Friday, July 30, 2010

Tragisnya Tragedi Saripah Edora


Assalamualaikum dan selamat petang kepada muslimin dan muslimat serta pembaca-pembaca setia Feed Your Soul. Pada petang ini, saya ingin menyajikan kepada anda satu kisah benar yang betul-betul menyayat hati jika kita semua mampu menyelami perasaan suci seorang gadis yang bernama Saripah Edora. Semoga anda semua berolah manfaatnya nanti..

Haris tergesa-gesa berjalan meredah kelompok orang meredah orang ramai yang berpusu-pusu membanjiri pasar malam Sabtu itu. Di situlah dia menemui Saripah Edora, gadis kecil molek yang berkulit hitam manis.

"Maaf, saya tak sengaja, cik adik tak apa-apa ke? "

Tak okey aje. Tak injured pun.

Biar saya ganti balik kata Haris sambil menunjukkan bungkusan cendol yang telah terburai ketika merempuh Saripah Edora.

Takpe encik pun macam nak cepat je, tentu ada hal penting.

Haah iye, jadi boleh saya ambil nombor telefon cik adik. Saya nak menebus kesalahan saya dengan belanja cik adik makan.

Saripah Edora panggil aje Pipah, menyambut huluran tangan Haris.

Maka, bertukar-tukarlah nombor telefon kedua-duanya hingga berlangsungnya episod-episod cinta antara Saripah Edora dan Haris. Seperti pasangan-pasangan yang lain, diorang gak melakukan aktiviti-aktiviti seperti keluar dating, tengok wayang, ber SMS, lepak kat tasik, makan-makan, bergaduh, merajuk dan berbaik semula dan bla..bla..bla.. sehinggalah hubungan mereka semakin intim dan temetrainya ikatan pertunangan tanpa bantahan dari kedua belah pihak adanya.

Saripah Edora memicit kepalanya, tekaknya rasa loya-loya, perutnya rasa nyilu semacam Saripah Edora memegang perut sambil tangannya memicit-micit kepala. Haris tidak berkata apa-apa, mukanya pucat tatkala melihat keadaan Saripah Edora yang macam perempuan mengandungkan anak sulung. Haris mulai berasa serba salah, menyesal, dan menyalahkan diri sendiri yang terlalu terburu-buru mengikut perasaan. Jika dia tidak memaksa Saripah Edora untuk memuaskan hasratnya, tentu tidak akan jadi begini. Kalaulah Haris tidak memaksa

Tak nak Pipah takut rayu Saripah Edora berkali-kali.

Haris tarik muka asam gelugor. Saripah Edora seperti hendak menangis, badannya sedikit menggigil-gigil menghapkan Haris tidak terus mendesak.

Pipah kan tunang abang. Kalau Pipah tak sudi maknanya Pipah tak cintakan abang.

Tapi Pipah Pipah takut kalau

Takpelah... potong Haris bersuara lesu.

Biarlah abang mati kempunan Pipah suka agaknya kalau abang takde

Baiklah suara Saripah Edora berketar dengan bibir terkemam.

Haris bersuara riang seperti kanak-kanak tadika.

Jangan bimbang apa pun yang akan berlaku abang akan bertanggung jawab. Lagipun, kan tak lama lagi kita akan kahwin.

Saripah Edora menggigit bibir, perasaan berbelah bagi bersarang semut di hati. Apakan daya hendak menolak satu-satunya permintaan Haris yang satu. Selama ini, permintaan Saripah Edora yang berbagai-bagai tak pernah sekalipun Haris tak tunaikan. Saripah Edora minta kasut, Haris belikan. Saripah Edora minta lagi kasut, Haris tetap belikan kasut tu tanpa merungut jugak Haris tetap menghulurkan duit kat cashier bayar harga kasut yang dibelinya. Saripah Edora belum membuka mulut untuk beli lagi satu kasut, Haris sudah faham kehendaknya. Jadi kali ini mahu tak mahu Saripah Edora mesti akur menurut kehendak Haris. Membuktikan cintanya yang benar-benar tulen bukan perkara main-main. Namun, tekad Saripah Edora tu bulatnya melengkung. Jantungnya masih berdebak-debuk. Andai jantung Saripah Edora bergerigi, pasti tembus dadanya dilolosi akan hebatnya rasa getaran dan gementarnya itu!

Haris menggenggam tangan Saripah Edora, meyakinkannya. Saripah Edora tunduk dengan mata terpejam membayangkan kengerian yang akan berlaku tak beberapa lama lagi. Terlintas juga di fikirannya untuk pura-pura pitam tapi ahh tiada gunanya! Teringatlah si Saripah Edora akan satu peribahasa Melayu moden, terlajak kereta time lampu merah boleh dirempuh lori dari arah bertentangan. Saripah Edora pasrah menyerah.

Abang akan bertanggungjawab atas segala keterlanjuran abang buat terhadap Pipah. Maafkan abang Pipah abang menyesal.

Saripah Edora terus memuntahkan segala isi perutnya, matanya berair, hidungnya berair mulutnya pun berair jugak berair liur sisa muntah.

"Kan dah cakap, Pipah tak nak main rollercoaster gayat!!!" Saripah Edora mencebik dalam tangis.

"Er aaa aaa aaa nanti haa, kasut baru !"

Dan pening kepala Saripah Edora mulai kendur tersenyum menggangguk Saripah Edora menyekat air mata yang masih bergenang. Haris kelegaan tahap maksima puas jugak dapat naik rollercoaster dengan Saripah Edora! Pertama kali merdeka jiwa rasanya!!!

Huhuhu tamatlah kisah tragedi Saripah Edora yang memang tragis ni… Amacam? sedih ke?


hahaha...

Wednesday, July 28, 2010

Kita Selesa Kerana Kita Tidak Nampak (Tolong Baca)

PERHATIAN: Sebelum bermula,elok diingatkan bahawa artikel ini agak berat.Sila baca sehingga habis.Dan apabila disebut berat,saya yakin sudah ramai orang akan tidak membaca artikel ini.Tetapi,artikel ini amat penting untuk anda menyedari fakta yang sudah lama anda tidak ketahui.Tepuk dada,tanya selera.Kita sudah lama tidak berfikir.Apa salahnya sesekali membaca bahan berat.Menonton filem 4 jam boleh pula.Tidak begitu?Anda malas,anda rugi.


Assalamualaikum.

Saya baru sahaja membaca satu artikel.Artikel yang bertajuk Gambar-Gambar Pertempuran Terbaru Di Palestin.

Ada beberapa gambar diletakkan di situ.








Cuba anda renung dan lihat gambar-gambar ini.Setiap gambar ada cerita tersendiri yang anda boleh baca di di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Okay..

Sudah baca? Jika tidak baca lagipun,tidak mengapa.Anda boleh membaca artikel ini dahulu baru anda baca artikel itu nanti.

Sekarang,saya ingin bertanya,kita semua tahu bukan bahawa umat Islam itu bersaudara?

Tetapi,ada beberapa persoalan di sini yang ingin diajukan.

Ya..

Persoalannya,apakah yang kita lakukan pada waktu dan saat ini sementara masih ramai saudara kita yang ditindas pada saat ini?

Mari baca penulisan ini dan muhasabah diri kita.

1) Kita semua tahu bahawa ada saudara kita di dunia sebelah sana yang sedang ditindas,tetapi untuk mengetahui suatu hakikat itu sahaja tiada guna.Kebanyakan dari kita seperti sudah immune dengan isu ini.Malah,ada masanya di mana kita tidak berminat langsung untuk mengetahui apakah yang berlaku di sana.Lihat sahajalah di dalam surat khabar.Bahagian manakah yang kita baca dahulu?Apakah reaksi kita apabila membaca isu ini?

