Tuesday, August 03, 2010

2012 Adakah Anda Sudah Bersedia?

Konspirasi Dunia - Ada Apa Dengan 2012



Masih ingat dengan sebuah filem yang bertajuk 2012? Ia adalah sebuah lagi konspirasi yang bertujuan untuk mengelirukan orang awam. Ia diterbitkan columbia tristar iaitu sekutu paling kuat illuminati dalam bidang perfileman. Cerita ini berdasarkan kepada kalendar kaum Maya. Oleh kerana kalendar Maya akan tamat pada 21 dec 2012 maka, mereka juga mengadakan cerita konspirasi ini iaitu kiamat pada tahun 2012.


Menurut Zagami(The Resistance):

Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan berperang melawan terorist serta akan menghancurkan perekonomian dunia.

Leo Zagami, seorang keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun lalu telah menukar agama, dan memilih Islam sebagai agama barunya. Kemudian dia nekad melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih sebagai anggota keluarga Illuminati, Dia mempunyai banyak pengalaman mengikuti berbagai upacara ritual yang menakutkan, upacara ilmu hitam(sihir jahat) , pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan Loji tertutup.

Pada setiap hari Sabtu dia akan menyimpan nama-nama anggota Freemasonry yang didaftarkan pada peringkat tertinggi yang dipanggil sebagai Illuminati Confessions, mereka menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut syaitan Illuminati. Di samping melakukan kawalan secara ketat, Zagami juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab berbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut.

Leo Zagami menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukan main-main, tegasnya, Hal itu disampaikannya pada tanggal 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara di tempatnya.

“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri…

Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit melawan Illuminati dan memertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambilalih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. …

Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Syaitan, jadi, wahai penduduk bumi belah Barat, (termasuk di Timur juga) sedarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Desember 2012.

“Mulai tahun 2010 Anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012 anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri …

Akan terjadi menyeluruh PENAZIAN negara-negara Barat pada tahun 2010, sebelum itu ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik dalaman pada tahun 2012, iaitu PERANG SAUDARA

“Apakah anda bersedia mati untuk Allah dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, ataukah anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan syaitan, atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”

Leo Zagami, sebagai mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico - Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo, beliau juga sebagai anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Loji setan P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia adalah seorang “pemimpin” yang dipersiapkan untuk mengambil alih pimpinan Illuminati dari “raja” Licio Gelli yang sudah tua.

Illuminati layaknya seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.

Mari kita lihat pementasan karya Illuminati

Leo Zagami menjelaskan bahawa dunia kini merupakan pertunjukan boneka global yang di kendalikan oleh tangan-tangan manusia idiot, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer.

Kata Zagami, mereka bekerja bersama-sama, termasuk Hugo Chavez yang dengan sungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda Bush dengan penampilan theatrical nya. Chavez dikendalikan oleh Vatican dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemerintahan dan agama-agama di dunia.


“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama di lapisan atas untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] diciptakan oleh Zionis dan teman-temannya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga berada dibelakang pimpinan Iran dan pimpinan Perlawanan Iraq . Semuanya panggung sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad di kenali sebagai pengikut aliran syaitan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”.

Dia juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga dikendalikan oleh Illuminati.

Leo Zagami menentang bekas kawan-kawan beliau yang merupakan anggota Freemasonry penyembah syaitan dan pengamal ilmu hitam, para penipu, untuk berdialog secara terbuka. Untuk menguasai rakyatnya sendiri, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya selalunya dibantu dengan sorcery dan black magic, serta kekuatan syaitan. Mereka belajar ilmu syaitan ini dari Guru-gurunya di Rome yang diambil ilmunya dari Yunani, Mesir, Sumeria yang tidak pernah berhenti melakukan penipuan terus menerus terhadap umat manusia.

Selanjutnya dikatakan bahawa G.W. Bush adalah anak “orang paling berkuasa di Illuminati dan dia dididik bapanya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican Zionist, dan tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati, apakah ia menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pendiri Gereja Syaitan dan pengendali perang pemikiran CIA adalah teman dekat George H. Bush, mereka bersama-sama merencanakan untuk menjadikan anaknya iaitu George W.Bush sebagai pengikut syaitan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya Era Syaitan setelah 11 September 2001. Dan kejadian tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup.


