Wednesday, February 23, 2011

Sesempurna Manapun Kelihatan Suatu Sistem Manusia Itu,Ia Hanyalah Bersifat Sementara.Ini Kerana Sistem Allah (Islam) Sahajalah Yang Dapat Membawa Kita Kepada Kebenaran Dan Ketenangan Abadi. (Artikel Mesti Baca)

PERHATIAN : Sebelum meneruskan pembacaan,elok diingatkan.Artikel ini akan menceritakan sebuah kisah yang perlu diambil pengajaran.

Apabila disebut kisah yang penuh dengan nilai pengajaran,saya mengharapkan anda membacanya dengan tumpuan.Agar maksud yang hendak disampaikan dapat difahami dengan mendalam.

Dan seperti biasa,kisah ini akan ditulis dengan agak panjang.Jadi,sila baca sehingga tamat untuk mendapatkan mesej sebenar artikel ini.

Selamat Membaca.



Artikel ini saya copy dari blog Pena Maya ia adalah satu artikel yang saya rasa amat baik dan wajip untuk dikongsikan bersama. Mungkin ada yang tidak berkenan dengan cara copy and paste ini. Tapi saya buat dengan satu tujuan iaitu untuk mengajak para pembaca membuka minda dengan lebih luas lagi... Credit pada penulis kerana berupaya menghasilkan artikel yang amat baik seperti ini.. Teruskan bacaan anda...

Assalamualaikum.

Apakah yang dimaksudkan oleh Sistem Manusia? Dan apakah pula yang didefinisikan oleh Sistem Maha Pencipta atau dalam kata lain,Sistem Allah,Tuhan Sekalian Alam?

Sistem dari segi bahasanya bermaksud satu corak yang mewarnai suatu proses. Sebagai contoh,kita boleh ambil Sistem Pelajaran,yang mana bermaksud - corak yang mewarnai proses pembelajaran.

Sebelum meneruskan penulisan,mari mendengar suatu cerita yang baru sahaja berlaku pada hari ini kepada diri saya.

Begini,hari ini merupakan cuti umum. Jadi,saya mengambil kesempatan untuk keluar bersama beberapa orang rakan bersiar-siar di bandaraya.

Semasa kami sedang melalui sederet kedai,kami terserempak dengan seorang wanita yang saya suspek berusia sekitar 80 tahun.Hati saya sungguh kasihan melihat wanita tua itu.Agak sebak juga.



Ya.Saya memang dilahirkan dengan naluri sensitif yang kini apabila meningkat remaja telah ditakdirkan untuk menjadi seorang penulis blog yang agak seg....

Oh,maafkan saya.Fikiran agak melayang semasa menaip.

Baiklah,berbalik kepada cerita saya.Jadi,kami terserempak dengan seorang wanita berusia ini.Untuk pengetahuan anda,beliau ketika itu sedang berdiri di hadapan deretan kedai yang di dalamnya menjual pelbagai barangan yang jumlah kesemua barangan itu mungkin mencecah jutaan ringgit jika dicampurkan.

Dengan pakaiannya yang sudah lusuh,beliau menyapa kami dan menyatakan ayat ini kepada kami "Anak muda,boleh beri Makcik dalam seringgit dua?".

Untuk pengetahuan anda,suhu di luar bangunan pada ketika itu adalah sekitar -11°C dan Makcik itu yang kita boleh gelarkan sebagai Makcik Mah,berdiri di luarnya sepanjang hari.

Mendengarkan permintaan Makcik Mah itu,hati saya menjadi bertambah sayu.Saya melihat mukanya dan mendapati bahawa beliau hanya mempunyai sebelah mata.Sebelah matanya lagi ____ (anda isikan tempat kosong sendiri kerana saya tidak sanggup menulis perkataan itu apabila mengenangkan kembali wajah Makcik Mah).

Saya melihat keadaan sekeliling,dan mendapati tiada seorang pun dari tauke-tauke kedai itu,yang mungkin tersentuh hati melihat Makcik Mah,dan menjemputnya masuk ke dalam kedai.

Dan,nampaknya sangkaan saya tepat.Tiada seorang pun manusia yang menjemputnya ke dalam kedai.Mungkin mereka tidak menyedari kehadiran Makcik Mah.Saya tidak mahu bersangka buruk.

Tetapi,kadangkala dalam bersangka baik kita perlu memikirkan logik.Dan saya rasa tidak mungkin mereka tidak menyedari kewujudan wanita tua itu di hadapan kedai mereka.

Jadi,akibatnya,berdirilah seorang wanita tua yang _____ (sekali lagi,saya minta anda isikan sendiri tempat kosong ini kerana saya tidak sanggup untuk mengisikannya) penglihatan di dalam suhu -11°C meminta ihsan dari orang ramai untuk meneruskan sisa hidupnya di sebuah lagi tempat yang manusia korporat sering laungkan sebagai "syurga" dunia.