2) Kita hanya kecoh dengan isu Palestin apabila media-media mula memperbesar-besarkan isu ini.Tidak konsisten.Semasa media mula menghebah-hebahkan isu ini,muncullah golongan di kalangan kita yang baru hendak bangkit memprotes.Tetapi,protes itu tidak lama biasanya.Hanya berbekalkan semangat protes-7-hari,kemudian senyap.

3) Kita juga ada buat kempen boikot.Tetapi,adakah boikot kita itu benar-benar boikot?Atau kita bersikap bias? Cakap sahaja tidak guna. Berkorban dan bersikap seriuslah sedikit dalam melaksanakan kata-kata.

4) Sebenarnya dalam isu ini,emosi tidak boleh digunakan.Ya.Tiada guna langsung emosi itu.Kebanyakan dari kita,apabila melihat sahaja isu ini dipaparkan di dalam berita (media),segeralah kita menjoin group di Facebook yang berbunyi SAYA BENCI *******.Kemudian,kita mencarut-carut di dalam group itu.Adakah itu akhlak umat Islam?Adakah menyertai group-group buang masa di Facebook dapat mengubah dunia?

5) Sedang saudara kita ditindas,kita menikmati keamanan secara tidak bersyukur.Kita katakan kita saudara mereka,tetapi kita masih menyokong syarikat-syarikat pihak yang menyerang mereka (kritikan kepada diri sendiri juga). Kenapa?Susah sangat ke hendak tegas dalam menyatakan ke-tidak-setuju-an kita?Malah masih ada dari kita yang berbangga lepak Starbucks.Urban katanya..

6) Kita juga masih memikirkan model handphone apakah yang mahu ditukar pada esok hari,masih lagi mahu memikirkan kereta apakah yang mahu dibeli.Maksudnya,masih memikirkan bagaimana hendak memuaskan nafsu sendiri pada ketika umat Islam di seluruh dunia ditindas.

7) Agak menghairankan apabila sembahyang pun tidak dijaga,tudung pun tidak dipakai,ada di antara kita mengimpikan menyertai pasukan tentera Imam Mahdi.Begitu konfiden sekali mereka mengatakannya.Tetapi,yang wajib tidak dibuat? Atoi,atoi..Ini menunjukkan bahawa banyak pemahaman pelik-pelik muncul dalam masyarakat kita,kerana kurangnya ilmu.Kita hanya berminat untuk belajar perkara-perkara mistik sahaja.Atau dalam kata lain,perkara fun.Fikirkanlah.

8) Anak muda kita juga hanyut dilanda masalah yang amat besar. Tewas dari pelbagai sudut.Yang menang adalah musuh kita.

9) Tanya diri kita,do we really care about them? Atau sekadar berbicara kosong sahaja.Jangan begitu.Jangan jadi umat yang hanya pandai beretorik.

Apa yang hendak disampaikan di sini adalah,bukannya hendak menyuruh kita mengangkat senjata pergi ke tempat mereka membantu.

Sememangnya sukar bagi kita kerana mereka jauh di sana.

Tetapi,ada perkara yang kita boleh buat.Tahukah anda? Perkara ini sebenarnya tidak payah kita hendak buat campaign besar-besaran,cukuplah mulakan dengan diri kita dahulu.Kemudian,suruh keluarga kita,kemudian jiran kita dan begitulah seterusnya.

Apakah perkara itu?

Kita (umat Islam yang diberikan Allah nikmat keamanan sementara di dunia ini) kembalilah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.Hayati maksudnya.

Dan juga kita lakukanlah perkara-perkara di bawah ini :

-Tunaikanlah solat 5 kali waktu sehari.
-Hentikanlah maksiat di dalam diri.
-Hentikanlah hiburan tahyul melampau.
-Sudah-sudahlah menonton rancangan televisyen tidak henti-henti.
-Bersikaplah serius dalam menegakkan agama Allah SWT.

Selain itu,kita juga hendaklah :

-Jangan buang masa duduk di warung kopi/Facebook berbalas-balas hujah atas isu bodoh.
-Berdoalah kepada Allah agar diberikan bantuan/petunjuk/hidayah kepada kita.
-Jangan membazirkan duit anda dengan benda-benda tidak berfaedah.Baik dermakan duit itu ke badan kebajikan atau terus ke tangan pihak yang layak mendapat bantuan.

Itulah..

Kadang-kadang terasa lawak juga melihat ada wanita/lelaki di Facebook,menyertai group "ISLAM ITU BENAR!" tetapi seminit selepas itu mereka menyertai pula group "ARTIS WANITA COMEL".

Adakah itu Islam?

Hati itu penting..

"Semoga Allah merahmati seseorang hamba yang serius memerhatikan niatnya. apabila niatnya kerana Allah SWT, maka ia terus berjalan; dan apabila bukan kerana Allah, ia berhenti tidak meneruskan amalan tersebut." (Imam Hassan Al-Basri)

Kemudian,ada juga orang.Yang suka bermain dengan perkataan-perkataan kafir.

Jangan begitu.Jangan serang agama orang lain sesuka hati.

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." [6:108]

Allah tidak menyuruh kita memaki-maki sedemikian.Sebaliknya,kita yang patut menjadi contoh kepada mereka yang bukan Islam.

Patutnya,kita tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.Barulah mereka tertarik kepada Islam.Tetapi,jika kita sendiripun buat status emo di Facebook dan peratusan jenayah di Malaysia dikuasai kita yang kononnya mengaku umat Islam,bagaimanakah orang hendak tertarik kepada Islam?

Orang tidak akan hormat kita,jika kita sendiri pun tidak hormat dan memperbetulkan diri kita sendiri.

Juga,apakah yang lain kita perlu lakukan?

Bersikap seriuslah kita di dalam kehidupan.Jangan asyik bergelak ketawa.

Cuba fikir,saudara kita sedang mati ditembak di sana,kita boleh bergelak ketawa? Dan kepada wanita,janganlah kerana isu-isu kecil,anda marah kepada ibu bapa/rakan anda.Ingatlah.Kita semua saudara.Bermaaf-maafanlah sesama kita.

Jangan juga menikam belakang.Jangan mengumpat.Mengumpat itu dosanya lebih besar dari zina.

"Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang yang melakukan umpatan tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) (Sedikit renungan untuk diri sendiri dan anda semua)."

Kembalilah saudara-saudaraku.

Sudah-sudahlah kita dilekakan.Ini semua mainan syaitan sahaja hiburan ini.Kembalilah..

Ini bulan Julai pengaruh World Cup pula sudah tiada,berhentilah kita dari terus bersuka-ria menyokong pasukan "kegemaran" kita. Pada bulan Jun dulu kita telah lupakan segala masalah serta isu yang melanda saudara-saudara kita ,atas alasan semangat kesukanan kononnya..Lihatlah,begitu mudah mereka mempermainkan kita.Aduh.. Sebentar lagi akan tibanya Bulan Ramadhan, jangan pula kita tewas dengan BPL (liga Inggeris) yang bakal bermula nanti, banyakkanlah ibadat dan Tekadkan hati.

Tahukah anda Palestin sudah tiada kewujudannya di dalam Google Maps?

Hurmm..

Sudah-sudahlah tu berhibur dan leka..

Saya menulis untuk mengingatkan diri saya juga.

Semoga mendapat sesuatu di sini.

Anda juga boleh menonton video ini sebagai tambahan maklumat kepada anda.



Kesimpulannya,satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui ilmu,yakni kembali kepada sumber ilmu kita iaitu Al-Quran dan Hadis.

Jika tiada ilmu,itulah yang membuatkan kita emosi semacam tu bila mereka lontarkan kita dengan beberapa isu.

Sekian dari saya buat masa ini.Sememangnya kita memerlukan masa untuk berubah,tetapi,jangan memanjakan diri terlalu banyak.Bimbang tidak sempat untuk berubah.Juga,disiplin dan berilah ketegasan kepada diri dalam melakukan perubahan.

