Seperti biasa,seawal jam 5 pagi lagi saya akan bangun dari tidur untuk memasak dan menyediakan bekalan untuk makanan. Selepas siap saya akan terus mandi, bersolat subuh dan membaca al-quran sebelum berangkat ke tempat kerja. Dengan hati yang tenang dan penuh harapan pada Allah s.w.t supaya hari ini menjadi hari yang terbaik dan penuh rahmat untuk saya.
Sampai saja di tempat kerja, belum sempat lagi saya duduk dikerusi, sudah kedengaran suara seorang wanita yang menjerit dengan suara yang agak kuat memarahi pekerja bawahannya. Jeritan yang tidak saya sukai kerana diiringi dengan kata-kata kesat dan mencarut. Ya.. mencarut.. amat sedih sekali kerana ia datang daripada mulut seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak.
Pagi yang saya harapkan ceria ini tidak menjadi kenyataan. Kenapa kita begitu suka mencarut? Adakah ia seronok? Puas? Apa semua ini… adakah ini aqidah seorang wanita Muslimah? Adakah kita suka jika orang lain menilai kita sebagai insan yang kurang ajar dan tiada budi pekerti? Ingin saya jelaskan disini, melalui percakapan sahaja kita dapat mengenal akhlak dan budi pekerti seseorang. Adakah dengan mulut laser seseorang itu dapat mencerminkan keimanannya? Sudah tentu tidak sama sekali!
Jika kita sudah terbiasa dengan sebutan yang indah-indah seperti kalimah Allah, Subhanauallah dan lain-lain lagi,adakah kita akan mencarut jika berlakunya bencana dan sebarang musibah samaada melibatkan masalah kita sendiri ataupun orang lain? Jawapannya sudah tentulah tidak tuan-tuan sekalian. Jika sebagai seorang ibu kita memiliki akhlak yang tidak elok sudah pasti anak-anak kita akan mencontohi akhlak tersebut. Jadi dalam kes ini, siapa yang ingin dipersalahkan jika anak-anak kita juga berada dalam kategori kurang ajar?
Tepuk dada slow-slow dan tanyalah iman kita sendiri ya tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Jika ada ayat-ayat di dalam Al-quran yang membenarkan kita menampar seseorang yang suka mencarut (jika ada sahaja dah sudah tentunya tiada didalam Al-quran) sudah tentu orang-orang yang tidak suka mencarut ini akan keletihan kerana terlalu banyak tamparan maut yang singgah ke muka pencarut-pencarut ini. Betul tak?
Sekian sahaja nukilan saya yang agak-agak membosan tetapi penuh dengan hikmah dan peringatan ini (Insyaallah) dapat membantu anda-anda semua yang tergolong dalam golongan mereka yang suka mencarut dan berkata kesat.. cukuplah dengan masalah sosial yang melanda umat Islam pada masa ini. Ayuhlah kita berubah untuk menjadi umat Muhammad s.a.w yang benar-benar tulus dan ikhlas dalam menegak dan mengamalkan segala suruhan Allah s.w.t. dan tolonglah buangkan segala kebodohan dalam diri kita ini. Assalamualaikum…
Mencarut ni selalunya terpengaruh dr kawan2.
ReplyDeletecuba kalau kawan2 tak pernah mencarut, mana nk dpt idea nk mencarut?
kalau di luar negara, lagi teruk. mmg mencarut ni macam cakap Hai je. adeh
tula mslhnye... pning btl ble cmpur dgn office mate yg cmni... Allh je yg tahu.. bykkn brsbr n istghfar jela jwbnya... pagi lg dpt sarapn tlinga yg mnykitkn ati..
ReplyDeletesalam ziarah..
ReplyDeleteAbdullah bin Mas�ud berkata, "Demi Allah Yang tiada Tuhan kecuali Dia, tidak ada yang kita perlukan untuk kita penjarakan selama-lamanya selain lisan kita."
Semoga kita dipelihara daripada mengeluarkan kata-kata keji dan kesat atau sebaiknya diam kecuali untuk yang baik sahaja.
wallahualam.
@nurr kasih: rasanya al-faqir baru pertama kali dgr hadis tu. terima kasih byk2.
ReplyDeleteTerima kasih pada nurr kasih kerana sdi dtg ke cni dan memberikan komen... semoga kita semua iaitu umat Islam diberikan akhlak yg terbaik oleh Allah s.w.t nanti..it's time to change.. may Allah blessed all the muslim..
ReplyDeletesalam ziarah pada saudara AHmad Nur Zharif.. saya pun risau dengan semua ni. maklumlah.. bila kita bkak mulut je, byk btl dosa yg kita dpt. saya tak tipu sbb saya ada bt kajian. tapi untuk dri saya sdn. mudah saja, cntohnya cba tuan bwak pen dan kertas ke mna saja kita pg dan ctatkn dosa yg kita dpt stiap kali kita berbicara dgn orang lain. hasilnya... saya sdn takut.. moga kita semua djauhkan dari dosa2 tersebut.. Amin...
ReplyDeletesaya harap saya dapat jumpe someone yang tak suka mencarut....
ReplyDeleteThanks pada cik@ saudari si[jari]telunjuk kerana sdi memberikan komen disini.. Amin... semoga makbul doa saudari itu. Tiada yg sempurna di dunia ini. Namun tidak salh klau kita berdoa utk mndptkannya btl x? sama2lah kita brmuhasabah dri ye.. god blessed you.. terima kasih skali lg.
ReplyDelete