Thursday, August 12, 2010

Kita Adalah Umat Yang Paling Malas Berfikir!


Assalamualaikum.. kepada pembaca setia feedyoursoul84 yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam mencari dan memperluaskan lagi ilmu yang ada pada diri ini. Salam ramadhan saya ucapkan kepada semua, maaf jika tajuk yang diberikan adalah agak keras sedikit. Bukan apa, sudah cukuplah dengan hiburan dan gossip-gossip bodoh artis yang kita dengar setiap hari. Sudah tiba masanya untuk kita lebih serius dalam menjadikan kita semua umat yang berilmu.

"How gullible are the masses? Gullibility can indeed be lethal"  [David Icke]

Kita pada hari ini adalah manusia yang amat malas berfikir.

Kita juga adalah manusia yang bersifat "cukup apa yang diperhidangkan kepada kita" .Tidak mahu lebih.

Tidak percaya?Contoh mudah,orang yang tidak memahami maksud perkataan gullible di atas,kebanyakan dari mereka saya boleh jamin akan malas mencari maksudnya dan terus membiarkan diri mereka berada di dalam kebuntuan.

Kita telah berjaya disumbat otak kita supaya malas berfikir oleh orang-orang yang mahu melihat kita jauh dari berfikir,yakni semakin jauh dari kebenaran.

Allah SWT sendiri menuntut kita supaya berfikir:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang,ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.

(Iaitu) Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri,duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), "Wahai Tuhan kami!Tidaklah Engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari azab api neraka."
[Surah Ali-Imran Ayat 190-191]

Di sini bermaksud , Allah sentiasa mahukan kita berfikir.Kerana dengan berfikir kita akan memikirkan tentang pelbagai perkara yang akhirnya akan menampakkan kita bukti-bukti keagungan Allah.Lantas menjadikan kita orang yang beriman kepada-Nya.

Namun,untuk berfikir kita perlulah ilmu.Bagaimana mahu berfikir dengan mendalam jika ilmu kita hanya sedikit? Bagaimana hendak minat berfikir jika dalam kepala hanya ada pengetahuan tentang artis-artis?

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) "
[Surah Al-'Alaq Ayat 1]

Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sendiri menyebutkan kepentingan membaca yang jika ditukarkan kepada ayat lain adalah ilmu.

Ini membawa maksud untuk menjadi orang Islam yang sejati,kita perlulah menjadi umat yang berilmu.Ilmu itu bukan hanya sains,bukan hanya agama,tetapi menyeluruh.Kita ini mestilah setiap saat mencari ilmu dan kebenaran.

Tetapi,malangnya kerana hidup kita pada hari ini telah berjaya disumbat dengan terlampau banyak hiburan-hiburan yang kelihatannya terlampau payah untuk majoriti kita meninggalkannya.

Jadi,umat Islam kini semakin lemah dan Jauh dari kebenaran.



Baru saja menutup televisyen,berpindah kepada permainan konsol PlayStation3.Kemudian MP3 Player pula.Elektrik tiada?Jangan risau,kerana kita ada gadget hiburan bergerak yang menjadikan kita hidup 24/7 berhibur "tak hingat dunia" .

Sudah sampai masanya bagi kita yang sedar ini merubah langkah.Tinggalkan benda-benda ini secara beransur-ansur.Kurangkan hiburan.Mulalah mencari ilmu.Banyakkan berfikir.

Dengan membaca tafsir al-Quran sahaja boleh membuatkan kita berfikir.Dengan berfikir akan membuatkan kita mencari lebih banyak perkara.

Apabila sudah banyak perkara yang kita peroleh,kita tidak akan mudah tertipu dengan dakyah-dakyah sistem dunia pada hari ini.Mendekatkan kita kepada Allah.

Jadi,apa lagi.Mulakan sekarang.Step by step, anda akan mula merasa perubahan.

Kurangkan hiburan dalam hidup anda.Anda tidak akan mati jika tidak menonton siri televisyen.Apa yang mereka pertontonkan kepada anda adalah penipuan belaka.Hasil idea manusia juga.

Saya mengaku saya juga mangsa hiburan.Tetapi saya cuba merubah diri.Bukan terus tertipu dengan dakyah remeh temeh.

Okay.Saya tidak tahu hendak menyambung bagaimana lagi.Harap anda faham.Fikir apa yang saya ingin sampaikan.

Anda tidak akan pengsan atau kebuluran dengan berfikir.Tetapi jika anda terus malas berfikir anda akan mungkin mengalami nasib ditipu dan pengsan serta kebuluran satu hari ini.

Bangun.Anda sudah lama tidur.Berkulat sudah otak anda.

Sekian.Insya-Allah.

4 comments:

  1. Salam...

    Thanks atas info tersebut.
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan pada saudari Iza.. thanks sbb sdi mberikan komen disini.. semoga kita semua mendpt rahmat-Nya nanti Insyaallah..

    ReplyDelete
  3. hedonisme menyerang melayu kini...



    Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  4. Salam ziara cik jari.. ya.. itulah dia.. sye bkn mnyatakan kmrahan pd seseorang tetapi pada kita semua.. kerana sikap ini sudah terlalu tegar dlm khdupan umat Islam pada masa ini.

    Moga kita semua dpt berubah.. Amin.. Ya Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...