Tuesday, December 31, 2013

Cukup-Cukuplah Dengan Kenaikkan Dan Penindasan Ini Kami Juga Manusia Yang Berhak Untuk Hidup



Assalamualaikum…
Artikel ini saya ambil dari [Link].Selepas membacanya, ia sama seperti apa yang ingin saya luahkan kepada semua pembaca. Hayati dan fahamilah penulisan ini degan baik,semoga kita semua memahami dan mencerna segala mesej yang saya serta penulis ingin sampaikan Insyaallah…
Bismillahirrahmanirrahim.

'Apabila RM12,000 sebulan masih tidak cukup untuk hidup di Malaysia' - saya membaca berita bertajuk sebegini
di sini.

Itu orang yang bergaji lima angka.

Kalau mereka yang menjalani hidup 'lifestyle of the rich and the famous' pun mula merungut,apa Anda fikir nasib mereka yang di kampung?

Apa Anda fikir nasib mereka-mereka yang bekerja sebagai Kerani di Syarikat Swasta Kecil?

Apa Anda fikir nasib mereka yang bekerja sebagai 'kuli' (maaf menggunakan terma ini - tapi terpaksa diguna untuk menggambarkan situasi) di Kedai Biskut di Bandar Kecil?

Dengan Bil Elektrik,Bayaran Ansuran Kereta,Bayaran Sewa Rumah (nak beli rumah tak dapat sebab mahal sangat,kereta pun Kancil je).

Ditambah lagi Budaya Melayu Moden yang terlalu Material sehingga meninggalkan 'Roh Islam' - di mana Budaya Moden Melayu ini menuntut paling kurang 1000 Orang perlu menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Mereka [
Link].

Mungkinkah ini yang dinamakan Batak-isme?

Apakah Batak?

Batak - saya tidak tahu apakah maksud sebenar perkataan ini.

Tapi bagi saya - Batak menghampiri maksud fascist - atau sekurangnya mereka yang menyokong fascism.

Bahasa mudah untuk situasi ini - mereka yang tetap mempertahankan kenaikan harga walau secara jelas kenaikan harga adalah sesuatu yang menzalimi orang bawahan.

Hey,come on - orang bawahan juga manusia!Dan kami membentuk lebih 50 Peratus Manusia di Malaysia!

Mungkin mereka yang sesuka hati melakukan kenaikan harga barang ini tidak faham 'kenapa orang ramai marah'.

Yalah.Mana mampu sedar.Mereka sendiri tidak pernah susah dari kecil!

Lahir di atas katil emas.Dan kalau boleh....

Ah,orang yang kurang akal sahaja yang menyokong perkara ini.

Sebenarnya orang ramai tidaklah begitu marah kalau beberapa perkara diatasi sebelum kenaikan berlaku.

Tapi,orang ramai marah kerana ini Zaman Internet.

Manusia sudah boleh berfikir.

Walau mungkin sesetengah manusia feudal mahu menafikan perkara ini.

Boleh sahaja saya diam - tidak berbuat apa-apa - tidak menulis tentang perkara ini - kerana apa?

Sebab leher saya sudah lepas.

Tapi apakah seorang Muslim itu menjalani hidupnya tanpa mempedulikan kebajikan orang lain?

Apakah Umar Al-Khattab RA itu tidak mempedulikan kebajikan orang di bawah jagaannya?

Fikir.Dan kaji.

Perkara ini boleh dibanteras andai mereka yang berkenaan kurangkan pembaziran.

Apa?

Anda kata 'Pembaziran apa?Takde pun?'.

Ah.

Contoh mudah.

Dalam satu Majlis Rasmi - berapa banyak Bajet Pembaziran yang boleh dijimatkan?

Berapa banyak Flyer,Beg Rasmi,Baju Rasmi - dicetak dan tidak lagi dipakai selepas Majlis berlangsung?

