Thursday, September 30, 2010

Ayat Kursi Dijadikan Tatoo? Adakah Anda Rasa Mereka Sudah Semakin Berani Kerana Kita Semua Sudah Semakin Lemah?


Assalamualaikum... kepada pembaca setia blog Feed Your Soul. Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh umat Islam walau dimana pun anda semua berada. Semoga anda semua terus menerus di limpahi rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Okaylah.. rasanya tidak perlulah untuk saya menulis panjang disini. Apa yang saya inginkan ialah pandangan anda semua serta komen-komen berkaitan artikel dan gambar-gambar yang saya postkan pada artikel ini.

Anda semua boleh memberikan komen dan pendapat berpandukan soalan yang saya utarakan pada tajuk yang saya paparkan untuk artikel ini. Semoga kita semua lebih peka dan sensitif dengan isu-isu yang berkaitan dengan Agama Islam yang maha suci ini. Komen yang paling menarik dan paling berilmiah akan saya hadiahkan dengan top up bernilai RM10. Ayuh sahut cabaran saya ini.. Semoga kita semua mendapat keberkatan di atas kepekaan dan rasa tanggungjawab kita ini.. Amin...

18 comments:

  1. astaghfirullahalazim..
    diorang nie btol2 semakin mencabar kesabaran umat Islam..

    ReplyDelete
  2. ne org bodoh je buat...nk kene patah petir gamaknya...Ya Allah kau tunjuklah kuasaMu Ya Allah

    ReplyDelete
  3. secara logiknya, isu ini kena diteliti melalui beberapa sudut.

    1) hukum tatoo dalam Islam sudah jelas haram. jadi tak kiralah bagaimana rupa tatoo itu sekalipun ia tetap haram. tapi bagi orang kafir sudah tentu mereka tidak tertakluk pada hukum tersebut (dari sudut pandangan manusia).

    2)kalau bertatoo, biasanya orang bertatoo benda yang mereka puja atau sangat gemari, jarang sangat orang bertatoo benda yang mereka benci atau musuhi. jadi dalam kes ini, jika yang ditatookan itu petikan ayat Kursi, adakah kerana ia memujanya atau membencinya?

    3)berdasarkan kepada point (2), secara peribadi aku mengandaikan kemungkinan besar si pelaku memuja atau menggemari ayat tersebut.

    4)namun jika berbalik kepada point (1) di mana tatoo jelas haram, seorang Muslim yang berilmu sudah pasti tidak akan melakukan perkara demikian, melainkan jahil atau mempercayai perkara khurafat. mungkin dia bertatoo demikian sebagai amalan ilmu hitam dan sebagainya.

    5)berdasarkan kepada point (2) juga, diandaikan bahawa si pelaku berkemungkinan besar seorang Muslim, kerana seorang bukan Muslim yang tidak ada hati terhadap ajaran Islam, apa lagi yang tidak mempercayai isi Al-Quran sudah tentu tidak mahu meletakkan tatoo kekal pada tubuhnya sendiri.

    6)kesimpulan, apa pun, perkara tersebut ternyata adalah perbuatan yang bodoh dan melampau. cuma adalah terlalu awal untuk menuduh ia dilakukan oleh orang bukan Muslim, kerana kebarangkalian ia dilakukan oleh seorang Muslim yang jahil dan khurafat itu masih ada. Allahualam.

    Sekian rumusan hipotesis yang panjang lebar ni (dah macam blog sendiri pula), sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  4. Salam semua.. terima kasih kepada Solihin Zubir,alif dan Gen Fujita kerana sudi membaca artikel ini dan memberikan pendapat yg amat bernas.. semoga dgn kepekaan saudara semua dapt meninggikan lagi syiar Islam yang mulia ini.. Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan kepada anda semua.

    ReplyDelete
  5. erk..masuk kali nih,dh 3 entri yg mendukacitakan tntang akhlak manusia ((mungkin juga muslim))...

    sedey sgt...yg lebih menyedihkan pabila mengetahui hakikat bhw "bala Allah bukan sekadar tertimpa pada manusia yg berbuat dosa shj,malah pada manusia disekeliling"....