Yup.Itu dia.Keluarlah sudah ayat kompleks dari saya untuk anda baca.Tetapi,sekompleks manapun ayat saya,ianya tidak dapat menggambarkan krisis ke-kompleks-dan-tandus-an moral yang kita semua sedang hadapi pada hari ini.

Sambungan dari cerita di atas tadi,oleh kerana sayu dengan nasib wanita ini,saya dan rakan-rakan menghulurkan sedikit bantuan (wang) kepada Makcik Mah.

Untuk menambahkan kesayuan cerita kita,baru saya teringat,Makcik Mah sebelum kami memberikannya bantuan,hanya meminta dari kami RM 1 sahaja.Bukannya RM 10.Sedangkan,kejadian ini berlaku di salah sebuah bandaraya yang termahal di dunia.Memiliki RM 1 tidak dapat membuatkan anda memiliki apa-apapun.

Oh ya,mungkin kita boleh berkata ramai orang akan memberinya wang.But,come on.Mana rasa kasihan kita.

Okay.Tamat cerita Makcik Mah.Saya doakan beliau dapat membeli sedikit makanan untuk mengalas perut dan pulang ke rumah dengan gembira.Semoga beliau diberikan hidayah oleh Allah.Amin.

Tetapi,bukan itu isu utama yang saya ingin tulis dalam artikel ini.

Tema utama kita pada hari ini,adakah anda dapat lihat apa yang ingin saya sampaikan di sini?

KIta katakan kita pada hari ini telah mencapai kemuncak ketamadunan manusia,kita katakan kita telah berjaya menghantar manusia ke bulan (jika benar,walaupun banyak pihak meragui),kita katakan kita telah berjaya mencipta bla,bla dan bla.


Tetapi,jika direnung,ke manakah itu semua membawa kita?

Jika kita lihat,di sebalik hutan besi yang kita bina pada hari ini,di sebalik pencakar langit yang kita gah-gahkan pada hari ini,di sebalik dunia pemujaan ketaksuban hiburan melampau pada hari ini,di sebalik keamanan yang kita kononnya anjurkan pada hari ini,sebenarnya jika diteliti dengan halus,lebih banyak titik hitam dari putihnya.

Setiap hari,lebih ramai orang yang membuang/menggugurkan anak dari orang menjaga anak dengan kasih sayang,lebih ramai remaja rosak otak (hisap dadah/main betina/main judi,keliru identiti dan sebagainya) dari remaja yang bangkit sebagai pelapis agama,bangsa dan negara,lebih ramai cubaan melakukan maksiat dari cubaan berkahwin awal dan sebagainya lagi yang membuktikan kepada kita semua betapa kroniknya kekoruptan yang sedang melanda masyarakat dunia pada hari ini.

Dan,sebagai tambahan di atas,jangan lupa kisah Makcik Mah.Tidak lupa juga untuk beribu kucing (sebagai contoh) di seluruh dunia yang mati terkorban akibat dilanggar kereta dan sebagainya.

Persoalannya,di manakah hilang rasa kasih sayang kita? Apakah silap kita?

Heh.

Sebenarnya,silap kita yang utama adalah kerana kita mengabaikan Sistem Allah (Islam) dan menjalankan Sistem Manusia.

So?What you'd expect brah?

Mahu lihat apa bukti Sistem Manusia itu sememangnya gagal.Mari kita ambil beberapa contoh yang mudah.

Facebook - Dikatakan sebagai salah satu bukti kemajuan perhubungan.Anda dapat berhubung dengan satu dunia pada bila-bila masa dan di mana-mana juga.

Bukti kelemahan Sistem ini? Mari senaraikan satu persatu.

1) Lahir ramai manusia yang hanya hebat di dunia teknologi.Tanpa dunia teknologi? Mereka adalah seorang manusia yang gagal untuk hidup di dalam dunia sebenar.Tiada sumbangan dapat mereka lakukan untuk manusia.

2) Lahir golongan manusia yang tiada rasa malu. Semua perkara dihebohkan di internet.Padahal berjuta orang menonton perilakunya. Meletakkan gambar-gambar yang dirasakan hot-muncung-bibir-oh-geez-cutenye di dalam Facebook,tetapi di dalam realiti memakai-tudung-litup-konon-pemalu-oh-please-lah.

3) Lahir golongan manusia yang tidak matang,tiada ilmu. Jika hidup mereka 24/7 di dalam dunia maya,bila masa mereka hendak merasai dunia sebenar? Padahal di dalam Al-Quran sendiri kerap kali menyuruh manusia ini mengembara mencari ilmu. Yang jika ditukar ayat lain bermaksud,jangan membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah,sebaliknya manfaatkan hidup dengan pencarian ilmu kerana pencarian ilmu boleh membawa kita kepada mengenal Allah.

Itu contoh mudah - Facebook.

Apakah contoh lain dan keburukan-keburukannya yang dapat diceritakan secara ringkas?