“Saat ini hampir semua ajaran agama dirosakkan dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam, Yahudi, Evangelis, Kristian, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, knight templar, dan Jesuit. Jadi dialog antara agama secara murni pun sangat mustahil untuk dilakukan.

Leo Zagami menanggap dirinya sebagai "the last idealist in the Illuminati." Dan mengatakan bahawa Ia memimpin pemberontakkan terhadap Illuminati dan cukup memperoleh sokongan dari rakan-rakannya yang sama-sama telah sedar. Adalah penuh harapan dalam situasi seperti waktu sekarang ini muncul seorang yang berani dan layak seperti Leo Zagami. Ingat, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi juru selamat. Umpama mereka menghantar virus mungkin seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai penyelamat.

8 comments:

  1. saya pernah dengar adik saya bercerita,dia kata semua perang ni bermula dari malaysia...kan 2012 nnt ada pilihanraya umum..then,if pihak pembangkang menang,perang saudara akan berlaku sebab dlm perjanjian waktu tunku abd rahman dulu,ada sebut yg if malaysia jatuh dekat pihak pembangkang,perang akan tercetus...saya pun tak tahulah semua ni betul ke x...hanya Allah jualah yg tau kebenarannya...

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Terima kasih untuk artikel yg bermanfaat pasal Illuminati ini. saya baru tau pasal Leo tu.
    Pasal wahabi tu saya tau sikit2, tapi pasal Ikhwanul Muslimin tu sy kurang pasti.

    *Tapi betul ke Leo tu dan betul2 taubat?
    takpe, kita kena husnuzdzon, tapi pada masa yang sama berhati2 :)

    ReplyDelete
  3. salam pada saudari Nabilah abd rahman dan saudara Affan Ruslan.

    tentang 2012 itu tiada sesiapa pun yg tahu apa yg bakal terjadi. tapi kami di sini sekadar mengingatkan saudara2 se Islam kami supaya terus bersedia. ini adalah antara jigsaw yg kita semua kena selesaikan. apapun, kini kena bersedia sama ada rohani dan jasmani. kuatkan iman kita semua.. Insyaalah kita akan terus dilindungi Allah s.w.t. Juga amalkan bacaan surah al-kahfi.

    Seperti yg kita sedia maklum, kita sudah semakin berada di penghujunya. walau kaut bagaimana pun kita menafikannya, tanda2nya sudah semakin banyak.

    sama2lah kita berdoa semoga kita sentiasa berada dlm ptnjuk dan kasih saya Allah s.w.t. janganlah kita terus hanyut..

    tentang Ikhwanul muslimin dan juga Ahmadinejad mungkin saya akan ulaskan dlm posting akan dtg Insyaallah.. kerana masih ramai lagi yg tidak tahu mengenai konspirasi ini.

    Semoga Allah memberikan saya kekuatan utk memberikan segala maklumat ini kepada anda semua nt..

    terima kasih kerana sudi dtg dan memberikan komen disini. moga kita akn terus kuat dalam menghadapi cabaran dari pihak penyembah syaitan ini.

    ReplyDelete
  4. “Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad di kenali sebagai pengikut aliran syaitan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”.

    statement di atas benar atau fitnah Yahudi??

    ReplyDelete
  5. salam cik jari... Nanti saya akn kupaskan ttg pkre ini ye.. diharap dpt bersabar. sya nk biarkan lbh ramai lg yg membaca artikel ttg pkre ini. jika smkin byk soalan. nanti akn mudah utk sye jwb kesemuanya dlm 1 artikel.

    terima kasih kerana sudi bertanya dan menghabiskan bacaan artikel ini. nantikan kupasan saya nt para pengunjung setia feedyoursoul84.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ,artikal yang baik .tapi saya cuma concern tentang Leo Zagami .Izinkan saya berkongsi fakta yang saya tahu tentang dia supaya lebih jelas insya-Allah .Dia berkahwin dengan Fatwa,dari keluarga sufi (yang disebut ada bloodline dengan Nabi Muhammad SAW).Perkahwinan dia dengan Fatma pun untuk menyusup ke garis keturunan Nabi Muhammad SAW (dapatkan zuriat ada bloodline dgn Nabi Muhammad SAW) .Then dia mmg buat keputusan masuk Islam dan mak dia Jessica Campbell Lyon Young (ada bloodline dengan the Queen Of England)juga turut masuk Islam .Walaupun macam tu dia dalam diam tengah rancak dgn satu aliran agama yang dipanggil Matrixism - ajaran yang berasal dari cerita The Matrix .Boleh search kat google untuk lebih info .

