Sunday, October 02, 2011

OH DOA APA SALAHNYA GUNAKAN "YANG TERBAIK"??


Tentang doa, sudah lama ana ingin poskan tentang ini. Baru berkesempatan untuk menulis. Sekadar pandangan dari diri yang hina ini.

Ahmad selalu berdoa agar dipanjangkan umurnya.

Apalah salahnya jika dia berdoa:

“Ya Allah, jika dengan memanjangkan umurku itu adalah yang terbaik buatku, kau panjangkanlah umurku. Dan jika dengan mengambil nyawaku itu adalah yang terbaik buatku, kau ambillah nyawaku dengan cara ……………….(ikut kehendak masing)


Apalah gunanya umur yang panjang jika hidup kita terus bergelumang dengan dosa.

Amri menyukai Alia kerana sifat dan agama yang ada padanya. Lalu dia berdoa supaya Alia dijadikan jodohnya.

Apa salahnya jika Amri berdoa:

Ya Allah, jika dia (Alia) adalah yang terbaik buatku, Kau jadikanlah dia sebagai teman hidupku di dunia dan di akhirat-Mu ya Allah.


 
Mungkin seseorang yang kita nampak sifatnya yang beragama itu adalah baik buat kita tetapi sebenarnya bukanlah yang terbaik. Kita tak tahu jodoh kita yang terbaik di antara yang baik buat kita.

Balqis mempunyai sahabat baik dan telah bertunang dengan Salman. Sahabatnya selalu mendoakan Balqis supaya Balqis akan mendapat jodoh yang baik dan bertanggungjawab.

Apa salahnya dengan ikatan pertunangan itu, sahabatnya berdoa:

Ya Allah, jadikanlah tunang sahabatku itu menjadi jodoh yang terbaik buat dirinya. Jadikanlah tunangnya itu (Salman) seorang yang baik dan bertanggungjawab buat sahabatku.

Jika janji pertunangan telah dimeterai, mengapa perlu meminta seolah-olah tidak redha dengan pertunangan tersebut. Apalah salahnya jika pertunangan itu kekal hingga ke gerbang perkahwinan.
 

Ali dan Asmah yang telah berkahwin masih tidak mempunyai anak walaupun telah lama mendirikan rumah tangga. Lalu mereka berdoa agar dikurniakan anak dan zuriat.

Apa salahnya jika mereka berdoa

Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buat kami. Jika dengan tidak dikurniai zuriat ini adalah yang terbaik buat kami, kami redha dengan ketentuan-Mu. Dan jika dengan dikurniakan zuriat itu adalah yang terbaik buat kami, Kau kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.


 

Kita tidak tahu apa yang terbaik buat kita. Mungkin ada sebab yang terbaik yang Allah sediakan buat kita dengan tidak mempunyai zuriat. Kita tidak tahu sebabnya...

Sekadar renungan: Jika kita berdoa dengan perkataan yang “Terbaik”, insyaallah kita akan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahualam….

Thursday, September 08, 2011

Kasihani Perut Anda


Al-Batn (perut) merupakan symbol kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut kita iaitu makanan. Kita perlu menjaga makanan kita dan memerhatikan apa yang digunakan untuk tubuh kita ini. Adakah ianya halal atau haram. Jiwa kita ini lah yang akan menerima kesan yang buruk jika bersumberkan kepada makanan atau minuman yang tidak halal(haram)

Nabi S.A.W ada bersabda;


“Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka nerakalah tempatnya”

Penggunaan kata an-nar (neraka) dalam sabdaan baginda itu tidak hanya membawa erti neraka akhirat, tetapi juga membawa erti neraka dunia yang mana neraka dunia ini termasuklah keresahan jiqa, kekerasan, kehancuran dan sebagainya. Makanan yang haram akan membuat hati kita tidak pernah puas, malas untuk beramal, tidak mahu beribadah, serta menjadi punca doanya tidak diterima oleh Allah


Allah telah perintahkan kita dalam Al – Quran untuk makan makanan yang halal lagi baik.


Antara lain, saya nukilkan di sini sebuah kisah sahabat yang unggul iaitu Abu Bakar.


“Pada suatu ketika, Abu Bakar telah diberi makanan oleh seseorang di Madinah dan beliau terus memakan makanan tersebut. Setelah itu, barulah Abu Bakar tersedar lalu terus menanyakan sumber makanan yang telah dimakannya tadi. Ternyata makanan itu tadi tidak jelas sumbernya itu. Kemudian, Abu Bakar tanpa ragu – ragu telah memuntahkan seluruh isi perutnya demi menjaga sumber makanannya agar jangan ada kepada yang syubhah menyentuh tubuhnya."


Oleh itu, kita pada hari ini perlulah menitikberatkan sumber pemakanan kita agar
jangan sampai termakan hatta yang syubhah sekalipun. Insyaallah.


MAKANAN – MAKANAN YANG PERNAH DIMAKAN NABI S.A.W


1- Daging (unta, sapi, kibas, kambing, ayam, kijang jantan, burung yg halal dimakan, ikan yg baik yg dikeringkan dengan sinar matahari atau dimasak bersama kuah atau tidak).

2- Kurma.

3- Roti yang direndam dalam kuah dengan beberapa potong daging.

4- cuka.

5- roti yang dibuat dari tepung barli atau gandum.

6- minyak zaitun, mentega.

7- keju.

8- labu, timun, tembikai.

9- madu.

10- Anggur, anggur kering(kismis)

So, sama – samalah kita usaha untuk mengamalkan sunnah Baginda S.A.W. Insyaallah…

Tuesday, September 06, 2011

Apakah Sebenarnya Makanan Jiwa?

Assalamualaikum


Sejak kita dilahirkan ke bumi, berapa puluh tahun yang lalu, sudah berapa banyak kita membiarkan hati kita di dominasi Syahwat dan Hawa Nafsu?

Pada dasarnya, Jiwa kita ini seperti juga jasad yang memerlukan makanan, demikian pula dengan Jiwa.

Jasad memerlukan makanan berupa karbohidrat, vitamin, mineral, protein, dan sebagainya. Jiwa juga memerlukan makanan, seperti solat, zikir, puasa, dan sebagainya.

Katakan dalam sehari manusia pada umumnya memerlukan makan 3 kali, dengan kadar karbohidrat, vitamin, mineral, protein tertentu. Apabila ini tidak dipenuhi maka manusia akan sakit dan jika terlalu lama mungkin juga akan mati.

Begitu juga dengan jiwa kita dalam sehari Allah telah menentukan makanan minimanya.Sebagai contoh seperti tertera dibawah:

MAKANAN JUMLAH KADAR
==========================================
Subuh 2 Rakaat 200
Dzuhur 4 Rakaat 400
Ashar 4 Rakaat 400
Maghrib 3 Rakaat 300
Isya 4 Rakaat 400
----------------------------------------------------------------------------
Jumlah 17 Rakaat 1700
==========================================
Dalam sehari Allah meletakkan jumlah minima 1700 nilai (contoh ) bagi makanan jiwa kita.

Namun ketika subuh kita solat sambil mengantuk, mungkin nilainya hanya 50.Dzuhur masih sibuk dengan kerja nilainya mungkin 20. Asar sudah hampir pulang bekerja, nilainya mungkin 40. Maghrib sudah sampai rumah tapi masih keletihan, mungkin nilainya 60. Isya mungkin dapat sedikit konsentrasi nilainya 400.

Namun dalm sehari itu lah jumlah yang dikonsumsi oleh Jiwa ,hanya bernilai 570. Jauh dari nilai minima 1700. Dan selama puluhan tahun, sepanjang hari kita ternyata amat kurang dalam memberikan makanan yang secukupnya pada jiwa kita.