Dan,diingatkan.Jika anda benar-benar mahu berubah,sememangnya banyak golongan yang akan menentang anda.Bersabarlah.Berdoalah kepada Allah SWT.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


Credit To:Pena Maya

Monday, July 26, 2010

Sedikit Peringatan Untuk Semua (Artikel Yang Panjang Tidak Semestinya Membosankan)


PERHATIAN : Sila baca artikel ini sehingga penghabisan untuk mendapatkan idea yang ingin disampaikan.Jangan malas untuk membaca.Orang yang malas itu adalah orang yang rugi.Menonton filem boleh berjam-jam.Apa salahnya meluangkan masa 10 minit untuk artikel yang tidak seberapa ini.Insya-Allah kita akan mendapat kebaikan bersama-sama.

Assalamualaikum..
Ini merupakan zaman internet.Ada pro-kontranya.Pandai mengguna,baiklah hasilnya.Jika diguna dengan niat jahat,buruklah hasilnya.Kita kini mempunyai perkhidmatan blog.Bagus perkhidmatan ini.Ramai yang menulis.Blog ini banyak jenisnya.Ada blog politik,blog ilmu,dan blog peribadi.

Menulis blog tidak memerlukan ilmu tinggi.Sesiapa juga boleh menulis blog.Apa-apa topik juga boleh ditulis.Anda mahu menulis fitnah juga boleh.Apa-apa sahajalah pendek kata.Dari pelajar,guru,pekerja kerajaan, businessman, malah tukang kebun juga mahu menulis blog.Masing-masing hendak mempunyai blog sendiri.Tidak mengapa.Tidak salah..

Tetapi yang menjadi salahnya apabila blog itu ditulis dengan niat yang tidak betul.Kita orang Islam kena ingat.Setiap perbuatan kita baik yang kecil atau besar akan dihitung dan dicatitkan pahala dan dosanya.Oleh itu menulis itu biarlah dengan niat yang baik.

Baiklah.Mari kita tinjau 3 jenis kategori blog yang biasanya ditulis oleh kita semua.

Blog Politik

Saya tidak tahu mengapa,ramai benar dari kita berminat dan berkeyakinan sungguh menulis blog tentang politik.Hendak kata mereka itu orang yang berkelayakan,tidak juga.Mereka menulis seperti mereka ini yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa besar tempatan.Mereka menulis seperti pihak yang terlibat itu secara langsung menceritakan kepada mereka apa yang berlaku.

Tetapi menurut perhatian saya,kebanyakan dari mereka yang menulis blog kategori ini,kebanyakan dari mereka tidak mengetahui adakah kebenaran sesuatu berita yang mereka sampaikan itu.Malah mereka dengan konfiden-nya memaki hamun pihak yang terbabit dalam berita atas angin itu.

Sedikit teguran ingin saya beri kepada mereka-mereka ini.

Janganlah terlalu taksub dengan fahaman politik anda sehingga anda menulis berita yang tidak diketahui kebenaran.Tahulah anda bahawa menyebar berita palsu dan buruk tentang orang lain itu adalah berdosa.Boleh jadi memfitnah jika tersilap langkah.

Tidak perlu anda melebih-lebih menulis blog lebih daripada ahli politik itu sendiri.Anda jika hanya sekadar mendengar-dengar dari mulut ke mulut berita tersebut,tolonglah jangan sebarkan.Khabar angin seperti ini hanya boleh merosakkan pemikiran masyarakat.

Dan seperkara lagi,perasankah anda.Di dalam suatu blog politik yang biasanya agak terkenal,pasti akan ada komen-komen di bawah artikelnya di mana,berbalah-balahlah penyokong-penyokong parti tentang mana satu pihak yang betul.

Pada saya ini tidak betul.Apa guna kita berlawan dan berbalah di bawah itu?Dan kebanyakan yang berbuat begitu adalah umat Islam.Malu saya.Kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana suatu yang tidak diketahui kebenarannya.Hanya kerana sesuatu yang diputar belit faktanya.

Bagi yang menulis blog politik seperti ini pula,gunakanlah akal.Anda fikirlah sedalam-dalamnya.Anda menulis blog itu,tetapi dalam masa yang sama,artikel anda itu menjadi punca perbalahan umat Islam yang lain.Anda rasa-rasa,dapat pahalakah perbuatan anda itu?

Islam itu bukan hanya tertakluk kepada politik semata.Islam itu cara hidup.Islam itu seluruh hidup kita.Adalah lebih baik kita menulis tentang sesuatu di luar tema politik.Sesuatu yang dapat membangkitkan kesedaran umat Islam.Dari kita menulis tentang politik yang secara jelasnya akan mewujudkan perbalahan sesama kita.

Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan tema tulisan.Buka minda anda.Jangan fikir satu sudut sahaja.Itulah pentingnya ilmu.Apa yang kita baca setiap hari itu,akan membentuk jiwa kita.Jika kita setiap hari mencari blog-blog politik yang penuh dengan kedengkian dan hasad,hasadlah jadi peribadi kita.

Benar! Saya sendiri merasainya satu ketika dahulu.Saya membaca blog-blog seperti ini.Namun kemudian,saya berfikir,apa motifnya saya membaca blog-blog seperti ini? Fitnah dan pemakian sahaja yang ada.Apa yang dapat diberi kepada umat Islam dan umat manusia keseluruhannya melalui penulisan itu?Apakah kesan ilmiahnya?

Jawapannya hanya satu.Tetapi boleh diterjemah ke dalam pelbagai kata.Jawapannya adalah tiada,kosong dan nothing.

Seperkara lagi tentang penulis blog-blog politik ini,mereka apabila berbicara,mereka berbicara seperti orang-orang bijak belaka tanpa memikirkan betul atau tidak perkara yang ditulis itu.

Satu teguran dari saya.Janganlah kita terlalu obses dan mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin politik itu.Mereka juga manusia.Bisa melakukan kesalahan.Jangan apabila mereka melakukan kesalahan/dikritik, kita yang tiada kena mengena dengan mereka ini bersungguh-sungguh mempertahankan mereka dengan mencari balik kesalahan pihak yang menuduh mereka.

Sehingga ada yang memaki hamun di dalam blog untuk pemimpin mereka.Cuba berhenti seketika dan berfikir.Ke manakah kewarasan kita menghilang semasa menulis?Adakah itu tujuan kita hidup di muka bumi ini?Adakah itu tujuan kita diciptakan Allah SWT? Memikirkan tentang parti politik kita 24jam? Adakah hidup hanya sekitar politik?

Maafkan saya jika pendapat saya ini salah.Saya sedar saya ini manusia biasa.Jika salah betulkan.Tetapi saya menegur pihak-pihak yang terlalu obses dan menulis tanpa menggunakan akal fikiran itu.

Sehingga ada yang meng edit-edit gambar pemimpin parti politik dengan gambar-gambar lucah yang hina lagi jijik.

Apakah itu?Anda pernah melihatkah mereka membuat seperti itu?Jangan saudara.Jangan menyebar fitnah.

"... dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..."
(surah Al-Baqarah 191)

Jangan kerana terlalu taksub dengan dunia politik itu,kita hilang kewarasan.Nabi Muhammad SAW tidak menyuruh kita menjadi radikal atau fanatik.Nabi Muhammad SAW itu sendiri keperibadiannya sederhana dalam segala aspek.Orang yang berlebih-lebihan ini senang mendapat dosa.

Jika kita tidak tahu sesuatu perkara itu dengan tepat,adalah lebih baik kita mendiamkan diri.Sesungguhnya orang yang mendiamkan diri itu tidak semestinya bodoh.Dan orang yang melontarkan kata-kata itu tidak semestinya bijak.