    ~masih teringat bencana Tsunami 6thn yg lalu~~

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Hehe. Pendek pula entry ni, bagus juga variasikan entry.

    1)Al-Quran adalah kalamullah yg mesti dihormati.
    2)Tatoo pulah adalah haram bg setiap manusia, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira utk apa tujuan sekalipun.3
    3.)Rasanya ada kaedah feqh, tidak boleh mencampurkan yg halal dan yg haram.
    4. Rasanya mungkin juga org diatas memakai tatu kerana beranggapan "Al-Quran" akan melindungi mereka. Wallahu'alam.


    *Selamat Hari Raya juga :D
    Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  7. salam pada cik jari dan saudara Affan Ruslan kerana sudi memberikan komen di sini.. semoga kita semua dijuahkan dari segala bala dan bencana Allah s.w.t Amin...

    ReplyDelete
  8. subahanallah....!terkejut sgt bila tengok gambar2 nie...macam2 laa dunia zaman sekarang nie

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan Blog.

    maafkan saya kerana agak lambat membalas komen.saya pada sekarang ini mempunyai jadual yang agak padat.akibatnya,masa untuk berblog agak kurang.sebenarnya ada.tapi manusia.biasalah. manusia memang suka membazirkan waktu.

    apa-apapun,pasal kes tattoo ini,sebelum saya bagi komen saya nak share satu kisah.

    untuk pengetahuan tuan blog (mungkin tuan dah tau),saya tidak berada di Malaysia pada waktu ini.saya sedang belajar di negara lain.

    saya nak share satu kisah yang saya alami dalam lebey kurang dua minggu lepas.

    begini.sbaek turun dari bas,saya ternampak seorang bro tough bertatukan Allah (tulisan Arab) di lengan kanannya dan belah kiri saya tak sure tapi tulisan Arab juga.

    dari sgi gaya,saya dapat simpulkan bro tu memang bukan orang Islam dan bukan juga "islam pada nama".

    member saya sblh saya berkata "bla bla bla..bodoh bla bla bla..bangang bla bla bla"..

    saya diam sekejap.dan sya mengeluarkan pernyataan yang lebey kurang sprti di bawah ini kepada kawan saya.

    "cuba rilek jap.kita fikir dari perspektif luar.kita tngok dari perspektif mamat nih.biasanya orang buat tatoo sbb ape?sbb dia rasa cool kan.dia buat tatoo gambar tengkorak ke bendera union jack ke sbb dia rasa cool.dia rasa itu satu budaya.dari kes ni,mungkin dia rasa Islam tu adalah satu budaya yang macam ganas la..macam cool ..ye la.kita tngok dari perspektif dia.dia bukan tau pasal the real Islam.yang dia tau,apa yang dipropagandakan dalam media je.so apa yang dia tau tentang Islam adalah Islam tu agama yang mundur,pengganas dan sebagainya...lantas dia membuat tatoo camtu."

    ReplyDelete
  10. takde la skema camtu saya cakap.tapi tu sebab nak tulis.btw,u got the idea.dia buat tatoo tu sebab dia rasa islam tu satu budaya..

    salah siapa?

    jangan tuding menuding salahkan sesiapa.sebenarnya salah diri kita ada juga.

    kenapa?

    kita tidak menunjukkan kepada orang ramai apakah islam itu sebenar. memang lah media pon maen peranan burukkan nama islam,tapi umat Islam lah yang paling banyak memainkan peranan mencemarkan nama Islam...

    let say media cakap Islam pengganas.orang bukan Islam mungkin tak percaya.tapi bila dia buka blog politik orang Melayu (ambil contoh) ,then dia tngok blog kita superimposedkan gambar pemimpin2 kita,dan tuduh pemimpin itulah,tuduh pemimpin inilah,memaki hamun sesama sendiri,orang bukan Islam akan segera mengatakan ayat ini "Oh,camnilah rupanya orang Islam.tak peliklah kalau ramai orang Islam tu pengganas dalam media,sebab orang Islam memang camni"...