Apa yang akan terjadi? Jiwa kita akan sakit. Nafsu juga akan sakit. Mungkin sekarang ini sudah sampai ke tahap lumpuh, buta, tuli, dan bisu, atau mungkin mati ! Nauzubillah min zalik

Itulah yang dikatakan Allah dalam firmanya yang bermaksud:
Mereka tuli, bisu, dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), (QS. 2:18)

Kita tidak menyedari, bahwa dengan perjalanan hidup kita selama puluh tahun, dengan memberikan makanan yang kurang terhadap Jiwa kita dan membiarkan didominasi oleh Hawa Nafsu dan Syahwat, Jiwa (hati) kita menjadi lumpuh, buta, tuli, bisu, bahkan mungkin akan mati.


Saturday, August 27, 2011

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur?


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci dan tidak suka kerana menyakitinya. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
 
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,


“Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”


Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
 

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Fikir-fikirkanlah....

 

Saturday, August 20, 2011

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing


Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:

Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Disebabkan zarahnya yangg halus dan sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastric.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah.

Susus kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana asid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan asid dalam badan.

Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.



Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing - Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisma yang merbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium dan calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga dikaji mampu menagatasi penyakit barah.


Jom kita minum dulu!!! Huhuhu....

Saturday, April 23, 2011

Siri Artikel Rugi Kalau Korang Tak Baca - Perihal Syukur (Bahagian 3)




Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa


Setiap hari manusia dilimpahi nikmat Allah Yang Maha Pemurah.Setiap hari manusia bergelumang dengan pemberian demi pemberian dari Allah Yang Maha Pengasih.Cuba sebutkan nikmat Allah paling hebat pada diri tuan-tuan.Apa dia? Toyota Estima Hybrid? Set Sony DAV-FZ900KW DVD Home Theatre System?iPhone 3GS berkelajuan 833MHz?Motosikal berkuasa tinggi Ducati 1098 S Tricolore? Dua tiket percutian mengelilingi Eropah dan bonus berbulan madu? Isteri secantik Diana Danielle dilengkapi suara semerdu Yuna? Ooo...itu kurang tepat tuan-tuan...Itu juga nikmat pemberian Allah namun nikmat yang paling hebat pada diri saya dan tuan-tuan ialah nafas yang saya dan tuan-tuan sedut tiap-tiap hari.

Dengan nafas yang dipinjam oleh Allah s.w.t itulah tuan-tuan dapat makan nasi goreng USA sambil menonton TV siaran Liga Juara-Juara Eropah dan kemudian tidur di tilam empuk berjenama Dreamland.Dengan nafas yang dipinjam Tuhan itulah tuan-tuan dapat pergi kerja,membeli-belah,melancong,beribadat dan berehat.DEngan nafas yang dipinjam Allah itu juga sesetengah makhluk Tuhan pergi ke disko,minum arak,berpegangan tangan bukan muhrim dan berzina.Dengan nafas yang dipinjam Allah itu juga ada orang gunakan ia untuk makan rasuah,menipu rakyat bawahan,pecah amanah dan menggunakan hasil negara untuk mengisi perut sendiri.

Nikmat Allah tidak terkira banyaknya tuan-tuan...Setiap kali tuan-tuan kelip mata itu juga satu nikmat.Apa akan jadi jika tuan-tuan semua terjegil biji mata 24jam. Seksanya jika tiba-tiba mata kita masuk habuk. Tidak boleh pejam mata. Mahu tidur pun mata terjegil macam burung hantu. Hidung kita pun dicipta Tuhan dalam kedudukan yang penuh nikmat dan rahmat. Apa akan jadi kalau lubang hidung saya dan tuan-tuan ke atas? Aha...jika hujan kelam-kabutlah cari tempat berteduh,kalau tidak lemaslah air masuk hidung kalau tuan-tuan tidak tutup dengan tangan.

Cuba lihat bagaimana hikmahnya Allah cipta diri kita. Kuku kita boleh memanjang. Bulu ketiak kita pun boleh panjang. Tetapi mengapa gigi kita tidak boleh panjang-panjang? Bulu kening kita duduk macam itu saja.Cuba kalau gigi kita memanjang macam kuku kita.Sampai masa,kena potong.Alamat kena cari 'cutter' besilah. Doktor gigi akan kaya raya kerana buat khidmat potong gigi setiap hari. Jika ada yang malas potong gigi,giginya akan panjang macam drakula. Nak makan pun susah. Pontianak Harum Sundal Malam dan Siang pun akan lari ketakutan lihat gigi kita.

Apa akan jadi kalau bulu kening kita memanjang macam janggut atau bulu ketiak kita? Alamat bertambah tugas kita. Kalau malas potong bulu kening,bulu kening akan panjang sehingga tutup mata. Pereka fesyen dari Paris dan Tokyo akan membuat pelbagai fesyen bulu kening yang pelik-pelik. Remaja-remaja Jepun akan menggayakan trend-trend terbaru bulu kening yang di'punk'kan atau diwarnakan di sana-sini. Lisa Surihani akan mendandan bulu keningnya untuk dimuatkan dalam majalah Mangga. Kan haru namanya itu ya maulana sekalian.





Cuba lihat diri tuan-tuan,betapa sempurna diri tuan-tuan Allah ciptakan.Cukup sifat.Ada orang yang lahir-lahir buta matanya.Ada yang cacat tiada tangan dan kaki.Ada yang lahir-lahir dua kepala satu badan.Ada bayi lahir sebelah buah pinggang mati.Ada yang terpaksa minta derma hati.

Nikmat Allah itu tuan-tuan... kalau dikumpulkan seluruh air laut di dunia ini untuk dijadikan dakwat,tidak cukup untuk menuliskan semuanya.Kalau dikumpulkan semua pokok-pokok di dunia ini supaya dijadikan batang pena bagi menuliskan segala nikmat Allah itu nescaya habis semuanya sebelum sempat menuliskan semua nikmat Allah itu.Subhanallahhh...

Allah jadikan diri kita sebaik-baik ciptaan...tuan-tuan.Firman Allah dalam surah at-Tin ayat 4,

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

Namun ada orang yang tidak puas dengan dirinya.Dia rasa Tuhan tidak cukup bagus ciptakan dirinya.Jadi dia buat tatu dan lukis macam-macam gambar pada tubuh badannya.Ada yang tindik muka,tangan,perut dan macam-macam lagi tabiat pelik manusia yang tidak puas hati dengan dirinya yang sebaik-baik ciptaan.Ada yang sambung rambut.Ada yang suntik silikon,suntik botox sampai hampir-hampir jadi mutan macam dalam filem X-Men.Ada yang tukar jantina.Yang lelaki jadi perempuan,yang perempuan jadi lelaki.Yang tidak sepatutnya digincu,digincu.Yang tak sepatutnya dicat,dicat sampai berwarna-warni macam badut sarkas.Padahal,semua itu yang dihias sedemikian rupa bakal menjadi santapan istimewa segala cacing dan ulat di dalam kubur.Jika tidak ulat dan cacing,pasti segala bakteria di bumi Allah ini akan melupuskan daging-daging mereka.Tidak bersisa.Yang perlu di'tatu' dan dicantikkan bukan tubuh badan wahai maulana semua...



Yang perlu diperelokkan,ditacap-tacap dan dicantikkan ialah AKHLAK dan IMAN kita.

Apa doa melihat cermin ya maulana sekalian? Siapa tahu angkat kaki!

Ya..ya.. "Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku, Maka Baguskanlah Akhlaqku"

Inilah yang perlu ditacap-tacap tuan-tuan. Mitsubishi Evo tuan-tuan tak payah tacap pun tidak mengapa.Ini AKHLAK tuan-tuan yang perlu diperelokkan,bikin baik punya! Bagi Allah sayang pada kita.Bagi Allah redha pada kita.Baru kelass gitu..