Makanan segera ciptaan manusia - Mencipta lebih banyak penyakit.
Pergaulan bebas/Fahaman Seks Liberal - "Heh,apa lagi.AIDS la bai"
Materialisme - Hidup Bertuhankan Nafsu menjadi maksud hidup yang baru.
Politik Ciptaan Barat - "Sendiri mau buka mata la bai".

dan sebagainya.


Sebenarnya,banyak lagi.Tetapi,saya seru anda untuk membuka mata dan melihat keadaan di sekeliling anda sendiri.Apa yang akan (dan telah) berlaku jika kita mengikut Sistem Manusia sendiri (yang berpaksikan nafsu),dan melanggar Sistem (Peraturan) Allah.

Sistem Manusia di sini bukannya Sistem yang membabitkan perkara-perkara ke arah kebaikan.Sebaliknya,lebih kepada Sistem Hiburan.Oh.Tidak perlu berfalsafah di dalam perkara mudah sebegini.Tidak membawa kita ke mana-mana pun.

Sebenarnya,perkara ini tidak akan terjadi jika kita menghayati Sistem Islam itu dengan berkesan.

Mari kita ambil kes Facebook sebagai contoh.

Islam menyeru umatnya untuk mengejar ilmu.Malah,wahyu pertama yang disampaikan kepada Rasulullah SAW bermaksud "BACALAH!" .

Dan,sebagai mana yang kita (orang yang berakal) tahu,jika seseorang itu berilmu,dia tidak akan mudah membuang masa.Jadi,insya-Allah tidak akan terpengaruh dengan hiburan-hiburan songsang 24/7 Facebook ini (yang sebenarnya kita perlu rujuk kembali kesesuaian penggunaan istilah hiburan itu kerana ianya telah berlebihan had).

Adakah seseorang yang sentiasa berusaha mencari ilmu dan membersihkan jiwa (membaca Al-Quran dan tafsirnya/menghadiri ceramah agama) akan bermain Facebook bagai nak rak? Common senselah,bro.

Kemudian,mari kita lihat konteks makanan segera.

Cuba lihat cara pemakanan Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya,untuk pengetahuan anda,cara pemakanan Nabi Muhammad SAW adalah amat berbeza dengan apa yang kita amalkan pada hari ini.Sedangkan cara pemakanan Baginda SAW diakui sains adalah cara pemakanan terbaik.

Mari kita ambil contoh mudah.Baginda SAW menyeru kita untuk "makan semasa lapar,berhenti sebelum kenyang".

Cuba renung.Adakah kita mengikutinya? Jauh panggang dari api lah bai.

Sebaliknya apa yang kita buat? Kita makan mengikut prinsip Barat yang mana berbunyi "makanlah selagi perut tak meletup". Di mana ada buffet,kitalah juaranya.Ibu bapa berbangga memberikan anak-anak mereka suapan ayam KFC yang penuh kolestrol menjelang hari jadi kedua anak mereka.

Kemudian,bila keluar statistik yang mendedahkan bahawa rakyat Malaysia adalah yang teramai di dalam dunia yang menghidap kencing manis,barulah masing-masing nak menggelabah.

Dah terlambatlah Pakcik.

Cuba fikir,adakah semua masalah kecil ini akan terjadi jika kita mengikuti pedoman dan pengajaran Rasulullah SAW?

Saya serahkan kepada anda untuk menjawab persoalan itu.

Oh.Sudah panjang saya menulis artikel ini.Untuk point-point lain di atas,saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya.Ini kerana saya sudah agak penat.Maafkan saya.

Tetapi,apa yang ingin disampaikan,adalah sehebat manapun Sistem Manusia yang kita bangga-banggakan ini,ingatlah bahawa hanya Sistem Allah (Islam) itulah yang mampu membawa kita kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ya.Sistem Islam yang kita tinggalkan itu.Sistem yang boleh sebenarnya kita jumpa di dalam Al-Quran dan rasional sepanjang zaman itu,tetapi kita tidak mengetahuinya.Haha (izinkan saya gelakkan diri saya dan anda semua sebentar).

Bagaimana hendak menjumpainya jika kita tidak pernah membaca dan memahami Al-Quran dari kulit ke kulit?

Oh,malangnya nasib kita.Marilah berubah.

Tentu kita semua sudah bosan berfalsafah.Mari,tukar gaya hidup.Kembali kepada cara hidup Islam. Allah Maha Bijaksana yang menciptakan kita sendiri telah memberikan kita panduan,bagaimanakah kita yang lemah ini boleh mengendahkannya?

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman:"Wahai Adam!Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi,dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"
[2:30-33]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

p/s: di bawah ini disertakan beberapa link yang boleh anda baca sebagai tambahan maklumat untuk artikel ini.


1 comment:

  1. If you wоuld likе to takе a gooԁ deal from thiѕ piecе of ωriting then yοu have to apply thеse methods tο уοur wοn wеbѕitе.


    my web-sіte ... Payday Loans

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...