Selepas bermulanya World Cup.. Maka bermulalah episod kemuraman krisis rampasan bot bantuan kemanusiaan ke Palestine,para syuhadah yang menemui syahid dimulut senjata tentera Z***** dan juga segala krisis yang berkaitan dengan saudara-saudara kita di Palestine. Inilah dia senario yang sentiasa berlaku pada kita semua terutamanya umat islam di Malaysia ini. “hangat-hangat tahi ayam…” belum lagi sampai sebulan kita semua memprotes, dan bermacam-macam lagi. Akhirnya kita sudah kembali “sejuk” semula dengan adanya world cup dan lain-lain lagi hiburan yang disajikan pada kita saban hari. Benarlah sabda nabi “umat islam pada akhir zaman nanti adalah ramai, tapi ia seperti buih-buih dilautan” yang tidak punya kekuatan dan menjadi bahan penindasan oleh pihak-pihak musyrik yang lain seperti seekor kambing yang berada di tengah kawanan sekumpulan serigala. Yang akan meratah dan mematahkan tulang-tulang pada bila-bila masa sahaja.
Kita semua tahu dan sedia maklum bahawa saudara-saudara kita sedang di tindas disana, diperlakukan sesuka hati mereka tanpa ada rasa belas kasihan serta sifat kemanusiaan. Kebanyakkan dari kita sudah mula meremehkan isu ini. Mana tidaknya, sejak daripada kita kecil lagi isu ini sudah bermain di minda dan kehidupan seharian kita. Maka kita seperti sudah lali dengan isu-isu yang berkaitan dengan Palestine ini. Salahkah pendedahan saya ini? Kita hanya akan kembali berminat dengan isu-isu ini apabila pihak-pihak media mewar-warkan isu ini apabila berlakunya sesuatu kejadian besar seperti isu yang berlaku pada bulan ini yang saya rasa kita semua sudah sedia maklum. Jadi tak perlu lagi untuk saya huraikan secara panjang lebar di ruangan ini.
Apabila berlakunya isu-isu seperti ini, dan pihak media menghebohkannya saban waktu di kaca-kaca tv dan suratkhabar. Barulah kita semua bangkit semula dan tersedar dari tidur yang panjang. Tetapi cuba kita fikirkan sejenak, apa yang akan terjadi jika isu besar seperti ini tidak didedahkan? Adakah kita dapat melihat segala protes,tujuk perasaan dan kempen-kempen boikot produk-produk Z*****? Pada masa ini jugalah akan adanya group-group yang tumbuh bagaikan cendawan di facebook cth: “saya benci Is****” dan kemudiannya kita mencarut-carut dalam group tersebut. Adakah itu akhlak umat Islam?Adakah menyertai group-group buang masa di Facebook dapat mengubah dunia?
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." [6:108]
Adakah dengan mencarut dan bertindak menggunakan emosi seperti itu dapat membantu saudara-saudara kita yang ditindas? Tidak tuan-tuan… jangan libatkan emosi jika berlakunya perkara seperti ini. Kadang-kadang kita dapat juga melihat watak-watak manusia yang unik, yang memaki hamun di warung-warung kopi padahal diri sendiri pun masih tidak betul, masjid pun tidak pernah dijejaki,solat pun tidak dijaga dengan baik kerana kebanyakkan masanya di habiskan dengan pekara yang sia-sia. Tetapi apabila ada isu-isu seperti pihak Z***** meruntuhkan masjid di Palestine. Dialah manusia yang paling kuat melenting, apa semua ini tuan-tuan.. bila masjid di runtuhkan kita melenting dan mencarut padahal masjid di tempat kita sendiri pun kita tak pernah masuk.Allah tidak menyuruh kita memaki-maki sedemikian.Sebaliknya,kita yang patut menjadi contoh kepada mereka yang bukan Islam. Patutnya,kita tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.Barulah mereka tertarik kepada Islam.Tetapi,jika kita sendiripun yang beremosi di Facebook dan peratusan jenayah di Malaysia juga dikuasai oleh orang-orang kita yang kononnya mengaku umat Islam,bagaimanakah orang hendak tertarik kepada Islam?
Sedang saudara-saudara kita begitu teruk ditindas, kita di sini masih lagi leka dengan dunia kita sendiri. Kita masih lagi menikmati keamanan tapi kita masih belum pandai mensyukuri nikmat tersebut. Kita masih lagi menyokong syarikat-syarikat yang telah kita sedia maklum banyak menyumbang dana untuk mereka. Tahukah anda semua yang Palestine sudah tidak wujud lagi dalam Google Maps? Kenapa kita begitu susah untuk bersikap tegas terhadap pekara seperti ini. Adakah sebab kita ini sudah terlalu dimanjakan oleh pemerintah? Malah ramai yang bebangga “melepak” di premis-premis mereka. “Stylo” katanya. Adakah kita hanya akan sedar setelah kita sendiri merasai dan menerima nasib yang sama seperti mereka?
Kita masih lagi sibuk mengejar isi dunia, sibuk mengejar urusan dunia yang tidak henti-henti menghambat kita, yang tidak henti-henti kita menghambatnya. Pada masa ini juga kita sibuk memikirkan jenama kasut apa yang ingin kita beli esok. Kita masih lagi sibuk memikirkan “sport rim” apa yang paling cun untuk di muatkan dan di tacap-tacapkan pada model kereta kita yang masih ada 5 tahun lagi hutangnya dengan pihak bank, yang pada bila-bila masa saja boleh ditarik oleh pihak bank jika kita tidak mampu untuk membayar wang ansurannya. Itu maksudnya kita masih lagi mementingkan nafsu sendiri, adakah kita masih lagi mahu bersenang lenang sedangkan umat islam pada masa ini semakin teruk ditindas dan dizalimi?