    betul atau tidak?

    padahal dalam Islam ada cakap "selagi pemimpin tu tak mensyirikkan Allah dan tak meninggalkan solat (jika tidak silap saya) , taatilah dia."

    tapi kita? bermaki-makian sesama sendiri.Politik tidak salah.tapi cuba fikir,adakah politik yang kita amalkan sekarang apa yang dianjurkan Islam?

    kemudian kita pergi kat mat rempit dan bohsia pulak.

    saya ada sekali drive from kl ke kampung halaman saya (masa saya balik cuti hari tu),pukul 1230 malam kot sampai.

    tibe2,premm premm (bunyi moto kuat) lalu ramai2 tepi kereta.ingat moto superbike ke ape.laa..moto kecik je..sian.moto camtu pon nak bangga melebih2..

    masing2 bawak bendera..tengok2 muka (walaupun malam,tapi ada lampu ,so nampak muka sape) budak melayu kita.

    heh.buat malu.. cuba fikir dari perspektif orang bukan Islam.. apa dia akan fikir? dia akan fikir "OH INILAH ISLAM".. so sape salah?

    KITA!

    pernah dengar hadis "islam akhir zaman tu ramai umatnya,tapi lemah".. inilah buktinya.kita dah tak takut kan Allah.kita pentingkan nafsu.ilmu takde.

    bab rempit tadi,cuba fikir,tngh2 malam camni,mane anak2 muda kaum lain?pernah ke kita pikir nape ramai anak melayu je tngh jalan malam2 buta camtu?memang ada anak muda kaum lain yang teruk,tapi itu sedikit.di tempat2 tertentu sahaja.anak kita?

    saya bukan kisah pon melayu ke mat saleh ke ape.tapi bila kita sbut melayu,90% kita adalah Islam.aldo Islam pada nama,kita bawak imej Islam.dan salah satu cara dakwah berkesan,adalah ape? PERIBADI.

    ada satu hadis yang menyebut kepentingan peribdi mulia ni.tapi tak ingat camne.

    btw ,nak type panjang lagi.tapi merujuk kepada post tuan blog,dapatlah kita simpulkan orang yang buat tattoo camni,sebab dia rasa Islam tu sekadar satu budaya Arab...dan dia rasa benda tu cool..so dia buat tattoo..

    sape salah?

    jangn tuding jari..ini semua janji Allah... kita kembalilah ke Al-Quran.bukak selak Al-Quran tu..saya menulis ni sebagai peringatan kepada diri sndiri gak...

    renung diri kita.jangan asyik salahkan orang laen.kita betulkan diri kita dan orang laen.memang susah.tapi jangan risau.Islam akan menang jugak akhirnya.persoalannya kita nak masuk grup yang menang ke yang rugi?

    fikir2kanlah...

    ReplyDelete
  11. and btw ,Islam bukan satu budaya.Islam satu cara hidup.Islam ni satu cara hidup yang amat mulia diturunkan oleh Allah yang menciptakan sekalian alam kepada kita.

    jangan tngok gambar ni sekadar satu gambar tattoo sahaja. jangan kita mengamuk mencarut2 melihat gambar ni.itu bukan cara Islam..Nabi SAW tak pernah ajar kita mencarut2 ..mereka ini orang yang jahil..memang lah kita panas..tapi kita kena kaji kenapa benda ini jadi begini..

    semoga apa saya cuba sampaikan dapat difahami..

    Assalamualaikum dan semoga kita semua dirahmati Allah.

    p/s : good job u r doing here.kp it up.and btw,thanks for inviting me to read this article.

    kalau ada salah dalam komen saya,minta betulkan.sekadar pandangan peribadi.

    ReplyDelete
  12. astagfirullahhalazim..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..