Iman tuan-tuan kalau tak cantik,lembu dan kambing pun menggelengkan kepala.Kenapa tuan-tuan? Kita makan,kambing pun makan.Kita minum,kambing pun minum.Kita tidur,kambing pun tidur.Tapi bila azan maghrib,kita masih mengunyah lagi,masih selamba dek lagi macam kambing.Kambing pun naik hairan.Apa beza aku dengan manusia?

Sebab itu kita kena tahu bersyukur tuan-tuan...sebab bab bersyukur ini kalau nak huraikan kelebihannya tidak cukup 44 malam tuan-tuan.Bersyukur inilah antara asbab punca rezeki yang amat ampuh tuan-tuan.Bersyukur ini kalau nak tahu adalah kunci kekayaan dan hidup mewah.Kenape? Tak percayeee?


Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Nah...sekarang kita tahu Allah menjamin dalam Al-Quran bahawa dengan bersyukur Allah akan tambah lagi dan lagi dan lagi.Allah akan tambah nikmatnya lagi dengan bersyukur.JIka kita miskin,Allah akan jadikan kita kaya.Kalau kita kaya,Allah bikin kita jadi tambah kaya...tambah kaya...Masya Allah!!



Bagaimana?Bagitahu aku macam mana nak jadi kaya dengan bersyukur??Aku bosan hidup miskin.Aku bosan jadi kuli batak orang lain.Aku sendiri pun tak cukup makan,macam mana nak bagi anak bini aku makan.Takkanlah aku nak bagi anak bini aku makan siput babi macam dalam rancangan Bersama mu TV3 tuh.

Sabar...ya maulana.Nak tahu rahsia mesti sabar.Nak kaya pun kena sabar.Sabar itu juga cara untuk jadi kaya.Kekayaan pun tidak datang sekelip atau 2 kelip mata.Berkelip-kelip mata pun tak dapat ya tuan-tuan.

Kau jangan buat loyar buruk.Beritahu aku cepat!

Bagaimana mahu kaya jika sikap tuan tidak mahu sabar? Lihat Bill Gates yang pendapatannya 300juta sebulan.Adakah dia kaya dengan 2-3 kelip mata? Berapa lama Donald Trump bina empayar hartanahnya? Tak payah pergi jauh tuan,lihat Mustapha Kamal tauke MK Land,berapa lama dia bertatih bina kekayaan?

Baiklah aku mahu sabar sekarang.Cuma tolong beritahu aku macam mana nak kaya dengan hanya bersyukur pada Tuhan.Aku cuma bosan makan megi tiap-tiap hari.Sekarang ini pun megi aku sudah kembang.




Maggi yang kembang juga adalah nikmat Allah ya sheikh ya maulana. JIka tuan tidak tahu bersyukur dengan sekeping megi,bagaimana tuan mahu bersyukur dengan sepinggan nasi kandar Mamak Deluxe berlaukkan ayam madu,papadom,sayur kobis dengan campuran mayonis,kentang putar yang lazat dan air tembikai susu lemak manis? Belajar bersyukur pada perkara yang kecil-kecil dahulu tuan,baru kita layak dapat berkat bersyukur pada perkara-perkara yang besar-besar.Sekeping megi itu tuan,jika kita tahu erti bersyukur padanya,Allah akan catitkan kesyukuran kita itu dan kelak Allah akan balas 10 kali ganda malahan berkali-kali ganda ya tuan.Subhanallah!!

Ya..ya..aku bersyukur dapat makan megi kembang.Jangan cakap lagi,beritahu sahaja bagaimana aku mahu bersyukur supaya dapat keluar dari kemiskinan tegar aku ini.

Tuan sudah pun buat tadi.Maknanya jika kita tahu erti syukur walaupun sekecil-kecil nikmat Allah,maka kita layak dapat kelebihan berkat rahmat Allah Yang Maha Kaya.Bersyukur ini macam main pinball tuan,tidak kira apa jua kita bersyukur pun,tetap dapat markah.Dapat minum air kosong,alhamdulillah...dapat duduk bawah payung masa hujan,alhamdulillah...dapat duduk dalam tren yang sesak,alhamdulillah...tapi jangan pula bila tengok punggung wanita masa dalam LRT kita ucap alhamdulillah...

Kenapa pula?Bukan itu juga rezeki naman ya?

Itu bukan rezeki ya maulana! Masya Allah apa nak jadi dengan maulana ini! Itu bukan rezeki,itu peluang nak dapat dosa!

Bila terpandang perkara-perkara macam itu,alihkan pandangan atau tutup mata sahaja dan beristighfar.Ini juga cara kita bersyukur dengan kedua biji mata kita.Nanti Allah tambah lagi nikmat...lagi dan lagi dan lagi...

Alhamdulillah aku faham sekarang,jadi ada tak cara lain nak bersyukur ini?

Bersyukur ini banyak cara kita boleh buat tuan-tuan.Bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah...jika kita banyak harta,cara paling baik untuk bersyukur dengan harta kita ialah berzakat. Dah tunaikan zakat,kita boleh bersedekah pula.Tahukah tuan-tuan,dengan bersedekah,harta kita akan bertambah dan bertambah? Masya Allah tuan...ini RAHSIA BESAR tuan...bersedekah dapat menambahkan kekayaan. Dalam ilmu metafizik Barat juga mengakui prinsip ini.Apa dia tuan-tuan?

"Rahsia menerima ialah dengan memberi"
 

Jadi belajarlah memberi,kata pakar motivasi Barat.Lihat majoriti hartawan Barat.Trend mereka ialah selepas berjaya menjadi jutawan,mereka akan buka yayasan.Mereka akan buat tabung derma,kempen derma.Bill Gates,Rockefeller,Donald Trump dan sebagainya bukan sahaja menjadi hartawan yang berjaya,mereka juga adalah penderma yang budiman.Ini berbeza dengan orang kita ya maulana...makin kaya makin telan harta orang lain.Makin kaya bukan semakin jadi budiman...jadi semakin pembelit.Itu sebab bisnes semua lingkup.Semua tak jalan.Bengkrapsi.Tambah pula masing-masing ada Phd,lagi haru dibuatnya ya maulana sekalian.

Kenapa bersedekah tidak menjadikan harta kita berkurang malah semakin bertambah dan bertambah?


Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”.

Lihat tuan-tuan Nabi kata sedekah itu tidak langsung mengurangkan harta kita.Kita mungkin nampak berkurang,TETAPI HAKIKATNYA TIDAK.


Allah yang merupakan PEMILIK PERBENDAHARAAN KEKAYAAN juga menjamin orang yang bersedekah:


Al Baqarah ayat 261 :

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Inilah rahsia hukum metafizik Barat "“to give in order to get” .Kata Joe Vitale,seorang pakar motivasi dan 'spiritual marketing',hukum ini adalah sesuatu yang universal dan bertindak dengan cara yang tidak diketahui dan aneh.Memanglah dengan memberi itu membawa kepada pemberian yang mencurah-curah sebab ALLAH SENDIRI YANG MENCIPTA HUKUM ALAM INI.Orang Barat percaya dan mereka berjaya.Kita kurang percaya,maka kita gagal.

DALAM AGAMA ITU ADA KEJAYAAN.YAKINLAH TUAN-TUAN.YAKINLAH SEPENUH HATI.

Tapi dalam poket aku ada 5 ringgit je.Aku orang miskin.Tak payah lah bersedekah.Aku nak cara lain jadi kaya.




