Thursday, August 05, 2010
Kalau Allah Baik Kenapa Diciptakan Neraka?
Assalamualaikum.. kepada pembaca setia feedyoursoul84, semoga kesemuanya berada dalam lindungan serta keberkatan Allah s.w.t Insyaallah.Pernah pada suatu masa dahulu seringkali saya terdengar orang-orang jahil bercakap dan mengatakan kalau tuhan itu baik kenapa ada peperangan di dunia ini? Kenapa buat neraka? Kenapa adanya hukuman? Dan lain-lain persoalan yang sering berlegar dan begitu kerap diucapkan terutamanya dari golongan yang tidak percayakan tuhan iaitu "atheisme". Bahkan ada di kalangan umat Islam sendiri yang marah kepada Allah dan mengatakan bahawa Allah itu tidak adil dan sebagainya (kisah benar yang saya alami sendiri)
Ini adalah satu artikel yang amat menarik bagi diri saya. Semoga ia boleh dimanfaatkan dan dijadikan renungan serta muhasabah diri untuk kita semua. Insyaallah…
Ini adalah kisah benar..kisah ini mengenai seorang gadis Melayu, beragama Islam, tetapi dirinya terlalu cetek mengenai pengetahuan dan hokum-hukum tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tak pasti berapakah jumlah denda yang akan dikenakan kepada pesalah sekiranya dia didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah sebuah lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun didenda, setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ini mula memberikan nasihat kepadanya. “lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan-peratura ini. Ia bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tetapi menutup aurat ini termasuk juga dalam perintah Allah s.w.t” Ringkasnya.. “kalau kita taat dengan segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau kita derhaka dan tidak mahu mematuhi perintah-Nya, takut nanti tidak sempat bertaubat. Di takuti kita ini bakal mendapat azab di neraka Allah. TuhanYang Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita dicampakkan ke dalam neraka”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak. “Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz itu pun menjawab “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang? Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerentin masuk syurga Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz itu pun menjelaskan “perkara macam tadi akan berlaku kalau Allah s.w.t hanya menyediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan lulus percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” Tanya ustaz.
“Ah! mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya ”Adik, saya bagi nasihat Ini kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab itulah neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang”. Ustaz itu berkata lagi.. “Kita sedang diuji semasa hidup di dunia ini. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita juga”.
Jadikanlah kisah ini sebagai renungan dan pemangkin untuk kita lebih dekat lagi dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t. Moga kita beroleh rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Insyaallah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setuju!
ReplyDeletesalam ukhuwah
ReplyDeletesyukran share, artikel ni sangat bermanfaat.
Seribu satu hikmah penciptaan syurga dan neraka SubhanAllah...
mohon share ke sahabat sahabiyah fb :)
ReplyDeletesalam saudari ateyn dan juga light of happineess.. syukur kita masih lg diberikan petunjuk dan hidayah daripadanya.. silakan saudari "LOH" ambil dan sebarkan pada para pembaca yg lain. moga dpt dimanfaatkan nt.. Insyaallah..
ReplyDeleteaartikel yg menarek... terskan menulis & akk akn terus singgah... InsyaAllah
ReplyDeletepandai ustaz tu nasihat perempuan tu..mmg boleh dijadikan tauladan citer ni..
ReplyDeleteartikel mg menarik...keep it up :)
ReplyDeleteSalam semua.. terima kasih pada Melati Qistyna,cuz dan tomato gurl's sbb sdi singgah dan memberikan komen disini. moga kita semua dpt mnfaatnya nt.. Insyaallah..
ReplyDelete