Monday, August 16, 2010

Jangan Jadi Hamba Hiburan


Assalamualaikum dan selamat menjalakan ibadah puasa bagi pembaca setia blog feedyoursoul84 ini. Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan bahawa saya ini bukanlah berasal dari golongan orasng-orang yang bijak pandai untuk membincangkan isu-isu berat seperti ini. Namun setakat mana yang saya mampu, maka saya akan sampaikan dengan seikhlas dan sebaik mungkin. Kerana setiap dari kita iaitu golongan Muslim, dakwah itu adalah amanah. Jika amanah ini kita tidak lakukan,maka kita akan mendapat title yang kita sedia maklum iaitu "M_ _ _ _ _ K". Oleh itu bacalah artikel ini dan semoga kita semua mendapat manfaat yang elok dari nya nanti Insyaallah..

Saya mengajak para pembaca untuk merenungi penyataan di bawah ini, yang saya ambil dari entri di Cursing Malay yang berkisar tentang Pembangunan Islam di negara kita. Saya amat bersetuju dengan perspektif penulis ini meskipun ia agak kasar sedikit.Sejauh manakah kebenarannya? Ayuh! teruskan bacaan anda.

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang (Secret Society, Freemason, Illuminati, dll) ini kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang (Hukum-hukum Islam diperlekehkan dan budaya-budaya barat yang songsang dijadikan amalan hidup).

Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. 800 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Bullshit!

Kenapalah kita perlu duduk terlopong di depan TV, menyaksikan kehidupan seharian sekumpulan remaja yang kerjanya terkinja-kinja. Kenapa tak disiarkan sekali adengan mereka berak, ataupun tidur berdengkur, sambil mengorek hidung. Dah nama pun rancangan realiti kan?

Kenapalah kita nak tahu sangat bila Artis A berkasih dengan Artis B, bila Janda D keluar dengan Tengku E. Bukanlah kita ada pertalian darah dengan mereka pun. Bukanlah mereka tu bekas rakan sekelas kita pun.

Budaya mengumpat dan memfitnah bagaikan satu norma biasa yang berlaku setiap hari. Pemikiran kita disekat dan dibantutkan dari berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Kita disuapkan dengan dadah hedonisma.(kita menjadi umat yang paling malas berfikir)

Saya percaya bahawa anda tidaklah keterlaluan seperti kes yang disebutkan di atas, kan? Mungkin juga.. Tapi ingat, godaan itu datang dalam bentuk yang sekecil-kecil. Perlahan-lahan ia menghakis sedikit demi sedikit keimanan dalam diri.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil." [Sabda Nabi Muhammad s.a.w]

Ya Allah, semoga teguran ini membawa banyak manfaat kepada diri kita sendiri terutamanya, dan juga orang-orang yang sayangi, serta orang-orang di sekeliling kita Insyaallah...

4 comments:

  1. hedonisme melanda remaja kini....suatu doktrin barat yg menganggap keseronokan adalah kemuncak kebahagiaan...

    dunia hari ini....yg betul pd pandangan agama, disangkal sesuka hatinya....erm,bagaimana acuan begitulah kuihnya..kalau pemimpinnya bebas berparty,agak2 rakyatnya macamana ya??

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Jari.. itulah dia mslhnya. mcmane nak membuat acuan yg baik sdgkn pmimpin kita sdn hanyut dlm dunia keseronokkan..

    Jadinya blh dikatakan bahawa mslh yg terjadi skrg adlh bala yg berlaku kerana sikap mereka sdn.

    Moga Allah mberikan mereka ptnjuk dan hidayah nanti. Sama-samalah kita berdoa utk kbaikkan agama,bangsa dan negara kita ini.

    ReplyDelete
  3. saye pun dulu antara manusia2
    yang suke hiburan..
    sehari tak tengok tv rase tak best je..
    tapi sekarang saye
    dah tak letak kan
    hiburan di hati saye..
    kadang2 rase malu dengan sikap saye dulu..

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah saudari Diana.. kita semua sama, dlu sye juga adlh seorg yang blh tergolong dlm golongan "jahiliyyah" namun kita harus sedar,walau seburuk mana pun kita.. kasih sayang Allah s.w.t takkan pernah pudar pada hambanya.

    Apabila kita sudah diberikan hidayah, jangan sesekali kita persiakannya.. berubahlah sdkit dmi sdkit..

    Moga kita sentiasa berada dlm rahmat dan kasih sayangnya. Insyaallah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...