Thursday, March 10, 2011

Teh Sukat Atau Teh Timbang Punca Kanser??


Mesti ramai yang suka teh tarik, tah panas, kalau ke kedai mamak, nak teh tarik kaw kaw, warna yang cantik bau harum, tapi ada sesuatu yang perlu kita tau, teh tu dari mana, adakah terjamin teh tak ada bahan pewarna yg bahaya, dalam kosmo hari ni, berita pasal teh sukat atau teh timbang. Warna teh yang cantik dan pekat buat orang suka beli teh timbang, harga pun murah. Rupanya teh yang orang suka dan cantik warnanya tu ada bahan pewarna yang bahaya.





Berita penuh:
Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.
“Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.
“Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,” katanya kepada Kosmo ketika dihubungi semalam.


Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.
Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.
Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.
“Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.
Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan,” katanya.

Teh sukat atau teh timbang menjadi pilihan ramai pengusaha gerai makanan dan minuman kerana harganya jauh lebih murah berbanding teh berjenama.
Seorang peniaga kedai runcit, Nizam Mohamad, 53, berkata, harga teh sukat itu bergantung kepada kualitinya dan serendah RM6 sekilogram.
“Jenis paling mahal ialah RM13 sekilogram. Teh timbang yang lebih murah kurang sedap, rupanya kurang cantik dan berdebu-debu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, teh timbang mendapat permintaan yang tinggi daripada kalangan pengusaha premis makanan kerana ia mempunyai rasa lebih sedap jika dibuat teh tarik berbanding teh uncang.

4 comments:

  1. lg 1, teh yg cepat mengeluarkan warna jg berbahaya

    ReplyDelete
  2. yup! memangla npk sedap n cantik.. tapi bahaya...

    ReplyDelete
  3. aiseh..punyelah favourite teh tarik ni..lain kali kena buat sendiri kat umahlah..

    ReplyDelete
  4. mujur saya suka teh lipton...lega2....baek minum jus tembikai je la...bahan pewarna asli lai...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...