Dan jangan kerana tulisan kita itu,orang bukan Islam semakin menjauhi Islam kerana melihat kita berbalah sesama sendiri.Anda fikirkanlah ya..Ambil masa.Ketepikan peribadi dan emosi.Pasti anda akan ketemui kewarasan kembali.

Mari kita tinjau blog kategori kedua pula.

Blog Penulisan Ilmu Agama

Blog-blog penulisan agama ini memang baik.Jika kita niatkan penulisan kita kerana Allah dan supaya ia dapat menyedarkan orang ramai, maka pahalalah untuk kita.Insya-Allah..Tetapi,dalam kita menulis itu,pastikan sumber-sumber yang kita gunakan itu benar-benar sahih dan tepat ilmunya.

 Adakah kita terfikir bertapa besar dosa yang akan kita dapat jika apa yang ingin kita sampaikan kepada pembaca adalah silap? Bagaimana jika ada diantara orang-orang yang baru ingin berubah ini mengikut apa yang kita paparkan dan ternyata fakta serta ilmu yang ingin kita sampaikan itu adalah dari sumber yang salah a.k.a tersilap? Kita secara tidak sengaja menyesatkan mereka-mereka itu walaupun niat kita adalah untuk kebaikkan.
Banyakkan kajian dahulu sebelum menulis.Banyakkan pembacaan dan google tentang maklumat-maklumat artikel kita itu.Kerana ada sesetengah blog yang diragui kebenaran artikelnya itu.

Dan untuk kita para pembaca pula,kita hendaklah berfikir sebelum menerima sesuatu ilmu agama dalam blog itu.Jangan hanya terima sahaja.Ini supaya kita benar-benar pasti akan kebenaran artikel itu dan yakin akan ilmu yang ada.Lantas memudahkan jiwa dan fizikal kita beramal dengan ilmu itu.

Sejak akhir-akhir ini,terdapat juga blog-blog yang memaparkan artikel-artikel tentang peristiwa akhir zaman dari sudut perspektif Islam.Memang bagus niat kita semua dalam menulis itu.Tetapi sebagai pembaca,jangan terlalu liberal atau terbuka dalam menerima ilmu itu.Kerana saya pernah membaca beberapa blog yang diragui kebenarannya.

Itulah kepentingan akal dan ilmu.Fikir dahulu sebelum kita mengambil sesuatu ilmu itu.Jangan tersilap langkah.Tersilap langkah boleh membawa mudarat.

Tetapi tidak semua blog begitu.Kebanyakan blog-blog seperti ini penulis-penulisnya sudah mengkaji kebenaran artikel mereka sebelum ditulis.Tetapi,tetap perlu berfikir dan berwaspada.Satu lagi teguran untuk blog-blog keagamaan ini (maafkan saya).Jika boleh,janganlah diletakkan auto-play untuk lagu-lagu nasyid.

Memang bagus kita pasang auto-play.Tetapi di sesetengah kawasan yang kelajuan internetnya perlahan(seperti tempat saya) tidakkah mereka akan terkejut jika tiba-tiba mereka sedang membaca,kedengaran bunyi audio?

Dari hendak membaca dengan baik,mereka telah memaki hamun lagu-lagu itu.Padahal,lagu itu bertujuan menginsafkan.Betul bukan apa yang saya cakap?

Fikirkanlah...

Kemudian mari kita tinjau blog yang ketiga dalam kategori blog favourite.

Blog Peribadi

Blog ini sering ditulis remaja khususnya.Beberapa teguran yang ingin saya beri (walau diri dan blog ini pun tidak seberapa sempurna) kepada mereka dan juga diri sendiri.Kita sebagai remaja.Gunakanlah masa kita dengan baik.Janganlah menulis perkara-perkara kosong sahaja di dalam blog.Marilah menukar persepsi kita.Gunakan akal.Mulakan pembacaan dan penulisan artikel-artikel yang berat.

Mulalah menulis tentang isu serius dalam masyarakat.Isu serius dalam dunia.Penulisan seperti ini dapat membuka minda kita dan orang lain menjadi seseorang yang lebih matang.Bergelak ketawa boleh.Tapi sampai bila? Dunia hendak sudah pun kiamat dalam bahasa kasar.Cukup-cukuplah kita membuang masa.

Dan bagi wanita atau gadis pula,jika hendak menguploadkan gambar ke dalam dunia maya ini,fikirkan dahulu ayat saya di bawah ini.

-Tahukah anda jika anda membuat aksi-aksi camwhoring dan meletakkannya di dalam blog/Facebook dll itu,gambar itu bakal ditonton oleh berjuta lelaki pervert di dalam internet?

-Ya,anda memanglah memakai tudung.Menutup aurat.Tetapi jika anda membuat muka yang comel itu,tetap akan menarik perhatian lelaki-lelaki pervert.Mahukah anda ditonton oleh mereka yang kegersangan ini?

-Tahukah anda,setiap kali anda menguploadkan gambar di dalam internet,walaupun setelah anda memadamkannya nanti,gambar itu akan kekal di dalam simpanan Google selama 3 bulan?

-Adakah anda tahu bahawa ramai lelaki yang akan memuat-turun download gambar-gambar anda yang comel itu ke dalam komputer peribadi mereka.Malah jika nasib anda lebih teruk,mereka akan mencetak gambar anda.

-Dan mereka menyimpannya untuk ditatap. Tidakkah perbuatan anda ini sama sahaja seperti anda menjadi model peribadi kepada lelaki-lelaki yang kegersangan ini?Bezanya,anda tidak nampak dan tidak tahu siapa mereka.Boleh jadi kawan anda sendiri.(ini fakta.sumpah tidak tipu.saya tahulah kerana saya ramai rakan-rakan sebegini) .

-Adakah anda tidak takut jika mereka sharekan gambar-gambar anda di blog mereka?Mereka gunakan gambar-gambar anda untuk membuat satu profile Myspace baru untuk anda? (pernah terjadi kepada kenalan saya) .

-Anda tidak boleh dakwa mereka apa-apa.Kerana sesaat selepas anda menguploadkan gambar-gambar itu ke dunia maya,anda telah mengisytiharkan gambar itu sebagai hak milik dunia.Well,ini zaman moden.

-Jika lebih teruk,mungkin gambar anda akan diedit super-imposed.Benda ini pernah terjadi.Anda sahaja yang tidak sedar.

-Tahukah anda bahawa setiap kali anda menguploadkan gambar ke dalam dunia maya,ia akan disesuaikan dengan nama anda untuk dipadankan dengan search result.Bayangkan jika anda ada gambar tidak pakai tudung,kemudian anda sudah padam.Tetapi setelah sebulan selepas itu,anda google nama anda,dan gambar itu masih keluar di keputusan carian.

-Ingat,ini zaman teknologi.Bakal suami anda mungkin akan meneliti siapakah anda sebelum berfikir ingin berkahwin dengan anda.Bakal majikan anda juga begitu.Hal yang sama kepada kaum lelaki.

-Anda fikir-fikirkanlah.

Itu untuk gambar..

Dan jika anda menulis blog peribadi,janganlah menulis sesuatu yang peribadi secara terbuka.Ingat.Satu dunia membaca tulisan anda.Anda mungkin berfikir jika anda menulis blog,tiada siapa yang bakal tahu.Tetapi sebenarnya dan hakikatnya,audiensnya lagi besar ya.

Itulah sahaja nasihat dan teguran dari saya untuk anda bloggers semua.Juga kepada para pembaca.Juga kepada semua pengguna internet.Ingat.Semasa menggunakan internet,kita tetap orang Islam.Kekalkan adab kesopanan yang diajar Nabi Muhammad SAW semasa melayari internet itu.Jangan bertukar menjadi haiwan sementelah memegang papan kunci dan tetikus.

