Tuesday, April 04, 2017

BERKASIH SAYANGLAH KERANA SETIAP MUSLIM DILARANG SALING MEMBENCI

Sumber:google

Dari Anas Bin Malik, Nabi SAW bersabda:

"Janganlah kalian saling membenci, saling mendengki, saling memusuhi dan jadilah hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal seorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga malam. Jika keduanya bertemu, masing-masing menghindar. Yang terbaik adalah yang memulai salam."

(HR Ahmad No: 12875) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1. Janganlah kita saling membenci antara satu sama lain. Allah jadikan kita sebagai makhluk yang sama taraf. Yang membezakan kita di sisi Allah ialah taqwa.

2. Janganlah kita saling mendengki antara satu sama lain.

3. Janganlah kita saling memusuhi antara satu sama lain dengan sebab kita berbeza dan tidak bersetuju.

4. Jadilah kita hidup saling mengasihi antara sesama Muslim kerana kita dijadikan oleh Allah bersaudara.

 Sumber:google

5. Janganlah kita tidak bertegur sapa sesama muslim melebihi tiga malam.

6. Janganlah apabila bertemu sesama Muslim kita saling menghindar atau menjauhi atau tidak mahu bertegur sapa.

7. Muslim yang terbaik adalah yang memulakan ucapan salam apabila bertemu tanpa mengira siapa mereka.

Allah menjadikan kita berbeza, dari pelbagai kaum dan bangsa untuk saling berkenal mesra bukan saling bermusuh dan berbeza.

 Sumber:google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...