Monday, June 28, 2010

Keistimewaan Puasa Di Bulan Rejab

FADILAT BULAN REJAB



Masih Belum Terlambat

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"


Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,

"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,

"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."




SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W. CUBALAH UNTUK BERPUASA WALAUPUN SEKALI DI BULAN REJAB TAHUN INI.KERANA KITA TIDAK TAHU LAGI ADAKAH KITA MASIH DIBERIKAN PELUANG UNTUK BERJUMPA DENGAN BULAN YANG MULIA INI PADA TAHUN HADAPAN.



Masih Ingat Lagikah Kita?



Selepas bermulanya World Cup.. Maka bermulalah episod kemuraman krisis rampasan bot bantuan kemanusiaan ke Palestine,para syuhadah yang menemui syahid dimulut senjata tentera Z***** dan juga segala krisis yang berkaitan dengan saudara-saudara kita di Palestine. Inilah dia senario yang sentiasa berlaku pada kita semua terutamanya umat islam di Malaysia ini. “hangat-hangat tahi ayam…” belum lagi sampai sebulan kita semua memprotes, dan bermacam-macam lagi. Akhirnya kita sudah kembali “sejuk” semula dengan adanya world cup dan lain-lain lagi hiburan yang disajikan pada kita saban hari. Benarlah sabda nabi “umat islam pada akhir zaman nanti adalah ramai, tapi ia seperti buih-buih dilautan” yang tidak punya kekuatan dan menjadi bahan penindasan oleh pihak-pihak musyrik yang lain seperti seekor kambing yang berada di tengah kawanan sekumpulan serigala. Yang akan meratah dan mematahkan tulang-tulang pada bila-bila masa sahaja.



Kita semua tahu dan sedia maklum bahawa saudara-saudara kita sedang di tindas disana, diperlakukan sesuka hati mereka tanpa ada rasa belas kasihan serta sifat kemanusiaan. Kebanyakkan dari kita sudah mula meremehkan isu ini. Mana tidaknya, sejak daripada kita kecil lagi isu ini sudah bermain di minda dan kehidupan seharian kita. Maka kita seperti sudah lali dengan isu-isu yang berkaitan dengan Palestine ini. Salahkah pendedahan saya ini? Kita hanya akan kembali berminat dengan isu-isu ini apabila pihak-pihak media mewar-warkan isu ini apabila berlakunya sesuatu kejadian besar seperti isu yang berlaku pada bulan ini yang saya rasa kita semua sudah sedia maklum. Jadi tak perlu lagi untuk saya huraikan secara panjang lebar di ruangan ini.


Apabila berlakunya isu-isu seperti ini, dan pihak media menghebohkannya saban waktu di kaca-kaca tv dan suratkhabar. Barulah kita semua bangkit semula dan tersedar dari tidur yang panjang. Tetapi cuba kita fikirkan sejenak, apa yang akan terjadi jika isu besar seperti ini tidak didedahkan? Adakah kita dapat melihat segala protes,tujuk perasaan dan kempen-kempen boikot produk-produk Z*****? Pada masa ini jugalah akan adanya group-group yang tumbuh bagaikan cendawan di facebook cth: “saya benci Is****” dan kemudiannya kita mencarut-carut dalam group tersebut. Adakah itu akhlak umat Islam?Adakah menyertai group-group buang masa di Facebook dapat mengubah dunia?


"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." [6:108]


Adakah dengan mencarut dan bertindak menggunakan emosi seperti itu dapat membantu saudara-saudara kita yang ditindas? Tidak tuan-tuan… jangan libatkan emosi jika berlakunya perkara seperti ini. Kadang-kadang kita dapat juga melihat watak-watak manusia yang unik, yang memaki hamun di warung-warung kopi padahal diri sendiri pun masih tidak betul, masjid pun tidak pernah dijejaki,solat pun tidak dijaga dengan baik kerana kebanyakkan masanya di habiskan dengan pekara yang sia-sia. Tetapi apabila ada isu-isu seperti pihak Z***** meruntuhkan masjid di Palestine. Dialah manusia yang paling kuat melenting, apa semua ini tuan-tuan.. bila masjid di runtuhkan kita melenting dan mencarut padahal masjid di tempat kita sendiri pun kita tak pernah masuk.Allah tidak menyuruh kita memaki-maki sedemikian.Sebaliknya,kita yang patut menjadi contoh kepada mereka yang bukan Islam. Patutnya,kita tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.Barulah mereka tertarik kepada Islam.Tetapi,jika kita sendiripun yang beremosi di Facebook dan peratusan jenayah di Malaysia juga dikuasai oleh orang-orang kita yang kononnya mengaku umat Islam,bagaimanakah orang hendak tertarik kepada Islam?