    Bernas sungguh penjelasan 'Pena Maya'..
    Saya sangat setuju, orang kita sekarang, pantang nampak benda macam ini melenting. Tapi puncanya? kembali kepada kita juga. Bukan kes ini sahaja, malah kes nama Allah di gereja dan lain-lain, bukan main melenting orang kita. buat tunjuk perasaan sana sini, jerit sana sini, hak Islamlah, Tidak hormati agama Islamlah, tetapi selepas sahaja tunjuk perasaan, tanggungjawab wajib sebagai Islam tidak dilaksanakan. Bak kata ustaz saya, dia ternampak demonstrasi menentang penggunaan nama Allah digereja, ramai yang menyuarakan ketidakpuasan hati, tetapi bila tiba waktu solat, masjid itu tidak penuh. separuh dari orang tadi hilang. Ke mana? Di sini ja sudah menunjukkan pada dunia Islam itu ganas@suka memberontak.

    macam mana nama Islam nak terjaga. tanggungjawab kita sebagai muslim kena kuat dulu,barulah orang akan lihat islam adalah satu agama yang benar.

    mengenai kes bertatu ayat kursi ini, saya tiada satu penjelasan yang kukuh. Bagi saya, dalam islam bertatu itu Haram. Bila haram maka berdosalah besarlah kepada siapa yang melakukannya. Kenapa Ayat kursi yang ditatookan? Ia menjadi tanda tanya. Mungkin akan ada penjelasan atau keterangan lanjut mengenai gambar tersebut. Maaf, ini sahaja yang dapat diberi.

    Sebagai muslim, tepuk dada tanya iman. Di mana iman kita? tepuk dada kembali dan berfikir. Moga Allah akan beri kita petunjuk di dalam menegakkan agama kita ini. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kepada semua yg sudi menyumbangkan idea di sini.. terutamanya pada Pena Maya,Nazirul, Kamil Ace,dan saudari Amira Zakiah.. semua komen2 dan pendapat anda amat saya hargai. Semoga dgn keperhatinan anda semua dapat membantu mengembalikan syiar Islam satu hari nanti.

    Bak kata Saudara Pena Maya yg dipetik dari sebuah hadis "islam akhir zaman tu ramai umatnya,tapi lemah".. ia ibarat buih2 dilautan, sungguh banyak tetapi rapuh..

    Terpulang pada kita semua untuk memilih jalan mana yg kita kehendaki.. Semoga Allah sentiasa bersama org2 yg benar dan semoga Allah memberikan segala petunjuk serta hidayah kepada mereka2 yg masih lagi "lupa dan lalai" Amin...

    ReplyDelete
  15. Slm. kemungkinan orang tu jgk percaya yg ayat kursi tu melindunginya daripada gangguan syaitan. tapi agaknya orang yg baru berjinak2 & kurang ilmu agama. Sedangkan membuat tatoo tu haram. sewenang2nya pula bertatukan ayat suci atas badan

    ReplyDelete
  16. ade peluang dapat top up 10 ringgit lagi tak?huhu~

    nice topik, but i just agree with penamaya~

    ReplyDelete
  17. Terima kasih semua kerana sudi memberikan buah fikiran yg amat bernas disaat Islam semakin teruk ditindas dan dipermainkan..Moga kita semua terhidar dari melakukan perkara2 yg mungkar ini.

    Sasa Al-Sharif - mungkin juga ada yg berfikiran begitu, mgkin dia masih lagi cetek ttg ilmu dan hukum hakam agama dan tiada siapa yg dtg memberikan bantuan. Jika bnar, kita sama2 doakan semoga dia diberikan ptnjuk dan hdyah dr Allah S.w.t.

    Ibnu_ghazali - Insyaallah akan saya buat program seperti ini nanti jika ia mndpt smbutan dan dapat membuatkan para pembaca lebih sensitif dlm mberikan idea serta pndpt mereka jika diberikan tajuk dan permasalahn seperti ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...