Saturday, October 02, 2010

Penampakkan Tanduk Iblis Di Waktu Senja

img5.imageshack.us/img5/6056/tandukiblis.jpg

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : " sesiapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis "
 
Penerangan : Melengah-lengahkan Solat Asar sehingga hampir masuk waktu Solat Maghrib

Kewajiban Menjaga Waktu Solat

Sembahyang fardhu lima waktu merupakan rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam yang mukallaf. Kewajipan tersebut tidak boleh diabaikan atau dicuaikan. Oleh kerana itu, kita hendaklah melaksanakan ibadat sembahyang dengan baik dan sempurna, termasuklah dalam menjaga waktu sembahyang. Menunaikan sembahyang fardhu itu lebih afdhal dilakukan pada awal waktu walaupun sembahyang Isya’, menurut pendapat yang muktamad.

Diriwayatkan oleh Ummu Farwah, katanya :
Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, apakah amalan-amalan yang paling afdhal ? Baginda menjawab : “Sembahyang pada awal waktunya”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Hadits-hadits lain yang menerangkan kelebihan Sembahyang awal waktu itu, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu katanya :

Maksudnya: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang lebih disukai oleh Allah Ta‘ala ? Sabda Baginda : Sembahyang pada waktunya. Aku (‘Abdullah) bertanya : “Kemudian apa ? Sabda Baginda : “Kemudian berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya: “Kemudian apa ? Baginda bersabda : “Kemudian jihad pada jalan Allah”
(Hadits riwayat Muslim)

Keburukan Melengah-lengahkan Solat

Itulah fadilat dan kelebihan bagi orang-orang yang menunaikan sembahyang pada awal waktu, akan tetapi bagaimana pula hukumnya bagi orang yang melambat-lambatkan sembahyang? Hukum Melambat-lambatkan Sembahyang adalah Makruh! Makruh menangguhkan sembahyang fardhu dari awal waktunya, akan tetapi wajib berazam untuk menunaikan sembahyang itu di dalam waktunya. Walaupun harus menangguhkan sembahyang itu setelah berazam, akan tetapi haram melambat-lambatkannya sehingga ke suatu waktu yang tidak cukup masa untuk memenuhi semua rukun yang fardhu dalam sembahyang.

Hal ini disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Orang-orang yang bersembahyang pada waktunya dan menyempurnakan wudhunya, menyempurnakan (tegak) berdirinya, menyempurnakan khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Sembahyang itupun berkata : “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (memperelokkan kelakuan sembahyang itu)” Tetapi sesiapa yang bersembahyang tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula memperelokkan wudhunya, khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan hitam legam sambil berkata : “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku”. Sehinggakan setelah sembahyang itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, lalu iapun dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak-koyak kemudian dipukulkanlah ke mukanya”.
(Hadis riwayat Al-Thabarani)

9 comments:

  1. Ade hari tu eda terrrlambat sembahyag asar sbb tertido..
    pastu nak smbhyg la dah nk dkt mgrib dah..
    nenek tgk marh giler org tua tu cakap sembahyag pon dapat dosa time ni..
    Macm tu upenya yer..ishhh

    ReplyDelete
  2. salam pada asmidar dan zaer... samela.. dlu saya pun kerap jgk bt kslhn cmni. skrg btl2 dh taubat.. moga Allah berikan segala ptnjuk dan hidayah pada kita semua nt.. Amin..

    ReplyDelete
  3. blog awak penuh informasi berguna & membina...saya gemar blog2 yg seperti ini...

    ReplyDelete
  4. erkkk...slalu solat lambat...urmmm...insaf....

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Jazakallah untuk info pasal tanduk syaitan tu.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih pada anda semua kerana sudi singgah, membaca dan memberikan komen di blog feedyoursoul yg tidak seberapa ini. semoga kita semua akan mendapat manfaat atas segala bahan bacaan ilmiah di blog ini. Moga hidup dan ibadah kita akan bertambah baik serta teratur selepas ini.. Insyaallah.. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada rakan2 pembaca semua..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...