Sedang saudara-saudara kita begitu teruk ditindas, kita di sini masih lagi leka dengan dunia kita sendiri. Kita masih lagi menikmati keamanan tapi kita masih belum pandai mensyukuri nikmat tersebut. Kita masih lagi menyokong syarikat-syarikat yang telah kita sedia maklum banyak menyumbang dana untuk mereka. Tahukah anda semua yang Palestine sudah tidak wujud lagi dalam Google Maps? Kenapa kita begitu susah untuk bersikap tegas terhadap pekara seperti ini. Adakah sebab kita ini sudah terlalu dimanjakan oleh pemerintah? Malah ramai yang bebangga “melepak” di premis-premis mereka. “Stylo” katanya. Adakah kita hanya akan sedar setelah kita sendiri merasai dan menerima nasib yang sama seperti mereka?


Kita masih lagi sibuk mengejar isi dunia, sibuk mengejar urusan dunia yang tidak henti-henti menghambat kita, yang tidak henti-henti kita menghambatnya. Pada masa ini juga kita sibuk memikirkan jenama kasut apa yang ingin kita beli esok. Kita masih lagi sibuk memikirkan “sport rim” apa yang paling cun untuk di muatkan dan di tacap-tacapkan pada model kereta kita yang masih ada 5 tahun lagi hutangnya dengan pihak bank, yang pada bila-bila masa saja boleh ditarik oleh pihak bank jika kita tidak mampu untuk membayar wang ansurannya. Itu maksudnya kita masih lagi mementingkan nafsu sendiri, adakah kita masih lagi mahu bersenang lenang sedangkan umat islam pada masa ini semakin teruk ditindas dan dizalimi?


Adakah kita berfikir bahawa kedamaian yang kita nikmat sekarang ini tiada titik noktahnya? Adakah kedamaian ini akan berkekalan seandainya hukum-hukum islam masih lagi dieksotikkan dan dipersendakan dibumi bertuah ini? Amat menyedihkan sekali, sembahyang pun kita tak terjaga. Pemakaian tudung pun begitu sukar untuk kita lakukan. Di Negara-negara Eropah seperti Denmark dan Perancis, wanita-wanita muslim turun naik mahkamah untuk mendapatkan hak pemakaian tudung. Tetapi apa yang terjadi pada muslimah kita disini? (sebilangan kecil) masih belum pandai lagi bersyukur dengan nikmat yang kamu semua peolehi? Janganlah sampai nanti kita semua tergolong dalam golongan yang kufur nikmat..





Jika di Palestine kita dapat melihat para pemuda berjuang bermati-matian menentang rejim Z***** ini. Melemparkan batu-batu menentang tank-tank I***** yang besar, yang realitinya memang tidak berupaya untuk dimusnahkan dengan batu-batu kecil seperti itu. Tetapi itulah usaha mereka untuk agama dan bangsa serta kehormatan mereka. Tetapi cuba kita bandingkan dengan anak-anak muda kita disini, mengejar syahid dijalan-jalanraya pada waktu malam minggu? Semua pekara sia-sia ini adalah hidangan muda-mudi kita sekarang. Seperti juga contoh bagaimana burung-burung berusaha untuk memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim dengan membawa air diparuhnya untuk memadamkan api tersebut. Adakah mungkin api tersebut akan padam? Tidak sama sekali… tetapi apabila burung tersebut ditanya semasa hari pengadilan nanti “apakah usaha yang kamu lakukan untuk membantu Nabi kamu ketika Nabi kamu dizalimi?” burung tadi boleh menjawab “ aku sudah sedaya upaya membawa air untuk memadamkan api yang ingin membakar Nabi Allah itu,kerana itu sajalah kemampuanku”



Janganlah jadi seperti cicak yang membantu menghembuskan nafasnya untuk membantu menyemarakkan lagi api tersebut. Saya bercerita kisah ini bukan untuk membosankan anda semua dengan kisah-kisah nabi yang tuan-tuan semua sudah hafal ini. Tapi saya ingin bertanya pada tuan-tuan sekalian. Apakah watak tuan-tuan dalam kisah ini? Contohnya dalam isu Palestine, adakah kita seekor burung ynag membantu? Atau adakah kita seekor cicak yang menyumbangkan sesuatu yang dijadikan sebagai alat untuk membunuh saudara kita sendiri? Tepuk dada anda slow-slow dan tanyalah iman tuan-tuan sendiri. Apakah sumbangan kita selama ini pada saudara-saudara kita disana? Positifkah atau negatifkah?