Orang miskinlah kena banyak bersedekah ya maulana.Sebab orang miskin kurang harta.Nak dapat banyak kena beri banyak.Nak jadi kaya kena bagi kekayaan.Itu prinsipnya ya maulana.Buat sahaja.Nanti Allah kasi mudah.Misalnya dalam poket ada 5 ringgit,berilah seringgit pada surau atau masjid.4 ringgit boleh beli nasi lemak dan air bungkus sebagai contoh.Kan mudah.Nak bagi semua pun tidak mengapa.Tapi kena tawakal kuatlah.

Bersyukur juga boleh dilakukan dengan menambahkan amal ibadat tuan-tuan.Jika dahulu malas bersolat,kini rajin-rajinlah pergi ke masjid.Jika dahulu malas nak buka AlQuran,kini usahalah baca 2-3 mukasurat sehari.Lagi tambah amal ibadat,lagi Allah sayang.Lagi Allah sayang...nah minta apa saja ya maulana...nak rumah...nak kereta...nak bini cantik...panjatkan saja doa tuan-tuan...pasti Allah kabulkan.

Surah Al-Baqarah ayat 186:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku maka beritahu kepada mereka : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul".






Nah...tuan-tuan,jika kita sahut seruan Allah,pasti Dia akan beri perhatian-Nya pada kita.Sebab apa tuan-tuan? SEbab dengan menyahut perintah Allah maknanya kita sudah bersyukur dengan NAFAS DAN NYAWA yang Allah kurniakan pada kita.Kita hargai nafas kita yang dok sedut tetiap hari.Nyawa yang Allah bagi ini,bukannya untuk tambah maksiat...tapi untuk tambah mendekatkan diri pada Allah Azza Wa Jalla.

Jadi ya maulana sekalian...apa pelajaran kita hari ini?

Bagaimana nak berterima kasih dengan segala pemberian nikmat yang Tuhan bagi ini?

Bagaimana nak tambah keberkatan dalam hidup kita?

Bagaimana nak keluar dari kemiskinan dan menuju kepada kekayaan?

Bagaimana nak jadi kaya...bertambah kaya?

Bagaimana nak bagi semua doa kita dimakbulkan Tuhan?



















Iaitu dengan BERSYUKUR KEPADA-NYA
















Ya Allah...daku kurang bersyukur kepada MU ya Allah...banyak sungguh nikmat yang Engkau berikan kepadaku.Tapi daku selalu lupakan Engkau...

Segala puji-pujian hanya untukmu Ya Allah...

ALHAMDULILLAH....

Thursday, March 10, 2011

Teh Sukat Atau Teh Timbang Punca Kanser??


Mesti ramai yang suka teh tarik, tah panas, kalau ke kedai mamak, nak teh tarik kaw kaw, warna yang cantik bau harum, tapi ada sesuatu yang perlu kita tau, teh tu dari mana, adakah terjamin teh tak ada bahan pewarna yg bahaya, dalam kosmo hari ni, berita pasal teh sukat atau teh timbang. Warna teh yang cantik dan pekat buat orang suka beli teh timbang, harga pun murah. Rupanya teh yang orang suka dan cantik warnanya tu ada bahan pewarna yang bahaya.





Berita penuh:
Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.
“Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.
“Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,” katanya kepada Kosmo ketika dihubungi semalam.


Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.
Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.
Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.
“Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.
Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan,” katanya.

Teh sukat atau teh timbang menjadi pilihan ramai pengusaha gerai makanan dan minuman kerana harganya jauh lebih murah berbanding teh berjenama.
Seorang peniaga kedai runcit, Nizam Mohamad, 53, berkata, harga teh sukat itu bergantung kepada kualitinya dan serendah RM6 sekilogram.
“Jenis paling mahal ialah RM13 sekilogram. Teh timbang yang lebih murah kurang sedap, rupanya kurang cantik dan berdebu-debu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, teh timbang mendapat permintaan yang tinggi daripada kalangan pengusaha premis makanan kerana ia mempunyai rasa lebih sedap jika dibuat teh tarik berbanding teh uncang.

Wednesday, March 09, 2011

Kisah Wanita yang Selalu Berbicara dengan Al-Qur'an


Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta'ala :
Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu''alahi wasallam

Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa saat.

Dalam dialog tersebut wanita tua itu , setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh"
Wanita tua :
"Salaamun qoulan min robbi rohiim" (QS. Yaasin : 58)
(Salam sebagai ucapan dari Tuhan maha kasih)

Abdullah : "Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini ?"
Wanita tua :
"Wa man yudhlilillahu fa la hadiyalahu"(QS : Al-A'raf : 186 )
(Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya)

Dengan jawapan ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.
Abdullah : "Kemana anda hendak pergi ?"
Wanita tua :
"Subhanalladzi asra bi'abdihi lailan minal masjidil haraami ilal masjidil aqsa" (QS. Al-Isra' : 1)
(Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari masjid haram ke masjid aqsa)

Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.

Abdullah : "Sudah berapa lama anda berada di sini ?"
Wanita tua :
"Tsalatsa layaalin sawiyya" (QS. Maryam : 10)
(Selama tiga malam dalam keadaan sehat)

Abdullah : "Apa yang anda makan selama dalam perjalanan ?"
Wanita tua :
"Huwa yut'imuni wa yasqiin" (QS. As-syu'ara' :79)
(Dialah pemberi aku makan dan minum)

Abdullah : "Dengan apa anda melakukan wudhu ?"
Wanita tua :
"Fa in lam tajidu maa-an fatayammamu sha'idan thoyyiban" (QS. Al-Maidah : 6)
(Bila tidak ada air bertayamum dengan tanah yang bersih)

Abdulah : "Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya ?"
Wanita tua :
"Tsumma atimmus shiyaama ilallaiil " (QS. Al-Baqarah : 187)
(Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam)

Abdullah : "Sekarang bukan bulan Ramadhan, mengapa anda berpuasa ?"
Wanita tua :
"Wa man tathawwa'a khairon fa innallaaha syaakirun 'aliim" (QS. Al-Baqarah : 158)
(Barang siapa melakukan sunnah lebih baik)

Abdullah : "Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir ?"
Wanita tua :
"Wa an tashuumuu khoirun lakum in kuntum ta'lamuun" (QS. Al-Baqarah : 184)
(Dan jika kamu puasa itu lebih utama, jika kamu mengetahui)

Wanita tua :
"Fab'tsu ahadaku bi warikikum hadzihi ilal madiinati falyandzur ayyuha azkaa tho'aman fal ya'ikum bi rizkin minhu "(QS. Al-Kahfi : 19)
(Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu)

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :

Wanita tua :
"Kuluu wasyrobuu hanii'an bima aslaftum fil ayyamil kholiyah" (QS. Al-Haqqah : 24)
(Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu)

Abdullah : "Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya"

Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :
"Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara mempergunakan ayat-ayat Al-Qur'an, karena kuatir salah bicara"

Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya. Akhirnya saya pun berucap :
"Fadhluhu yu'tihi man yasyaa' Wallaahu dzul fadhlil adhiim" (QS. Al-Hadid :21)

(Karunia Allah yang diberikan kepada orang yang dikehendakinya, Allah adalah pemberi karunia yang besar)

Wednesday, February 23, 2011

Sesempurna Manapun Kelihatan Suatu Sistem Manusia Itu,Ia Hanyalah Bersifat Sementara.Ini Kerana Sistem Allah (Islam) Sahajalah Yang Dapat Membawa Kita Kepada Kebenaran Dan Ketenangan Abadi. (Artikel Mesti Baca)

PERHATIAN : Sebelum meneruskan pembacaan,elok diingatkan.Artikel ini akan menceritakan sebuah kisah yang perlu diambil pengajaran.

