Sunday, June 06, 2010

The Beginning Of The End

WELCOME ABOARD



Selamat datang ke dunia pemikiran yang baru.. di mana yang palsu itu tampak indah dan mengasyikkan. Manakala yang benar itu tampak sungguh busuk,hina dan keji sama sekali. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita, nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga,para sahabat-sahabat baginda,muslimin dan muslimat sekalian. Syukur kerana dengan limpah rahmat serta kurnia dari-Nya. Mampu juga diriku insan yang kerdil lagi hina ini untuk menyiapkan sebuah blog yang tidak berapa indah serta menarik susun atur dan paparannya ini. Namun, Insyaallah…isinya akan diberikan sepadat yang mungkin, hasil daripada artikel dan penulisan daripada saya sendiri serta rakan-rakan “F.O.M” yang lain.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan bantuan dan semangat yang telah diberikan oleh-Nya serta ke semua rakan-rakan. Akhirnya terciptalah apa yang saya angan-angankan selama ini, iaitu untuk mempunyai blog sendiri hasil usaha diri saya sendiri serta rakan-rakan yang banyak memberikan idea serta maklumat yang saya mahukan. Amat sukar bagi saya untuk menyiapkan blog seperti ini kerana saya bukan dari golongan yang pandai berkarya serta mengarang. Namun saya akan lakukan segalanya dengan sebaik mungkin, Insyaallah…

Bagi pembaca yang telah biasa dengan pendedahan serta segala konspirasi THH. Rasa-rasanya blog seperti ini adalah tidak asing lagi bagi mereka. Syukur kepada Allah kerana mereka di berikan petunjuk untuk membuka pintu hati mereka dan juga pemikiran mereka daripada tipu daya tentera-tentera Dajjal laknatullah ini. Sekarang sudah tiba masanya untuk anda mula sedar akan ketibaan hari pengakhiran serta fitnah-fitnah yang semakin berleluasa yang dengan rakusnya memakan dan meratah segala kebenaran di dalam dunia ini WELCOME TO THE WORLD THAT YOU’VE NEVER BEEN IMAGINE BEFORE!

WAKE UP MUSLIM! Adakah anda sedar akan perkara-perkara yang berlaku sekarang ini adalah telah sekian lama di rancang dengan begitu teliti? Apa? Siapa? Bagaimana? Saya akan mendedahkannya satu persatu kepada anda semua nanti Insyaallah..





                                                                                                                            
                                                                   



                                                        
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...