Dengan anak-anak muda kita yang sudah semakin hanyut dengan segala kesenangan didunia ini. Dengan semakin banyak masalah sosial yang melanda bumi bertuah ini. Cuba kita tanyakan pada diri kita sendiri. Adakah kita benar-benar mengambil berat dan ambil peduli tentang nasib saudara-saudara kita disana? Adakah kita mampu untuk berjihad sebagaimana jihad yang mereka lakukan disana? Jikalau “rokok dunhill” dan “burger spicy Mc Chicken” serta secawan kopi berjenama “starbucks” pun tuan tidak mampu tinggalkan, maka tuan masih belum lagi mampu untuk mencapai taraf jihad seperti yang mereka semua lakukan. Cuba kita semua fikirkan,saudara-saudara kita sedang mati ditembak di sana,tetapi disini kita masih lagi boleh bergelak ketawa?



Saya tidak menyuruh tuan-tuan berjihad mengangkat senjata kerana kita semua sedia maklum yang kita tidak mempunyai kemampuan seperti itu.jadi kita lakukanlah apa yang kita terdaya. Tak susah tuan-tuan, kita mulakan dengan diri kita dulu. “Think small first and insyaallah it will be big next time ” amalkan sembahyang 5 waktu, buangkanlah segala maksiat yang ada didalam diri kita,berhentilah daripada mengejar dunia hiburan yang melampau, sudah-sudahlah berguru dengan “idiot box” (tv) dirumah, bersikap seriuslah dalam berjuang menegakkan agama Allah, jadikanlah bacaan Al-quran sebagai hobi kita daripada sibuk membaca kisah gossip murahan artis yang tidak pernah-pernah surut.


Berhentilah membuang masa duduk diwarung-warung kopi dan melayani facebook dengan berbalas-balas hujah tentang isu-isu bodoh. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita semua diberikan petunjuk dan hidayah. Berdoalah juga untuk saudara-saudara kita yang sedang bertarung dengan maut setiap hari di Palestine. “Ya Allah, kasihanilah saudara-saudaraku yang berada di Palestine dan di seluruh dunia yang sedang ditindas oleh rejim-rejim Z***** dan juga pihak-pihak kafir”. Berhentilah daripada membazirkan duit kita untuk pekara-pekara yang tidak berfaedah dan juga pekara yang difikirkan tidak perlu.


Tujuan utama saya menulis artikel ini bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak. Tetapi ianya lebih kepada bertujuan untuk saya bermuhasabah diri,jadi apa salahnya kalau saya kongsikan penulisan yang tak seberapa ini pada tuan-tuan semua.. betul tak? Sekurang-kurangnya kita semua akan mendapat manfaat bersama. Adakah baik jika saya simpan segala kesedaran ini untuk diri saya sendiri? Sudah tentulah tidak tuan-tuan. Semoga kita semua mendapat manfaat dripada artikel ini. Jika terdapat kesalahan ayat serta fakta, diharap tuan-tuan boleh kemukakan pada saya dan tegur dengan teguran yang membina.




Friday, June 25, 2010

Kenali Musuh-Musuh Besar Islam

Obama's White Papal Masters:

Chain of Command
Adolfo Nicolas
30th Superior General, Society of Jesus

"The Black Pope"
Pope Benedict XVI
Vicar of Christ/Vicar of Horus

"The White Pope"









 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

"The White Pope"
The Evil Emperor

"The Black Pope"
Darth Vader

"Masters of "The Matrix"



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Edward Cardinal Egan
Archbishop of New York City

"Archbishop of the Capital of the World"

"The American Pope"

Head: American Branch of the Knights of Malta

Head: Knights of Columbus

Occult Master of:

Supreme Council of the 33rd Degree

American Scottish-Rite Freemasonry

Council On Foreign Relations

Anti-Defamation League

Central Intelligence Agency

National Security Agency

Federal Bureau of Investigation

Office of Naval Intelligence

The Pentagon

Joseph M. McShane, S.J.
President, Jesuit Fordham University

Bronx, New York

"Penholder for Cardinal Egan"