Ubahlah pemikiran anda.Kita sudah terlalu lama lena semua hanya dunia.Mulalah menulis untuk kebaikan.Carilah ilmu dan kebenaran setiap masa.Agar diri tidak dinodai oleh kegelapan syaitan.
Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Semoga artikel ini membawa kebaikan kepada kita semua.Insya-Allah.Amin.

Assalamualaikum...


Credit To:Pena Maya

Diam Itu Lebih Baik


Assalamualaikum... para pembaca setia feedyoursoul84 yang sentiasa dirahmati Allah s.w.t Insyaallah. Pada petang yang mulia ini, ingin saya ceritakan sedikit mengenai kelebihan sifat "diam" dalam diri. Sama-samalah kita menghayatinya.Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda:"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? " (Riwayat Ahmad)

Sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

"Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri."

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan.

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu:
"Diam-diam ubi berisi" atau "Diam-diam tong kosong" atau "diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

"Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara."

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah ialah memikirkan kesalahan orang.

Sunday, July 25, 2010

Kenapa Solat Itu Wajib?



SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, daripada takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa. Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat.

" Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Di dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "agama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud:
" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring."

"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun. Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

Solat adalah tanda kesyukuran. Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan.

Sebagaimana satu hadis bermaksud:
"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

" Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

Solat dapat menenteramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus menjadikan kehidupannya lebih ceria. Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

Saturday, July 24, 2010

Rumah Misteri Diatas Pokok


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog feedyoursoul84 yang dimuliakan Allah s.w.t. Hari ini ialah hari yang sedikit suram buat diri saya kerana saya terpaksa bekerja pada hari Ahad yang mulia ini (diwajibkan kerja! Aarrgghhh!) kerana kilang ditempat saya bekerja ini perlu terus beroperasi disebabkan cuti hari ahad ini dijadikan sebagai pengganti cuti Hari Raya nanti (apesal cepat sgt nak ganti??) terasa kusut juga sebab macam-maca masalah yang saya hadapi sekarang. Semalam Lappy saya rosak, hari ini pula saya kena bekerja seperti biasa. Tapi saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan rezeki yang melimpah ruah sekarang. Semoga saya sentiasa berada dalam limpah rahmat dan kurnia-Nya setiap hari, begitu juga dengan anda-anda semua pembaca setia feedyoursoul84 ini.

Disebabkan tidak banyak kerja yang boleh saya lakukan pada hari ini, jadi tangan ini terasa gatal untuk surf internet. Tapi seronok juga sebab terjumpa dengan sebuah artikel yang saya rasa sesuai untuk saya kongsikan di sini. Ianya mengenai sebuah syarikat di Sweeden yang melakukan R&D (Research and Development) untuk mencipta sebuah tree house (rumah pokok a.k.a Ran kalau saya tak silap). Tapi ia bukan sekadar tree house yang biasa, ia terlalu eksklusif kerana ia dibina menggunakan teknologi yang amat maju. Tree house ini invisible! Ya.. Invisible! ia dibina dengan sebegitu canggih sekali dan mata manusia hampir pasti tidak mampu untuk melihatnya. Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain kecuali burung.

Canggih bukan? Ia dilengkapi dengan pelbagai gadget seperti yang ada di rumah-rumah kita. Namun ia dikatakan lebih mesra alam. Tetapi tentang harga pula, ia langsung tidak disebutkan, anda bolehla bayangkan sendiri berapa harga yang perlu anda bayar untuk mendapatkan rumah yang futuristic dan complicated seperti ini. Ia juga baru siap dibina sebuah rumah sahaja dan yang lain dikatakan akan menyusul kemudian Di bawah ini saya sediakan sedikit gambar-gambar yang diambil untuk menunjukkan rupa sebenar the invisible tree house ini beserta sedikit review daripada pencipta rumah tersebut. Look and read carefully ya…


Hampir 80% Tidak Kelihatan


Nampak Jelas Dari Sudut Ini


Cermin Ini Diaorang Cakap Mahal Sangat

Ini Ruang Dalaman Dia


      They said it couldn't be done. When we first wrote about the almost invisible tree house to be built in Sweden by Tham & Videgard, 899 commenters thought it was computer-generated eye candy, impossible to build, and death for birds. But the architects built it, one of six units in a "Treehotel," which recently opened 40 miles south of the Arctic Circle in Sweden.
      The four-meter glass cube looks as spectacular in reality as it did in the rendering. Kent Lindvall, co-owner of the TreeHotel, has been quoted as saying:
Everything will reflect in this -- the trees, the birds, the clouds, the sun, everything. So it should be invisible nearly in the forest. And what about the birds? According to Designboom, Lindvall says that a special film that is visible to birds will be applied to the glass.
      The units are constructed from sustainably harvested wood and have electric radiant floor heating and "a state-of-the-art, eco-friendly, incineration toilet" (Although I've owned an incinerating toilet, and it wasn't that eco-friendly. It used a lot of electricity and created noise and some smells. But perhaps they've improved.)
      But other than that minor quibble, this appears to be a truly "eco" resort. The owners say in Designboom:
"This is untouched forest, and we want to maintain it the same way. We decided, for example, to not offer snowmobile safari which is very common up here," says Selberg. Instead, wilderness walks will be offered.

Adakah anda semua berminat untuk menjadi pemiliknya????

Malaysia Juara World Cup 2014

Petang-petang ini, bila kerja semua dah siap. Maka saya pun dengan gatal-gatal tangan ni, menguploadkan posting yang bukan-bukan..Saja nak upload sebab nak hilangkan kebosanan yang kian menebal di dalam diri ini. Kawan-kawan semua tengah busy, kalau kacau nanti comfirm dapat... dapat maki.. Jadi cara yang terbaik adalah buat benda-benda yang boleh mendatangkan faedah pada diri sendiri dan untuk umat Islam khususnya.. Jadi tuan-tuan sekalian, renung-renungkanlah..

Sensasi: memandangkan Sotong Paul bakal bersara,ada sesetengah pihak yang cuba melatih binatang peliharaan mereka supaya menjadi peramal terkemuka seperti sotong Paul...dengan meletakkan ikan bilis (letaklah yang lebih sedap sikit..Apelah..) di dalam pinggan ,kucing pemilik akan memilih pinggan dimana bendera negara yang bakal memenangi World Cup 2010...tapi FAIL la..hahahaha!!!

(Ada ke bagi bilis... apa brand)

Sebelum bersara Sotong Paul (Paul the Octopus) telah meramalkan terlebih dahulu Juara World Cup 2014...amat mengejutkan sekali dan pasti huru hara akan terjadi sekiranya penduduk dunia melihat perkembangan ini...ini antara ayat-ayat yang dapat saya rakamkan yang telah keluar dari mulut-mulut mereka yang terlopong ibarat gua niah di Sarawak itu!!

Fernando Torres: Oh! is it real????

Wayne Rooney: OMG!

Lionel Messi: Please no!!!

Sir ALex Ferguson: I'll kill you, you stupid octopus!!

Andrei Arshavin: #@$%&^$#@$#@#$@$%*??? (maaf kerana penulis tidak memahami bahasa Russia)

Zainal Abidin Hassan: Malaysia Boleh!!

Ramachandran: Aaayoyoyo... Banyak betul ka? (nota: beliau ialah penebar roti canai di tempat saya)


Moralnya: Jangan percaya pada tilikkan walau apa pun kerana ia sudah termasuk dalam kategori mensyirikkan Allah s.w.t. tak kisahlah haiwan apa sekali pun. Tolong jangan percaya kerana itu adalah agenda kaum-kaum musyrik untuk menyesat dan merosakkan akidah umat Islam. Janganlah kita lupa bahawa mensyirikkan Allah itu adalah salah satu dosa yang amat besar..
 