Apabila disebut kisah yang penuh dengan nilai pengajaran,saya mengharapkan anda membacanya dengan tumpuan.Agar maksud yang hendak disampaikan dapat difahami dengan mendalam.

Dan seperti biasa,kisah ini akan ditulis dengan agak panjang.Jadi,sila baca sehingga tamat untuk mendapatkan mesej sebenar artikel ini.

Selamat Membaca.



Artikel ini saya copy dari blog Pena Maya ia adalah satu artikel yang saya rasa amat baik dan wajip untuk dikongsikan bersama. Mungkin ada yang tidak berkenan dengan cara copy and paste ini. Tapi saya buat dengan satu tujuan iaitu untuk mengajak para pembaca membuka minda dengan lebih luas lagi... Credit pada penulis kerana berupaya menghasilkan artikel yang amat baik seperti ini.. Teruskan bacaan anda...

Assalamualaikum.

Apakah yang dimaksudkan oleh Sistem Manusia? Dan apakah pula yang didefinisikan oleh Sistem Maha Pencipta atau dalam kata lain,Sistem Allah,Tuhan Sekalian Alam?

Sistem dari segi bahasanya bermaksud satu corak yang mewarnai suatu proses. Sebagai contoh,kita boleh ambil Sistem Pelajaran,yang mana bermaksud - corak yang mewarnai proses pembelajaran.

Sebelum meneruskan penulisan,mari mendengar suatu cerita yang baru sahaja berlaku pada hari ini kepada diri saya.

Begini,hari ini merupakan cuti umum. Jadi,saya mengambil kesempatan untuk keluar bersama beberapa orang rakan bersiar-siar di bandaraya.

Semasa kami sedang melalui sederet kedai,kami terserempak dengan seorang wanita yang saya suspek berusia sekitar 80 tahun.Hati saya sungguh kasihan melihat wanita tua itu.Agak sebak juga.



Ya.Saya memang dilahirkan dengan naluri sensitif yang kini apabila meningkat remaja telah ditakdirkan untuk menjadi seorang penulis blog yang agak seg....

Oh,maafkan saya.Fikiran agak melayang semasa menaip.

Baiklah,berbalik kepada cerita saya.Jadi,kami terserempak dengan seorang wanita berusia ini.Untuk pengetahuan anda,beliau ketika itu sedang berdiri di hadapan deretan kedai yang di dalamnya menjual pelbagai barangan yang jumlah kesemua barangan itu mungkin mencecah jutaan ringgit jika dicampurkan.

Dengan pakaiannya yang sudah lusuh,beliau menyapa kami dan menyatakan ayat ini kepada kami "Anak muda,boleh beri Makcik dalam seringgit dua?".

Untuk pengetahuan anda,suhu di luar bangunan pada ketika itu adalah sekitar -11°C dan Makcik itu yang kita boleh gelarkan sebagai Makcik Mah,berdiri di luarnya sepanjang hari.

Mendengarkan permintaan Makcik Mah itu,hati saya menjadi bertambah sayu.Saya melihat mukanya dan mendapati bahawa beliau hanya mempunyai sebelah mata.Sebelah matanya lagi ____ (anda isikan tempat kosong sendiri kerana saya tidak sanggup menulis perkataan itu apabila mengenangkan kembali wajah Makcik Mah).

Saya melihat keadaan sekeliling,dan mendapati tiada seorang pun dari tauke-tauke kedai itu,yang mungkin tersentuh hati melihat Makcik Mah,dan menjemputnya masuk ke dalam kedai.

Dan,nampaknya sangkaan saya tepat.Tiada seorang pun manusia yang menjemputnya ke dalam kedai.Mungkin mereka tidak menyedari kehadiran Makcik Mah.Saya tidak mahu bersangka buruk.

Tetapi,kadangkala dalam bersangka baik kita perlu memikirkan logik.Dan saya rasa tidak mungkin mereka tidak menyedari kewujudan wanita tua itu di hadapan kedai mereka.

Jadi,akibatnya,berdirilah seorang wanita tua yang _____ (sekali lagi,saya minta anda isikan sendiri tempat kosong ini kerana saya tidak sanggup untuk mengisikannya) penglihatan di dalam suhu -11°C meminta ihsan dari orang ramai untuk meneruskan sisa hidupnya di sebuah lagi tempat yang manusia korporat sering laungkan sebagai "syurga" dunia.

Yup.Itu dia.Keluarlah sudah ayat kompleks dari saya untuk anda baca.Tetapi,sekompleks manapun ayat saya,ianya tidak dapat menggambarkan krisis ke-kompleks-dan-tandus-an moral yang kita semua sedang hadapi pada hari ini.

Sambungan dari cerita di atas tadi,oleh kerana sayu dengan nasib wanita ini,saya dan rakan-rakan menghulurkan sedikit bantuan (wang) kepada Makcik Mah.

Untuk menambahkan kesayuan cerita kita,baru saya teringat,Makcik Mah sebelum kami memberikannya bantuan,hanya meminta dari kami RM 1 sahaja.Bukannya RM 10.Sedangkan,kejadian ini berlaku di salah sebuah bandaraya yang termahal di dunia.Memiliki RM 1 tidak dapat membuatkan anda memiliki apa-apapun.

Oh ya,mungkin kita boleh berkata ramai orang akan memberinya wang.But,come on.Mana rasa kasihan kita.

Okay.Tamat cerita Makcik Mah.Saya doakan beliau dapat membeli sedikit makanan untuk mengalas perut dan pulang ke rumah dengan gembira.Semoga beliau diberikan hidayah oleh Allah.Amin.

Tetapi,bukan itu isu utama yang saya ingin tulis dalam artikel ini.

Tema utama kita pada hari ini,adakah anda dapat lihat apa yang ingin saya sampaikan di sini?

KIta katakan kita pada hari ini telah mencapai kemuncak ketamadunan manusia,kita katakan kita telah berjaya menghantar manusia ke bulan (jika benar,walaupun banyak pihak meragui),kita katakan kita telah berjaya mencipta bla,bla dan bla.


Tetapi,jika direnung,ke manakah itu semua membawa kita?

Jika kita lihat,di sebalik hutan besi yang kita bina pada hari ini,di sebalik pencakar langit yang kita gah-gahkan pada hari ini,di sebalik dunia pemujaan ketaksuban hiburan melampau pada hari ini,di sebalik keamanan yang kita kononnya anjurkan pada hari ini,sebenarnya jika diteliti dengan halus,lebih banyak titik hitam dari putihnya.

Setiap hari,lebih ramai orang yang membuang/menggugurkan anak dari orang menjaga anak dengan kasih sayang,lebih ramai remaja rosak otak (hisap dadah/main betina/main judi,keliru identiti dan sebagainya) dari remaja yang bangkit sebagai pelapis agama,bangsa dan negara,lebih ramai cubaan melakukan maksiat dari cubaan berkahwin awal dan sebagainya lagi yang membuktikan kepada kita semua betapa kroniknya kekoruptan yang sedang melanda masyarakat dunia pada hari ini.

Dan,sebagai tambahan di atas,jangan lupa kisah Makcik Mah.Tidak lupa juga untuk beribu kucing (sebagai contoh) di seluruh dunia yang mati terkorban akibat dilanggar kereta dan sebagainya.

Persoalannya,di manakah hilang rasa kasih sayang kita? Apakah silap kita?

Heh.

Sebenarnya,silap kita yang utama adalah kerana kita mengabaikan Sistem Allah (Islam) dan menjalankan Sistem Manusia.

So?What you'd expect brah?

Mahu lihat apa bukti Sistem Manusia itu sememangnya gagal.Mari kita ambil beberapa contoh yang mudah.

