Pembaca Setia

Thursday, August 18, 2016

IBU DAN AYAH KITA



Bilamana anak-anak duduk jauh, mak ayah kat kampung makan ala kadar je sebagai alas perut. Bila anak-anak pulang ke kampung, baru lah mereka sibuk nak pergi pasar, nak beli lauk pauk itu ini sebab nak jamu kat anak-anak yg jarang-jarang sekali pulang. Lepastu mak sibuk masak masakan kegemaran anak-anak pula. Kadang kala, buah-buahan dalam kebun pun ayah simpan sebab nak makan bersama anak-anak. Tapi anak-anak di kolej, di universiti setiap minggupergi ke pawagam, karok, makan Mcd, makan KFC, makan Pizza Hut, belanja pakwe/makwe. Bila duit  tak cukup, kol mak ayah bukan sebab nak tanya khabar, tapi minta masukkan duit.

Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak-anak selamba je cakap "dah muak la lauk ni", "ini je ke?", "nak sikit je mak, kenyang dah", "xsuka la ayam masak merah ni". Bila dengar anak2 cakap macam tu, air muka mak kita langsung tak berubah. Tapi jauh di lubuk hati mak, sakit dia bagai ditikam dengan buluh runcing. Tapi mak lah satu-satunya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh  anak-anak. Ayah pula tunggu nak bercakap dengan  anak-anak, tunggu untuk berkumpul beramai-ramai, sebab lama dah tidak kedengaran suara hilai tawa anak-anak. Tapi  anak-anak setiap masa duduk berkurung didalam bilik, bergayut dengan pakwe/makwe, main game. Kalau duduk dengan mak ayah pun, mata dan tangan tertumpu ke arah handphone/tablet 24/7 handphone di tangan. Kadang kal pertanyaan mak ayah  anak-anak jawab acuh tak acuh. Muka mak ayah pun anak-anak tak pandang.

Mak ayah xpernah pun nak marah, sebab  anak-anak semua dah besar panjang. Begitu sekali mak ayah cuba jaga hati  anak-anak. Kadangkala mak ayah sampai tertidur kat ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan  anak-anak. Tapi  anak-anak buat hal masing-masing. Sedangkan balik ke kampung jarang-jarang sekali.

Kadang-kadang, kita jangan cakap yang kawan kita sombong bila kita ajak keluar ramai2 dia xnak, mungkin dia ingat dekat mak ayah dia di kampung. Bila dah keluar, mesti kawan2 akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal-mahal. Sedangkan, saat tu dia ingat yang mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.

Kadang-kadang bila kita tengok kawan kita selalu je balik kampung, jangan cakap dia homesick, manja, anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tau yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi tu lah kalau boleh dia nak jumpa mak ayah dia, nak bercakap, bersemuka, makan bersama mak ayah.

Kadang kala tidak semua orang sedar akan semua ni, dan anggap semua perkara macam ni adalah perkara kecil. Tapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur. Tersimpan 1001 perasaan yang bercampur baur yang tak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada, baru kita sentap, baru nak menyesal. Tapi sudah jauh, sudah terlambat. Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali, hanya tersimpan sekadar memori.

Betul lah orang cakap, seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak. Apatah lagi untuk jaga kedua2 nya sekali.

P/S: pesanan buat diri sendiri, adik2, dan teman2 sekalian.

Thursday, August 04, 2016

MARAH



Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.
Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.
Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Thursday, May 26, 2016

PERSOALAN HANGAT DAN JAWAPAN YAKJUJ MAKJUJ


Adakah Yakjuj dan Makjuj daripada manusia?
Jawapan: Ya. Kedua-duanya daripada umat manusia. Iaitu dua kabilah. Dikatakan daripada Yaputh bin Nuh. Ini dikuatkan lagi daripada hadis Bukhari.

Apakah sifat Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan:Antara sifat mereka ialah
- Kekuatannya yang amat luar biasa.
- Mata mereka sepit.
- Banyak bulu pada badan mereka.
- Jumlah mereka tersangat ramai.
Manakala Ibnu Hajar menyebut tiga sifat iaitu:
- Jasad mereka seperti pohon yang besar.
- Jasad mereka empat hasta lebar x empat hasta tinggi.
- Sebahagian mereka boleh duduk di atas telinga-telinga mereka seleret ke tanah.
Pun begitu, sifat ini tidak disandarkan pada riwayat yang sahih, tetapi didhaifkan sifat tersebut oleh sebahagian ulama.
Bilangan Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Bilangan mereka teramat ramai. Ini berdasarkan hadis di mana bilangan mereka tanpa diketahui jumlahnya. Dalam hadis al-Hakim melalui kitabnya al-Istadrakh menyebut: Manusia dibahagikan kepada 10 juzuk dan 9/10 daripadanya Yakjuj dan Makjuj sedangkan sejuzuk yang lain adalah semua makhluk atau manusia.
Apakah agama Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Mereka adalah yang kufur dengan Allah. Kalaulah tidak, nescaya tidak dihukum ke atas mereka serentak. Ini berdasarkan mafhum hadis.
Tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Berdasarkan riwayat hadis, mereka dikurung dan disekat antara dua gunung yang besar di Turki. Apabila mereka keluar, mereka terus menuju ke Laut Mati dan meminum semua air tersebut. Kemudian mereka menuju ke Baitul Maqdis, Palestin.
Bilakah mereka keluar?
Jawapan: Mengikut riwayat yang sahih mereka keluar pada zaman Nabi Allah Isa bin Maryam selepas turunnya Nabi Isa dan dia membunuh Dajjal dan ketika itulah keluarnya Yakjuj dan Makjuj menyebabkan Nabi Isa telah membawa bersamanya orang yang beriman ke gunung yang berhampiran iaitu gunung Thur. Ini bertujuan untuk berlindung kerana ramainya jumlah Yakjuj dan Makjuj seperti ombak laut yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.
Tempat tinggalnya sekarang?
Jawapan: Sekarang ini dengan kemudahan teknologi bahkan melalui udara dan satelit yang mungkin dapat mengesan tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj. Dalam hal ini, kudrat Allah SWT yang boleh melakukan apa saja. Berdasarkan nas hadis menunjukkan mereka berada di dalam tanah dan percubaan untuk keluar berlaku dari semasa ke semasa. Samalah seperti kita beriman adanya jin dan di manakah mereka.
Bagaimana cara Yakjuj dan Makjuj dibinasakan?
Jawapan: Mengikut riwayat Nawwas bin Sam'an bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala dengan leher mereka dimakan ulat dan mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa dan pengikutnya turun ke bumi. Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj dan Makjuj dan bau jasad mereka yang tidak baik. Kemudian Allah SWT utuskan burung seperti leher-leher unta memakan dan membawa mereka mengikut kehendak Allah SWT. Selepas itu Allah SWT menurunkan hujan membasuh bumi hingga suci.