Cuba anda semua fahami mesej yang ingin disampai oleh watak kartun yang juga rakan kepada Spongebob ini iaitu Mr.Squidword. Bagi sesiapa yang telah terpesong dan terpercaya benda-benda seperti ini. Diharapkan agar anda semua bertaubat. Insyaallah Allah s.w.t akan menerima taubat anda semua. Akhir kata dari saya pihak Feedyoursoul84 selamat mencari ilmu dan beramal. Assalamualaikum....

Friday, July 23, 2010

7 Rahsia Untuk Pagi Yang Ceria


Salam semua di pagi sabtu yang mulia ini saya ingin kongsikan sedikit tips yang mungkin ada diantara pembaca-pembaca yang sudah mengetahuinya. Tapi sebagai seorang yang agak-agak degil dan keras kepala, saya nak bagitahu jugak! hehehe... moga kita semua dpt mengamalkannya dan semoga kita sentiasa beroleh pagi yang ceria dan diberkati oleh Allah s.w.t Insyaallah...
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. (saya pulak suka dengar IKIM Fm sebab setiap pagi ada tafsir Al-Quran olah Ustaz Zahazan muhammad)Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

"Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas."

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saja ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.Semoga apa yang anda praktikkan setiap hari boleh mendatangkan kesan yang positif kepada diri anda nanti, Insyaallah...

Thursday, July 22, 2010

Kenapa korang suka mencarut?


Artikel ini ditulis atas sebab rasa kecewa dan juga sakitnya hati saya pada pagi jumaat yang mulia ini. Sedikit perasaan sedih dan juga kecewa dengan segelintir umat Islam pada hari ini yang semakin teruk terpesong akhlak dan juga aqidahnya. Baik lelaki ataupun perempuan,yang sudah berkeluarga ataupun yang masih bujang (juga merujuk pada diri penulis sendiri). Ambillah sedikit masa untuk membaca,meneliti dan memahami mesej yang ingin saya sampaikan ini.

Seperti biasa,seawal jam 5 pagi lagi saya akan bangun dari tidur untuk memasak dan menyediakan bekalan untuk makanan. Selepas siap saya akan terus mandi, bersolat subuh dan membaca al-quran sebelum berangkat ke tempat kerja. Dengan hati yang tenang dan penuh harapan pada Allah s.w.t supaya hari ini menjadi hari yang terbaik dan penuh rahmat untuk saya.

Sampai saja di tempat kerja, belum sempat lagi saya duduk dikerusi, sudah kedengaran suara seorang wanita yang menjerit dengan suara yang agak kuat memarahi pekerja bawahannya. Jeritan yang tidak saya sukai kerana diiringi dengan kata-kata kesat dan mencarut. Ya.. mencarut.. amat sedih sekali kerana ia datang daripada mulut seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak.

Pagi yang saya harapkan ceria ini tidak menjadi kenyataan. Kenapa kita begitu suka mencarut? Adakah ia seronok? Puas? Apa semua ini… adakah ini aqidah seorang wanita Muslimah? Adakah kita suka jika orang lain menilai kita sebagai insan yang kurang ajar dan tiada budi pekerti? Ingin saya jelaskan disini, melalui percakapan sahaja kita dapat mengenal akhlak dan budi pekerti seseorang. Adakah dengan mulut laser seseorang itu dapat mencerminkan keimanannya? Sudah tentu tidak sama sekali!

Jika kita sudah terbiasa dengan sebutan yang indah-indah seperti kalimah Allah, Subhanauallah dan lain-lain lagi,adakah kita akan mencarut jika berlakunya bencana dan sebarang musibah samaada melibatkan masalah kita sendiri ataupun orang lain? Jawapannya sudah tentulah tidak tuan-tuan sekalian. Jika sebagai seorang ibu kita memiliki akhlak yang tidak elok sudah pasti anak-anak kita akan mencontohi akhlak tersebut. Jadi dalam kes ini, siapa yang ingin dipersalahkan jika anak-anak kita juga berada dalam kategori kurang ajar?

Tepuk dada slow-slow dan tanyalah iman kita sendiri ya tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Jika ada ayat-ayat di dalam Al-quran yang membenarkan kita menampar seseorang yang suka mencarut (jika ada sahaja dah sudah tentunya tiada didalam Al-quran) sudah tentu orang-orang yang tidak suka mencarut ini akan keletihan kerana terlalu banyak tamparan maut yang singgah ke muka pencarut-pencarut ini. Betul tak?

Sekian sahaja nukilan saya yang agak-agak membosan tetapi penuh dengan hikmah dan peringatan ini (Insyaallah) dapat membantu anda-anda semua yang tergolong dalam golongan mereka yang suka mencarut dan berkata kesat.. cukuplah dengan masalah sosial yang melanda umat Islam pada masa ini. Ayuhlah kita berubah untuk menjadi umat Muhammad s.a.w yang benar-benar tulus dan ikhlas dalam menegak dan mengamalkan segala suruhan Allah s.w.t. dan tolonglah buangkan segala kebodohan dalam diri kita ini. Assalamualaikum…

Kesilapan Wanita Tentang Aurat


ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya masih ingat lagi,pada suatu masa dulu dan juga masih lagi berlaku pada masa ini. Rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "takpe kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari rumah ke tempat kerja. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

credit to:Uzar

Wednesday, July 21, 2010

Kami Pewaris Akhlak Jahiliyyah


Apa yang bakal saya tulis mungkin terlalu idealistik, boleh jadi sukar dihadam oleh para pembaca. Apa yang ingin saya sampaikan bukanlah tentang ungkitan hari semalam, tetapi jangkauan hari esok. Siapa tahu apa akan terjadi pada kita nanti? Ketidakpastian tentang masa depan menjadikan hidup ini sangat mencabar. Kita berjalan di dalam gelap yang kian mencerah hari demi hari. Apa yang kita tidak pasti tentang diri kita 10 tahun yang dulu, kini kita telah mendapat jawapannya. Apa yang kita tertanya-tanya tentang diri kita pada 10 tahun akan datang, kita harus terus berlalu agar jawapan itu kita ketemu. Apa yang kita nampak dan lihat, itu adalah kejadian sekarang. Masa depan tiada siapa yang pasti.

Namun Allah itu Maha Indah. Menciptakan perjalanan alam yang begitu mempesonakan. Ada konsep Cause and Effect. Kita akan dibalas sesuai dengan apa yang kita beri. Ertinya realiti keadaan hidup pada hari ini adalah unjuran daripada segala aktiviti yang lalu. Dan segala perbuatan hari ini bakal mengundang kesan pada hari esok. Ya, memang kita tidak pasti, dan sukar untuk mengerti masa depan kita. Namun ketahuilah, kelalaian kita dalam merenung masa depan akan menjadikan kita manusia yang berbuat sewenang-wenangnya. Mungkin jangkauan kita kurang tepat, namun sikap mengambil peduli dan berfikiran jauh menjadikan kita lebih berhati-hati.


Ini bukan soal menilik nasib Umat dan melontarkan sewenang-wenangnya tanggapan mengikut suka hati, tapi apa yang saya cuba lakukan ialah membawa kita merenung keadaan masyarakat hari ini dan merelatifkannya dengan masa depan, mungkin 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi. Saya cuba menimbulkan persoalan yang harus difikirkan bersama. Ini juga bukan soal melihat dunia daripada sudut pandang yang negatif, lalu terus memberikan kesimpulan yang menutup pintu perubahan, tetapi ini adalah soal melontarkan realiti dan mencari solusi.


Apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini mirip apa yang pernah terjadi dalam kehidupan masyarakat Jahiliyyah Arab. Tidak keterlaluan jika disebut sebagai Jahiliyyah Moden. Intelektual dan kejahilan wujud bersama dalam sebuah masyarakat, intelek dalam urusan keduniaan, jahil dalam urusan agama dan akhlak. Binaan dan runtuhan juga wujud sekali, terbinanya bangunan tinggi di atas runtuhan akhlak.