Facebook - Dikatakan sebagai salah satu bukti kemajuan perhubungan.Anda dapat berhubung dengan satu dunia pada bila-bila masa dan di mana-mana juga.

Bukti kelemahan Sistem ini? Mari senaraikan satu persatu.

1) Lahir ramai manusia yang hanya hebat di dunia teknologi.Tanpa dunia teknologi? Mereka adalah seorang manusia yang gagal untuk hidup di dalam dunia sebenar.Tiada sumbangan dapat mereka lakukan untuk manusia.

2) Lahir golongan manusia yang tiada rasa malu. Semua perkara dihebohkan di internet.Padahal berjuta orang menonton perilakunya. Meletakkan gambar-gambar yang dirasakan hot-muncung-bibir-oh-geez-cutenye di dalam Facebook,tetapi di dalam realiti memakai-tudung-litup-konon-pemalu-oh-please-lah.

3) Lahir golongan manusia yang tidak matang,tiada ilmu. Jika hidup mereka 24/7 di dalam dunia maya,bila masa mereka hendak merasai dunia sebenar? Padahal di dalam Al-Quran sendiri kerap kali menyuruh manusia ini mengembara mencari ilmu. Yang jika ditukar ayat lain bermaksud,jangan membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah,sebaliknya manfaatkan hidup dengan pencarian ilmu kerana pencarian ilmu boleh membawa kita kepada mengenal Allah.

Itu contoh mudah - Facebook.

Apakah contoh lain dan keburukan-keburukannya yang dapat diceritakan secara ringkas?

Makanan segera ciptaan manusia - Mencipta lebih banyak penyakit.
Pergaulan bebas/Fahaman Seks Liberal - "Heh,apa lagi.AIDS la bai"
Materialisme - Hidup Bertuhankan Nafsu menjadi maksud hidup yang baru.
Politik Ciptaan Barat - "Sendiri mau buka mata la bai".

dan sebagainya.


Sebenarnya,banyak lagi.Tetapi,saya seru anda untuk membuka mata dan melihat keadaan di sekeliling anda sendiri.Apa yang akan (dan telah) berlaku jika kita mengikut Sistem Manusia sendiri (yang berpaksikan nafsu),dan melanggar Sistem (Peraturan) Allah.

Sistem Manusia di sini bukannya Sistem yang membabitkan perkara-perkara ke arah kebaikan.Sebaliknya,lebih kepada Sistem Hiburan.Oh.Tidak perlu berfalsafah di dalam perkara mudah sebegini.Tidak membawa kita ke mana-mana pun.

Sebenarnya,perkara ini tidak akan terjadi jika kita menghayati Sistem Islam itu dengan berkesan.

Mari kita ambil kes Facebook sebagai contoh.

Islam menyeru umatnya untuk mengejar ilmu.Malah,wahyu pertama yang disampaikan kepada Rasulullah SAW bermaksud "BACALAH!" .

Dan,sebagai mana yang kita (orang yang berakal) tahu,jika seseorang itu berilmu,dia tidak akan mudah membuang masa.Jadi,insya-Allah tidak akan terpengaruh dengan hiburan-hiburan songsang 24/7 Facebook ini (yang sebenarnya kita perlu rujuk kembali kesesuaian penggunaan istilah hiburan itu kerana ianya telah berlebihan had).

Adakah seseorang yang sentiasa berusaha mencari ilmu dan membersihkan jiwa (membaca Al-Quran dan tafsirnya/menghadiri ceramah agama) akan bermain Facebook bagai nak rak? Common senselah,bro.

Kemudian,mari kita lihat konteks makanan segera.

Cuba lihat cara pemakanan Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya,untuk pengetahuan anda,cara pemakanan Nabi Muhammad SAW adalah amat berbeza dengan apa yang kita amalkan pada hari ini.Sedangkan cara pemakanan Baginda SAW diakui sains adalah cara pemakanan terbaik.

Mari kita ambil contoh mudah.Baginda SAW menyeru kita untuk "makan semasa lapar,berhenti sebelum kenyang".

Cuba renung.Adakah kita mengikutinya? Jauh panggang dari api lah bai.

Sebaliknya apa yang kita buat? Kita makan mengikut prinsip Barat yang mana berbunyi "makanlah selagi perut tak meletup". Di mana ada buffet,kitalah juaranya.Ibu bapa berbangga memberikan anak-anak mereka suapan ayam KFC yang penuh kolestrol menjelang hari jadi kedua anak mereka.

Kemudian,bila keluar statistik yang mendedahkan bahawa rakyat Malaysia adalah yang teramai di dalam dunia yang menghidap kencing manis,barulah masing-masing nak menggelabah.

Dah terlambatlah Pakcik.

Cuba fikir,adakah semua masalah kecil ini akan terjadi jika kita mengikuti pedoman dan pengajaran Rasulullah SAW?

Saya serahkan kepada anda untuk menjawab persoalan itu.

Oh.Sudah panjang saya menulis artikel ini.Untuk point-point lain di atas,saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya.Ini kerana saya sudah agak penat.Maafkan saya.

Tetapi,apa yang ingin disampaikan,adalah sehebat manapun Sistem Manusia yang kita bangga-banggakan ini,ingatlah bahawa hanya Sistem Allah (Islam) itulah yang mampu membawa kita kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ya.Sistem Islam yang kita tinggalkan itu.Sistem yang boleh sebenarnya kita jumpa di dalam Al-Quran dan rasional sepanjang zaman itu,tetapi kita tidak mengetahuinya.Haha (izinkan saya gelakkan diri saya dan anda semua sebentar).

Bagaimana hendak menjumpainya jika kita tidak pernah membaca dan memahami Al-Quran dari kulit ke kulit?

Oh,malangnya nasib kita.Marilah berubah.

Tentu kita semua sudah bosan berfalsafah.Mari,tukar gaya hidup.Kembali kepada cara hidup Islam. Allah Maha Bijaksana yang menciptakan kita sendiri telah memberikan kita panduan,bagaimanakah kita yang lemah ini boleh mengendahkannya?

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman:"Wahai Adam!Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi,dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"
[2:30-33]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

p/s: di bawah ini disertakan beberapa link yang boleh anda baca sebagai tambahan maklumat untuk artikel ini.


Saturday, February 19, 2011

Secret Society - Rahsia Yang Tidak Diketahui Oleh Para Masons





Dunia sedang menuju era akhir zaman. Masa semakin suntuk. Iblis 'Lucifer' Azazel the Watcher pula semakin merenik peluhnya mengenangkan saat kiamat makin tiba dan dia tidak boleh lari kerana sentiasa diekori oleh Malaikat Maut yang memegang rantai besi dari Neraka. Dajal The Antichrist juga tahu tentang ini tetapi dia perlu menyimpan rahsia terbesarnya kepada para Masons yakni para pencacai dan kuli sama ada di peringkat bawah mahu pun dikalangan elit.

Apakah rahsia yang mahu disembunyikan oleh The Antichrist??



Rahsia Sulit Dajjal The AntiChrist




Allah telah menciptakan semesta ini. Allah telah ciptakan makhluknya. Allah telah ciptakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk kegunaan manusia. Namun hakikat sebenarnya, Allah telah ciptakan matahari dan bulan hanya kerana adanya orang-orang beriman dan bertakwa kepadanya. Jika di muka bumi ini tiada satu pun orang yang mengucapkan kalimah "Lailahailallah" maka tidak perlulah matahari,bulan dan alam semesta ini, semuanya akan dihancurkan oleh Allah dan itulah ketibaan kiamat.

Itulah hakikat dunia. Hakikat dunia yang mana orang berbangga-bangga dengan Mercedes Sport dan banglo 3 tingkat.