Dan setiap kali 'lawatan rasmi' - berapa banyak Pembaziran berlaku?

Ketirisan itu dan ini?

Saya tidak akan berkata kalau tiada perkara berlaku di hadapan mata.

Dan saya yakin - semua ini telah diketahui kita semua.

Samada Anda mahu akui - atau membutakan mata sahaja.

Ah.

Tapi dari satu segi,walaupun saya tidak bersetuju dengan kenaikan harga - saya juga AMAT tidak bersetuju dengan Para Pemuda yang semangat 'melawan' dalam Dunia Maya sahaja - bilamana dalam Dunia Realiti - mereka ini kelas pun tidak hadir,belajar malas,suka berfoya-foya dan sebagainya.

Golongan Pemuda seperti ini - sangat tidak perlu kita sokong kemarahannya.Kerana apa?Saya yakin kalau mereka sebegini diberikan kuasa,mereka akan bertindak sama seperti apa yang mereka tentang sebelumnya.

Islam menuntut kita seimbang.

Kita menentang kenaikan harga.Tapi dalam masa sama,dalam Dunia Realiti - kita mesti menjadi Muslim yang sebenar!

Bukan sekadar berteori.

Ini memang Zaman Ujian.

Semoganya kita ditetapkan hati.

Bacalah Al-Quran selalu.

Dan ya,tahukah Anda siapa
Riza Aziz?Mengikut Link ini - Beliau berusia 35 Tahun.

Erm.Untuk menerbitkan sesebuah Filem di Hollywood - tentulah punyai Dana besar.

Ironi - kebanyakan mereka yang menjerit 'Hidup Melayu' apabila masuk ke kampung-kampung kecil - mereka-mereka yang sama jugalah yang kaum kerabatnya sangat jauh dari 'Gaya Hidup Melayu' (saya cuba mengaitkan antara Slogan mereka dengan Gaya Hidup mereka).

Itu sahaja.

'Jangan tarik biasiswa saya hanya kerana saya menulis perkara sebegini' - dahulu kala saya selalu berfikir sebegini tatkala mahu menulis artikel sebegini.

Tapi kini tidak lagi.

Apa guna merantau belajar di Luar Negara - andai hidup tidak mampu berfikir?Apa maksud mengaku Muslim yang mengangkat Prinsip Kebenaran - andai minda dan jiwa masih tidak ter-liberate?
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan. [Ali-Imraan : 156]

Hanya kepada Allah SWT kita bergantung,hanya kepada Allah SWT kita memohon.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Saturday, December 28, 2013

Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam (Bagaimanakah Caranya Untuk Bangun Subuh?)







Assalamualaikum.

Seperti yang kita tahu,Rukun Islam itu terdiri daripada 5 perkara.Rukun yang keduanya adalah Solat Lima Waktu.Dan kita tahu,ianya adalah haram untuk kita meninggalkan solat secara sengaja.[link]

Tetapi,cuba berlaku jujur,tanya diri anda.Berapa ramaikah orang yang bangun untuk bersembahyang subuh setiap hari pada zaman ini?Mengikut pemerhatian saya dari keadaan sekeliling,saya boleh simpulkan hanya 40% yang bangun subuh pada pagi hari.Ini adalah statistik yang menyedihkan.

Bangun subuh pada pagi hari ini bukan bermaksud sembahyang ganti subuh setelah matahari tegak.Tetapi,ketika waktu prime-time.Sebelum habisnya waktu untuk bersolat subuh.

Sebenarnya,punca kita sukar bangun subuh mungkin kerana waktu dan cara tidur kita yang tidak betul.Jadi,di dalam artikel ini,akan saya kongsikan cara tidur yang betul menurut Islam yang jika dituruti,pasti akan membolehkan kita bangun subuh setiap hari.

Saya juga akan turut menyenaraikan beberapa perkara tidak bermanfaat yang anda terpaksa ubah dalam kehidupan seharian untuk mengikuti cara tidur ini.