Adakah kita berfikir bahawa kedamaian yang kita nikmat sekarang ini tiada titik noktahnya? Adakah kedamaian ini akan berkekalan seandainya hukum-hukum islam masih lagi dieksotikkan dan dipersendakan dibumi bertuah ini? Amat menyedihkan sekali, sembahyang pun kita tak terjaga. Pemakaian tudung pun begitu sukar untuk kita lakukan. Di Negara-negara Eropah seperti Denmark dan Perancis, wanita-wanita muslim turun naik mahkamah untuk mendapatkan hak pemakaian tudung. Tetapi apa yang terjadi pada muslimah kita disini? (sebilangan kecil) masih belum pandai lagi bersyukur dengan nikmat yang kamu semua peolehi? Janganlah sampai nanti kita semua tergolong dalam golongan yang kufur nikmat..
Jika di Palestine kita dapat melihat para pemuda berjuang bermati-matian menentang rejim Z***** ini. Melemparkan batu-batu menentang tank-tank I***** yang besar, yang realitinya memang tidak berupaya untuk dimusnahkan dengan batu-batu kecil seperti itu. Tetapi itulah usaha mereka untuk agama dan bangsa serta kehormatan mereka. Tetapi cuba kita bandingkan dengan anak-anak muda kita disini, mengejar syahid dijalan-jalanraya pada waktu malam minggu? Semua pekara sia-sia ini adalah hidangan muda-mudi kita sekarang. Seperti juga contoh bagaimana burung-burung berusaha untuk memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim dengan membawa air diparuhnya untuk memadamkan api tersebut. Adakah mungkin api tersebut akan padam? Tidak sama sekali… tetapi apabila burung tersebut ditanya semasa hari pengadilan nanti “apakah usaha yang kamu lakukan untuk membantu Nabi kamu ketika Nabi kamu dizalimi?” burung tadi boleh menjawab “ aku sudah sedaya upaya membawa air untuk memadamkan api yang ingin membakar Nabi Allah itu,kerana itu sajalah kemampuanku”
Janganlah jadi seperti cicak yang membantu menghembuskan nafasnya untuk membantu menyemarakkan lagi api tersebut. Saya bercerita kisah ini bukan untuk membosankan anda semua dengan kisah-kisah nabi yang tuan-tuan semua sudah hafal ini. Tapi saya ingin bertanya pada tuan-tuan sekalian. Apakah watak tuan-tuan dalam kisah ini? Contohnya dalam isu Palestine, adakah kita seekor burung ynag membantu? Atau adakah kita seekor cicak yang menyumbangkan sesuatu yang dijadikan sebagai alat untuk membunuh saudara kita sendiri? Tepuk dada anda slow-slow dan tanyalah iman tuan-tuan sendiri. Apakah sumbangan kita selama ini pada saudara-saudara kita disana? Positifkah atau negatifkah?
Saya tidak menyuruh tuan-tuan berjihad mengangkat senjata kerana kita semua sedia maklum yang kita tidak mempunyai kemampuan seperti itu.jadi kita lakukanlah apa yang kita terdaya. Tak susah tuan-tuan, kita mulakan dengan diri kita dulu. “Think small first and insyaallah it will be big next time ” amalkan sembahyang 5 waktu, buangkanlah segala maksiat yang ada didalam diri kita,berhentilah daripada mengejar dunia hiburan yang melampau, sudah-sudahlah berguru dengan “idiot box” (tv) dirumah, bersikap seriuslah dalam berjuang menegakkan agama Allah, jadikanlah bacaan Al-quran sebagai hobi kita daripada sibuk membaca kisah gossip murahan artis yang tidak pernah-pernah surut.
Berhentilah membuang masa duduk diwarung-warung kopi dan melayani facebook dengan berbalas-balas hujah tentang isu-isu bodoh. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita semua diberikan petunjuk dan hidayah. Berdoalah juga untuk saudara-saudara kita yang sedang bertarung dengan maut setiap hari di Palestine. “Ya Allah, kasihanilah saudara-saudaraku yang berada di Palestine dan di seluruh dunia yang sedang ditindas oleh rejim-rejim Z***** dan juga pihak-pihak kafir”. Berhentilah daripada membazirkan duit kita untuk pekara-pekara yang tidak berfaedah dan juga pekara yang difikirkan tidak perlu.
Tujuan utama saya menulis artikel ini bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak. Tetapi ianya lebih kepada bertujuan untuk saya bermuhasabah diri,jadi apa salahnya kalau saya kongsikan penulisan yang tak seberapa ini pada tuan-tuan semua.. betul tak? Sekurang-kurangnya kita semua akan mendapat manfaat bersama. Adakah baik jika saya simpan segala kesedaran ini untuk diri saya sendiri? Sudah tentulah tidak tuan-tuan. Semoga kita semua mendapat manfaat dripada artikel ini. Jika terdapat kesalahan ayat serta fakta, diharap tuan-tuan boleh kemukakan pada saya dan tegur dengan teguran yang membina.
No comments:
Post a Comment