirah beliau:
“WANG KERTAS TELAH MENJADI WANG YANG DIGUNAKAN SELURUH DUNIA. BAGAIMANAKAH INGIN MEMBATALKAN HUKUM RIBA PADANYA SEDANGKAN SEMUA MANUSIA BERMUAMALAT DENGANNYA TIDAK LAGI DENGAN EMAS DAN PERAK ? SESIAPA YANG MEMILIKINYA DIANGGAP KAYA WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN PERAK. DENGAN WANG INI, LELAKI MENJADIKAN MAHAR, DIGUNA DALAM JUAL BELI, SEWA DAN MEMBAYAR DIAT. SEMUA MUAMALAT MELALUI WANG KERTAS SUDAH MENCAPAI TAHAP EMAS DAN PERAK”
Jika seorang yang dikatakan ulama tidak memahami realiti sebenar duit kertas, maka bagaimanakah ummat ini ingin dibawa keluar dari kehinaan? Mereka hanya manusia sama seperti kita, dan keterangan ini saya tidak mengatakan tidak perlu orang yang berautoriti untuk mengulas sesuatu isu, tetapi yang HALAL telah Jelas dan yang HARAM telah jelas, mengapakah hukum-hukum yang jelas ini ingin disamar-samarkan isunya?Ingatlah satu kisah dari al-quran yang mana ramai manusia menyuruh Allah agar ditimpakan azab yang berkali ganda kepada golongan yang membawa mereka kepada neraka

Allah berfirman:
Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan.|Qs. al-a`araf: 38-39|
Apakah kita mahu mengikut sikap ahli neraka yang menunjukkan yang ianya kesalahan orang lain apabila kita termasuk dalam kalangan yang tersilap/salah?Rugilah jika kita tidak memahami isu ini dengan jelas.Semoga Allah menunjukkan kepada kita jalan kepada kebaikan dan menjadikan kita cenderung kepada kebaikan dan memberikan kita kekuatan untuk beramal.

Saturday, January 01, 2011

Ditampar Bapa Sendiri Hanya Kerana Ingin Memakai Tudung

 Ceritanya begini....

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu...

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar..

Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...