Dan terakhirnya,sebelum meneruskan lagi penulisan,elok diingatkan,cara tidur mengikut Islam ini baik untuk kesihatan.Badan anda pasti segar di pagi hari setelah mencuba.

Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam

1) Tidur awal.Mungkin dalam pukul 1030 malam,anda sudah boleh masuk tidur.Jika anda sudah berkahwin,latih anak-anak anda tidur awal juga.

2) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak.

3) Semasa hendak tidur itu,niatkanlah dengan ayat lebih kurang begini "Ya Allah,aku tidur ini kerana-Mu ya Allah.Untuk memenuhi fitrah badan aku.Kerana aku ingin bertahajud pada malam nanti pula.Semoga tidur ini memberi kebaikan yang sama dengan tahajud aku nanti."

4) Tetapi,niat di atas itu bahasa tidak formal sahaja.Itu saya baca begitu.Bukankah Islam itu mudah?Anda boleh search di internet untuk niat lebih formal.

5) Kemudian,tidurlah anda.Sebelum tidur itu,berwudhu'lah dahulu seelok-eloknya.Baca juga ayat Qursi.Baca juga surah Al-Ikhlaas,Al-Falaq dan An-Naas.Mengucap juga dua kalimah syahadah sebelum tidur.

6) Kemudian,dalam hati,niatkan untuk bangun pada pukul sebagai contoh mari kita letakkan 1.30 AM.Ini kerana waktu itu,kita punya minda belum sampai tahap tidur yang susah bangun.Ini kajian sains pun ada sebut.

7) Kemudian,bangunlah kita.Lakukan solat tahajud.Lakukan solat sunat.Ketahuilah bahawa solat tahajud itu solat sunat yang amat dituntut selepas solat fardhu.[link]

8) Kemudian,jika anda masih mampu,bacalah sedikit Al-Quran.Tetapi,janganlah lakukannya jika anda mengantuk.Rasulullah berkata yang bermaksud lebih kurang begini "Janganlah bersolat dalam keadaan mengantuk kerana kamu akan mencaci diri kamu sendiri nanti".

9) Kemudian,tidurlah kita.Tetapi,setkan alarm untuk bangun subuh pula.

10) Kiranya kita boleh simpulkan kita bertahajud selama sejam.Iaitu sehingga 2.30 AM.Jadi,kita akan tidur selama 4 jam sehingga jam 6.30 AM. (Anda boleh sesuaikan waktu ini dengan jadual solat kawasan anda)

11) Tetapi,setkan di dalam minda.Kita hendak bangun subuh.Berdoalah kepada Allah.Supaya membangunkan kita ketika subuh.Dan ketika sedar sahaja,pastikan mengucapkan syukur kepada Allah.

12) Lawan perasaan malas anda.Itu hanyalah syaitan.Sains mengatakan kita perlu tidur 6-8 jam berterusan bukan?Sebenarnya kajian terbaru ada menunjukkan bahawa kita hanya perlu tidur 3-4 jam berterusan.Dan bangun malam sebentar itu bagus untuk kesihatan.

13) Dapat membaikkan buah pinggang dan sebagainya.Ini bertepatan apa diajarkan Rasulullah SAW.Baginda menyeru kita tidur sebentar apabila kita mengantuk.

14) Nampak?

15) Dan kemudian,apabila sampai ke waktu zuhur (tengahari),berbaringlah anda sebentar.Orang putih kata take a cat nap.Ianya bagus untuk kesihatan.Niatkan juga untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.Pasti mendapat pahala dan berkat.

16) Jangan tidur selepas asar.Ada bukti sains juga yang mengatakan tidur selepas asar boleh menghilangkan kewarasan (gila).

17) Dan apabila sampai malam,apabila anda mengikuti cara ini,pasti anda dapat tidur awal.Mula-mula hendak berubah,tentulah susah bukan?Jangan risau.