Kalau dahulu masyarakat Jahiliyyah terkenal dengan perbuatan menanam anak perempuan yang baru lahir, hari ini bukan setakat anak perempuan, dan bukan setakat tanam. Ada yang menghumban ke dalam air sungai, ada yang membiarkan dalam mangkuk tandas, ada yang membuang dalam tong sampah begitu sahaja. Kalau masyarakat Jahiliyyah dulu memperdagangkan wanita dan merendahkan martabat wanita, hari ini juga berlaku. Wanita dijadikan bahan pemuas nafsu, ada yang dirogol, dibunuh, dijual, disimpan, ditukar ganti sesuka hati. Bahkan dilakukan dengan pelbagai cara yang lebih kejam dengan bantuan alat teknologi. Gambar lucah disebarkan di sana-sini, wanita bertelanjang menjadi paparan di mana-mana.

Mudah bicaranya, perbuatan jahiliyyah berulang, dan semakin bertambah genre dan cara melakukannya. Generasi muda antara golongan yang menjadi pelaku aktif kepada perbuatan-perbuatan sebegini. Ya, Generasi Muda Islam. Bukan semua, tetapi kebanyakannya. Ini memberi impak secara langsung kepada masyarakat umumnya, kerana generasi muda adalah penggerak kepada masyarakat. Jika inilah realitinya, ke manakah arahnya masyarakat akan digerakkan? Bagaimanakah dengan nasib anak-anak yang baru lahir, generasi yang baru melihat dunia? Apakah mereka akan berpeluang hidup tanpa noda dan penuh didikan agama jika generasi muda sedia ada begitu daif dan tak mampu memberi? Tak mampu mendidik apatah lagi membawa perubahan.


Apabila saya menyebut tentang masa depan generasi muda kini, ia bererti keadaan masyarakat setelah generasi muda ini menjadi golongan tua dan ada pula generasi muda baru di bawah mereka. Jika generasi muda sedia ada sudah begini gayanya, apakah harapan kita tentang generasi baru yang akan dibentuk oleh mereka nanti? Bagaimanakah seorang ibu yang minah rempit dan jahil dalam pelbagai sudut kehidupan hendak mendidik anaknya menjadi baik dan soleh? Bagaimana pula seorang ayah yang juga seorang perogol nak membentuk anaknya menjadi beriman? Bagaimana ibu-ibu yang pakaiannya tak cukup kain, nak menyuruh anaknya menutup tubuh dan memelihara kehormatan? Bagaimanakah seorang ibu dan ayah yang tak tahu membaca Al-Quran, nak mendekatkan diri anaknya kepada Al-Quran dan kepada Tuhan?

Bagaimana dan bagaimana…persoalan itu terus berkembang sehingga kita sedar bahawa masa depan kita nampak kelam. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

“Tak apa, kita muda lagi, enjoy la dulu”

Terpulang, enjoy lah, setakat mana yang kita mampu, kalau itu yang kita nak. Kelak jangan menyesal di masa depan, dan jangan salahkan generasi yang baru lahir jika mereka lebih rosak daripada generasi muda sedia ada. Persoalannya, apakah kerosakan generasi hari ini kerana kelalaian golongan tua kini, ketika mereka muda dahulu? Kalau ada seorang pakcik berbicara penuh semangat “generasi muda hari ini dah rosak!”, cuba tanyakan padanya, “apa yang telah pakcik lakukan sampai sebegini rosak generasi kini?”

Saya telah lontarkan, sekarang kita fikirkan. Pasti ada penyelesaian. Pasti ada jalan penyelamatan.

10 Kebaikkan Coca Cola

Fakta seperti yang akan disenaraikan dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di Amerika dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coca Cola atau nama "glamour" nya ialah Coke.

Kebanyakan negeri di Amerika, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan dengan 2 gelen (gallon) Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalan raya apabila berlaku kemalangan. Seperti pasukan SMART, Plus Ronda, DUKE Co'op, dan bomba negara kita tu, mereka punya dikenali sebagai Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?

(Antara subliminal message yang terdapat di dalam Coca Cola)


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang ke dalam satu mangkuk yang diisi dengan setin air Coke, tulang tersebut akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk mereka-mereka yang berniaga sup tulang! Mudah untuk lupuskan sampah "tulang-belulang" mereka.

 2. Untuk mencuci tandas. Caranya, curahkan setin air Coke ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama 1 jam. Kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan kandungan "citric asid" yang berada di dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau kehabisan sabun di rumah! Agaknya buat sabun badan boleh tak?
(Setin air Coca Cola)

3. Untuk menghilangkan kesan karat pada bumper kereta jenis chrome. Caranya, lap bumper kereta tadi dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang dengan mudah!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta. Caranya, tuangkan setin Coke pada sekitar skru/nat tadi. Pasti kesan hakisan tersebut hilang setelah beberapa minit.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat. Sekali lagi tuangkan setin Coke pada skru, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian. Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci kemudian basuh seperti biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi yang pasti akan berperisa Coke. Peringatan, jika berlaku kerosakan ketara pada pakaian anda, jangan salahkan kami.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala/kain buruk dengan Coke kemudian lap keseluruhan cermin. Pasti bersih. Tidak perlu guna tin sembur cuci cermin atau hantar ke 'car wash', cara ini lebih mudah dan efektif. Peringatan, jangan campurkan bahan asid yang lain dengan air Coke jika ingin melakukan eksperimen ini, dikhuatiri cermin kereta anda pecah.

8. Bahan aktif Coke adalah 'phosphoric asid'. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Cubalah! Kemudian setelah 4 hari, cuba gantikan paku tersebut dengan jari anda. Agaknya apa akan terjadi?  

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis, sakit tulang belakang, sakit pinggang dan lain-lain.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakan cara seperti diatas untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun yang lalu. Wahh... Buat overhaul percuma nampaknya!

9. Bagi setin air Coke, kandungan gulanya adalah sebanyak 18 sudu teh. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula di rumah kemudian minum, mesti termuntah. Tapi cuba tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais! Wahh! 
Rasa seperti minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu.

(Anda pasti tersenyum!)
  
10. Di India, Provinsi Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan air Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun serangga pula air Coke ni.

Siapa ada tanam pokok cili di rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Manalah tahu, cili tu bertukar rasa menjadi rasa Coke? Siapa sangka? Cubalah!

(Setin air Coke)

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dan lain-lain.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta di atas anda boleh cuba sendiri di rumah jika tidak percaya. Yang mana tak lulus peperiksaan Sains khasnya Kimia semasa sekolah dulu, bolehlah buat eksperimen sains kimia ni di rumah. Tapi kalau ada implikasi tertentu, kami tidak bertanggung jawab. Kami hanya nyatakan fakta, jangan buat selain dari yang dinyatakan sudahlah, nanti lain pula jadinya.

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Di Mekkah ada Mecca Coke, kalau yang tu tidak pasti asal usulnya. Mungkin ada antara kita yang boleh ceritakan? Tapi yang peliknya, orang yahudi reka air Coke ni, kemudian sebarkan ke serata dunia, terutama di negara-negara Islam. Tapi saya tak pernah pula lihat pelancong asing yang datang ke Malaysia minum air Coke, yang ada mereka akan merasai kenikmatan 100 Plus, Red Bull, Excel atau teh tarik dan teh O di kedai-kedai mamak berdekatan.

Bagi saya, saya akan berusaha seboleh yang mungkin untuk tidak sama sekali minum air Coke. Memang banyak mudharatnya pada tubuh badan kita. Saya sendiri sudah merasai pengalamannya.

Terakhir saya minum, pada 19 Mac 2010 yang lalu. Itu pun kawan-kawan yang ajak, nak tak nak, terpaksalah, nanti dikata apa pula, tapi lepas minum tu, memang saya tidak rasa implikasinya. Pulang ke rumah, baru menghadap komputer sekitar 1 jam, sudah sehabisnya pinggang dan belakang saya sakit. Cepat betul implikasinya!