Notice: Equilateral Triangle Pendant

Masonic symbol for the Risen Horus

THE COMING RISEN POPE/"The Beast"






Joseph A. O'Hare, S.J
President Emeritus, Jesuit Fordham University

Bronx, New York

Presider: Council on Foreign Relations

Advisor to Knight of Malta David Rockefeller, CFR

Advisor to Knight of Malta Henry Kissinger, CFR























Richard N. Haass
Chairman: Council on Foreign Relations

New York City

Servant of Edward Cardinal Egan

Overseer of AIPAC:

American Israel Public Affairs Committee

John J. DeGioia
President Jesuit Georgetown University

Knight of Malta

Member: Council On Foreign Relations

Zibignew Brzezinski
Member: Knights of Malta

Member: Bilderberg Group

Member: Council On Foreign Relations

Member: Trilaterial Commission

Advisor: Jesuit Georgetown University

Polish Roman Catholic Socialist-Communist

Professor: Columbia University, New York

Recruiter of Barry Soetoro, 1981

Creator of "Barack Hussein Obama"

George Soros
Member: Council on Foreign Relations

Member: Carlyle Group

Multi-billionaire

Major Stockholder: Haliburton

Hungarian Jew: Socialist-Communist

Financial Backer of Barack Hussein Obama

Friend of Rupert Murdoch


Rupert Murdoch
Member: Council on Foreign Relations

Member: Knights of St. Gregory

International Media Mogul

Owner: Fox News Network

Friend of George Soros

Occult Protector of Barack Hussein Obama

Bill O'Reilly - The O'Reily Factor

Sean Hannity - Hannity & Combes


Joseph R. Biden
Papal Knight; Jesuit Temporal Coadjutor

Vice President: Rome's "Holy Roman"

14th Amendment American Empire

Alter Ego: Jesuit Advisor to President Barry Davis Obama

Promoter: Council on Foreign Relations

Honorary Degrees:

Jesuit University of Scranton, Scranton, PA

Jesuit St. Joseph's University, Philadelphia, PA
















Barry Davis
"Barack Hussein Obama"

President of Rome's "Holy Roman,"

14th Amendment American Empire

Sunni Moslem, Pretended Protestant Christian

Mulatto: Mulatto Father, White Mother

Father: Frank Marshall Davis, Jr.

Wife: Michelle, Member: Chicago CFR

Obama: CFR-Controlled and Spokesperson

Obama: Promoted by the late William F. Buckley, Jr.

Buckley: Knight of Malta, Bonesman, Bilderberger, CFR Member

Buckley: Promoter of Reverse Discrimination against Whites

Buckley: Promoter of a Coming Black President

Obama: Trained in Romanism, Islam and Apostate Protestantism

Obama: Leader of Blacks and Whites

Obama: Promoter of the Papal Crusade against Shia Islam

Obama: Promoter of Bush's Inquisition against American Liberty

Barry Davis: "Boy" of Pope Benedict XVI






Credit to:Tanya Ustaz

Friday, June 18, 2010

Obelisk? Apa Yang Anda semua Perlu Tahu


Pernahkan anda mendengar tentang "Obelisk" ? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.


Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama 'Cleopatra Needle' dan diasaskan dari "Sun Pillar".
 
 
Sun Pillar
 
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "Obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul. Sila rujuk post saya tentang asas-asas binaaan dajal untuk memahami perkara ini lebih lanjut.
 
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
 
 
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
 (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
 
 
Melontar Jumrah
 
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama "Pagan" ? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
 
 
 
 
 
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:


Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple Pharaoh Hatshepsut,
Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
 
 
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
 
 
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
 
 
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
 
 
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
 
 
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
 
 
United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York
 
 
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York
 
 
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web "Malaysia Travel Guide" ;
 
This is the city's own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia's history.
 