18) Dan dengan mengikuti cara ini anda mendapat 3 perkara.Iaitu keberkatan Allah SWT,kesihatan tubuh badan,dan juga dapat menjalankan tanggungjawab anda sebagai Hamba Allah SWT.

Perkara Rutin Kehidupan Seharian Yang Perlu Anda Ubah Untuk Mencapai Matlamat Ini

1) Kurangkanlah berhibur.Adakah anda fikir hiburan itu semua dapat membantu anda di akhirat kelak?Tiada guna menonton rancangan-rancangan yang tiada nilai kebaikan itu semua.Tiada guna anda duduk depan Facebook 24 jam mengharap akan keluarnya notification baru.

2) Tekad dan Istiqamah.Lakukanlah untuk mengharapkan keredhaan Allah.Anda hidup di dunia ini kerana Allah SWT mengizinkannya.Janganlah lupa kepada-Nya.Jika anda bersolat tahajud dan lengkap solat fardhu,pasti Allah akan membantu anda dalam hidup di dunia dan akhirat.

3) Jangan fikirkan orang lain punya kritikan.Ya.Hidup di zaman moden.You know.Malam masih muda selagi jam masih lagi belum menunjukkan pukul 5 pagi.Walaubagaimanapun,itu bagi mereka yang tiada ilmu.Jika anda masih mahu mengikut mereka,teruskan.Jika mahu menjadi hamba Allah yang mendapat berkat-Nya,ubahlah cara hidup.

4) Anda perlu untuk menambah ilmu anda juga.Jika anda tiada ilmu,ibadat anda itu kosong.Jika anda berilmu,anda akan dapat menghayati perbuatan anda.Sebagai contoh,jika anda ada ilmu tentang wudhu',anda akan tahu betapa besarnya kebaikan berwudhu' itu.Jika tidak,anda tidak lebih sekadar berwudhu' kosong.

Tetapi,Bagaimanakah Jika Saya Duduk Di Hostel?

Mungkin itu persoalan yang melanda anda.Ya.Bagaimana anda mahu tidur awal jika anda menginap di asrama.

Itulah masalah kita pada hari ini.Oleh kerana kita hidup terlampau berpaksikan nafsu,kita tidur lewat,berjaga malam tanpa berbuat apa-apa membuang masa.

Itulah pentingnya anda untuk tidak membuat bising di dalam bilik.Ini tidak,hati roommate tidak pernah dijaga.Bising.Memasang lagu sekuat-kuatnya.Headphone bukankah ada?

Jadi,jika anda tidur di hostel,anda mungkin boleh pergi tidur di surau.Atau pergi tidur di bilik orang yang senyap buat beberapa jam sebelum bangun solat malam.Jangan bimbang.Jika ada kemahuan,di situ ada jalan.Allah pasti membantu.

Tentang rakan yang membuat bising dalam bilik,bersabar sahajalah dengan mereka ini.Pelik juga.Mereka ini tidak ada rasa bersalah ke tidak bangun subuh?

Mungkin sebagai permulaan,anda boleh sebarkan isi artikel saya ini kepada kawan anda?Atau sharekan di Facebook.Mana tahu,pihak berkenaan mungkin terasa dan mengubah sikap.Malah,mungkin beliau dan anda akan turut bersama-sama tidur awal.Indah bukan?

Kesimpulan

Jika anda mengikuti cara tidur ini,anda pasti boleh bangun subuh dan anda pasti akan merasa sihat.

Saya tidak tipu.Saya sendiri sudah mencuba cara ini selama sebulan.Dan Alhamdulillah saya sentiasa bangun subuh dalam tempoh sebulan ini.Kalau dulunya,ada juga miss.

Dan,saya gerenti anda juga.Anda tidak akan mengantuk pada siang harinya.Tetapi,anda akan lebih ceria dan segar.

Bukankah Nabi SAW bersabda bahawa tidak elok untuk tidur selepas Subuh?

