Thursday, July 22, 2010

Kesilapan Wanita Tentang Aurat


ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya masih ingat lagi,pada suatu masa dulu dan juga masih lagi berlaku pada masa ini. Rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "takpe kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari rumah ke tempat kerja. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

credit to:Uzar

5 comments:

  1. Salam.
    Bagus entry ni.
    Cuma saya hendak menambah, ada pendapat ulamak yg saya terbaca. Sbhgn ulamak menafsirkan aurat juga blh dlm bntuk suara, akhlak dan tingkahlaku.

    Saya tak berapa ingat, tapi lebih kurang begitulah.

    Ya, saya juga setuju. kadang2 ada org mempermainkan dgn berkata "kalau dah pandang tu tgk je lama2, takyah kelip2"

    Astagfirullah al a'zim.

    Moga tidak termasuk golongan yang seperti ini. Amin

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Terima kasih kerana sdi utk singgah dan memberikan komen yang bernas disini. Benar, suara wanita juga termasuk dalam aurat mereka. dan saya amat menyokong pendapat ini seperti juga yg disokong oleh ustaz2 yg lain.

    Tapi apa yg berlaku hari ini? semakin ramai penyanyi wanita terutamanya dpd rancangan realiti hiburan. inilah salah satu dpd tanda2 kiamat kerna ramai penyanyi wanita yg terkenal dan menjadi pujaan ramai.. Masyaallah..

    Tapi cuba kita lihat dari segi kehidupan serta akhlak mereka, adakah mereka bahagia dgn hidup mereka? senyuman mereka mungkin hanya di lensa kamera saja.

    kerana sumber pendapatan mereka yg tidak bersih, saya tertarik dgn jwpn yg diberikan oleh nur kumala sari ketika ditanya oleh wartawan. "kenapa Puan tidak menyanyi lagi?"

    Jawapannya mudah saja "kamu semua sudah sedia maklum bahawa suara wanita itu adalah aurat mereka,jadi kenapa saya ingin terus melakukan perkara yg diharamkan tersebut? apa akan jadi pada rezeki saya nt?" dan wartawan itu terus terdiam..

    terima kasih sekali lagi pd saudara Affan kerana sudi memberikan soalan yg amat bernas. semoga Allah memberkati kita semua.. Amin ya Rabb...

    ReplyDelete
  3. dah jd trend skrg dah tu.. ssh dah nak tegur.. terpengaruh la tu hehe

    ReplyDelete
  4. thanks pd saudara suka-haha sbb sudi dtg ke sini dan memberikan komen.. yup! itulah masalahnya sekarang, org2 lbh pntingkn trend dpd takutkan dosa dan blsn Allah... agak teruk.. moga kita dijauhkan dr pkra2 tersebut.. Amin...

    ReplyDelete
  5. sumtyme sy wat gak..but try 2 ubah diri jd lbih bek..hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...