    Pada 2006 - 2008 ya memang dia Islam .Tapi tidak lagi pada 2009 : Di dalam facebook nya ada gambar dia dan isteri baru nya Cristy. Dan ada seorang bertanya tentang isteri lamanya .Lalu die menjawab - " Leo Lyon Zagami : Dear Zara I finaly got divorced from my now ex wife Fatma Suslu in May 2009 after she betrayed me and my movement and even had me arrested a couple of times in Norway on false charges, since then I have NOTHING TO DO with the muslim faith a religion of intollerant people full of bigotry and hate.Me and my new wife are catholic :) | September 7, 2009 at 2:14am |

    Nama islamnya, Khaled Saifullah Khan tidak lagi digunakan .Dia kini kembali kepada Catholic .Memang dia sedang menyusun sebuah organisasi perlawanan kuat untuk menentang rancangan Illuminati/Freemason yg ingin mengawal dunia .Sampaikan dia kena ancaman hebat(kena ugut,kena fitnah ..macam-macam) bila dia membongkar korupsi yang berlaku antara Vatican dan Freemason .Ahli lain banyak yang gelar nya pembelot .Yang ini memang betul .

    Memang dia menentang Freemason tapi dia bukan nak perjuangkan Islam ,tapi Matrixism .Kerana Leo menyatakan dalam video nya di Youtube yang Matrixism (agama yang membenarkan perkahwinan sejenis dan lain2) akan menjadi satu-satunya agama pada 10 tahun akan datang .

    Dia memulakan nya dengan membaca Bismillahirahmanirahim ,dan kemudian berkata yang dia adalah Nabi kepada agama Matrixism ,dan dengan YAKIN nya berkata : " ..and the only one that FAITHFUL TO ME will be able to enter the kingdom of GOD (Syurga)"

    Dia juga dengan yakinnya berkata : "I am Jesus(Nabi Isa AS) because I am the one that solve the secret code that was hidden in Vatican which is ONLY JESUS can did that,I AM THE MESSIAH(Nabi Isa AS) but where is the Mahdi? The Mahdi is Osama Bin Laden" .Kita diajar dalam Islam yang Nabi Isa AS akan turun dari kerajaan Allah SWT dan perjuangkan Islam .Dan jelas Nabi Isa AS adalah seorang Islam - bukan Matrixism ataupun lain-lain .

    Di akhir video dia kata : " DON'T BETRAY ME otherwise you will not enter the kingdom of GOD " .Maka terang dan nyata Leo ni sangat bahaya orangnya sebab dia banyak campurkan Islam dan penentangan dia terhadap Vatican, Freemason dan Illuminati .Walhal dia bukan lagi seorang Islam . Orang macam ni yang akan memanipulasi kita dengan pelbagai jenis cara yang mungkin kita tak sedar .

    Jadi bersiap sedia lah kita dengan segala jenis kekuatan untuk menentang mereka ini .kerana walau apa pun rancangan mereka ..Allah is the best planner ..Wallahualam ,shukran =)

    ReplyDelete
  7. salam..mohon share ya... tma kasih..

    ReplyDelete
  8. Salam,
    ada dgr2 jugak pasal 2012 ni...tapi Wallahualam..
    mmg kiamat nak dekat tapi kite tak boleh nak predict all of this sbb yg tahu bile cume Allah SWT saje.

    Tidak ada manusia yang mengetahui kapan terjadinya hari Kiamat. Tidak juga Nabi. Hanya Allah yang mengetahuinya.

    “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Kapan terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [Al A’raaf 187]

    Saya ada baca dlm article bahawa Rasullullah SAW bersabda; tidak akan ada nabi selepas Rasullah.
    Rasanya baca di sini http://ustazazhar.com/v1/tauhid/dajjal.html

    Dan juga article kata jangan takut dan ditipu oleh movie 2012. Semua itu nak takut2 kan kita semua, kite just berdoa dah solat kpd Allah SWT Insya Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...