 



Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Hadis Riwayat Abu Daud

 
Gambar-Gambar Obelisk Di Putrajaya:
 
 












Berikut Adalah Gambar-Gambar Obelisk Di Serata Dunia: 




St. Peter Square, Vatican




Luxor Obelisk, Paris




Central park, New York




Sao Paolo. Brazil




Buenos Aires, Argentina




Pheonix Park, Dublin




Istanbul, Turki




London, England


 
  Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Luqman 13
 
   
   

Kemunculan Dajjal Semakin Hampir



Inilah dia kuil ke-17 Yahudi bernama Kuil Al-Kharab terletak 400 meter di sebelah barat Masjid Al-Aqsa yang dirasmikan pembukaannya oleh Israel pada 16 Mac 2010 yang lalu. Berita ini cuba disembunyikan dari pengetahuan dunia Islam, namun Allah Maha Kuasa sedikit maklumat telah dapat kita ketahui mengenai kuil ini.


Dahulunya adalah sebuah tapak Masjid Al-Barraq tetapi kini telah diambil alih oleh tentera-tentera Dajjal Al-Masih Ad-Dholalah.


Sedikit demi sedikit mereka sedang merealisasikan kemunculan The False Messiah "King Of Jews" yang dinanti-nantikan. Ketahuilah wahai ummat, saat kebangkitan kita semakin tiba!

Antal Hadi Antal Haq!




Konspirasi Bola Sepak Dunia


Sebelum anda terus membaca artikel ini saya berharap supaya anda membuka fikiran anda seluasnya. Tujuan saya terbitkan artikel ini adalah untuk mencerahkan apa yang sebelum ini gelap dan diikuti oleh ramai dari kita semua tanpa mereka sedari. Semoga apa yang dipaparkan akan membuka minda anda. Dan apa yg kami paparkan bukanlah tertakluk kpd beberapa contoh yg kami berikan saja. Contoh yg selebihnya, anda carilah sendiri. Kami menunjukkan jalan, anda yg perlu melaluinya atas usaha anda sendiri. Selamat Membaca!



Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewangan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).


 Malcolm Glazer

Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.


Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:

perhatikan garis hijau yg membentuk mata dan perkataan united dibawahnya. United under the one eye?/bersatu dibawah mata satu?



The "One Eye of Ra", the Sun God (the all-seeing eye)


Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang ‘garfu’ yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua garisan merah di atas dan bawah logo dusatukan oleh dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan membenteuk sebiji mata yg dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai mata Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan ‘angka sial’ bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bintang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.




Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:

M=13 A=1 N=14 U=21


1+3+1+1+4+2+1=13

Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.

E dan R


E=5, R=18


18-5=13


N,C,H,E,S,T


N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20


1+4+3+8+5+1+9+2+0=33

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, menyembah syaitan dalam ritual mereka.



AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knights of Templar dan salib Kristian:

Salib Templar




Salib Kristian






Salib Templar di Logo AC Milan

Knights of Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran "Kabbalah", ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knights of Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.



Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”," Mark of Beast" atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:

A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.


Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.


Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala "Devil" semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh (sebilangan kecil) akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.

Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t. Dan sedarkah anda sepanjang anda menyokong, memuja mereka anda telah memuja syaitan dan telah menduakan Allah?

Tidak diakui lagi? Lihat persamaan ketara ini pula:


Bukankah muka SETAN di logo Man U hampir sama dengan muka "Baphomet" dan pentagram tersebut? Lihat bagaimana ‘dia’ tersenyum kepada kita yg menyokong dia.



Bagaimana pula dgn yg ini? Adakah ini gambar singa seperti yg anda fikirkan? Adakah ini singa jantan? Tidak. Ini adalah seekor singa betina kerana singa jantan mempunyai ‘mahkota’ iaitu rambutnya dan singa di logo Chelsea ini tidak. Kenapa singa betina? Kerana ini :Ini adalah Firaun ‘singa betina’ Tefnut. Inilah apa yg diletakkan didada kita sebenarnya. Bukan seekor singa garang spt yg mulanya kita fikirkan.


                                                                  



Checkered Floor


Masonic/Kabalistic Moon and Star


Fleur-de-lis,simbol kerajaan-kerajaan lama eropah terutamanya perancis dan Juga simbol kpd Priory of Sion
Priory of Sion


Mahkota diatasnya yg mempunyai salib adalah sama seperti "St Thomas’ Cross" yg menjadi symbol St Thomas Christians (Nasrani Menorah)

Selama kita memakai PAKAIAN MEREKA selama itulah kita membawa gambar firaun, iblis, syaitan dan keturunannya dan lambang-lambang lain yg memuja mereka

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya."

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
(Al-Hijr 39-40)

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

(Muhammad Bin Abdullah)











Credit To: "F.O.M Crew"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...