Kepada yang mengalami nasib sama seperti saya, disarankan agar meminum madu lebah asli dengan air suam bagi menghilangkan kesan sakit tadi, atau minum kopi dicampur dengan susu tepung/susu asli.

Jadi, tepuk dahi tanya hati.... Nak minum ke tak? Jangan tanya nafsu sudahlah!

p/s: kepada yang tak dapat terima hakikat, teruskanlah meminum air Coke ini yang sememangnya "sedap", sekaligus meneruskan usaha menyokong Yahudi!

Fahamkan dan Fikirkanlah Tegok Video ini Sekali Ya...

 Coke pada asalnya membawa maksud dadah, merujuk kepada dadah jenis kokain (cocaine). Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan para pekerja buruh. Sama perihalnya seperti candu memasuki Tanah Besar (negara China). Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca (cocaine) dan kacang Cola. Dari sinilah terbitnya perkataan Coca Cola dan menjadi jenama minuman memudharatkan no 1 dunia!

Rahsia Bersolat di Saf Depan


Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.

Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.

Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.

Tuesday, July 20, 2010

Jom Boikot!


Tidak banyak yang ingin saya tuliskan pada posting kali ini, cukuplah hanya dengan petikan-petikan yang saya lampirkan di bawah. Terpulanglah pada kita semua untuk menilai sejauh mana kebenaran yang ingin saya sampaikan disini. Ramai yang beranggapan perbuatan memboikot produk-produk mereka ini tidak mendatangkan sebarang faedah malah boleh menyebabkan ekonomi kita jatuh merundum. Tapi ramai yang lupa bahawa pada masa ini sudah terlalu banyak produk-produk alternative yang dikeluarkan oleh umat-umat Islam yang lain, namun ia kurang mendapat sambutan daripada pengguna dan pembeli.

Bagi mereka, barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Islam ini tidak bermutu jika dibandingkan produk-produk keluaran Israel dan juga Amerika yang telah lama berada dipasaran dan telah lama menjadi santapan mulut serta perhiasan tubuh umat Islam. Saya yang jahil lagi hina ini, sekadar memberi peringatan serta sedih dengan kejadian yang menimpa umat Islam pada masa ini. Adakah kita masih boleh ketawa sedangkan umat Islam pada masa ini sudah teruk dirogol dan disepak terajang maruahnya? Dihalau dari tanah mereka sendiri dan dibiarkan merempat dinegara sendiri dan di campak ke Negara-negara jiran.

Adakah kita masih boleh ketawa dan bersenang lenang sedangakan ramai di kalangan saudara-saudara kita yang menunggu pertolongan kita dengan penuh sabar setiap hari? Ayuhlah kita bersama-sama melakukan apa yang termampu untuk Saudara-saudara kita di bumi yang diberkati iaitu Palestine. Ayuhlah! Kita boikot barangan mereka kerana itulah dia jihad yang paling mudah untuk kita lakukan. Berhentilah daripada ketawa dan bergembira setiap masa sedangkan Saudara-saudara kita di Palestine sedang diulit derita berpanjangan. Sedarlah bahawa Allahb s.w.t. tidak menjanjikan kedamaian dan kesenangan pada kita selama-lamanya. Tiada jaminan apa-apa pun daripada Allah s.w.t untuk kita,jadi kenapa kita masih boleh ketawa dan bersenang-lenang pada masa Umat Islam sedang teruk dijajah dan dibuli?


Segala jawapannya ada pada anda semua, saya yang hina serta tidak punya ilmu ini hanya mampu menjadi penyampai serta pemberi peringata. Segalanya ditangan anda, kerana anda semua adalah pencetus kebangkitan Islam pada akhir zaman ini…. THINK….

Perutusan CEO Starbuck, Howard Schultz pada 11 Julai 2006 (terjemahan)

Kehadapan Pelanggan Starbuck,

Pertama dan seterusnya saya ingin berterima kasih anda semua telah menjadikan Starbucks menjadi perusahaan besar dengan lebih dari 90000 pekerja, 9700 restoran, dan 33 juta pelanggan seminggu. Tiap latte dan mocchiato yang anda minum di Starbucks memberikan sebuah sumbangan untuk mendekatkan persahabatan antara Amerika dan Israel...

Tanpa anda, para pelanggan yang tercinta, kami tidak akan mampu mencapai ratusan juta dollar per tahun untuk melindungi warga negara Israel dari serangan pengganas dan mengingatkan setiap orang Yahudi di Amerika untuk mempertahankan Israel. Jadi di lain waktu jika kamu ingin minum kopi di Restoran Starbucks, tolong diingat bahwa dengan setiap cawan yang kamu minum di Starbucks, sesungguhnya kamu sedang membantu sebuah misi yang berharga.

Howard Schultz
Chairman & Chief Global Strategist
Starbucks Coffee Stores


Tidak Boikot Produk Israel dan AS Dosa Besar

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Internasional menunjukkan pembelaannya yang tegas terhadap penderitaan rakyat Gaza, kali ini beliau memfatwakan keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Ia mengatakan dalam salah satu khutbah tentang kempen boikot ekonomi terhadap pihak-pihak yang memusuhi umat Islam yang ditulis di laman rasmi beliau.

Al-Qaradhawi menegaskan: “Ada jihad ekonomi, iaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama tentang keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot, boikot semua produk-produk Israel dan Amerika adalah merupakan kewajiban setiap umat. Semua yang berbau produk Amerika.”

Beliau mengisyarakatkan bahwa kata “coca cola” bererti Amerika, Burger, Mc Donald, Pizza Hut, semua itu produk-produk Amerika.

“Setiap riyal, dirham, Ringgit, Dollar, pound, yang digunakan untuk membeli produk yahudi dan Nasrani akan menjadi peluru yang akan ditembakkan pada saudara seIslam di palestine dan seluruh dunia. Untuk sebab ini satu kewajipan kita tidak menolong Yahudi dan nasrani (dan musuh Islam yang lain)dengan membeli produk dan perkhidmatan merweka. Membeli produk mereka akan membantu dan menyokong kemusnahan, keganasan dan peperangamn dan pembunuhan”


“Setiap kali saya melihat produk-produk ini dada saya bergemuruh, jiwa saya meronta, kami ingin umat memboikot produk-produk ini. Bahkan cannel tv BBC, mobil sampai pesawat boing. Kami menghimbau pemerintah dan rakyat agar segera memboikot produk-produk ini, dan agar dibentuk semisal komisi atau panitia khusus untuk mengevaluasi sejauh mana efektifitas gerakan boikot dan penentuan skala prioritas boikot. Setiap produk yang ada gantinya, wajib diboikot. Apa yang menjadikan kita memiliki mobil produk Amerika, padahal kita mampu membeli mobil dari Jepang dan Jerman?? Kita tidak akan rugi sama sekali. Boikot ini hukumnya wajib bagi semua, baik sekala besar maupun kecil.”

Lebih lanjut beliau menegaskan: “ Kami menghendaki umat Islam, laki-laki dan perempuan, ibu-ibu rumah tangga agar tidak membeli produk-produk Amerika. Boleh jadi ada produk-produk Israel dengan label lain, karenanya siapa yang mengetahui itu, wajib baginya untuk memboikot, hukumnya haram. Bahkan merupakan sebahagian dari dosa besar membeli produk-produk itu di masa sekarang ini. Ini sebahagian dari jihad yang ada dalam Islam, harus kita lakukan dan beritahu pada orang lain.”

Jika terdapat sebarang percanggahan atau sebarang pendapat, silalah tuliskan komen pada ruangan komen dibawah, semoga segala usaha dan perjuangan kita ini akan diberkati dan diberikan rahmat oleh Allah s.w.t. Insyaallah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...