Setelah saya mencuba cara ini,saya berpendapat bahawa kita tidak elok untuk tidur selepas Subuh kerana jika kita tidur semula dan bangun lewat,minda kita tidak akan fresh.Malah,kita still perlukan tidur.Dari situ,kita dapat lihat,hidup berpaksikan nafsu tiada kesudahan.

Dan,jika anda tidak tidur selepas subuh,anda akan fresh.Anda boleh memasak sarapan,membaca suratkhabar,tidak mengantuk untuk pergi ke kerja,membaca Al-Quran,menyiram bunga.Malah anda juga akan gembira dan riang.

Tidakkah itu menyeronokkan? (Mungkin hanya menyeronokkan bagi orang yang normal).

Itulah dia.Semoga anda semua dapat manfaat dari artikel ini.

Amalkanlah cara ini.Sesungguhnya tiada guna anda membaca artikel tentang Akhir Zaman dan Dajjal jika Solat Subuh anda tidak sempurna.Kerana Solat itu merupakan perkara pertama dihisab di Akhirat kelak.

Fikir-fikirkanlah.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

Kisah Nabi Ibrahim Menguji Menantunya




Pada suatu hari, nabi Ibrahim as datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya Ismail. Ketika baginda tiba, nabi Ismail tiada di rumah sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu nabi Ibrahim. Tanpa berlengah baginda bertanya kepada perempuan itu tentang nabi Ismail.


Perempuan itu memberitahu bahawa nabi Ismail keluar memburu. Apabila disoal tentang suasana kehidupan mereka maka perempuan itu menjawab : " Kami hidup susah dan kesempitan". Nabi Ibrahim bertanya lagi : " Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?". Jawab perempuan tadi :" Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman".


Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh perempuan itu maka nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu.


Sebelum bertolak pulang maka nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan tadi yang juga merupakan menantunya : " Sampaikan salamku kepada suamimu dan pesanlah kepadanya agar menukar bingkai pintu rumahnya".


Sebaik sahaja nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya :" Adakah ada seseorang datang menziarahimu?". Jawab isterinya :" Ya! ada iaitu seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu. Aku telah menerangkan segala apa yang berlaku kepadanya".


Baginda bertanya lagi :" Adakah dia meninggalkan sebarang pesanan kepadamu?". Jawab isterinya : "Ya! dia telah berkirim salam kepadamu dan meminta aku memberitahumu agar engkau menukar bingkai pintu rumahmu". Mendengar jawapan daripada isterinya lantas nabi Ismail menjelaskan kepadanya :" Itulah dia bapaku dan dia telah memerintahkan aku supaya berpisah denganmu dan pulanglah kepada keluargamu semula". Nabi Ismail terus menceraikan isterinya dan mengahwini perempuan yang lain.


Setelah berlalu beberapa lama masa maka nabi Ibrahim datang semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya Ismail. Kali ini sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu yang mana nabi Ismail tiada di rumah. Baginda mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik.

Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru : " Adakah kamu mempunyai tetamu?". Jawab perempuan itu :" Ya! iaitu engkau". Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua lalu perempuan itu menjawab :" Kami berada dalam keadaan baik dan bahagia". Sambil itu dia memuji-muji Allah.


Sebelum pulang nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan itu : " Apabila suamimu pulang maka sampaikan salamku kepadanya dan beritahunya supaya terus kekalkan bingkai pintu rumahnya". Kemudian nabi Ibrahim berlalu pergi.


Setelah nabi Ismail tiba di rumahnya maka isterinya telah menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberithu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan salam dan pesanan daripada lelaki tua itu kepada nabi Ismail.


Mendengar penjelasan yang diberikan oleh isterinya lalu nabi Ismail dengan gembira memberitahu :" Dia merupakan bapaku dan dia berpesan agar menjagamu dan jangan menceraikanmu". Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...