Allah telah jadikan hujan di mana setiap titis hujan ini ada satu malaikat yang memangku titisan ini dan dibawanya dari langit ke bumi. Maha Suci Allah. Begitu juga elektron-elektron yang mengalir menjadi cas negatif menggerakkan kipas dan menghidupkan televisyen itu terdapat jua setiap elektron itu satu malaikat yang membawanya, maka berapa trillionkah malaikat yang diperlukan untuk menjana 11KV tenaga elektrik? Maha Suci Allah.

Dunia ini pada pandangan Allah tiada nilai apa-apa walaupun sebelah kepak lalat. Jika dunia ini ada nilai walaupun sebelah kepak lalat,nescaya TIADALAH DIBERI SEDIKIT PUN NIKMAT DUNIA INI KEPADA ORANG KAFFIR ITU. Kemungkinan setiap orang kafir akan susah sesuah-susahnya, fakir sefakir-fakirnya sehingga tidak mampu membeli sebutir nasi pun malah mentari pun tidak mahu menyalakan apinya untuk orang kafir tadi dan rembulan pun tidak mahu menemani mereka di waktu malam yang kelam. Mereka dilahirkan untuk mendapat penyeksaan sahaja; HIDUP DAN MATI DALAM KEADAAN HINA DIDUNIA APATAH LAGI DI AKHIRAT.

Dunia dan seisi alam ini diciptakan untuk orang yang beriman dan bertakwa, sebagaimana Allah menciptakan alam semesta ini khusus untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad s.a.w

Maka berita baik untuk orang-orang yang menentang kalimah "Lailahaillah", golongan Kafir,Munafik dan orang Islam YANG HANYA PADA NAMA DAN MENGHALANG USAHA KALIMAH DITEGAKKAN. Berita baiknya ialah dunia ini TIADA NILAI apa-apa disisi Allah Azza Wa Jalla maka ambillah dan usahalah setakat mana yang mampu di dunia ini. Ambillah kekayaan setakat mana yang mampu sebelum mulutnya dipenuhi oleh tanah kubur. Tentanglah hukum-hukum Allah sebanyak yang perlu sebelum tubuh menggelepar kesakitan akibat sakaratul maut.Tiada masalah...

Namun bagi orang yang beriman, dunia yang tidak bernilai ini digunakan untuk menuju ke arah kampung akhirat yang abadi. Menuju ke arah 'The Real World'.

Syaitan manusia di alam ini bertuhankan Dajjal. Dan Dajjal bertuhankan Iblis. Maka bos untuk para syaitan manusia ini adalah Dajjal Laknatullah. Tiada siapa pun di dunia fana ini mempunyai kekuasaan dari segi harta-benda dan politik melebihi Dajjal pada hari ini. Namun Dajjal masih tidak dapat melawan kehebatan kerajaan Nabi Allah Sulaiman a.s. Kekuasaan yang dianugerahkan kepada nabi Sulaiman amat hebat sehingga Nabi Sulaiman dapat mengarahkan angin dan memahami bahasa haiwan malah jin dan syaitan.

” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “. (ayat 35, Surah As-Sad)

Namun Dajjal tidak berputus asa. Dia yakin nasihat yang diberikan oleh Iblis bahawa jika dia berjaya mengalahkan pengikut agama Allah s.w.t  maka bermakna dia telah berjaya mengalahkan Allah dan Dajjal lah yang menjadi Dewa Planet Bumi. Maka berusahalah Dajjal untuk mengumpulkan 1001 kemulian dunia ini yang sebenarnya tidak bernilai walaupun sebelah kepak lalat.



Para Masons di peringkat kuli bawahan tertarik dengan slogan-slogan Dajjal yang menganjurkan kasih-sayang,kebajikan dan persamaan sesama manusia. Mereka pun menyertai kelab-kelab Dajjal ini dan berkhidmat sebaik mungkin atas nama kasih sayang sesama manusia. Namun sebenarnya MEREKA TIDAK MENGETAHUI bahawa para Elit mereka menjalankan penjualan senjata,pengedaran dadah,menjalankan industri seks dan pornografi dan penyembahan syaitan. Kelab-kelab Dajjal di Malaysia kebanyakannya diterajui oleh kaum Cina dan India tak terkecuali disertai sebilangan orang Melayu yang mengaku Islam. Mereka banyak menjalankan kerja-kerja amal seperti menyumbang kepada pembinaan perhentian bas dan jejantas serta sumbangan pendidikan UPSR,PMR dan SPM.Pada masa yang sama,para Elit mereka menyumbang kepada kilang-kilang menjual senjata secara haram untuk peperangan yang dirancang dan sumbangan pendidikan kepada para saintis untuk menghasilkan wabak penyakit dan cendekiawan untuk mencipta fahaman memecahbelahkan pemikiran masyarakat.

Di dalam politik di Malaysia yang semakin membimbangkan,para sekular masih mengumpulkan harta benda tanpa memikirkan maslahat umat Islam. Tujuan politik mereka ialah bagaimana untuk mengisi perut sendiri. Tidak terkecuali penyakit ini kepada para pejuang yang mengaku mahu menegakkan hukum Islam. Mereka mengaku ingin menegakkan hukum Islam,tetapi apabila presiden mereka mahu merapatkan hubungan sesama saudara Islam yang berlainan parti politik,serta-merta mereka terlompat-lompat tidak ketahuan punca. Sampai bilalah umat Islam di Malaysia mahu bertengkar pasal parti sedangkan umat Dajjal di bawah NGO-NGO dan parti nya mengembeling tenaga secara istiqamah dan musyawarah untuk menghapuskan umat Islam yang bertelagah ini.

DI NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH,UMAT ISLAM DIPECAHKAN KEPADA SUNNAH DAN SYIAH. Namun ini gagal di Malaysia. Syiah cuba disuntik tetapi hidup segan mati tak mahu di sini. Maka formula yang paling mujarab setakat ini adalah PECAHKAN MEREKA MENGIKUT IDEOLOGI POLITIK KEPARTIAN.

Dalam hal ini umat Islam di Malaysia masih kuat dari segi konsep. Tabiat-tabiat pelik pengikut Syiah yang solat atas batu,meratap-ratap sambil memukul tubuh sendiri sehingga cedera di hari Asyura, memaki-maki sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w, membubuh gambar si mati di kubur-kubur atau menunaikan haji di sebuah tempat di Iran amat-amat tidak diterima oleh orang Islam Malaysia. Namun orang Islam khasnya orang Melayu berjaya dipecah-belahkan mengikut politik kepartian sehingga golongan Dajjal Komunis yang berkiblatkan Dajjal di Singapura berjaya menaiki tampuk pentadbiran.

Para pengikut Dajjal di Singapura amat berbangga dengan kemajuan pesat seperti yang diajarkan oleh para Elit yang hebat ilmu dunianya. Ilmu-ilmu dunia ini sebenarnya mampu dipelajari oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa. Namun perbezaannya segala ilmu ini dipelajari oleh orang beriman untuk menuju ke arah Maha Pencipta yang kekal abadi. Namun para hamba Dajjal di Singapura dan seluruh dunia mengumpulkan kekayaan dan kemuliaan dunia semata-mata untuk menghapuskan umat Islam dalam konteks ini orang-orang Melayu.

Misi mereka ialah MENJADIKAN ORANG-ORANG ISLAM SUPAYA SAMA-SAMA MENYEMBAH DAJJAL atau disembelih lehernya.

