Hari ini genaplah 3 tahun Allahyarhamah ibu ku pergi meninggalkan aku dan adik-beradikku semua.. 12.9.2007 adalah tarikh yang tidak mungkin dapat aku lupakan, tarikh yang amat hampir dengan tarikh dimana aku dilahirkan ke dunia yang penuh dengan tipu daya ini. Terasa seperti baru sebentar tadi aku mengucup tangan mulia ibuku itu... Bagiku segala memori bersama insan teristimewa ini adalah cukup indah.. amat indah.. dari sinilah bermulanya perkenalan aku dengan makna disebalik perkataan B.E.R.D.I.KA.R.I. yang selama ini tidak pernah aku ambil peduli. Terima kasih Mak... Semoga rohmu tenang disisi-Nya dan di tempatkan dikalangan Hamba-hamba-Nya yang beriman.. Amin.. Aku yakin.. Amat yakin! di situlah tempatmu insan yang terbaik di sisi anak-anak dan juga pencipta.
Ibu…
Kau lah bahagia, bagiku…
Kau lah kasihku, bagiku…
Kau lah sayangku, bagiku…
Kau lah jiwaku, bagiku…
Kau lah Ibuku, bagiku…
Mak…
Bila dahaga, yang susukan aku… Mak
Bila lapar, yang suapkan aku… Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku… Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut… Mak
Bila bangun tidur, aku cari… Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang… Mak
Bila nak bermanja, aku dekati… Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah… Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya… Mak
Bila nakal, yang memarahi aku… Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma… Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah… Mak
Bila takut, yang tenangkan aku… Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk… Mak
Aku selalu teringatkan… Mak
Bila sedih, aku mesti telefon… Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu… Mak
Bila bengang.. aku suka luah pada… Mak
Bila takut, aku selalu panggil… “Mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah… Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga… Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu… Mak
Bila ada masalah, yang paling risau… Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni… Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku… Mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk… Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku… Mak
Yang selalu berleter kat aku… Mak
Yang selalu puji aku… Mak
Yang selalu nasihat aku… Mak
Bila aku "Clash" dengan awek... aku menangis di riba... Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Mak
Mak! Kau lah bahagia, bagiku!!
Kasih mu, mustahil untuk dicari ganti di dunia ini.
Mak! Terima Kasih atas segalanya yang telah engkau curahkan kepada ku!
sayang mak saya~;)
ReplyDeletehr raya berbeza tanpa mak :-) kita sama
ReplyDeletemasih boleh jd anak yg patuh dengan perintah mak wpun dia da pergi.
ummi ya lahnaan aasyaqahu...
ReplyDeleteInalillahiwainnalillahirojiun
ReplyDeleteTakziah buat saudara. Moga ibu saudara aman di sana. Ameen
Salam semua.. kepada dark rose,uglypooh,anon dan s.c.h.u.l.t terima kasih kerana sudi membaca artikel yg sya terbitkan ini. memang amat berbeza sekali hidup tanpa mak.. Dia adlh insan yg terbaik utk kita semua.. jagalah dia sebaik mungkin kerana dia tiada gantinya...
ReplyDeleteMak la segalnya..
ReplyDeletetapi ade jugak yang menderhaka..
betol la..bila mak dah xde baru la nak sedih2..ade guna??
xde maknanya lagi..
kasihila mak selagi mereka ade..:)
sentiasalah mendoakan ibu..
ReplyDeletetakziah.. sentiasalah berbuat baik kpd kedua org tua kita selagi masih ada. yg dah xada, doakan kesejahteraan dan banyakkan berdoa buat mereka.. ^_^
ReplyDeletewindu kat mama sy :)
ReplyDeletezairie recently posted:
IKLAN NUFFNANG MAIN SOROK SOROK DENGAN AKU