Selepas berjaya menghapuskan orang-orang Islam,apakah lagi tujuan hidup mereka? Ya,mungkin Dajjal akan menaburkan harta-benda yang banyak kerana Dajjal mempunyai "gunung roti dan sungai susu" melambang kekayaan yang melimpah ruah hasil perniagaan halal dan haramnya. Selepas itu adakah mereka kekal abadi dengan segala harta kekayaan itu? TIDAK SAMA SEKALI.

Mereka pasti akan mati.

Maka sebenarnya mereka telah tertipu di atas dunia yang tiada nilai langsung walaupun sebelah kepak lalat.S ebagai contoh, mendiang Lim Goh Tong tidak mampu memasukkan seluruh Genting Highland yang diusahakannya bertahun-tahun ke dalam long (keranda) nya untuk di bawa ke 'syurga'. Kekayaannya tidak mampu membawa hidayah kepadanya untuk mengenal Penciptanya sendiri. Kekayaan hanya memberikannya kesibukan hari demi hari sehingga tidak sempat berfikir siapakah dirinya dan untuk apa dan tujuan dia diciptakan. Sehinggalah dia diletakkan di dalam long, kehidupannya hanya didedikasikan untuk membina kota keriangan untuk insan lain tetapi dirinya bakal terseksa di dalam kota kesedihan di alam baqa nanti. Mendiang umpama lilin yang membakar diri. Dia tidak menyimpan pun sedikit harta dan saham untuk bekalan di akhirat nanti.

Cuma satu harapan untuknya, jika dia berjaya mendapat rahmat Allah Azza wa Jalla, atau ketika dia berbaris-baris bersama ahli neraka yang lain sambil melihat orang-orang beriman yang dikenalinya lalu dihadapannya. Jika dia berjaya merayu orang-orang beriman yang pernah menerima pemberiannya atau 'sedekahnya' ketika menjadi pengerusi Genting Highland dahulu dan orang beriman itu memimpin dia untuk merayu kepada Allah Pemilik Hari Pembalasan, maka selamatlah insan bernama Lim Goh Tong ini. Jika tidak maka kekal lah ia di Neraka Tuhan.

Sebab itulah di peringkat bawahan, The Antichrist menjalankan misi kebajikan dan persamaan sesama manusia kemudian mereka ditaburkan harta kekayaan dan menjadi penyembah dunia dan harta benda,kemudian peringkat seterusnya mereka di ajar agama Sihir dan Penyembahan Syaitan. Sampai satu peringkat manusia-manusia yang dungu ini akan di ajar tentang cara-cara menyembah nafsu sendiri dan Dajjal sebagai The wise Man yang serba tahu tentang cara-cara mendapatkan harta kekayaan. Sampai tahap ini mereka masih tidak tahu apa tujuan mereka memperhambakan diri kepada Dajjal, malah Masons sehebat Albert Pike,Mann P. Hall dan George Washington pun tidak tahu.

Dajjal masih menyimpan rahsia terbesar siapa yang perlu mereka perangi.

Namun setiap misi dan tindakan Dajjal dalam siasah politik jelas menunjukkan MUSUH SEBENAR yang harus mereka perangi.

Tiada siasah politik dan ketenteraan besar-besaran yang dilakukan mana-mana proksi Dajjal menjurus kepada tekanan ke atas penganut agama lain.

Penindasan penganut Buddha di Tibet oleh Israel? Pembunuhan beramai-ramai penduduk Tamil di Sri Lanka oleh tentera Amerika atas nama memerangi keganasan? Pembunuhan ke atas penduduk Serbia oleh tentera NATO?

Tiada... Di seluruh dunia,hanya umat yang satu ini ditindas walaupun mempunyai 1.5 Bilion penganut.

Maka diperingkat paling atas,para Rahib Syaitan The Al-Masih Laknatullah diajar tentang musuh sebenar mereka iaitu ISLAM. Mereka perlu hapuskan Islam kerana Islamlah yang menghalang tujuan mereka untuk menjadi 'angel' di muka bumi. Segala perancangan,perbelanjaan dan operasi sebenarnya diperuntukkan untuk memerangi Islam dan penganutnya. Bukan Buddha,bukan Hindu,bukan Yahudi apatah lagi Kristian.

BEGITU BESARNYA DAN GERUNNYA MEREKA KEPADA ISLAM MELEBIHI HARTA KEKAYAAN YANG MEREKA KUMPULKAN SENDIRI.

Itulah rahsia yang disimpan di dalam Diari Keramat Sang Dajjal sejak dia mengaku dapat menjadi Tuhan sebagaimana Dia. Jalan yang diberitahu Iblis memang jelas, hapuskan Islam dan penganutnya. Kau akan menjadi dewaraja di bumi. Kerja-kerja Iblis 50% di'subkontrak'kan kepada Dajjal yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa dirinya dikelentong hidup-hidup oleh Iblis "The King of Underworld".

Jadi Dajjal pun berusaha siang dan malam mengajak manusia khasnya para Masons supaya mencari dunia yang nilainya tidak sampai pun sebelah kepak lalat. Jika segala isi dunia pun tidak bernilai walaupun dibandingkan sebelah kepak lalat apatah lagi BMW 7 Series? Malah sebelah najis lalat pun tidak dapat dibandingkan dengan Mitshubishi Evolution III atau Nissan Skyline. JIka sebelah najis lalat tadi ada nilai disisi Allah Azza Wa Jalla maka jangan haraplah orang KAFIR merasa memandu Mustang GT atau Ferrari malah sebutir gandum pun tidak layak dimakan oleh para KAFIR,MUNAFIK DAN ORANG ISLAM PADA NAMANYA SAHAJA LAGI MENGHALANG HUKUM ALLAH YANG MAHA KERAS AZAB-NYA DITEGAKKAN.


” Tiada akan datang hari kiamat selama masih ada di bumi yang menyebut Nama Allah". (Hadis Nabi dari Shahih Muslim)

Begitu besarnya nilai nama Allah s.w.t itu sehingga perlu menunggu bumi ini tiada langsung orang beriman dan hanya tinggal orang-orang kafir sahaja termasuk munafik yang tiada nilai langsung barulah dunia ini dihancurkan kerana tiada keperluan lagi alam semesta dikekalkan.

Ini juga bermakna bumi ini masih wujud kerana masih terdapat orang-orang beriman. Maka orang-orang kafir duduk menumpang di dunia ini sambil berpesta ria dengan tarian bogel sambil minum arak pun dengan belas ihsan Allah.s.w.t kerana asbab masih wujudnya orang yang menyebut nama Allah s.w.t. Apabila tiada lagi orang menyebut nama Allah,yang tinggal hanya saki baki para Masons yang dungu dan orang-orang kafir,maka bumi akan dihapuskan terus. Tiada gunanya lagi menyediakan bumi dan langit kepada orang yang masih berdegil menentang Penciptanya sendiri.

Insaflah,sampai bila kita mahu berlagak angkuh mendabik dada di bumi Allah ini. Setiap masa kubur kita akan geram mahu menghimpit kita di alam barzah nanti.Na'uzubillah min zalik.

Monday, February 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEKASIH UNTUK SEMUA

 


Assalamualaikum... 

Selawat serta salam kepada junjungan mulia  Nabi Muhammad S.A.W. Wah! tajuk yang diberikan pada posting kali ini agak menarik kan? tapi silap-silap... ini bukan masanya untuk bermadah mengenai Hari Valentine yang ntahapantah (ayat mengarut) tetapi ia khusus buat kita semua dalam mengingati hari kelahiran kekasih kita semua iaitu Nabi Muhammad S.A.W. 

Semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak Insyaallah. Hayati dan fahamilah maksud lirik lagu ini. Moga ia dapat memberikan seribu makna serta keinsafan pada kita. Sesungguhnya kasih sayangku hanya untukmu Ya Rasulullah....


 Ya Rasulullah
 
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...